Support My Blog

Monday, November 29, 2021

CACING HELICOBACTER DALAM PISANG - VIRAL!!!

CACING HELICOBAKTER
dalam pisang telah menjadi satu berita viral di Malaysia dan sebahagian dunia pada beberapa media yang mana ia dilaporkan pada 10 November 2021 setelah ada paparan video mengenainya didalam internet. Bagaimana pun dari Putrajaya Jabatan Pertanian Malaysia telah menegaskan klip video yang tular berkaitan penemuan cacing 'Helikopter' atau 'Helicobacter' adalah tidak benar dan mengandungi maklumat diragui. Ketua Pengarah Pertanian iaitu Datuk Zahimi Hassan juga berkata Helicobacter adalah sejenis bakteria dan bukan daripada kumpulan serangga atau ulat serangga seperti ditularkan didalam video tersebut. Jabatan Pertanian juga dakwa dimana pihaknya tiada menerima aduan atau laporan berkenaan serangan bakteria yang berlaku kepada tanaman pisang di negara ini. Beliau sarankan agar pengguna jangan bimbang atau ragu-ragu kerana Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Pertanian dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan sentiasa memastikan hasil dan produk pertanian dari sumber dalam dan luar negara selamat untuk dimakan. Dinyatakan dimana kini semuanya bebas daripada perosak dan penyakit yang mendatangkan kemudaratan kepada pengguna serta alam sekitar melalui satu kenyataan media. Berdasarkan kenyataan Abu Dhabi Agriculture and Food Safety Authority (ADAFSA) melalui Twitter pada 1 November 2021 di mana ada video yang tular didapati berasal daripada sumber tidak sahih. Dila[orkan dimana isu tersebut juga adalah di luar kebiasaan bagi cacing melengkapkan kitaran hidupnya dalam pisang sehingga menjadi saiz yang ditunjukkan dalam video berkenaan. Bila penulis blog tonton video tersebut di youtube dengan membuat pautan pada 
https://www.youtube.com/watch?v=8yolzAhVR1g memang jelas penerangan yang diberikan. Dijelaskan dimana spesis cacing Helicobacter polyri merupakan patogen yang tidak pun ia mengancam didalam perut manusia. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa laporan viral mengenai isu cacing helicobacter didalam buah pisang dari Somalia yang di eksport ke Iran dan mengegarkan industri pisang dunia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Dalam salah satu laporan portal berita thequint.com/news bertajuk '
Poisonous Bananas Imported From Somalia? No, Viral Video Is Misleading' memang menarik dirujuk. Berikut adalah laporan berita tersebut (dalam bahasa Inggeris) tulisan asal dari portal berita tersebut untuk dikongsikan. 'A video showing a person dissecting a banana and showing worms coming out of the fruit has gone viral on social media with a claim that they were recently imported from Somalia. The claim goes on to say that the worm is called helicobacter and it can cause brain death 12 hours after its consumption. However, we found that the claim is fabricated. India does not import bananas from Somalia and is, in fact, one of the largest producers of the fruit in the world. Secondly, helicobacter is not a worm but a bacteria which is not visible to naked eye. The message going viral with the video states, "Recently, 500 tons of bananas from Somalia arrived in the markets, which contain a worm called Helicobacter that releases poisonous bananas in the stomach, which then shows the following symptoms (diarrhoea, vomiting, nausea, headache) and after 12 hours the person will die from brain death. Please refrain from buying and eating bananas these days, or if you do buy, be sure to open them inside. Watch the video." We found the same claim being shared by several users on Twitter and Facebook, archives of some can be found in the youtube'. Memang pembaca blog ini akan faham apa yang diperkatakan dalam berita ini. Video tersebut mudah saha diakses dari youtube.

Portal berita utusan.com.my dengan berita bertajuk 'Tiada aduan kes cacing helikopter dalam pisang' juga menarik dikongsikan sama. Berita dari Putrajaya menyatakan dimana Jabatan Pertanian Malaysia menafikan keras rakaman video yang tular menerusi media sosial mengenai isu kewujudan cacing jenis helikopter atau helicobacter dalam pisang. Malah menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Zahimi Hassan, maklumat yang dipaparkan dalam hantaran ditularkan itu juga tidak benar dengan informasi didapati tidak sahih selain ianya diragui.  “Sehingga kini, tiada aduan dan laporan mengenai kes serangan helicobacter pada tanaman pisang di Malaysia yang diterima oleh pihak jabatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.  Beliau turut menjelaskan bahawa helicobacter merupakan sejenis bakteria dan bukan dari kumpulan serangga atau ulat seperti dilaporkan dalam video berdurasi satu minit 29 saat itu. Apa pun berdasarkan rekod luar negara, rakaman yang tular itu juga didapati berasal dari sumber tidak sahih kerana adalah tidak normal untuk cacing menyempurnakan kitaran hidup dalam pisang. Ia turut diakui Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan dan Pertanian Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu menerusi ciapan di akaun sosial rasmi Twitter agensi itu pada 1 November 2021 lalu. “Justeru memang agak luar kebiasaan bagi seekor cacing mampu untuk ianya dapat melengkapkan satu pusingan hidup dalam buah pisang sehingga saiz ditunjukkan melalui video itu,” jelas Zahimi.  Sehubungan itu beliau menasihatkan para pengguna di negara ini supaya tidak perlu berasa takut atau ragu-ragu terhadap hasil produk pertanian dari sumber dalam serta luar negara. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui jabatan berkenaan dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan sentiasa memastikan hasil tani di pasaran domestik kekal selamat. Produk yang dijual di seluruh negara turut dijamin boleh dimakan dan bebas daripada makhluk perosak atau penyakit mendatangkan kemudaratan kepada pengguna serta alam sekitar.  Berdasarkan rekod jabatan itu pada sepanjang tahun 2020 lalu, Malaysia mengeluarkan 325,447 tan metrik pisang dengan nilai RM579,295,000 daripada kawasan berkeluasan 26,000 hektar. Pisang dipercayai tumbuh wujud lebih 10,000 tahun dahulu di rantau Asia Tenggara sebelum tanaman ini tersebar ke seluruh dunia khususnya negara yang beriklim tropika dan lembab. Buah yang penuh dengan pelbagai khasiat semula jadi itu ketika ini dianggarkan berjumlah 153 juta tan metrik dikeluarkan setiap tahun dengan India dan China menguasai pasaran.

Industri pisang merupakan salah satu industri buah-buahan tropika yang amat penting dalam dunia perindustrian sektor pertanian. FAO melaporkan dimana kira-kira 15% pengeluaran pisang global menuju ke eksport akan memasukkin siste perdagangan antarabangsa untuk penggunaan di negara-negara barat dan eropah ke USA. Beberapa negara menjadikan buah pisang sebagai komoditi eksport penting antaranya dimana jumlah pengeluaran pisang dunia lebih dari 150 juta tan yang mana  dipimpin oleh India dan China dengan jumlah gabungan (hanya untuk pisang) sebanyak 28% daripada jumlah untuk pengeluaran global. Pengeluar utama lain adalah Filipina, Ecuador, Indonesia dan Brazil yang bersama-sama untuk menyumbang 20% ​​daripada jumlah pisang dan pisang dunia. Bagaimana pun seperti yang dilaporkan pada tahun 2020 dimana jumlah eksport dunia adalah 14.155 juta mt dimana negara pengeksport pisang terbesar adalah Equador (3.99 juta mt) dengan menguasai 28% jumlah pasaran eksport. Ini diikuti dari negara Fiipina dengan sebanyak 3.95 juta metrik tan pisang dengan jenama Dole dan Del Monte yang banyak ada ditanam di wilayah Mindanao. Penulis blog sempat ke ladang mereka pada tahun 2019 dulu. Bagaimana pun pasaran eksport pisang segar dari Filipina pada tahun 2020 adalah Jepun (USD764 juta), China (USD623 juta), Korea Selatan (USD225) dan Arab Saudi (USD76.5 juta). Di negara kita Malaysia dilaporkan dimana pada tahun 2020 seluas 26,274 hektar tanaman pisang ditanam dan menghasilkan sebanyak 370,060 metrik tan buah pisang untuk pasaran domestik dan hanya peratus kecil dieksport terutama ke Singapura, Burnei dan beberapa negara lain (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2020). Negeri Johor merupakan negeri paling luas (7,612 ha) menanam pisang diikuti dengan Sabah (3,720 ha) dan Pahang (2,541 ha). Bagaimana pun sebahagian besar daripada pisang tersebut adalah jenis pisang segar dan selebihnya pisang goreng. Isu viral cacing helicobakter didalam buah pisang dilihat tidak menjejaskan penanam pisang di Malaysia. Kemyataan Jabatan Pertanian Malaysia mengenai video viral ini dipuji demi kelangsungan industri pisang negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
VIDEO VIRAL... GEMPARKAN DUNIA...
CACING DALAM PISANG... KATANYA...
DISANGKAL  PAKAR... PALSU CERITA...
KEPADA SEMUA... PASTIKAN FAKTA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Rabiulakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...