Support My Blog

Wednesday, November 3, 2021

ENAKNYA UBI REBUS - MAKANAN TRADISI

MAKANAN UBI REBUS merupakan sejenis makanan tradisional yang telah lama diambil oleh penduduk tempatan sejak zaman dahulu. Tanaman Ubi (Manihot esculenta Crantz) merupakan sejensi tanaman umbisi yang mudah ditanam dan dijaga dimana sesuai dijadikan tanaman bahan makanan yang kini semakin sukar diperolehi. Dikelani juga sebagai 'cassava' atau 'tapioca' ia yang dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika dan diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjajah Portugis. Ianya dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam keluarga besar Euphorbiaceae. Di Malaysia tanaman ubikayu selalunya ditanam secara monokrop komersil atau pun ditanam sebagai tanaman campuran dengan buah-buahan. Bagaimana pun di kawasan pendalaman di Malaysia serperti perkampungan orang asli di Semenanjung dan pribumi di Sarawak serta Sabah amalan penanaman ubi kayu ini ditanam bersama-sama dengan padi bukit juga ditanam secara kecil-kecilan yang menjadi aktiviti penting didalam membekal makanan mereka. Kini ada usaha sektor swasta untuk menanam secara besar-besaran ubi kayu untuk tujuan pengeluaran biodisel, kanji, prosesan kerepik dan juga pelbagai produk lain. Tinjauan penulis blog ke negara jiran Thailand mendapati tanaman ubikayu dilakukan diatas tanah bris dimana ia juga merupakan tanaman komersil penting untuk dijual kepada kilang. Umum tahu dimana ubikayu boleh dijadikan sebagai makanan pada manusia serta haiwan ternakan dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi (sejenis pemanis dalam industri minuman dan mimuman yang bertin) dan pengganti separa tepung gandum. Seluas 2,963 hektar ubikayu ditanam di Malaysia pada tahun 2020 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 43,392 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia Tahun 2020). Antara negeri yang luas menanam ubikayu di Malaysia adalah Johor (622 hektar), Sarawak (664 hektar) dan Selangor (559 hektar) dan negeri-negeri lain menanam kurang dari 100 hektar. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai makanan ubi rebus yang dikenali sebagai makanan tradisional untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.

Proses untuk menyediakan hidangan ubi rebus amat mudah, murah, cepat dan enak dimakan. Paling penting dan asas adalah pemilihan ubi kayu yang masih segar dari sumber bekalan yang masih baru. Kalau pembaca tinggal dikampong, menanam ubi kayu keliling rumah adalah terbaik. Pastikan ubi tersebut dari jenis yang empuk, berwarna krim susu ketika masak dan tidak keras (Ganyot). Terdapat beberapa varieti yang sesuai untuk ditanam bagi tujuan mendapatkan ubi berkualiti. Antara varieti yang sesuai seperti Black Twig, Varieti Seri Pontian, Varieti Sri Medan dan beberapa lagi. Pengalaman saya ketika membeli ubi kayu di Pasar Borong Selangor atau Pasar Minggu Putrajaya dan Denkil ada mendapati agak sukar menentukan kualiti ubi kayu yang dibeli kerana selalu juga jumpa ubi kayu yang tidak elok. Proses pertaman adalah sebaiknya buang kulit ubikayu dengan pisau dimana kemudian isinya yang putih di basuh sehingga bersih. Potong ubi kayu sekitar 8 - 12 cm panjang dan dimasukkan kedalam periok atau 'rice cooker' yang berisi dengan air. Masukkan sedikit garam dan rebus sehingga masak selama 15-20 minit. Ubi yang masak lazimnya berwarna sedikit putih pucat dan lembut. Toskan air keluar dari periok dan ubi rebus boleh dihidangkan. Bagaimana pun terdapat beberapa cara menyediakan makanan ubi rebus bergantung kepada makanan yang diminatinya. Ada yang merebus dengan gula melaka dan ada yang memasukkan remah tertentu ketika merebusnya.



Kisah menarik mengenai ubi rebus dilaporkan Bernama bertajuk 'Hidangan Ubi Rebus imbau kenangan ketika penjajahan Jepun' memang menarik dikongsikan. Berita dari Melaka tersebut menyatakan dimana juadah ubi rebus dan sambal ikan bilis adalah hidangan rutin yang akan disediakan Aminah Abu Bakar berumur (68 tahun) pemilik Rumah Merdeka di Kampung Morten di sini untuk keluarganya ketika sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun. Aminah berkata makanan itu disediakan bagi mengimbau kembali kenangan masyarakat terdahulu yang menjadikan ubi rebus sebagai pengganti nasi berikutan kesukaran untuk mendapatkan makanan lain terutamanya ketika zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Setiap kali 31 Ogos dia mesti sediakan ubi rebus untuk keluarga kerana masyarakat sebelum merdeka menjalani kehidupan serba kekurangan dan ubi rebus adalah makanan ruji mereka yang disediakan bersama air panas untuk sarapan pagi atau minum petang bagi menambah tenaga dan meneruskan kehidupan mereka. Generasi kini khususnya orang muda mungkin sudah tidak mengenali makanan tradisi ini, jadi dengan menghidangkan ubi rebus dan sambal ikan bilis kepada anak-anak dan cucu dapatlah saya memperkenalkan kepada mereka makanan utama orang dulu-dulu. Aminah berkata hampir 48 tahun beliau memang setia menghidangkan makanan itu kepada keluarganya ketika tiba sambutan Hari Kebangsaan sambil menceritakan kepayahan hidup orang terdahulu yang terpaksa merebus ubi dengan menggunakan dapur kayu api dalam masa yang lama bagi memastikan ia direbus dengan empuk berbanding dapur gas sekarang. Aminah yang juga ibu tunggal kepada dua anak lelaki berkata selain menghidangkan ubi rebus dan sambal ikan bilis, beliau akan menghias kediamannya yang diberi nama ‘Rumah Merdeka’ dengan kira-kira 100 Jalur Gemilang pelbagai saiz dan membasuh bahagian bumbung rumah yang dicat menjadi Jalur Gemilang. Jalur Gemilang berukuran 10 meter panjang dan empat meter lebar di bahagian bumbung rumah yang dicat oleh adiknya Mohd Aboobaker Yaakob, 60, pada 12 tahun lepas itu akan dicuci pada Januari dan Julai setiap tahun bagi memastikan warna bendera yang terdapat di bumbung itu kekal bersinar. Dia dan adik juga mendirikan papan tanda ‘Merdeka’ di bumbung bahagian tangga pintu masuk bagi menandakan inilah dia ‘Rumah Merdeka’ dan kebiasaannya selepas membasuh bumbung pada bulan Januari atau Julai, Mohd Aboobaker akan mengecat semula Jalur Gemilang di bumbung tersebut dengan lapisan baharu dengan kos kira-kira RM500. Adiknya telah mendapat idea mengecat bumbung dengan Jalur Gemilang selepas melihat seorang warga Jerman mengecat bendera negaranya pada bahagian rumah sempena Piala Dunia 2006. Pada 2007, dia (Mohd Aboobaker) menghasilkan bendera itu dengan kos kira-kira RM1,200 membeli cat dan peralatannya. Rumahnya yang dilahirkan di rumah yang dibina pada 1945 itu mempunyai seramai lima cucu perempuannya yang berusia dua hingga enam tahun akan digayakan dengan pakaian Jalur Gemilang setiap tahun sebelum membawa mereka bersama anak dan menantunya melihat perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan Negeri Melaka di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir pada 31 Ogos.  


Kisah mengebai 'Ubi Rebus Cicah Nyior' dilaporkan oleh Sinar Harian daripada Kuaa Terengganu' sesuai dijadikan bahan rujukkan. Ini kerana pada penulis blog yang lebih suka makan ubirebus dengan sambal bilis atau sambal tumis sotong akan juga sesekali mencuba resepi ini. Dilaporkan dalam musim tengkujuh yang sering melanda memang tidak lengkap sekiranya tidak mencuba keenakan makanan ubi kayu rebus dimakan bersama kelapa parut. Lazimnya ubi kayu rebus yang dimakan bersama kelapa parut hanya popular dan enak dimakan pada musim tengkujuh. Memang tidak dapat dipastikan mengapa begitu akan dilakukan namun bagi seorang peniaga di Pasar Manir, di Kuala Terengganu ini telah mengakui permintaan terhadap ubi kayu hanya didapati pada setiap musim hujan. Bagi peniaga dikenali sebagai Yusof Embong berumur 65 tahun dari Kampung Teluk Pasu mendakwa dimana usaha perniagaan ubi kayunya mencecah 200 - 300 kilogram (kg) dalam sehari pada musim hujan. Pada waktu itu akan ada ramai orang datang dan bertanya ubi kayu pada musim hujan berbanding semasa keadaan cuaca beransur cerah automatik tidak ramai yang bertanya untuk membelinya. Kadang-kala memang tidak ada langsung yang tanya pasal ubi kalau selain cuaca hujan dimusim tengkujuh di negeri pantai timur ini. Ini kerana kalau cuaca tidak hujan maka jualan ubi pun menurun dan terjual dalam 100kg sahaja sehari dakwanya yang telah berniaga ubi kayu sejak tujuh tahun lalu. Yusof yang turut menjual buah-buahan dibantu isteri menjadikan jualan ubi kayu yang diperolehi daripada pembekal tempatan merasa lega apabila jualan ubikayunya bergganda dimusim tengkujuh.

Portal berita dari detik.com dari Jakarta melaporkan 'Kalori keledek rebus dengan ubi rebus mana yang anda pilih' menarik untuk ditulis semula. Dilaporkan dimana kandungan kalori keledek rebus memang lebih rendah jika dibandingkan dengan keledek goreng. Akan tetapi bagaimana jika dibandingkan dengan ubi kayu yang direbus. Mana yang lebih baik untuk diet pembaca blog semua?. Keledek merupakan salah satu sumber vitamin A terbaik kerana ia didakwa mengandungi beta-karoten dan juga vitamin C. Selain itu keledek juga memiliki kandungan vitamin B5, B6, thiamin, niasin, dan riboflavin serta memang ia tidak mengandungi zat lemak, relatif rendah natrium dan tinggi serat. Biasanya ada dua jenis keledek yang ditanam iaitu Keledek Kuning dan Keledek Ungu. Perkara ini dibezakan dengan adanya dua  "fitokimia" dalam keledekr yang bertanggung jawab atas perbezaan warnanya. Beta-karoten menghasilkan warna kuning oren (Sila lihat foto disebelah) dan antosianin memberi warna ungu. Berlaian pula dengan ubi kayu dimana ia juga merupakan salah satu jenis makanan karbohidrat yang boleh dijadikan pilihan disebabkan faktur rendah kalori. Ubi kayu yang direbus memang kadang-kadang kurang menarik selera kepada individu tertentu apa lagi generasi zaman internet sekarang. Kajisn menunjukkan dimana ubikayu mengandungl lebih tinggi unsur serat dan bebas gluten. Ubi kayu yang sudah direbus juga mengandung zat besi, vitamin C dan juga niacin. Ubi kayu rebus yang dikenal juga dengan sebutan 'ketela' ditanam dengan ciri kandungan serat yang cukup tinggi. Dalam sistem pencernaan lazimnya serat berfungsi membantu melancarkan sistem cerna. Serat yang ada dalam ubikayu secara semulajadi ini juga membantu mencegah berlakunya masaalah sembelit. Walau pun keledek rebus dan ubirebus keduanya boleh dikategorikan sebagai 'makanan sihat' akan tetapi kandungan kalori antara keduanya berbeza. Kalori keledek rebus bagi setiap unit 100 gram adalah sekitar 100 Kilokalori (kcal) sementara bagi 100 gram ubi kayu rebus sebanyak 153 Kcal (lebih tinggi). Bagaimana pun dilihat dimana keduanya sangat sesuai dijadikan sebagai menu sarapan sihat untuk keluarga. Jangan lupa nikmati dengan aneka makanan berprotein sehingga dapat memicu kesihatan dengan pola makanan yang seimbang. Bagaimana pun  disyorkan bagi mengelakkan rasa bosan menikmati makanan yang berkarbohidrat tinggi serat semasa melakukan diet maka boleh dertukar gantu makanan keedek rebus, ubi rebus dengan makanan lain yang sesuai dengan selera semasa. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
UBI KAYU REBUS.... MENU YANG LAMA...
MUDAH DISEDIAKAN...ENAK RASANYA...
DICICAH SAMBAL... MEMANG CARANYA...
MENJADI HIDANGAN... SEPANJANG MASA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendama, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(15 Rabiulawal 1443H).
Posted from, 
MBoutique Hotel, 
Ipoh, Perak.
3 Nov 2021.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...