Support My Blog

Showing posts with label SEKTOR PERTANIAN MALAYSIA - APA DIA?. Show all posts
Showing posts with label SEKTOR PERTANIAN MALAYSIA - APA DIA?. Show all posts

Sunday, November 21, 2021

SEKTOR PERTANIAN MALAYSIA - APA DIA? (Part 5)

SEKTOR PERTANIAN
di Malaysia membentuk sekitar dua belas peratus (12%) daripada KDNK negara dimana enam belas peratus (16%) daripada penduduk Malaysia pula dilaporkan memang bekerja dalam sektor pertanian dalam pelbagai bidangusaha. Malaysia dilapor sebelum merdeka menjadikan sektor pertanian sebagai sektor utama telah berubah pada masa kini dengan senario begitu ketara sebagai maju dalam sektor perindustrian. Kewujudan ladang-ladang yang besar telah ditubuhkan oleh zaman penjajahan British dimana syarikat ini membuka ladang iaitu tanaman baru seperti ladang getah (1876), ladang kelapa sawit (1917) dan ladang koko (1950). Kebanyakan ladang-ladang ini adalah dikawasan tanah subur yang luas untuk pengeluaran produk eksport dan hanya sedikit untuk kegunaan domestik pada masa itu. Apa pun beberapa tanaman makanan telah ditanam oleh pekebun kecil dan penduduk tempatan untuk tujuan domestik seperti padi, sayuran, pisang, kelapa, durian, nanas, beras, rambutan. Iklim Malaysia tropika yang mempunyai curahan hujan banyak dan sinaran matahari sepanjang tahun membolehkan aktiviti penanaman dapat dijalankan sepanjang tahun. Kedudukan Malaysia yang terletak di Semenanjung di Asia Tenggara merupakan kawasan yang jarang sekali terjejas oleh ribut taufan atau kemarau. Malaysia mengekalkan tahap kelembapan di sekitar 90% kerana lokasinya yang berdekatan dengan khatulistiwa. Cuaca panas dan lembap sepanjang tahun sesuai dengan pertanian. Bagaimana pun makanan ruji rakyat Malaysia dari tanaman padi hanya mampu untuk negara menghasilkan sekitar 70% kadar kecukupan (SSL). Sektor Pertanian di Malaysia dibawah beberapa kementerian yang erlibat seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Perusahaan Komoditi dan Perladangan dan beberapa lagi. Sumbangan sektor pertanian di Malaysia masih penting demi kelestarian da kecukupan jaminan bekalan makanan negara dan penghasilan produk pertanian untuk eksort terus berkembang. Industri Kelapa Sawit merupakan diantara industri yang sangat penting di Malaysia dengan nilai eksport berbillion ringgit setahun. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai sektor pertanian di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Kaedah Perkhidmatan Pengembangan Pertanian 
(Agriculture Extension Service) adalah sebagai salah satu kaedah menyalurkan maklumat dan teknologi pertanian kepada petani dan usahawan sejak berdekad yang lalu yang telah dilaksanakan di Malaysia. Perkhidmatan ini yang diberikan oleh pihak kerajaan dan swasta memang tidak dinafikan telah dapat meningkatkan taraf hidup dan juga pendapatan penduduk khususnya pemain industri pertanian seperti petani, penternak, nelayan dan usahawan asas tani iaitu mereka yang tinggal di luar bandar. Arahan kerajaan supaya sistem penyampaian kerajaan mesti dipertingkatkan lagi dengan dikemaskan menjadikan sistem perkhidmatan pengembangan semakin penting dan ianya berperanan sebagai satu sistem yang unggul dalam proses pelaksanaan program dan aktiviti tersebut termasuk oleh Jabatan Pertanian melalui Sistem Perkhidmatan Teknologi  Pertanian (SPTP). Langkah tersebut adalah perkemaskan perkhidmatan pengembangan pertanian telah dilaksanakan dengan cara menstruktur semula peranan dan fungsi perkhidmatan pengembangan dan mewujudkan Bahagian Pengembangan, Perundingan, Pelaburan dan Industri Asas Tani (PPP&IAT) di Jabatan Pertanian Malaysia sejak ratusan tahun dahulu. Dalam pada itu di bawah bahagian ini diwujudkan Seksyen Pengembangan merupakan satu dari tiga seksyen baru yang ditubuhkan. Di peringkat Negeri pula, Jawatan Timbalan Pengarah Pengembangan ataupun “Chief Extension Officer (CEO)” diwujudkan yang berperanan sebagai ketua pegawai pengembangan. Sementara itu di peringkat Pejabat Pertanian Daerahdikenalpasti dimana pegawai Pertanian Daerah adalah bertanggungjawab didalam melaksanakan semua program pengembangan pertanian. Fungsi pengembangan pertanian di semua peringkat perlu sentiasa diberi perhatian utama bagi mempastikan sistem penyampaian maklumat kepada semua pelanggan Jabatan Pertanian dan agensi lain akan terus dipertingkatkan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Dalam pada itu asas Pengembangan adalah menolong petani atau pelanggan untuk menolong diri mereka sendiri melalui proses pendidikan. Pengembangan Pertanian didefinisikan sebagai satu proses pendidikan tidak formal yang dijalankan secara bersistem untuk memberi khidmat dan menggalakkan penerimaan sesuatu teknik, teknologi dan maklumat-maklumat baru oleh sesuatu kumpulan atau individu tertentu selaras dengan keperluan dan kemampuan mereka bagi mencapai kemajuan sosio-ekonominya. Asas dan Prinsip Pengembangan adalah mengajar individu untuk menolong diri mereka sendiri melalui proses pendidikan dan bukan membuat kerja untuk mereka. Kejayaan sesuatu aktiviti pengembangan banyak bergantung kepada initiatif pegawai pengembangan berikhtiar mencari jalan serta memahami keperluan pelanggan yang hendak dibantu, di samping mencadangkan alternatif penyelesaian yang bersesuaian dengan mengadakan program latihan dan bimbingan kepada petani.

Kos Pengeluaran Tanaman dilaporkan terus meningkat saban tahun akan tetapi harga produk pertanian masih ditakuk lama diperingkat ladang. Semenjak beberapa dekad lalu harga input seperti racun kimia, baja sebatian, baja organik, tahi ayam serta peralatan pertanian telah jauh meningkat. Perkara ini disebabkan oleh banyak faktur antaranya adalah disebabkan oleh kesan pertukaran wang asing, teknologi produk input pertanian yang digunakan, kualiti produk semakin canggih, perubahan dasar dan peraturan dan juga kos pengurusan termasuk upah pekerja yang terus meningkat. Kalau dahulu racun paraquat yang dilaporkan paling meluas digunakan digunakan petani untuk mengawal rumpai dikebun tetapi setelah penggunaan racun paraquat ini diharamkan oleh kerajaan dilaporkan bahan lain yang menggantikannya adalah lebih mahal kos membelinya. Pengusaha kebun nanas dan sayur-sayuran serta buah-buahan antara yang terkesan dengan perubahan peraturan dan kawalan penggunaan racun kinia ini. Penulis blog sempat membbuat tinjauan ke kebun Mesta di Maran , Pahang dimana pemiliknya En Shuib nyatakan harga bahan kinia yang digunakan kini memang tinggi kerana dia menggunakan baja import dan baja foliar (baja semburan) bagi mempastikan buah mesta yang dituai mencapai piawaian untuk pasaran domestik dan eksport. Bagaimana pun dia dakwa hasil tuaiannya meningkat dengan baik dan jika dijual begitu sahaja kepada peraih tempatan memang tidak menguntungkan. Beliau membuat penggredan, rawatan khusus kepada buah mesta untuk di eksport ke Singapura dan Jepun dengan harga premium (Sila lihat foto disebelah). Tidak ramai  petani tradisional yang berani membeli bahan input pertanian bagi mendapatkan nilai produktiviti yang maksima. Kos tenagakerja untuk sektor pertanian juga telah meningkat walau pun menggunakan tenaga buruh asing. Kalau dahulu upah pekerja asing hanya diantara RM20 - 30 sehari akan tetapi pada masa sekarang upah buruh asing meningkat diantara RM40 - RM60 sehari bagi pekerja ladang. Dalam pada iru sering berlaku situsai dimana k
etidakstabilan harga produk pertanian mengecewakan petani. Ini berlaku terutama kepada buah-buahan bermusim apabila berlaku pengeluaran hasil sukar disesuaikan dengan permintaan pasaran. Selalunya hasil pertanian cepat rosak dan teknik penyimpanan terhad menyebabkan hasil pertanian tidak dapat disimpan sementara menunggu harga meningkat. Kos pengeluaran semakin meningkat membebankan petani dan juga bekalan yang berlebihan juga memang menyebabkan ketidakstabilan harga. Bagaimana pun pengusaha pertanian di Malaysia perlu mengatasi isu ini dengan memproses hasil tanaman mereka seperti cili dijadikan sos, dijadikan kerepek, kuih muih dan sebagainya.

Pengusaha pertanian di Malaysia perlu sensitif dengan bagaimana p
enyebaran dan pengamalan Teknologi Baru dapat untuk direalisasikan. Beberapa amalan teknologi baru seperti pertanian persekitaran terkawal dan penanaman sayuran secara fertigasi kini perlu diperluaskan lagi penggunaannya diseluruh negara. Kos bahan-bahan untuk membina Struktur Pelindung Hujan dan Rumah Kalis Serangga perlu di sesuaikan dengan kemampuan pengusaha. Pada masa ini harga untuk bahan logam, plastik dan polibeg serta media tanaman untuk sistem fertigasi masih dianggap tinggi berbanding dengan beberapa negara jiran berdekatan. Dalam tinjauan penulis blog ke TKPM Air Hitam di Johor dilaprkan pengusaha TKPM yang mendapat struktur SPH sebanyak 6 unit seorang mampu menjana pendapatan bersih melebihi RM5,000 sebulan apabila mereka berjaya menanam melon (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun kos bagi penyelenggaraan rumah SPH terutama plastik atap yang koyak dan netting dinding SPH yang reput setelah beberapa musim menggunakannya memang agak tinggi. Walau pun buah melon ini mendapat harga dipasaran domestik dan pasaran eksport amat baik akan tetapi risikonya masih ada terutama apabila berlaku serangan penyakit seperti Penyakit Kulapok Berdebu (Downy Mildew). Peranan kerajaan didalam memajukan sektor pengeluaran bahan makanan dan aktiviti pertanian perlu terus dipergiatkan bersama dengan pihak swasta. Perkara asas lain seperti sistem pendidikan dan latihan pertanian mesti dikukuhkan dengan melibatkan kaedah sesuai agar golongan muda berminat didalam sektor pertanian di Malaysia. Latiah ini adalah bertujuan untuk melahirkan petani dan penternak yang berdaya maju dan inovatif. Walau pun jabatan dan agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) ada menjalankan program latihan dan bimbingan, penyelidikan dalam teknologi makanan dan industri herba berasaskan pertanian akan tetapi ia masih belum ditahap memuaskan.  Dalam pada itu antara cara mengatasi masalah kekurangan pendidikan dan latihan adalah dengan menperggiatkan lagi aktivti latihan untuk petani, aktiviti memperbanyakkan penyelidikan pertanian dan menggiatkan pengembangan dan memperbanyakkan pusat latihan atau institusi latihan pertanian yang wibawa. Fenomena di Malaysia dimana berlaku penghijrahan ramai penduduk desa ke bandar merupakan satu fenomena berlaku diseluruh dunia. Ia berlaku disebabkan beberapa faktur termasuk faktor sosial kerana tarikan gaya hidup di bandar, mobiliti sosial dan infrastruktur moden memang lazim. Bekerja di bandar atau sektor perkilangan dan perkhidmatan dilihat lebih menarik kerana persekitaran kerja yang selesa dan pendapatan tetap yang lebih baik daripada bertani. Akibatnya sektor pertanian ditinggalkan dikawasan desa dan sektor  pertanian tidak dapat diusahakan secara efisien lagi. Sebagai langkah untuk dapat  mengatasi penghijrahan penduduk maka kerajaan dan smeua pihak perlu membawa industri ke desa dengan cara membuka kilang di desa seperti di Jepun, Korea dan beberapa negara lain. Kalangan belia berkelulusan yang pertanian perlu juga digalakkan untuk mengusahakan pertanian secara lebih professional dan komersial dengan insentif menarik dilaporkan boleh mengubah sedikit senario ini dimasa akan datang. Artikel ini dibahagikan kepada lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERTANIAN MALAYSIA...APA STATUSNYA...
ADA YANG MAJU... HASIL PASARAN DUNIA....
PROGRAM KERAJAAN.. BANYAK BERJAYA...
PERANAN SWASTA... BESAR SUMBANGANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(6 Rabiulakhir 15443H).

Saturday, November 20, 2021

SEKTOR PERTANIAN MALAYSIA - APA DIA? (Part 4)

SEKTOR PERTANIAN
di Malaysia membentuk sekitar dua belas peratus (12%) daripada KDNK negara dimana enam belas peratus (16%) daripada penduduk Malaysia pula dilaporkan memang bekerja dalam sektor pertanian dalam pelbagai bidangusaha. Malaysia dilapor sebelum merdeka menjadikan sektor pertanian sebagai sektor utama telah berubah pada masa kini dengan senario begitu ketara sebagai maju dalam sektor perindustrian. Kewujudan ladang-ladang yang besar telah ditubuhkan oleh zaman penjajahan British dimana syarikat ini membuka ladang iaitu tanaman baru seperti ladang getah (1876), ladang kelapa sawit (1917) dan ladang koko (1950). Kebanyakan ladang-ladang ini adalah dikawasan tanah subur yang luas untuk pengeluaran produk eksport dan hanya sedikit untuk kegunaan domestik pada masa itu. Apa pun beberapa tanaman makanan telah ditanam oleh pekebun kecil dan penduduk tempatan untuk tujuan domestik seperti padi, sayuran, pisang, kelapa, durian, nanas, beras, rambutan. Iklim Malaysia tropika yang mempunyai curahan hujan banyak dan sinaran matahari sepanjang tahun membolehkan aktiviti penanaman dapat dijalankan sepanjang tahun. Kedudukan Malaysia yang terletak di Semenanjung di Asia Tenggara merupakan kawasan yang jarang sekali terjejas oleh ribut taufan atau kemarau. Malaysia mengekalkan tahap kelembapan di sekitar 90% kerana lokasinya yang berdekatan dengan khatulistiwa. Cuaca panas dan lembap sepanjang tahun sesuai dengan pertanian. Bagaimana pun makanan ruji rakyat Malaysia dari tanaman padi hanya mampu untuk negara menghasilkan sekitar 70% kadar kecukupan (SSL). Sektor Pertanian di Malaysia dibawah beberapa kementerian yang erlibat seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Perusahaan Komoditi dan Perladangan dan beberapa lagi. Sumbangan sektor pertanian di Malaysia masih penting demi kelestarian da kecukupan jaminan bekalan makanan negara dan penghasilan produk pertanian untuk eksort terus berkembang. Industri Kelapa Sawit merupakan diantara industri yang sangat penting di Malaysia dengan nilai eksport berbillion ringgit setahun. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai sektor pertanian di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Banyak isu dan masaalah berkaitan dengan sektor pertanian di Malaysia dimana ia merupakan isu yang agak berpanjangan dan perlu ada strategi penyelesaian. Isu Produktiviti memang melibatkan faktur kecekapan didalam menggunakan input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang maksimum dimana ia nenjadi kekangan meningkatkan produktiviti sektor pertanian. Ada kalanya sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekap apabila input tidak digunakan dengan cekap seperti baja digunakan secara membazir dan tahap didalam penggunaan tenaga buruh yang tinggi. Kesannya adalah dimana kalangan petani kecil dan tradisional masih pada tahap daya pengeluaran yang rendah. Antaranya seperti kes pengeluaran kelapa menjadi rendah apabila kebanyakan pokok kelapa sedia ada sudah terlalu tinggi dan tua (senile tree) dimana ini menyebabkan kelapa perlu diimport dari luar negara untuk kegunan kilang. Ramai penanam kelapa juga sudah tidak mengamalkan amalan agronomi yang betuk seperti tidak membaja dan mengawal perosak pada tanaman kelapa yang sudah tua ini. Petani tradisional di Malaysia lazimnya masih mengusahakan kebun dengan saiz masih terlalu kecil dimana ini menyukarkan penggunaan teknologi dan amalan yang lebih ekonomikal dan penghasilan yang rendah. Mereka juga kebanyakannya masih kurang menggunakan teknologi yang lebih berkesan atau teknologi moden sebagai cara untuk meningkatkan produktiviti. Walau pun dari kumpulan pekebun kecil getah telah menggunakan klon-klon getah yang baru dan ada yang amalkan teknik penorehan ‘puncture tapping’ akan tetapi ianya masih belum mencukupi. Kalangan aplikasi sistem pengairan moden dalam aktiviti penanaman sayur-sayuran semakin baik bersama amalan pertanian yang semakin meingkatkan produktiviti sayuran dan kualiti. Penulis blog yang banyak meninjau kejayaan beberapa peserta berada di Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) mendapati ramai penanam cili yang berjaya sehingga mencapai pendapatan bersih lebih RM5,000 sebulan (Sila lihat foto disebelah). Kemudahan infra yang disediakan di TKPM menjadi satu model yang perlu dikembangkan lagi di Malaysia. Pada masa sekarang berlaku perubahan cuaca dan iklim dimana ia memberi kesan cuaca seperti musim hujan dan panas menjejaskan produktiviti diladang. Banjir yang berlaku pada musim monsoon biasanya memusnahkan banyak tanaman yang diusahakan dikawasan tanah yang sering dilanda banjir.

Pertanian di Malaysia yang dilaporkan sering juga mengalami masaalah dimana produktiviti terus dibantu agar lebih ramai pengusaha pertanian mampu meningkatkannya. Ini amat ketara dengan produktiviti sektor tanaman makanan, penternakan dan akuakultur berlaku tahap peningkatan produktiviti semakin ketara apabila banyak teknologi dan amalan agronomi ini dilaksanakan. Apa pun diantara beberapa langkah didalam mengatasi kekangan produktivit atau produktiviti rendah tersebut adalah termasuk melaksanakan pendekatan Ladang Berkelompok. Konsep ini melibatkan aktiviti dimana kebun petani yang kecil akan digabungkan untuk memastikan keberkesanan penggunaan sumber sedia ada. Lazimnya ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau mini estet dan diberikan khidmat nasehat yang lebih sistematik. Pendektan melalui Sistem Perladangan Campuran atau Pertanian Bersepadu (Intergrated Farming) merupakan pengusaha pertanian menanam lebih dari satu jenis tanaman dalam satu kawasan penanaman dan juga melakukan aktiviti penternakan atau akuakultur didalam kawasan yang sesuai. Penulis blog sempat membuat tinjauan di Segamat, Johor dimana pengusaha pertanian tersebut menanam nanas MD2 diantara barisan kelapa Matag dan terdapat juga tanaman durian, penternakan ikan tilapia dan ternakan kambing boer di ladangnya (Sila lihat foto disebelah). Penggunaan sumber sedia ada dilokasi dilihat membolehkan usahawan ini mampu menambah pendapatan dengan jauh lebih baik daripada yang tidak melakukannya. Ada kalangan petani yang melaksanakan pemprosesan makanan berasaskan pertanian seperti membuat kerepek pisang hasil dari kebunnya dan hasilan pisang dari pekebun pisang berhampiran. Aktiviti industri asas tani merupakan satu cabang yang memberikan jaminan pulangan lebih baik kepada pengusaha.

Masaalah penggunaan teknologi yang dilaporkan berlaku dikalangan petani di Malaysia tertumpu kepada kumpulan petani tradisional dan pertanian pindah sahaja. Petani yang mencapai tahap komersil kebanyakannya telah menggunakan teknologi yang terkini didalam pengeluaran hasil pertanian. Sebagai contoh penggunaan teknologi Struktur Pelindung Hujan (SPH) dan Rumah Kalis Serangga, teknologi Fertigasi, Pertanian tepat, Teknologi Drone, Teknologi IoT dan sebagainya semakin berkembang dengan baik di Malaysia. Penulis blog sempat beberapa kali membuat tinjauan penanaman cili padi di TKPM Sendayan, Negeri Sembilan dimana peserta menanam cili padi didalam polibag dan ia digantung diatas dan disusun dibawahnya (2 tingkat). Rumah Kalis Serangga yang disediakan Jabatan Pertanian membolehkan tanaman cili padi peserta mampu menghasilkan hasil yang berkualiti dan menguntungkan (Sila lihat foto disebelah). Selain daripada cili api, tanaman tembikai melon kini menjadi sejenis tanaman yang sangat popular di bawah SPH dimana ia mampu memghasilkan melon yang berkualiti untuk pasaran domestik dan eksport. Di beberapa TKPM lain peserta projek dilihat menanam sayuran dengan teknologi Fertigasi termasuk yang agak inovatif seperti penggunaan teknologi Fertigasi Gantung. Kaedah ini dilaporkan banyak menarik minat golongan petani muda dimana ia dilihat mampu memberikan pulangan lebih baik dan persekitaran tempat bekerja yang lebih selesa dan mooden. Penanaman halia secara fertigasi kini dilihat menjadi satu inovasi dikalangan usahawan kerana kaedah ini dilihat mampu memberikan pulangan lebih cepat dan didakwa ianya menguntungkan. Dalam pada itu dari segi bahan tanaman dimana kaedah kultur tisu dapat menghasilkan lebih banyak bahan penanaman yang berkualiti dan tahan penyakit dalam masa singkat. Bagaimana pun banyak benih sayuran terutamanya benih hibrid masih lagi diimport dari luar negara kerana Malaysia masih belum mampu mengeluarkannya sendiri. Artikel ini dibahagikan kepada lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 untuk semua dibaca bersama. Semuga artikel bersiri ini akan memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam....!
SEKTOR PERTANIAN.. DI MALAYSIA...
SUMBANG KDNK....ADA 12% SAHAJA...
KELAPA SAWIT GETAH...YANG UTAMA...
TANAMAN MAKANAN... PENTING JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Rabiulakhir 1443H).

Friday, November 19, 2021

SEKTOR PERTANIAN MALAYSIA - APA DIA? (Part 3)

SEKTOR PERTANIAN
di Malaysia membentuk sekitar dua belas peratus (12%) daripada KDNK negara dimana enam belas peratus (16%) daripada penduduk Malaysia pula telah dilaporkan memang bekerja dalam sektor pertanian dalam pelbagai bidangusaha. Malaysia dilapor sebelum merdeka menjadikan sektor pertanian sebagai sektor utama telah berubah pada masa kini dengan senario begitu ketara sebagai maju dalam sektor perindustrian. Kewujudan ladang-ladang yang besar telah ditubuhkan oleh zaman penjajahan British dimana syarikat ini membuka ladang iaitu tanaman baru seperti ladang getah (1876), ladang kelapa sawit (1917) dan ladang koko (1950). Kebanyakan ladang-ladang ini adalah dikawasan tanah subur yang luas untuk pengeluaran produk eksport dan hanya sedikit untuk kegunaan domestik pada masa itu. Apa pun beberapa tanaman makanan telah ditanam oleh pekebun kecil dan penduduk tempatan untuk tujuan domestik seperti padi, sayuran, pisang, kelapa, durian, nanas, beras, rambutan. Iklim Malaysia tropika yang mempunyai curahan hujan banyak dan sinaran matahari sepanjang tahun membolehkan aktiviti penanaman dapat dijalankan sepanjang tahun. Kedudukan Malaysia yang terletak di Semenanjung di Asia Tenggara merupakan kawasan yang jarang sekali terjejas oleh ribut taufan atau kemarau. Malaysia mengekalkan tahap kelembapan di sekitar 90% kerana lokasinya yang berdekatan dengan khatulistiwa. Cuaca panas dan lembap sepanjang tahun sesuai dengan pertanian. Bagaimana pun makanan ruji rakyat Malaysia dari tanaman padi hanya mampu untuk negara menghasilkan sekitar 70% kadar kecukupan (SSL). Sektor Pertanian di Malaysia dibawah beberapa kementerian yang erlibat seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Perusahaan Komoditi dan Perladangan dan beberapa lagi. Sumbangan sektor pertanian di Malaysia masih penting demi kelestarian da kecukupan jaminan bekalan makanan negara dan penghasilan produk pertanian untuk eksort terus berkembang. Industri Kelapa Sawit merupakan diantara industri yang sangat penting di Malaysia dengan nilai eksport berbillion ringgit setahun. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai sektor pertanian di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Sektor P
ertanian dalam melibatkan banyak aspek yang berorientasi pada pengeluaran, pasaran dan semuanya terkait dengan permintaan dan harga serta kualiti produk. Faktor seperti penawaran dan permintaan produk pertanian akan menentukan pendapatan kepada pengusaha pertanian. Sebagai kesan  dari keberhasilan petani daripada ladang akan meningkatkan akan timbul masalah baru di dalam bidang pemasaran yang perlu dihadapi iaitu bagaimana cara taau kaedah terbaik bagi menyampaikan produk dari petani kepada pengguna. Sejak dahulu kebanyakan produk pertanian diuruskan melalui peranan 'orang tengah' dimana merekalah yang menentukan segalanya. Ini tidak menguntungkan kepada pengusaha pertanian kerana julat harga di ladang dengan harga runcit kepada pengguna seringkali dipersoalkan. Isu harga dan kualiti ini menjadikan risiko penting dalam sistem pemasaran kerana produk pertanian adalah tidak tahan lama kerana kualitinya akan cepat menurun. Kelemahan dalam sistem pemasaran hasil pertanian ini cuba diatasi dengan pelbagai pendekatan dari banyak pihak terutamanya daripada kerajaan. Dalam usaha untuk pemasaran produk yang berasaskan agromakanan di seluruh negara, MAFI melalui agensi melaksanakan pelbagai program seperti Program Ladang Kontrak, Program Pengukuhan Bekalan Ladang Kontrak ke Pasaran (KUKUH), Program Pembinaan Pusat Pengumpulan Ladang, Program Usahawan Motosikal Roda Tiga, Program Pasar Tani, Program Pasar Nelayan, Program Pusat Pengumpulan & Pengedaran Ikan (CCDC), Program Qfish dan Program FishPro. Program Ladang kontrak sebagai contoh melibatkan perladangan yang melibatkan perjanjian secara rasmi di antara pengusaha pertanian dengan pembekal (pembeli/penyedia modah). Kaedah ini bertujuan dalam usaha mengurangkan risiko kerugian dan menyediakan pasaran hasil pertanian yang tetap. Antara faedah kepada para pengusaha pertanian dan pembeli seperti mereka tidak bimbang lagi aktiviti pemasaran hasil kerana tidak perlu lagi memerlukan modal yang banyak bagi tujuan memulakan perusahaan. Peserta ladang kontrak akan mendapat latihan, khidmat nasihat dan kemudahan lain dari pembeli serta mendapat bekalan pada masa ditetapkan, mendapat bekalan pada harga dipersetujui dan juga mendapat bekalan mengikut kuantiti dan kualiti yang ditetapkan. MAFI melalui agensinya menyediakan saluran pasaran berkonsepkan dari ladang terus ke pengguna seperti pasar tani, MyFarm Outlet (MFO) dan MyBest Buy di seluruh negara. Saluran ini menawarkan bekalan hasil pertanian pada harga yang berpatutan iaitu 5-20 peratus lebih rendah bagi komoditi terpilih berbanding harga pasaran.  Sehingga Mei 2020 dilaporkan sebanyak 264 outlet MFO telah beroperasi manakala pasar tani telah diadakan di 379 lokasi seluruh negara. Saluran pasaran ini akan diperluaskan lagi khususnya di kawasan luar bandar.

Tanah pertanian milik pekebun kecil di Malaysia pula biasanya mempunyai keluasan sekitar purata 1 - 2 hektar sahaja atau kurang. Mereka perlu untuk menyediakan modal yang mencukupi untuk memajukan bidangusahanya terutama jika ingin membuka kebun baru tanpa apa-apa kemudahan asas yang diperlukan. Kerajaan melalui elbagai jabatan dan agensinya melakukan penggabungan 
ladang kecil ini dibawah satu pengurusan. Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau Mini Estet dimana kemuidan saiz keseluruhan ladang akan bersaiz besar seperti mini estet agar mudah untuk diuruskan dengan profesional. Pihak FELCRA dan RISDA antara agensi yang banyak menggabungkan tanah milik pekebun kecil getah dan kelapa sawit dijadikan mini estet dengan berjaya di Malaysia. Penulis blog beberapa kali membuat tinjauan penggabungan tanah sawah menhadi projek Mini Estet Padi yang mana dilaporkan lebih berjaya berbanding dengan pengurusan sawah secara individu (Sila lihat foto disebelah). Beberapa skim sawah padi yang penulis blog tinjau dahulu di Daerah Temerloh dan Daerah Bera di Pahang telah dimajukan oleh pihak swasta untuk tanaman padi dengan pendekatan Mini Estet telah berjaya sehingga sekarang. Penggabungan tanah milik petani ini didakwa dapat mempastikan keberkesanan penggunaan sumber sedia ada dimana ada agen kerajaan memberikan khidmat nasehat dan juga bantuan input pertanian dan khidmat pemasaran. Cara ini dilaporkan berjaya meningkatkan produktiviti ladang dan pendapatan petani melalui pembangunan komoditi dalam jumlah yang besar dan tersusun. Pendekatan Projek Ladang Berkelompok yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian juga memberikan impak positif kepada petani individu yang mana menanam sayuran dan buah-buahan dengan lebih komersil.

Sektor pertanian dijangka memperolehi sumber pertumbuhan yang baru daripada hasil pelbagai inisiatif bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan kumpulan industri baru seperti perhutani, produk asli istimewa, buluh dan rotan, produk bioteknologi, florikultur dan ikan hiasan. Sektor kecil makanan juga dijangka mengalami pertumbuhan ketara berikutan langkah-langkah intensif yang telah diambil untuk mengatasi kekangan-kekangan yang dihadapi berkaitan dengan pengeluaran, serta daya usaha lain untuk terus dapat memperkukuhkan asas ekonomi sektor kecil ini. Sumbangan sektor kecil makanan kepada KDNK pertanian dijangka meningkat daripada RM4.3 bilion dalam tahun 1995 kepada RM7.4 bilion dalam tahun 2010. Permintaan kukuh yang kian meningkat terhadap minyak sawit di pasaran antarabangsa akan mempergiatkan lagi pertumbuhan industri ini. Nilai ditambah sektor kecil ini dijangka meningkat daripada RM6.8 bilion kepada RM10.3 bilion bagi tempoh tersebut, sementara sumbangannya kepada KDNK pertanian dijangka meningkat daripada 42.1% kepada 44.6%. 
Perhutani bermaksud sebagai sejenis kegiatan pertanian dan perhutanan dibangunkan bersama-sama dengan beberapa jenis tanaman yang sesuai digabungkan dalam satu kawasan dan juga agro pelancongan atau eco pelancungan. Ia bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal. Sebagai contoh dimana tanaman rotan di dalam kebun getah, ladang pokok jati dan sentang dan sebagainya. Antara manfaat integrasi pertanian dengan perhutanan adalah ia dapat mewujudkan ruang untuk satu gabungan perusahaan perhutanan dan pertanian. Ia juga akan dapat mengoptimumkan penggunaan sumber terutama tanah. Perhutani juga akan menyokong pelbagai perhubungan cara simbiotik seperti penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman industri pertanian. Ia juga akan membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan dari tanah yang sama, mampu mengurangkan permintaan untuk tanah-tanah pertanian yang baru dan juga akan meningkatkan pendapatan dari pelaburan. Artikel ini dibahagikan kepada lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 untuk dibaca bersama. Semuga artikel bersiri ini akan memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!.
SEKTOR PERTANIAN.. DI MALAYSIA...
SUMBANG KDNK....ADA 12% SAHAJA...
KELAPA SAWIT GETAH...YANG UTAMA...
TANAMAN MAKANAN... PENTING JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Rabiulakhir 1443H).

Thursday, November 18, 2021

SEKTOR PERTANIAN MALAYSIA - APA DIA? (Part 2)

SEKTOR PERTANIAN
di Malaysia membentuk sekitar dua belas peratus (12%) daripada KDNK negara dimana sekitar enam belas peratus (16%) daripada penduduk Malaysia pula dilaporkan memang bekerja dalam sektor pertanian dalam pelbagai bidangusaha. Malaysia yang dahulu sebelum dan selepas merdeka menjadikan sektor pertanian sebagai sektor utama dan telah berubah pada masa kini dengan senario begitu ketara. Kewujudan ladang-ladang yang besar telah ditubuhkan oleh zaman penjajahan British dimana syarikat ini membuka ladang iaitu tanaman baru seperti ladang getah (1876), ladang kelapa sawit (1917) dan ladang koko (1950). Kebanyakan ladang-ladang ini adalah dikawasan tanah subur yang luas untuk pengeluaran produk eksport dan hanya sedikit untuk kegunaan domestik pada masa itu. Apa pun beberapa jenis tanaman makanan telah ditanam oleh pekebun kecil dan penduduk tempatan untuk tujuan domestik seperti padi, sayuran, pisang, kelapa, durian, nanas, beras, rambutan. Iklim Malaysia tropika yang mempunyai curahan hujan banyak dan sinaran matahari sepanjang tahun membolehkan aktiviti penanaman dapat dijalankan sepanjang tahun. Malaysia yang terletak di Semenanjung di Asia Tenggara merupakan satu kawasan yang jarang sekali terjejas oleh ribut taufan atau kemarau. Malaysia mengekalkan tahap kelembapan di sekitar 90% kerana lokasinya yang berdekatan dengan khatulistiwa. Cuaca yang  panas dan lembap sepanjang tahun membolehkan aktiviti pertanian dijalankan sepanjang tahun. Bagaimana pun makanan ruji rakyat Malaysia dari tanaman padi hanya mampu menghasilkan sekitar 70% kadar kecukupan (SSL). Sektor Pertanian di Malaysia dibawah beberapa kementerian yang terlibat seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Perusahaan Komoditi dan Perladangan dan beberapa lagi. Sumbangan sektor pertanian di Malaysia masih penting demi kelestarian da kecukupan jaminan bekalan makanan negara dan penghasilan produk pertanian untuk eksort terus berkembang. Industri Kelapa Sawit merupakan diantara industri yang sangat penting di Malaysia dengan nilai eksport berbillion ringgit setahun. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai fakta dan kepentingan sektor pertanian di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Pertanian di Malaysia banyak bergantung kepada beberapa faktur seperti iklim, sejarah, ekonomi dan dasar-dasar kerajaan. 
Faktor Iklim merupakan antara yang utama menentukan sektor ini dimana kebanyakaan kawasan tanah pamah atau dataran rendah lazimnya adalah bersuhu tinggi sesuai untuk tanaman getah, padi dan sebagainya. Berlainan pula dengan kawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland dan Kundasang dimana suhunya agak rendah dan sesuai untuk dimajukan dengan tanaman temperate seperti kobis, tomato, strawberry, capsicum dan sebagainya. Tanaman sayuran 'Sweet Chili Pallermo' di Cameroon Highland juga merupakan satu kejayaan yang dilaporkan di TKPM Tanah Rata yang saya kunjungi (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu kebanyakan ternakan dari baka tropika sesuai diternak di Malaysia. Faktor Sejarah dalam sektor pertanian memang sangat signifikan dimana pada zaman sebelum penjajahan Inggeris telah ujud sistem tanaman sara diri seperti tanaman padi, kelapa, buah dan tanaman kontan (ubi, keladi dan sebagainya). Kemudian semasa zaman penjajahan Inggeris mereka telah memmperkenalkan tanaman getah dan kelapa sawit. Seterusnya ada kumpulan imigran Cina membawa masuk aktiviti ternakan ayam dan khinzir dan juga imigran India membawa masuk lembu LID. Bagaimana pun aktiviti pertanian di Malaysia selepas merdeka pelbagai tanaman dan penternakan serta akuakultur dan industri asas tani telah pun diusahakan. Dari aspek faktor ekonomi pula pasaran dan infrastruktur mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan dimana infrastruktur asas untuk pasaran perlu ada untuk memudahkan hasil dipasarkan. Kerajaan membangunkan infrastruktur asas seperti kemudahan dan perkhidmatan asas (pengangkutan, bekalan elektrik, air untuk membangunkan sektor pertanian. Faktur ke 4 yang terlibat adalah bagaimana faktur dasar kerajaan merancang pembangunan pertanian.  Kerajaan telah melancarkan Dasar Pertanian Negara dan RRJP3 serta Dasar Agro Makanan Negara (DAN) didalam meningkatkan pengeluaran makanan dengan cara seperti pembukaan kawasan baru dan guna tanah secara intensif. Ia juga berjaya dalam proses peningkatan kecekapan dan produktiviti sektor pertanian dan mampu untuk bertujuan memaksimumkan pendapatan melalui aktiviti penggunaan sumber secara optimum. Kerajaan Malaysia telah memajukan semula sektor pertanian secara sistematik.

Menyentuh tentang trend pertanian di Malaysia amat menarik untuk ianya dibahaskan. Kerajaan sebenarnya m
empelbagaikan aktiviti tanaman, ternakan dan ternakair serta industri asas tani. Ia bermatlamat untuk mengelakkan negara bergantung kepada satu jenis tanaman atau ternakan sahaja sebagai punca pendapatan. Pendekatan ini mampu  menambah dan mempelbagaikan jenis tanaman dan ternakan, menambah pendapatan petani, mempelbagaikan ekonomi negara serta dapat meluaskan pasaran hasil pertanian. Selain daripada aktiviti pertanian sedia ada yang telah komersil pendekatan beberapa bidangusaha berpotensi baru juga dipergiatkan.  Bidang usaha yang berpotensi maju adalah seperti menternak lebah madu, menternak keluut, menternak rusa rusa, burung unta, puyuh, buah-buahan terpilih, sayur-sayuran dan juga tanaman herba. Penulis blog meninjau banyak usahawan menternak kelulut diseluruh negara yang mampu dalam menghasilkan madu kelulut dimana kini sudah ada piawaian madu tersebut sebagai 'Superfood' dipasaran (Sila lihat foto disebelah)Pertanian di Malaysia sejak dulu adalah memang berorientasikan eksport dan komersial yang bermatlamat untuk mendapatkan tukaran wang asing dan menjana dari pendapatan eksport. Selain getah dan kelapa sawit kini beberapa komoditi sudah dieksport seperti nanas, belimbing, manggis, jambu batu, petola segi, keledek, serai, orkid, kekwa dan bunga ros. Pasaran durian dan nanas MD2 segar ke China membuka ruang pasaran besar yang perlu dipenuhi. Apa pun masih ujud masalah pemasaran eksport produk pertanian seperti kadar cukai import lebih tinggi dan tahap persaingan dengan hasil serupa dengan keluaran negara pengeksport yang lain serta kos penghantaran yang tinggi dan juga bentuk sekatan seperti peraturan kasihatan, keperluan sijil import dan keperluan pembungkusan.

Perubahan ketara dilapangan adalah apabila kini sudah ada h
ubungkait antara sektor pertanian dengan sektor pelancongan dikenali sebagai 'Agro-tourism' dan juga 'Eco-tourism' sebelum pandemik covid19 melanda dunia. Apa pun Agrotourism merupakan program pelancongan berasaskan kepada pertanian dimana pelancong domestik dan antarabangsa akan dibawa kebeberapa pusat [elancongan pertanian seperti di Selangor Fruit Valley, Penang Tropical Fruit Farm dan banyak lagi (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu program seperti aktiviti  homestay, farmstay, hutan rekreasi dan kolam memancing ikan menjadi tumpuan pelancong. Terdapat banyak kaedah untuk memajukan sektor agrotourism seperti dengan cara mengadakan ladang komersial, lebuhraya merentasi kawasan perladangan, muzium atau taman pertanian dan promosi melalui media massa. Pertanian di Malaysia juga sering digabungkan dengan landskap. Landskap sering nemberikan suatu lagi pemandangan di atas daratan termasuk bentuk muka bumi, bangunan, jalanraya dan tumbuh-tumbuhan. Aktiviti untuk pererlandskapan dijalankan seperti kegiatan merancang, merekabentuk dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia. Ianya adalah bertujuan bagi menghasilkan pemandangan yang menarik, nilai estetika dan mendapatkan hasil yang lumayan, Antara yang telah berjaya dilaksanakan adalah dimana tanaman  getah dan kelapa sawit ditanam berdasarkan susunan dan corak tertentu dan ada tanaman buah-buahan, pastura dan ternakan didalamnya. Dalam pada itu kerajaan telah berjaya menyediakan tapah MAEPS di Serdang yang setiap dua tahun akan mengadakan pameran MAHA dimana ada teknologi pertanian terkini dan promosi produk pertanian keluaran tempatan dimana MAHA ini telah dikenali diperingkat dunia. 
Artikel ini dibahagikan kepada lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 untuk semuanya dibaca bersama. Semuga artikel bersiri ini akan memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...!.
SEKTOR PERTANIAN.. DI MALAYSIA...
SUMBANG KDNK....ADA 12% SAHAJA...
KELAPA SAWIT GETAH...YANG UTAMA...
TANAMAN MAKANAN... PENTING JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Rabiulakhir 1443H).

Wednesday, November 17, 2021

SEKTOR PERTANIAN MALAYSIA - APA DIA? (Part 1)

SEKTOR PERTANIAN 
di Malaysia membentuk sekitar dua belas peratus (12%) daripada KDNK negara dimana sekitar enam belas peratus (16%) daripada penduduk Malaysia pula dilaporkan memang bekerja dalam sektor pertanian dalam pelbagai bidangusaha. Malaysia yang dahulu sebelum dan selepas merdeka menjadikan sektor pertanian sebagai sektor utama telah berubah pada masa kini dengan senario begitu ketara sebagai negara perindustrian. Kewujudan ladang-ladang atau estet yang luas telah ditubuhkan oleh zaman penjajahan British dimana syarikat ini membuka ladang iaitu tanaman baru seperti ladang getah (1876), ladang kelapa sawit (1917) dan ladang koko (1950). Kebanyakan ladang-ladang ini adalah dikawasan tanah subur yang luas untuk pengeluaran produk eksport dan hanya sedikit untu kegunaan domestik pada masa itu. Apa pun beberapa jenis tanaman makanan telah ditanam oleh pekebun kecil dan penduduk tempatan untuk tujuan domestik seperti padi, sayuran, pisang, kelapa, durian, nanas, beras, rambutan. Iklim Malaysia tropika yang mempunyai curahan hujan banyak dan sinaran matahari sepanjang tahun membolehkan penanaman dapat dijalankan dengan baik. Malaysia yang terletak di Semenanjung di Asia Tenggara merupakan kawasan yang  jarang sekali terjejas oleh ribut taufan atau kemarau. Malaysia mengekalkan tahap kelembapan di sekitar 90% kerana lokasinya yang berdekatan dengan khatulistiwa. Cuaca yang panas dan lembap berlaku sepanjang tahun. Bagaimana pun makanan ruji rakyat Malaysia dari tanaman padi hanya mampu menghasilkan sekitar 70% kadar kecukupan (SSL).  Sektor Pertanian di Malaysia dibawah beberapa kementerian yang erlibat seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Perusahaan Komoditi dan Perladangan dan beberapa lagi. Sumbangan sektor pertanian di Malaysia masih penting demi kelestarian da kecukupan jaminan bekalan makanan negara dan penghasilan produk pertanian untuk pasaran eksort terus berkembang. Industri Kelapa Sawit merupakan diantara industri yang sangat penting di Malaysia dengan nilai eksport berbillion ringgit setahun. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai sektor pertanian di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Kepentingan sektor pertanian di Malaysia akan terus menjadi penting kerana sektor ini terlibat dalam p
engeluaran bahan makanan terutama seperti tanaman padi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Hasil ari aktiviti tanaman, ternakan dan juga perikanan akan terus dapat memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk dengan mencukupi dan selamat dimakan. Pertanian juga akan mengurangkan kos import bahan makanan yang pada tahun 2020 berjumlah sebanyak RM55.4 billion dimana sektor ini akan dipastikan dapat memenuhi keperluan keselamatan makanan negara. Sektor pertanian menjadi penting apabila ia mampu dalam melakukan pengeluaran bahan mentah untuk keperluan industri seperti getah untuk menghasilkan tayar serta produk berasaskan getah lain serta kelapa sawit untuk pelbagai produk sawit termasuk minyak masak. Tanaman padi yang dilakukan dikawasan jelapang padi dikhususkan ditanam 2 kali setahun dengan rekod produktiviti hasil padi sekitar 4.5 - 5.0 metrik tan sehektar. Penanaman padi menjadi satu daripada tanggungjawab kerajaan didalam usaha memodenkan lagi sektor ini untuk penghasilan padi dengan lebih tinggi dan kekerapan jadual penanaman yang lebih baik. Kini teknologi dan penggunaan varieti padi baru serta jentera pertanian dilapor dapat membantu mencapai strategi pengingkatan hasil padi (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu sejak lama dulu sektor pertanian bagi tanaman indsustri seperti getah, kelapa sawit dan koko dilaporkan terus menjana pendapatan melalui pasaran eksport. Malaysia pernah direkodkan sebagai negara pengeluar getah asli dan minyak kelapa sawit terbesar didunia dahulu. Komoditi ini masih menjadi sumber aliran masuk wang asing di Malaysia dan mampu meningkatkan KDNK Negara. Sektor pertanian terus memberikan banyak peluang pekerjaan dimana ia memang melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar sehinggakan terpaksa menggunakan buruh asing untuk berkerja dalam sektor ini. Tiga kumpulan utama pekerjaan dalam bidang pertanian ialah kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan. Kekurangan tenaga pekerja sektor ini amat ketara sepanjang pandemik covid19 berlaku di Malaysia dan seluruh dunia apabila banyak sekatan perjalanan telah pun dilaksanakan.

Sektor pertanian di Malaysia melibatkan aktiviti tanaman, ternakan, perikanan atau ternakair, industri asas tani dan perkhidmatan pertanian. Tanaman utama adalah Kelapa Sawit diikuti dengan getah, padi, kelapa dan sebagainya. Bagi tanaman utama kelapa sawit (Elaeis guineensis) dilaporkan dimana kawasan 
utama adalah di Negeri Johor (Rancangan Johor Tenggara, Rancangan Johor Selatan, Segamat), Pahang (Jengka, Pahang Tenggara),  Perak (Teluk Intan,Sungai Siput, Trolak),  Selangor (Klang, Kampar, Batang berjuntai) dan juga di Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Tawau). Sementara itu bagi tanaman getah (Hevea brazilliensis) pula berada di Negeri Johor, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Sarawak dan di Sabah. Tanaman Koko (Theobroma cacao) pula masih luas di tanam di Sabah, Perak (Teluk Intan), Raub Pahang dan sedikit di Selangor (Sabak Bernam) dan di Johor (Batu Pahat, Muar). Bagi tanaman kelapa (Cocos nucifera) ianya semakin berkurangan jumlah keluasannya saban tahun dimana kini masih terdapat tanaman di sekitar Selangor (Daerah Sabak Bernam), Perak (Teluk Intan,Bagan Datoh),  Johor (Batu Pahat), Sabah (Lahat Datu, Tawau, Kudat) dan juga masih ada di Sarawak (Mukah, Kucing). Kekurangan kelapa di Malaysia terpaksa mengimport dari Indonesia dengan jumlah jutaan biji kelapa tua setahun teutama untuk keperluan kilang pemproses kelapa. Bagi tanaman Padi (Oryza sativa) ia ditanam dikawasan Jelapang Padi dan IADA seperti di MUDA (Kedah-Perlis), KADA Kelantan, IADA Seberang Perak, IADA Krian-Sungai Manik, IADA Barat Laut Selangor, IADA KETARA Terengganu, IADA Rompin dan IADA Pekan di Pahang, IADA Pulau Pinang, IADA Batang Lupar, IADA Kota Belud di Sabah dan beberapa lokasi lagi. Tanaman sayuran terdapat dibanyak lokasi di seluruh negara akan tetapi bagi sayuran tanah tinggi meluas di tanam di Cameroon Highland, Lembah Kinta, Lojing dan Kundasang.  Bagi tanaman buah-buahan pula diusahakan secara dusun tradisional, usahawan komersial atau secara perladangan. Tanaman buah-buahan secara estet ini seperti ladang Nanas di Johor, Ladang Nanas di Rompin, Ladang Durian di Raub, Ladang Kelapa di Rompin dan beberapa lagi. Tanaman minuman kopi dan teh amat terhad keluasannya. Bagi sektor bunga-bungaan (Florikultur) ianya hanya aktif di Cameroon Highland, Johor, Perak dan Selangor untuk kebanyakannya pasaran eksport.

Bagi ternakan pula antaranya adalah penternakan l
embu dan kerbau yang banyak dilaksanakan oleh penternak kecil-kecilan di Kedah, Kelantan, Sabah dan di Pahang (Kerbau). Bagi lembu pedaging yang banyak diternak adalah baka Kedah-Kelantan (KK) dan beberapa baka import. Malaysia masih bergantung kepada pengimportan daging sejukbeku daripada beberapa negara seperti dari India, Australia dan negara-negara lain. Kerajaan melalui MAFI mengawal AP bagi pengimportan daging ke Malaysia yang masih tidak mencukupi bekalan tempatan. Penternakan intergrasi lembu dengan kelapa sawit antara satu pendekatan yang dilaksanakan di Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Penternakan lembu susu kini semakin baik dimana beberapa syarikat menternak lembu susu seperti di Muadzam, Pahang (Holstein) dan di Keningau, Sabah (Eco Yap) yang mampu membekalkan susu segar kepada ramai rakyat Malaysia. Penternakan kambing dan bebiri masih dijadikan satu bidangusaha yang kompetetif di Malaysia. Populasi kambing di Malaysia dilaporkan banyak di Negeri Kelantan, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan. Jenis kambing Boer dan Kambing Saanen (untuk susu) kini dilaporkan semakin popular dikalangan penternak selain baka kambing tempatan. Aktiviti penternakan ayam sama ada ayam pedaging atau ayam penelur merupakan sektor yang paling berjaya di Malaysia. Ini kerana bekalan ayam daging dan telur ayam kini melebihi daripada keperluan domestik (SSL yang tinggi). Ladang ternakan ayam ini dilaporkan banyak berada di Pulau Pinang, Perak, Johor dan juga di Selangor. Ternakan khinzir juga masih banyak di Malaysia terutama di Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Johor, Melaka dan di Sarawak. Malaysia masih mengimport banyak bahan mentah untuk kilang makanan haiwan ternakan seperti jagung bijirin, kacang soya dan sebagainya dan ianya merupakan komponen bill import tertinggi. Sektor perikanan dan akuakultur memainkan peranan penting untuk manjadi sumber protin. Nelayan laut dan nelayan sungai dilesenkan untuk menangkap ikan dimana penghasilan ikan dilaporkan semakin berkurangan. Dalam pada itu bagaimana pun sektor ternakan akuakultur seperti menternak udang, ikan dan sebagainya semakin progressif. Artikel ini dibahagikan kepada lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 untuk dibaca bersama. Semuga artikel bersiri ini akan memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam.....!
SEKTOR PERTANIAN.. DI MALAYSIA...
SUMBANG KDNK....ADA 12% SAHAJA...
KELAPA SAWIT GETAH...YANG UTAMA...
TANAMAN MAKANAN... PENTING JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Rabiulakhir 1443H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...