BURUNG GAGAK (Corvus splendens) atau 'Crow' adalah sejenis burung yang besar daripada genus Corvus dalam order Passeriformes dimana ia dikenali sebagai burung yang orang benci. Bandar Kelang di Selangor pernah digelar 'Bandar Gagak Yang Kotor' sejak lama dulu kerana banyaknya burung gagak berterbangan bebas dibandar tersebut. Gagak hidup dibanyak kawasan diseluruh dunia terutama dikawasan pelabuh-pelabuhan yang banyak sumber makanan gagak. Populasi gagak yang banyak jenis melebihi 27 spesis ini mampu membiak dengan cepat jika tidak dikawal dan terdapat sumber makanan yang lumayan. Gagak yang mempunyai bulu berwarna hitam ini mampu terbang dan memakan bangkai haiwan dan juga kekotoran sampah sarap yang terbuang. Gagak jantan biasanya lebih besar dari gagak betina. Gagak menghasilkan bunyi yang kuat terutama apabila berkumpulan dan menemui makanan untuk direbut. Sebahagian besar gagak adalah berwarna hitam dengan gloss jernih. Kenapa gagak dengan warna hitam? Apakah Tuhan menciptakan sesuatu dengan sia-sia?. Warna hitam pada bulu burung gagak ini bertujuan untuk perlindungan sehingga ia mampu menghilangkan diri dalam kegelapan malam dari musuh-musuhnya seperti burung hantu dan burung helang. Burung hantu adalah aktif di malam hari dan predator lainnya. Gagak memakan hasil pertanian tanaman makanan, buah-buahan, cacing, serangga, siput, telur burung lain, ikan, bangkai binatang yang dibunuhnya di jalanan dan menyimpannya sebagai makanan dan kemudian menyembunyikannya dibawah daun. Ia menyimpan makananya agar tidak diketahui musuh-musuhnya. Gagak merupakan haiwan yang tidak lupa untuk menjaga keselamatan dan kecukupan makanan terhadap anggota keluarganya. Gagak juga tidak membiarkan pelanggaran wilayah kekuasaannya kepada musuh atau mereka yang mendekati sarangnya. Artikel kali ini saya akan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknik bagaimana cara mengawal kehadiran burung gagak yang selalu berikan ancaman kepada manusia untuk ia dijadikan bahan rujukkan semua.
Salah satu kaedah sesuai memerangkap gagak adalah dengan memasang RACIK (line trap) yang selalu digunakan untuk menangkap ayam hutan atau burung lain oleh pemburu buru unggas. Kini amat mudah untuk membeli racik secara on-line di Lazada dengan harga RM36.00 sahaja satu set yang mempunyai 15 mata (Sila lihat foto disebelah). Burung gagak mudah berkumpul jika ada makanan di atas tanah dimana mereka berkumpul. Makanan seperti buah-buahan diletakkan sebagai umpan dimana sebelum itu dipasang jerat racik yang terbuka di sekelilingnya. Burung gagak ini akan datang makan dan secara tidak langsung akan terpijak racik seterusnya kakinya akan terjerat dan tidak dapat melepaskan diri. Teknik ini apa yang penulis blog lihat amat berkesan untuk mengawal burung gagak di kawasan kebun tanaman sayuan timun, peria dan sebagainya secara fertigasi di Johor. Burung gagak akan datang menghampiri polibeg tanaman fertigasi dan mencabut anakbenik yang baru tumbuh dan juga datang memakan hasil tanaman. Cara lain yang agak sesuai digunakan adalah dengan memasang PAKU BURUNG (bird spike) di lokasi sesuai dimana gagak suka bertenggek (tempat lepak gagak). Tempat paling lazim gagak bertenggek di bumbung bangunag atau pondok di kebun, pagar keliling rumah atau kebun, dahan kering, dahan pokok dan sebagainya. Agak mudah untuk membeli paku burung ini secara on-line sama ada di Lazada atau Shopee dari material steel atau plastic. Model bird spike steel berukuran 33 cm panjang dijual dengan harga RM1.80 seunit (ada 40% diskaun) sementara buatan dari plastik cuma RM0.76 sen sahaja. Gagak yang terpijak dengan paku burung ini akan merasa kesakitan dan tidak akan datang lagi hinggap di tempat tersebut. Walau pun memasang racik dan juga memasang paku burung di Malaysia kerana kurang tahu dan sangsi akan kesesuaiannya.
Penulis blog pernah syorkan juga kepada beberapa petani dengan cara menyapu GETAH BURUNG (Bird Gum) yang dibuat dari susu getah dan bahan lain. Produk ini ada juga di jual secara online dengan harga cuma RM13.00 satu botol. Walau pun pelekat gam ini selalu digunakan kepada kaedah untuk menangkap burung berukuran kecil seperti burung pipit, kelicap dan seumpamanya (Sila lihat foto disebelah). Apa pun dilaporkan dimana getah ini juga boleh di guna bagi mengawal gagak. Sapukan atau letakkan getah ini pada dahan atau kayu dimana burung gagak suka bertenggek. Getah ini di balutkan pada dahan dengan merata dan tidak terdedah cahaya matahari (ia mudah cair). Apabila gagak hinggap di dahan maka kakinya akan terkena gam yang melekat dan juga jika gagak cuba terbang maka bulu kepak dan badannya yang terkena gam akan menyukarnya bergerak, berjalan atau terbang. Lama kelamaan tempat tenggek gagak aakan ditinggalkan. Cara seterusnya yang penulis blog fikirkan adalah dengan menyapukan PRODUK GEL pada dahan pokok atau kayu tempat gagak bertenggek. Di Lazada ada iklan penjualan produk Pest Control Bird-X Bird Repellent Gel 10 oz dengan harga RM120.00 satu unit (RM95 selepas di diskaun 20%). Gel burung adalah produk melekit yang tidak beracun yang tidak mengubah penampilan dahan yang disapu dengan gel ini. Gel melekit ini akan membuat permukaan menjadi amat tidak selesa untuk kaki gagak bertenggek. Akibatnya burung gagak ini akan beredar dan mencari tempat lain untuk bertenggek atau bersarang. Mungkin semua berfikir berapa banyak kos, kecekapan dan masa diperlukan untuk menggunakan dua jenis kaedah kawalan diatas. Teknik ini mungkin sesuai jika jumlah gagak masih mampu di kawal dengan kaedah ini.
Dalam pada itu cara lain bagi mengawal gagak adalah dengan Mengurangkan CAHAYA TERANG di malam hari di kawasan rumah. Ini kerana burung gagak cenderung berkumpul di pokok atau tempat yang terang pada malam hari. Kaedah dengan mengurangkan lampu atau cahaya kurang terang di lokasi luar menjadikan ia kurang menarik gagak berkumpul, bersarang dan tidur malam. Cara paling mudah adalah dengan CARA MENGHALAU semasa gagak datang kekawasan kediaman kerana burung gagak adalah spesis bermigrasi. Lazimnya gagak sebagai burung migrasi dimana ia biasanya mencari tempat bertenggek semasa cuaca mulai sejuk di kawasan lain. Kaedah menghalang, menghalau dan menganggu gagak ini agar tidak lepak di kawasan baru akan menjadikan ia cepat beredar kelokasi lain. Sebaiknya masa terbaik menghalau adalah pada waktu senja atau maghrib iaitu menakut-nakutkan gagak yang berkumpul. Kalau berjaya mengusirnya sebelum gelap makan ia akan mencari tempat lain untuk bermalam. Boleh lastik dan kacau gagak yang berkumpul dan cara lain yang sesuai. Teknik lain yang penulis blog pernah beritahu petani dmasa lalu adalah dengan cara menggunakan atau meletakkan HAIWAN PALSU untuk ianya dapat menakutkan gagak. Burung gagak palsu plastik ini ada mengeluarkan bunyi dimana di Lazada dijual dengan harga RM18.20 seekor (setelah 50% diskaun). Burung palsu ini boleh di gantung dilokasi gagak berkumpul dengan terbalik dan juga dengan sayap terbentang. Kawanan gagak akan menghindari gagak mainan yang terlihat seperti burung mati itu. Selain itu cuba letakkan burung hantu palsu atau ular plastik mainan walau pun lazimnya kaedah ini hanya efektif untuk sementara waktu. Gagak akan cepat mempelajari pola pergerakan tubuh haiwan palsu ini dan kemudian ia menyedari bahwa haiwan itu palsu dan tidak takut.
Kalau di USA mereka menggunakan laser hijau di ladang bagi menghalau gagak mungkin di Malaysia cara menembak cahaya lazer kearah gagak mampu menghalaunya. Penulis blog pernah melihat dimana ada penduduk taman yang memancarka cahaya yang dipancarkan laser ini boleh mengusir gagak dari tempat bertenggeknya untuk beberapa saat kemudian. Bagaimana pun kelompok gagak ini kemudian dilihat kembali lagi untuk bertenggek. Bagaimana pun jika aktiviti menggunakan laser ini dibuat secara berterusan maka gagak akhirnya akan meninggalkan tempat tersebut. Alat laser hijau ini ada di jual di Lazada dengan harga RM41.00 model Green Lazer Light Torch Strong High Military Pointer 532 Nm 5Mw (Sila lihat foto disebelah) atau jenis murah RM2.00 di pasar malam atau DIY. Teknik memasang objek yang boleh membiaskan cahaya seperti CERMIN MUKA atau CD dilihat boleh menghalau kawanan burung gagak. Gantung cermin muka atau CD lama di sekitar rumah atau kawasan dimana ada kawanan gagak bertenggek dimana apabila siang hari dan sinar matahari mengenai permukaan kilat dan angin menggoyangkan objek maka sinaran tersebut akan menganggu gagak dan ia akan takut. Teknik ini pernah penulis blog gunakan untuk mengawal kehadiran monyet yang menganggu penternaj kelulut di Maran, Pahang pada tahun 2016 dahulu dengan artikel boleh dibaca dengan pautan berikut (Sila Klik DIsini). Disyorkan agar objek berkilat ini selaku dipindah-pindahkan kelokasi lain secara berkala agar gagak tidak belajar mengatasi ketakutannya. Selain cermin muka boleh guna bekas pai terpakai, pita berkilat dan juga bahan sesuai yang mampu memantulkan cahaya.
Penulis blog juga syorkan untuk penghuni menggunakan BUNYI KUAT atau BUNYI TIRUAN untuk menakut-nakuti kumpulan burung gagak yang bertenggek. Gagak dilaporkan memang ia membenci suara keras seperti ledakan, bunyi yang kuat dan nyaring dan juga bunyi alarm. Walau pun ia sangat berkesan pada peringkat awal tetapi kemudian agak kurang tidak praktikal disebabkan ia kurang takt dan bunyi ini juga menganggu masyarakat di keliling juga. Cara lain dengan merakam bunyi tiruan burung pemangsa dalam kaset dan di ulang main atau membuat rakaman bagaimana bunyi tiruan gagak yang mengalami stess (bunyi gagak lihat kawannya mati) atau bunyi ribut sedang berlaku dimana ia akan menghalau gagak. Bunyi-bunyi ini boleh didapatkan daripada pakar dan peminat burung. Paling efektif menghalau gagak adalah dengan MEMBAKAR MERCUN seperti bagaimana mercun dibakar pada perayaan Tahun Baru Cina. Bagaimana pun kini di Malaysia memang sukar mendapatkan mercun ini tetapi boleh berusaha membelinya untuk tujuan menghalau gagak. Gagak akan bertempiaran lari terutama ketika waktu senja dia berkumpul di lokasi biasa dan mercun dibakar. Jika di lakukan beberapa kali pembakaran mercun maka gagak ini pastinya akan berpindah. Paling tidak pun boleg rakam bunyi mercun dan di mainkan rakaman pada waktu sesuai. Pernah juga di syorkan menggunakan TROMPET GAS KUAT dimana ada dijual on-line di Lazada berharga RM12.00 satu set untuk model Loud Hand Held HornFor Football Sport Event. Bunyi ini pastinya akan mengejutkan gagak dan lari berpindah kelokasi lain tetapi ia menganggu penduduk yang ada disekitarnya. Ia boleh dilakukan secara komuniti juga. Sebenarnya pada penulis blog ada banyak cara yang sesuai dilakukan bagi menghalau gagak dimana sebaiknya cara pelbagai ini dilakukan silih bergganti. Ini kerana jika cara sama di buat gagak mudah tahu dan tidak respon lagi. Semua kaedah kawalan selain Menembak Mati gagak mungkin keberkesanannya kurang efektif tetapi usaha ini mampu juga setidak-tidaknya 'menghalau' burung gagak. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.