Support My Blog

Saturday, November 20, 2021

SEKTOR PERTANIAN MALAYSIA - APA DIA? (Part 4)

SEKTOR PERTANIAN
di Malaysia membentuk sekitar dua belas peratus (12%) daripada KDNK negara dimana enam belas peratus (16%) daripada penduduk Malaysia pula dilaporkan memang bekerja dalam sektor pertanian dalam pelbagai bidangusaha. Malaysia dilapor sebelum merdeka menjadikan sektor pertanian sebagai sektor utama telah berubah pada masa kini dengan senario begitu ketara sebagai maju dalam sektor perindustrian. Kewujudan ladang-ladang yang besar telah ditubuhkan oleh zaman penjajahan British dimana syarikat ini membuka ladang iaitu tanaman baru seperti ladang getah (1876), ladang kelapa sawit (1917) dan ladang koko (1950). Kebanyakan ladang-ladang ini adalah dikawasan tanah subur yang luas untuk pengeluaran produk eksport dan hanya sedikit untuk kegunaan domestik pada masa itu. Apa pun beberapa tanaman makanan telah ditanam oleh pekebun kecil dan penduduk tempatan untuk tujuan domestik seperti padi, sayuran, pisang, kelapa, durian, nanas, beras, rambutan. Iklim Malaysia tropika yang mempunyai curahan hujan banyak dan sinaran matahari sepanjang tahun membolehkan aktiviti penanaman dapat dijalankan sepanjang tahun. Kedudukan Malaysia yang terletak di Semenanjung di Asia Tenggara merupakan kawasan yang jarang sekali terjejas oleh ribut taufan atau kemarau. Malaysia mengekalkan tahap kelembapan di sekitar 90% kerana lokasinya yang berdekatan dengan khatulistiwa. Cuaca panas dan lembap sepanjang tahun sesuai dengan pertanian. Bagaimana pun makanan ruji rakyat Malaysia dari tanaman padi hanya mampu untuk negara menghasilkan sekitar 70% kadar kecukupan (SSL). Sektor Pertanian di Malaysia dibawah beberapa kementerian yang erlibat seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Perusahaan Komoditi dan Perladangan dan beberapa lagi. Sumbangan sektor pertanian di Malaysia masih penting demi kelestarian da kecukupan jaminan bekalan makanan negara dan penghasilan produk pertanian untuk eksort terus berkembang. Industri Kelapa Sawit merupakan diantara industri yang sangat penting di Malaysia dengan nilai eksport berbillion ringgit setahun. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai sektor pertanian di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Banyak isu dan masaalah berkaitan dengan sektor pertanian di Malaysia dimana ia merupakan isu yang agak berpanjangan dan perlu ada strategi penyelesaian. Isu Produktiviti memang melibatkan faktur kecekapan didalam menggunakan input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang maksimum dimana ia nenjadi kekangan meningkatkan produktiviti sektor pertanian. Ada kalanya sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekap apabila input tidak digunakan dengan cekap seperti baja digunakan secara membazir dan tahap didalam penggunaan tenaga buruh yang tinggi. Kesannya adalah dimana kalangan petani kecil dan tradisional masih pada tahap daya pengeluaran yang rendah. Antaranya seperti kes pengeluaran kelapa menjadi rendah apabila kebanyakan pokok kelapa sedia ada sudah terlalu tinggi dan tua (senile tree) dimana ini menyebabkan kelapa perlu diimport dari luar negara untuk kegunan kilang. Ramai penanam kelapa juga sudah tidak mengamalkan amalan agronomi yang betuk seperti tidak membaja dan mengawal perosak pada tanaman kelapa yang sudah tua ini. Petani tradisional di Malaysia lazimnya masih mengusahakan kebun dengan saiz masih terlalu kecil dimana ini menyukarkan penggunaan teknologi dan amalan yang lebih ekonomikal dan penghasilan yang rendah. Mereka juga kebanyakannya masih kurang menggunakan teknologi yang lebih berkesan atau teknologi moden sebagai cara untuk meningkatkan produktiviti. Walau pun dari kumpulan pekebun kecil getah telah menggunakan klon-klon getah yang baru dan ada yang amalkan teknik penorehan ‘puncture tapping’ akan tetapi ianya masih belum mencukupi. Kalangan aplikasi sistem pengairan moden dalam aktiviti penanaman sayur-sayuran semakin baik bersama amalan pertanian yang semakin meingkatkan produktiviti sayuran dan kualiti. Penulis blog yang banyak meninjau kejayaan beberapa peserta berada di Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) mendapati ramai penanam cili yang berjaya sehingga mencapai pendapatan bersih lebih RM5,000 sebulan (Sila lihat foto disebelah). Kemudahan infra yang disediakan di TKPM menjadi satu model yang perlu dikembangkan lagi di Malaysia. Pada masa sekarang berlaku perubahan cuaca dan iklim dimana ia memberi kesan cuaca seperti musim hujan dan panas menjejaskan produktiviti diladang. Banjir yang berlaku pada musim monsoon biasanya memusnahkan banyak tanaman yang diusahakan dikawasan tanah yang sering dilanda banjir.

Pertanian di Malaysia yang dilaporkan sering juga mengalami masaalah dimana produktiviti terus dibantu agar lebih ramai pengusaha pertanian mampu meningkatkannya. Ini amat ketara dengan produktiviti sektor tanaman makanan, penternakan dan akuakultur berlaku tahap peningkatan produktiviti semakin ketara apabila banyak teknologi dan amalan agronomi ini dilaksanakan. Apa pun diantara beberapa langkah didalam mengatasi kekangan produktivit atau produktiviti rendah tersebut adalah termasuk melaksanakan pendekatan Ladang Berkelompok. Konsep ini melibatkan aktiviti dimana kebun petani yang kecil akan digabungkan untuk memastikan keberkesanan penggunaan sumber sedia ada. Lazimnya ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau mini estet dan diberikan khidmat nasehat yang lebih sistematik. Pendektan melalui Sistem Perladangan Campuran atau Pertanian Bersepadu (Intergrated Farming) merupakan pengusaha pertanian menanam lebih dari satu jenis tanaman dalam satu kawasan penanaman dan juga melakukan aktiviti penternakan atau akuakultur didalam kawasan yang sesuai. Penulis blog sempat membuat tinjauan di Segamat, Johor dimana pengusaha pertanian tersebut menanam nanas MD2 diantara barisan kelapa Matag dan terdapat juga tanaman durian, penternakan ikan tilapia dan ternakan kambing boer di ladangnya (Sila lihat foto disebelah). Penggunaan sumber sedia ada dilokasi dilihat membolehkan usahawan ini mampu menambah pendapatan dengan jauh lebih baik daripada yang tidak melakukannya. Ada kalangan petani yang melaksanakan pemprosesan makanan berasaskan pertanian seperti membuat kerepek pisang hasil dari kebunnya dan hasilan pisang dari pekebun pisang berhampiran. Aktiviti industri asas tani merupakan satu cabang yang memberikan jaminan pulangan lebih baik kepada pengusaha.

Masaalah penggunaan teknologi yang dilaporkan berlaku dikalangan petani di Malaysia tertumpu kepada kumpulan petani tradisional dan pertanian pindah sahaja. Petani yang mencapai tahap komersil kebanyakannya telah menggunakan teknologi yang terkini didalam pengeluaran hasil pertanian. Sebagai contoh penggunaan teknologi Struktur Pelindung Hujan (SPH) dan Rumah Kalis Serangga, teknologi Fertigasi, Pertanian tepat, Teknologi Drone, Teknologi IoT dan sebagainya semakin berkembang dengan baik di Malaysia. Penulis blog sempat beberapa kali membuat tinjauan penanaman cili padi di TKPM Sendayan, Negeri Sembilan dimana peserta menanam cili padi didalam polibag dan ia digantung diatas dan disusun dibawahnya (2 tingkat). Rumah Kalis Serangga yang disediakan Jabatan Pertanian membolehkan tanaman cili padi peserta mampu menghasilkan hasil yang berkualiti dan menguntungkan (Sila lihat foto disebelah). Selain daripada cili api, tanaman tembikai melon kini menjadi sejenis tanaman yang sangat popular di bawah SPH dimana ia mampu memghasilkan melon yang berkualiti untuk pasaran domestik dan eksport. Di beberapa TKPM lain peserta projek dilihat menanam sayuran dengan teknologi Fertigasi termasuk yang agak inovatif seperti penggunaan teknologi Fertigasi Gantung. Kaedah ini dilaporkan banyak menarik minat golongan petani muda dimana ia dilihat mampu memberikan pulangan lebih baik dan persekitaran tempat bekerja yang lebih selesa dan mooden. Penanaman halia secara fertigasi kini dilihat menjadi satu inovasi dikalangan usahawan kerana kaedah ini dilihat mampu memberikan pulangan lebih cepat dan didakwa ianya menguntungkan. Dalam pada itu dari segi bahan tanaman dimana kaedah kultur tisu dapat menghasilkan lebih banyak bahan penanaman yang berkualiti dan tahan penyakit dalam masa singkat. Bagaimana pun banyak benih sayuran terutamanya benih hibrid masih lagi diimport dari luar negara kerana Malaysia masih belum mampu mengeluarkannya sendiri. Artikel ini dibahagikan kepada lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 untuk semua dibaca bersama. Semuga artikel bersiri ini akan memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam....!
SEKTOR PERTANIAN.. DI MALAYSIA...
SUMBANG KDNK....ADA 12% SAHAJA...
KELAPA SAWIT GETAH...YANG UTAMA...
TANAMAN MAKANAN... PENTING JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Rabiulakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...