Support My Blog

Sunday, November 28, 2021

JERUSALEM ARTICHOKE - KENALI DIA?

JERUSALEM ARTICHOKE
(Helianthus tuberosus) adalah 
merupakan sejenis tumbuhan yang juga dipanggil sebagai sunroot, sunchoke, topinambur, wild sunflower atau earth apple adalah spesies bunga matahari berasal dari tengah benua Amerika Utara. Ia dilaporkan ada ditanam secara meluas di seluruh zon iklim sederhana untuk bertujuan bagi mendapatkan umbinya yang digunakan sebagai sayur (Sila lihat foto diatas). Rakyat dan petani di Malaysia ramai yang belum pernah mekihat tumbuhan ini ditanam secara komersil dimana akan tetapi ia mungkin ada ditanam di pusat-pusat penyelidikan. Dalam habitat semulajadi tumbuhan ini yang lasak dikategorikan sebagai rumpai. Penulis blog sempat melihat bagaimana penanaman untuk kajian lanjut dibuat oleh pihak Felda baru-baru ini. Dilaporkan dimana tumbuhan  Helianthus atau bunga matahari ialah genus tumbuhan yang terdiri daripada lebih kurang 70 spesis dalam keluarga iaitu Asteraceae yang asalnya dari Amerika Utara kecuali ada tiga spesis dari Amerika Selatan. Nama lazim biasa yang selelu dijadikan tumbuhan arnamental sebagai "bunga matahari" jdan popular adalah Helianthus annuus. Saya ada menulis mengenai bunga matahari dalam blog ini dan untuk pautan (Sila klik disini). Walau pun namanya macam nama sebuah bandari di Bandar Jerusalem akan tetapi ia bukan berasal dari negara tersebut. Botani tumbuhan ini jenis herba saka tumbuh setinggi 1.5 - 3.0 meter dengan mempunyai daun yang akan tumbuh setentang di bahagian atas batang tetapi berselang seli di bawah; Daunnya mempunyai tekstur kasar dan berbulu. Daun yang lebih besar pada batang bawah adalah ovoid-akut lebar dan boleh mencapai 30 cm panjang. Daun yang lebih tinggi pada batang lebih kecil dan lebih sempit. Pokok ini mengeluarkan bunga dibahagian hujung pokok terkumpul berjambak banyak berwarna kuning dengan ukuran diameter 5 -10 cm dengan selalunya ada 10 - 20 kuntum anak bunga segugus. Dilaporkan dimana antara kegunaan dari tumbuhan ini adalah dijadikan sebagai sumber makanan kesihatan (health food). Bahagian umbi pokok boleh dimasak secara digoreng, dipanggang atau dijadikan inti pai dengan cara sama seperti kentang tetapi umbi nya lebih boleh dimakan mentah termasuk dalam salad. Umbinya juga didakwa boleh dimasak dalam menjadi pai atau dijerukkan. Apa pun dilaporkan umbi pokok ini menyimpan karbohidratnya sebagai inulin yang tidak kanji seperti yang biasa ada pada tumbuhan-tumbuhan lain. Tumbuhan ini merupakan sumber penting inulin yang digunakan sebagai bahan serabut dalam industri makanan. Artikel malam Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan untuk pembaca mengenali tumbuah Jerusalem Artichoke sebagai tumbuhan potensi untuk dimajukan di Malaysia sebagai bahan rujukkan pembaca semua.

Dalam pada itu merujuk kepada beberapa jurnal dilaporkan 
Jerusalem Artichoke merupakan sejenis tumbuhan yang istimewa kerana ia hanya boleh didapati di Amerika Syarikat. Jerusalem Artichoke adalah akar sejenis 'Bunga Daisy' yang berasal dari kawasan timur Amerika Utara akan tetapi hanya boleh dapat di Canada, North Dakota, Florida dan Texas. ‘Jerusalem Artichoke’ ini tidak ada kaitan dengan Jerusalem dan bukan sejenis artichoke tetapi ia adalah sejenis daripada bunga Daisy. Menariknya ialah ia adalah dari spesis bunga matahari dan boleh dimakan mentah atau dimasak. Walau pun ia sekali pandang nampak macam rizom halia cuma saiznya kecil sedikit dimana ia kaya dengan serat dan tinggi kandungan dua jenis mineral iaitu kalium (K) dan magnesium (Mg) serta mengandungi sumber terbaik inulin. Inulin adalah sejenis kanji yang membantu memastikan kandungan gula dalam darah stabil. Makanan yang kaya ini dengan bahan Inulin bermanfaat untuk individu yang mana  mempunyai penyakit kencing manis. Dilaporkan bagi tujuan penghasilan produk makanan kesihatam tanaman Jerusalem Artichoke mesti dihasilkan secara organik dimana ia dijaga mengikut amalan organik tanpa menggunakan bahan kimia. Cara penanaman bahan adalah seperti kaedah penanaman ubi yang mana pokoknya akan tumbuh keatas. Jerusalem artichoke tumbuh dengan baik di tanah pH yang neutral dengan tekstur tanah gembur. Tumbuhan ini memerlukan banyak sinaran matahari untuk tumbuh dengan baik. Umbinya mempunyai rasa dan tekstur yang sama seperti kentang tetapi mengandungi kebaikan kesihatan yang lebih banyak jika ia hendak dibanding kentang. Jerusalem Artichoke juga didakwa adalah sebagai makanan sihat kerana kaya dengan inulin. Bahan ini juga mengandungi protein serta tidak mengandungi kandungan minyak dan kandungan kanji yang rendah. Banyak laporan media ada menyatakan dimana Jerusalem Artichoke sangat digalakkan untuk dimakan oleh individu yang menghidapi penyakit diabetis tahap 2 disebabkan ada bahan kandungan fruktosa yang terdapat dalamnya yang boleh diterima oleh badan. Antara resepi makanan sihat pumbi ini adalah dengan memanggangnya sahaja. Dilaporkan walaupun umbi ini mempunyai sedikit rasa manis kerana mengandungi fructosa namun ianya tidak akan memberikan kesan kepada pesakit diabetes. 

Tumbuhan ini memang dilihat senang t
umbuh di Malaysia hasil pemerhatian yang saya lihat diperingkat kajian lagi. Ia mudah tumbuh dalam banyak jenis tanah dan kurang masaalah gangguan penyakit dan perosak. Penanaman dengan kaedah biji perlukan masa selama 2 tahun untuk berhasil. bagaimana pun penanaman menggunakan benih dari umbisi yang mempunyai tunas yang juga boleh dibelah menjadi beberapa anakbenih yang bertunas. Teknik ini kini dilaporkan boleh mengutip hasil dalam masa 3 bulan selepas ditanam. Dilihat dimana penanaman ubi ini mampu tumbuh dalam keadaan iklim dan tanah yang kurang subur  dengan sedikit nutrien dengan perlu penjagaan minima. Bagaimana pun aspek seperti kesuburan tanah, pengairan, pembajaan dan pendebungaan menjadi faktur penentu produktiviti umbi yang dihasilkan. Pastikan kawasan tanaman mempunyai saliran baik dan mengelakan berlaku kejadian air bertakung kerana umbisi akan menjadi busuk jika terendam. Pengairan air terutama dimusim kemarau mampu membantu didalam pengeluaran bunga dan peningkatan produktiviti umbi yang maksima. Walau pun tanaman  Artichoke Jerusalem berfungsi dengan baik di iklim sederhana kajian mendapati dimana ia baik dikawasan tropika dan mengeluarkan umbisinya. Dinegara temperate dimana walaupun suhu bahagian luarannya ditutup dengan salji tetapi umbinya akan dapat bertahan suhu yang sangat rendah hingga -15º Celsius. Sebelum menanam disyorkan menyembur racun pracambah diatas batas tanaman. Pembarian baja organik dan baja kimia mampu meningkatkan produktiviti. Pastikan jarak tanaman yang sesuai dan mendapat cahaya matahari yang maksima kerana jika tumbuhan ini tidak mempunyai cukup ruang, maka berbunga tidak akan produktif. Tumbuhan ini mencapai tahap ketinggian hingga 2 meter pada tahap pokok matang dengan mempunyai jenis batangnya keras, daunnya berbentuk bujur dan bergigi. Hasil umbinya lazimnya akan berwarna putih, ungu, atau merah dengan panjangnya antara 7 - 10 cm dan ukuran lebar 3 - 5 cm. Apabila matang ia akan menghasilkan bunga yang cantik dengan warna kuning yang sangat jelas iaitu dalam bentuk sejambak yang seakan-akan bunga matahari (sulflower atau bunga aster yang popular). Di negara temperate lazimnya akan berlaku pada musim gugur. Ia merupakan jenis rumpai yang mampu membiak dengan cepat di kawasan belukar dan disyorkan hanya menenam dikawasan kecik untuk mudah mengawalnya. Tumbuhan ini dilaporkan mempunyai sifat diuretik, afrodisiak dan sebagai tonik yang hebat dan digunakan dalam rawatan diabetes dan rheumatik.

Beberapa laporan kajian nutrisi yang dijalankan mendapati dimana produk umbisi Jerusalem artichoke ini memang mempunyai kandungan kalori rendah. Dilaporkan dimana bagi setiap 100 gram yang dimakan terdapat sekitar 30 kcal akan tetapi sesiapa yang memakannya akan mempunyai rasa kesan sangat mengenyangkan kerana kandungan serat yang tinggi. Kandungan serat berkali-kali lebih tinggi daripada ubi kentangkerana umbi artichoke ada 12.1 gm sedangan didalam kentang hanya mengandungi 2.1 g bagi setiap 100 gram. Artichoke Jerusalem mengandungi serat inulin iaitu unsur yang tidak dapat dicerna oleh organisma manusia. Inulin mempunyai kesan positif pada pencernaan akan tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti perut kembung atau cirit-birit. Umbinya juga diaporkan mengandungi vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan Niasin. serta mengandungi mineral zat besi (Fe), kalium (K) dan kalsium (Ca) yang jauh lebih tinggi berbanding dengan kentang. Dilaproan didlan ujiras dimana rasa ubi jerusalem artichoke ini adalah sedikit manis hingga manis dan ianya seakan untuk mengingatkan makanan chestnut. Umbinya juga dilaporkan sesui untuk dimakan mentah tidak seperti kentang. Bagaimana umbi yang dipanggang dan dibubuh sedikit perisa memang paling enak dimkn semasa suam panas (Sila lihat foto disebelah)
Rasa manis umbi ini yang diuji adalah lebih kuat dengan ubi Jerusalem artichoke masak atau panggang. Umbi mentah rangup dan mempunyai rasa sedikit bersahaja. Makanan ini dilaporkan sesuai untuk dimakan akan tetapi dilaporkan ia boleh menyebabkan masalah pencernaan pada orang yang sensitif. Untuk mengelakkan perubahan warna ubi yang dikupas mentah maka ia boleh dimasukkan ke dalam air lemon dimana bahagian kulitnya lebih senang ditanggalkan ketika dikisar. Waktu memasak di dalam ketuhar secara keseluruhan adalah umbi sekitar 30 - 45 minit atau juga boleh di rebus dalam air kira-kira 10 minit (potong kiub dalam sedikit air). Umbi ini ada yang menggoreng dalam hidangan iaitu bekkeping-keping selam 5 - 7 minit. Produk ini juga sesuai untuk digabungkan dengan baik dengan ramuan herba seperti pasli, tarragon, marjoram atau pudina. Rempah-rempah lain seperto buah pala, mustard dan lobak merah memang ianya menggariskan rasanya yang sedap. Apa pun ringkasnya cara menyediakan makanan dari jerusalmu artichoke ini termasuk penggunaan jerusalem artichoke yang diparut atau parut dalam salad (mentah), juga boleh dimasukkan hirisn didalam sup, Dalam sup atau sos dan ada kalanya ia digunakan sbagai pengganti makanan sebagai sejenis hidangan keluarga. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.

JERUSALEM ARTICHOKE.. APA BENDA...
POKOK BERASAL... AMERIKA UTARA....
SUBUR DIKAJI TANAM.. DI MALAYSIA...
BANYAK KHASIAT..SENANG TANAMNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
FCAV Guest House,
Ladang Felda Chuping,
Chuping, Perlis,
Malaysia. 
(20 Rabiulakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...