BURUNG GAGAK (Corvus spp) atau 'Crow' adalah sejenis burung yang besar daripada genus Corvus dalam order Passeriformes dimana ia dikenali sebagai burung yang orang benci. Bandar Kelang di Selangor pernah digelar 'Bandar Gagak Yang Kotor' sejak lama dulu kerana banyaknya burung gagak berterbangan bebas dibandar tersebut. Gagak hidup dibanyak kawasan diseluruh dunia terutama dikawasan pelabuh-pelabuhan yang banyak sumber makanan gagak. Populasi gagak yang banyak jenis melebihi 27 spesis ini mampu membiak dengan cepat jika tidak dikawal dan terdapat sumber makanan yang lumayan. Gagak yang mempunyai bulu berwarna hitam ini mampu terbang dan memakan bangkai haiwan dan juga kekotoran sampah sarap yang terbuang. Gagak jantan biasanya lebih besar dari gagak betina. Gagak menghasilkan bunyi yang kuat terutama apabila berkumpulan dan menemui makanan untuk direbut. Sebahagian besar gagak adalah berwarna hitam dengan gloss jernih. Kenapa gagak dengan warna hitam? Apakah Tuhan menciptakan sesuatu dengan sia-sia?. Warna hitam pada bulu burung gagak ini untuk perlindungan sehingga ia mampu menghilangkan diri dalam kegelapan malam dari musuh-musuhnya seperti burung hantu dan burung helang. Burung hantu adalah aktif di malam hari dan predator lainnya. Gagak memakan hasil pertanian tanaman makanan, buah-buahan, cacing, serangga, siput, telur burung lain, ikan, bangkai binatang yang dibunuhnya di jalanan dan menyimpannya sebagai makanan dan kemudian menyembunyikannya dibawah daun. Ia menyimpan makananya agar tidak diketahui musuh-musuhnya. Gagak merupakan haiwan yang tidak lupa untuk menjaga keselamatan dan kecukupan makanan terhadap anggota keluarganya. Gagak juga tidak membiarkan pelanggaran wilayah kekuasaannya kepada musuh atau mereka yang mendekati sarangnya. Artikel kali ini saya akan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknik bagaimana cara mengawal kehadiran burung gagak yang selalu berikan ancaman kepada manusia untuk ia dijadikan bahan rujukkan semua.
Pertama adalah pembaca semua perlu tahu asas dalam kaedah mengawal burung liar termasuk Burung Gagak. Pertama sekali adalah asass bagaimana cara mengenali spesis burung-burung ini sama ada burung gagak atau burung lain. Dalam kes ini perlu seseorang itu belajar apakah rupabentuk, warna, ciri khas serta habitat setiap spesis burung yang menganggu dan ada ancaman kepada tanaman, haiwan dan manusia. Setiap jenis burung memakan makanan yang berlainan dan mampu merosakan tanaman seperti burung pipit yang memakan padi jika jumahnya banyak dan tidak dikawal. Burung helang pula ia mampu menyambar anak ayam sebagai makanan dan juga ikan dalam kolam. Bagi burung gagak yang merupakan spesis burung yang tinggal dikawasan ada manusia ianya memang jenis burung yang tidak disukai masyarakat. Habitat burung juga berbeza dimana bagi gagak ia berada di kawasan pokok kawasan perumahan asalkan ada makanan yang banyak atau kawasan pembuangan sampah. Mengawal haiwan burung ini banyak kaedahnya sama ada teknik menghalau atau cara menghapuskannya (membunuh) jika perlu. Lazimnya untuk jenis burung liar yang tidak mengancam manusia dengan serius memadai sahaja dengan membuat halangan untuk membuatkan burung tersebut tidak selesa dan merasakkan kawasan itu tidak selamat bagi burung tersebut sahaja. Cara lain adalah dengan kaedah membuang dan menghapuskan sarang-sarang burung yang berada di kawasan menganggu atau sebagainya. Bagi burung walit pula ia adalah sejenis burung yang semakin di komersilkan dengan banyak pembinaan rumah-rumah burung walit ini di seluruh Malaysia. Ada beribu-ribu rumah burung walit yang menghasilkan sarang burung wali yang harganya mahal. Penternakan burung walit memerlukan leses khas yang di keluarkan oleh pihak kerajaan. Di mana sahaja perlu ada pasukan untuk membuat pemantauan dan sentiasa melihat dan meneliti aktiviti burung agar jangan di biarkan burung membuat sarang atau berkumpul di kawasan yang menjadi kacauganggu.
Beberapa pihak Bekuasa Tempatan ada aktiviti untuk melakukan kawalan burung gagak yang ada dalam lingkungannya. Selalunya ada pelbagai program secara berkala dan berterusan bagi mengurangkan populasi burung gagak terutama di kawasan bandar. Kalau di Malaysia Bandar Kelang, Shah Alam, Bangi dan Pulau Pinang diantara lokasi yang lama terkenal kerana banyak burung gagak bersama dengan beberapa bandar lain dijuga. Mereka memang tidak bercadang untuk berhenti atau mengurangkan kegiatan membasmi burung gagak kerana kepentingan bagi kesihatan awam dan persekitaran. Lokasi-lokasi yang selalu disasarkan termasuk kawasan-kawasan pendaratan dan persinggahan utama seperti taman-taman perumahan, kawasan-kawasan komersil dan perindustrian, kawasan persisiran pantai utara sehingga selatan dan kawasan-kawasan berpokok yang sering dikunjungi oleh burung gagak termasuk kawasan-kawasan rekreasi dan tempat-tempat awam. Dilaporkan memang masih terdapat beberapa lokasi yang bermasalah kerana kesulitan dalam menjalani operasi disebabkan keadaan alam sekeliling yang rumit. Burung gagak merupakan haiwan liar yang hidup berkeliaran dan amat sukar untuk mengawal berpandukan kepada pengalaman mengawal gagak di lokasi-lokasi tertentu. Sudah dilakukan bangak dan pelbagai kaedah digunakan untuk menghapuskan gagak iaitu termasuk cara meracun, memerangkap, menembak dan juga mencangkuk sarang telah dilakukan pihak pasukan berkuasa tempatan. Paling selalu dilaporkan dalam media adalah kaedah mengawal dengan 'operasi menembak gagak' dimana ia dilaksanakan dengan bantuan Kelab Menembak tempatan secara bersepadu. Sebagai contoh perlah diaporkan dalam media dimana pada tahun 2015 sahaja sejumlah 11,789 ekor burung gagak telah dimusnahkan melalui pelbagai cara seperti perangkap, tembakan, racun dan mencangkuk sarang di Pulau Pinang sahaja.
Dalam kalangan masyarakat tempatan yang sering diganggu oleh burung gagak mereka mempersoalkan sama ada apakah langkah-langkah kerajaan yang dibuat itu berkesan bagi mengatasi masalah gagak yang banyak terutama di kawasan bandar seperti Kelang dan Bangi?. Paling sering dilakukan adalah operasi menembak gagak dan juga cara menggunakan Perangkap Gagak sebagai penambahan kaedah bagi mengatasi masalah gagak. Bagaimana pun diantara kaedah lain yang sedang giat dijalankan di seluruh PBT termasuk kawasan Kelang dan Bangi ialah Aktiviti Pembersihan Pasar Malam serta Pasar Awam dan Kaedah Menguruskan Kutipan Sampah (Sila lihat foto disebelah). Pihak komuniti pasar malam juga memainkan peranan penting dalam memastikan kebersihan tapak pasar selepas operasi. Selaras dengan Program Zon Bersih yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini ia telah banyak memberi kesan yang positif dalam menangani masalah kehadiran gagak. Umum sedia maklum bahawa kehadiran kumpulan gagak adalah ianya selalu disebabkan oleh adanya kawasan longgokan sampah terbiar. Kaedah ini dilihat membantu mengatasi masalah gagak yang banyak jika ia dapat dilakukan secara berterusan. beberapa Pihak Berkuasa Tempatan juga dilaporkan ada menyediakan insentif bagi Program Operasi Menembak Gagak di mana penembak profesional yang lulus tapisan pihak polis dilibatkan dalam program tersebut. Setiap seekor gagak yang ditembak dibayar sebanyak RM3.00 hingga RM5.00 secara tunai. Dengan adanya insentif ini maka ia dapat memberi semangat kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam membanteras masalah kehadiran gagak yang banyak. Sebenarnya seluruh komuniti dikawasan yang ada populasi burung gagak dan menyebabkan ancaman perlu di gerakan secara bersepadu bagi mengurangkan atau membasmi kehadiran gagak dalam komuniti. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERWARNA HITAM...IA BERTERBANGAN...
BANYAK CARA ADA...KAEDAH KAWALAN....
KETIADAAN GAGAK... TERASA NYAMAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Syaaban 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.