Kaedah Perkhidmatan Pengembangan Pertanian (Agriculture Extension Service) adalah sebagai salah satu kaedah menyalurkan maklumat dan teknologi pertanian kepada petani dan usahawan sejak berdekad yang lalu yang telah dilaksanakan di Malaysia. Perkhidmatan ini yang diberikan oleh pihak kerajaan dan swasta memang tidak dinafikan telah dapat meningkatkan taraf hidup dan juga pendapatan penduduk khususnya pemain industri pertanian seperti petani, penternak, nelayan dan usahawan asas tani iaitu mereka yang tinggal di luar bandar. Arahan kerajaan supaya sistem penyampaian kerajaan mesti dipertingkatkan lagi dengan dikemaskan menjadikan sistem perkhidmatan pengembangan semakin penting dan ianya berperanan sebagai satu sistem yang unggul dalam proses pelaksanaan program dan aktiviti tersebut termasuk oleh Jabatan Pertanian melalui Sistem Perkhidmatan Teknologi Pertanian (SPTP). Langkah tersebut adalah perkemaskan perkhidmatan pengembangan pertanian telah dilaksanakan dengan cara menstruktur semula peranan dan fungsi perkhidmatan pengembangan dan mewujudkan Bahagian Pengembangan, Perundingan, Pelaburan dan Industri Asas Tani (PPP&IAT) di Jabatan Pertanian Malaysia sejak ratusan tahun dahulu. Dalam pada itu di bawah bahagian ini diwujudkan Seksyen Pengembangan merupakan satu dari tiga seksyen baru yang ditubuhkan. Di peringkat Negeri pula, Jawatan Timbalan Pengarah Pengembangan ataupun “Chief Extension Officer (CEO)” diwujudkan yang berperanan sebagai ketua pegawai pengembangan. Sementara itu di peringkat Pejabat Pertanian Daerahdikenalpasti dimana pegawai Pertanian Daerah adalah bertanggungjawab didalam melaksanakan semua program pengembangan pertanian. Fungsi pengembangan pertanian di semua peringkat perlu sentiasa diberi perhatian utama bagi mempastikan sistem penyampaian maklumat kepada semua pelanggan Jabatan Pertanian dan agensi lain akan terus dipertingkatkan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Dalam pada itu asas Pengembangan adalah menolong petani atau pelanggan untuk menolong diri mereka sendiri melalui proses pendidikan. Pengembangan Pertanian didefinisikan sebagai satu proses pendidikan tidak formal yang dijalankan secara bersistem untuk memberi khidmat dan menggalakkan penerimaan sesuatu teknik, teknologi dan maklumat-maklumat baru oleh sesuatu kumpulan atau individu tertentu selaras dengan keperluan dan kemampuan mereka bagi mencapai kemajuan sosio-ekonominya. Asas dan Prinsip Pengembangan adalah mengajar individu untuk menolong diri mereka sendiri melalui proses pendidikan dan bukan membuat kerja untuk mereka. Kejayaan sesuatu aktiviti pengembangan banyak bergantung kepada initiatif pegawai pengembangan berikhtiar mencari jalan serta memahami keperluan pelanggan yang hendak dibantu, di samping mencadangkan alternatif penyelesaian yang bersesuaian dengan mengadakan program latihan dan bimbingan kepada petani.
Kos Pengeluaran Tanaman dilaporkan terus meningkat saban tahun akan tetapi harga produk pertanian masih ditakuk lama diperingkat ladang. Semenjak beberapa dekad lalu harga input seperti racun kimia, baja sebatian, baja organik, tahi ayam serta peralatan pertanian telah jauh meningkat. Perkara ini disebabkan oleh banyak faktur antaranya adalah disebabkan oleh kesan pertukaran wang asing, teknologi produk input pertanian yang digunakan, kualiti produk semakin canggih, perubahan dasar dan peraturan dan juga kos pengurusan termasuk upah pekerja yang terus meningkat. Kalau dahulu racun paraquat yang dilaporkan paling meluas digunakan digunakan petani untuk mengawal rumpai dikebun tetapi setelah penggunaan racun paraquat ini diharamkan oleh kerajaan dilaporkan bahan lain yang menggantikannya adalah lebih mahal kos membelinya. Pengusaha kebun nanas dan sayur-sayuran serta buah-buahan antara yang terkesan dengan perubahan peraturan dan kawalan penggunaan racun kinia ini. Penulis blog sempat membbuat tinjauan ke kebun Mesta di Maran , Pahang dimana pemiliknya En Shuib nyatakan harga bahan kinia yang digunakan kini memang tinggi kerana dia menggunakan baja import dan baja foliar (baja semburan) bagi mempastikan buah mesta yang dituai mencapai piawaian untuk pasaran domestik dan eksport. Bagaimana pun dia dakwa hasil tuaiannya meningkat dengan baik dan jika dijual begitu sahaja kepada peraih tempatan memang tidak menguntungkan. Beliau membuat penggredan, rawatan khusus kepada buah mesta untuk di eksport ke Singapura dan Jepun dengan harga premium (Sila lihat foto disebelah). Tidak ramai petani tradisional yang berani membeli bahan input pertanian bagi mendapatkan nilai produktiviti yang maksima. Kos tenagakerja untuk sektor pertanian juga telah meningkat walau pun menggunakan tenaga buruh asing. Kalau dahulu upah pekerja asing hanya diantara RM20 - 30 sehari akan tetapi pada masa sekarang upah buruh asing meningkat diantara RM40 - RM60 sehari bagi pekerja ladang. Dalam pada iru sering berlaku situsai dimana ketidakstabilan harga produk pertanian mengecewakan petani. Ini berlaku terutama kepada buah-buahan bermusim apabila berlaku pengeluaran hasil sukar disesuaikan dengan permintaan pasaran. Selalunya hasil pertanian cepat rosak dan teknik penyimpanan terhad menyebabkan hasil pertanian tidak dapat disimpan sementara menunggu harga meningkat. Kos pengeluaran semakin meningkat membebankan petani dan juga bekalan yang berlebihan juga memang menyebabkan ketidakstabilan harga. Bagaimana pun pengusaha pertanian di Malaysia perlu mengatasi isu ini dengan memproses hasil tanaman mereka seperti cili dijadikan sos, dijadikan kerepek, kuih muih dan sebagainya.
Pengusaha pertanian di Malaysia perlu sensitif dengan bagaimana penyebaran dan pengamalan Teknologi Baru dapat untuk direalisasikan. Beberapa amalan teknologi baru seperti pertanian persekitaran terkawal dan penanaman sayuran secara fertigasi kini perlu diperluaskan lagi penggunaannya diseluruh negara. Kos bahan-bahan untuk membina Struktur Pelindung Hujan dan Rumah Kalis Serangga perlu di sesuaikan dengan kemampuan pengusaha. Pada masa ini harga untuk bahan logam, plastik dan polibeg serta media tanaman untuk sistem fertigasi masih dianggap tinggi berbanding dengan beberapa negara jiran berdekatan. Dalam tinjauan penulis blog ke TKPM Air Hitam di Johor dilaprkan pengusaha TKPM yang mendapat struktur SPH sebanyak 6 unit seorang mampu menjana pendapatan bersih melebihi RM5,000 sebulan apabila mereka berjaya menanam melon (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun kos bagi penyelenggaraan rumah SPH terutama plastik atap yang koyak dan netting dinding SPH yang reput setelah beberapa musim menggunakannya memang agak tinggi. Walau pun buah melon ini mendapat harga dipasaran domestik dan pasaran eksport amat baik akan tetapi risikonya masih ada terutama apabila berlaku serangan penyakit seperti Penyakit Kulapok Berdebu (Downy Mildew). Peranan kerajaan didalam memajukan sektor pengeluaran bahan makanan dan aktiviti pertanian perlu terus dipergiatkan bersama dengan pihak swasta. Perkara asas lain seperti sistem pendidikan dan latihan pertanian mesti dikukuhkan dengan melibatkan kaedah sesuai agar golongan muda berminat didalam sektor pertanian di Malaysia. Latiah ini adalah bertujuan untuk melahirkan petani dan penternak yang berdaya maju dan inovatif. Walau pun jabatan dan agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) ada menjalankan program latihan dan bimbingan, penyelidikan dalam teknologi makanan dan industri herba berasaskan pertanian akan tetapi ia masih belum ditahap memuaskan. Dalam pada itu antara cara mengatasi masalah kekurangan pendidikan dan latihan adalah dengan menperggiatkan lagi aktivti latihan untuk petani, aktiviti memperbanyakkan penyelidikan pertanian dan menggiatkan pengembangan dan memperbanyakkan pusat latihan atau institusi latihan pertanian yang wibawa. Fenomena di Malaysia dimana berlaku penghijrahan ramai penduduk desa ke bandar merupakan satu fenomena berlaku diseluruh dunia. Ia berlaku disebabkan beberapa faktur termasuk faktor sosial kerana tarikan gaya hidup di bandar, mobiliti sosial dan infrastruktur moden memang lazim. Bekerja di bandar atau sektor perkilangan dan perkhidmatan dilihat lebih menarik kerana persekitaran kerja yang selesa dan pendapatan tetap yang lebih baik daripada bertani. Akibatnya sektor pertanian ditinggalkan dikawasan desa dan sektor pertanian tidak dapat diusahakan secara efisien lagi. Sebagai langkah untuk dapat mengatasi penghijrahan penduduk maka kerajaan dan smeua pihak perlu membawa industri ke desa dengan cara membuka kilang di desa seperti di Jepun, Korea dan beberapa negara lain. Kalangan belia berkelulusan yang pertanian perlu juga digalakkan untuk mengusahakan pertanian secara lebih professional dan komersial dengan insentif menarik dilaporkan boleh mengubah sedikit senario ini dimasa akan datang. Artikel ini dibahagikan kepada lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ADA YANG MAJU... HASIL PASARAN DUNIA....
PROGRAM KERAJAAN.. BANYAK BERJAYA...
PERANAN SWASTA... BESAR SUMBANGANNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(6 Rabiulakhir 15443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.