Portal berita hmetro.com.my melaporkan dimana 'Pokok buluh tahan lasak' amat menarik untuk dikongsikan dan ditulis semula. Foto buluh disebelah menunjukkan spesis buluh iaitu Bambusa ventricosa dengan ruas batang membengkak yang sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan yang menarik. Buluh jenis Bambusa ventricosa mampu hidup dalam persekitaran yang keras, malah tumbuh dengan cepat dengan pertumbuhan yang rancak. Biasanya dengan ketinggian antara enam hingga 10 meter, buluh ini sering dijadikan pokok hiasan di halaman rumah mahupun dalam kediaman. Dilihat pada bahagian batangnya yang pendek dan membengkak turut menyebabkan ia digelar 'Perut Buddha' yang mempunyai kelebihan sebagai penahan hakisan tanah, pemecah angin dan dijadikan pagar semula jadi untuk tanah persendirian. Pohon yang berasal dari China ini hidup berumpun di tanah yang lembap. Oleh kerana bentuk buluh yang rendah dan berketak-ketak lazimnya buluh ini sering digunakan untuk dijadikan pohon bonsai dengan mencantas pucuknya untuk menghalang pertumbuhan. Dengan diameter batang hanya enam sentimeter (cm) maka ia tahan cuaca sejuk sehingga negatif sembilan darjah Celsius. Pokok buluh jenis ini ada dijual dibeberapa premis dan mereka yang minat dengan tanaman bonsi sering menu=yimpannya.
Dalam keadaan tertentu telah dilaporkan dimana berlaku kesukaran untuk mencari buluh seperti berita bertajuk 'Susahnya cari buluh' seperti berita HMetro dari Segamat. Dilaporkan dimana diantara rumpun buluh lemang sekitar Segamat yang kekeringan dan mati akibat kesan kepanasan melampau pada Januari sehingga April 2020 terjadi akibat dari fenomena akibat cuaca panas sejak beberapa bulan lalu. Keadaan cuaca ekstrim ini telah menampakkan kesan apabila jumlah rumpun buluh yang selalu diambil untuk digunakan bagi menghasilkan lemang sempena Aidilfitri sukar diperolehi. Kesan dari itu pencari batang buluh lemang terpaksa meredah kawasan belukar bagi mendapatkan buluh dikehendaki untuk membekalkannya kepada usahawan lemang dan orang ramai. Dilaporkan akibat kesan cuaca panas telah menyebabkan ruas buluh kelihatan kering, manakala daun pokok buluh berguguran sehingga pembesaran tumbuhan itu terbantut (Sila lihat foto disebelah). Seorang pencari buluh lemang di sekitar Segamat iaitu Zakaria Mohd Ali (48 tahun) berkata kini sudah sukar bagi mendapatkan buluh lemang tahun ini akibat cuaca panas sejak beberapa bulan lalu. Kali ini memang jelas kesukaran memperoleh buluh lemang untuk dijual kepada usahawan lemang, individu dan kegunaan sendiri. Keadaan itu telah pun menyebabkan dia terpaksa merayau jauh ke dalam belukar sekitar Segamat dakwanya yang ditemui pemberita di Batu Anam, Segamat. Didakwa tidak seperti selalu dimana kini sukar baginya menemui rumpun buluh lemang yang tumbuh segar dan boleh ditebang mengikut ukuran diperlukan. Dia juga terpaksa sabar untuk memilih batang buluh yang lebih berkualiti dan ia mengambil sedikit masa. Ada pencari buluh lemang yang ‘gatal tangan’ dan rakus sanggup memusnahkan anak buluh yang sedang membesar di luar rumpun. Tindakan itu menyebabkan buluh lemang berkualiti ditengah-tengah rumpun tumbuhan itu mati. Dia dakwa apa yang mampu dilakukannya adalah berjalan jauh di sekitar belukar di Batu Anam, Jementah, Gemas, Labis dan Bekok bagi memenuhi tempahan pelanggan, selain terpaksa mengurangkan jumlah tempahan. Setiap keratan panjang buluh lemang berukuran 0.8 meter dijual antara harga RM1.00 - RM1.50 sebatang untuk pasaran tempatan. Pencari buluh lemang juga berisiko cedera antaranya luka terkena sembilu buluh, disengat tabuan tanah, miang buluh selain disergah tedung selar. Dalam pada itu seorang peniaga lemang di Segamat dikenali sebagai Wan, sudah mengambil langkah awal mendapatkan buluh di sekitar daerah ini sejak dua bulan lalu. Dia memerlukan sekurang-kurangnya 80 keratan batang buluh lemang setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan terutama bagi menikmati juadah berbuka puasa selain tempahan awal sempena Hari Raya. Bagaimana pun dia tidak menaikkan harga kerana tidak mahu memberikan alasan kekurangan buluh lemang untuk menaikkan harganya. Selain itu dia bersyukur kerana tiada kenaikan mendadak bahan asas penghasilan lemang antaranya beras pulut dan santan kelapa.
Berita dimana kes kejadian 'Maqis rampas 8,000 kg buluh perhiasan' telah menarik perhatian ramai netizen. Berita dari Kelang dimana ada cubaan menyeludup masuk buluh perhiasan membawa tuah (Lucky Bamboo) seberat 8,000 kilogram (kg) dari Indonesia gagal selepas dirampas pihak berkuasa di Pelabuhan Utara (Sila lihat foto disebelah). Rampasan itu hasil pemeriksaan terhadap sebuah kontena pukul 10 pagi oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor. Pengarahnya, Zamri Hashim berkata dimana siasatan awal mendapati kontena dari Indonesia telah tiba di pelabuhan itu sejak 16 Februari 2021. Didakwa dimana buluh lucky bamboo itu juga adalah untuk pasaran dalam negara ini. Hasil pemeriksaan menemukan 8,000 kg Lucky Bamboo yang dianggarkan bernilai RM 52,486.87 dimana kesemua buluh tersebut tidak mematuhi syarat import Maqis seperti permit, lesen dan perakuan. Hasil siasatan awal mendapati sebuah lucky bamboo dijual pada harga RM6.56 dan untuk tanaman hiasan di rumah dan taman. Difahamkan, buluh ini dikatakan sering digunakan amalan dalam membawa tuah dan menolak sebarang unsur negatif kepada pemiliknya. Kes disiasat dibawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(2), Akta sama. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya.
Trend mendapatkan rebung buluh madu semakin viral di negara kita dan banyak berita mengenainya. Salah satu berita bertajuk 'Keistimewaan rebung buluh madu' juga dalam HM menarik untuk dikongsikan walau pun sebenarnya pokok buluh madu ini adalah spesis yang tidak miang dan rebungnya juga tidak berbau. Tanaman yang dimaksudkan itu ialah pokok buluh madu yang amat sinonim dengan penduduk di utara tanah air dalam menghasilkan masakan berasaskan rebung. Buluh madu atau nama saintifiknya Gigantochloa albociliata adalah sejenis pokok buluh dan tumbuhan daripada keluarga Poaceae yang mampu menghasilkan rebung yang dikenali sebagai rebung madu. Menyedari potensi pokok buluh madu yang juga menghasilkan rebung dengan rasa lemak manis dan rangup terutama dalam dunia masakan Melayu tradisional mendorong Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Trolak Timur, Sungkai, Perak mengusahakan tanaman buluh terbabit. Ketua projek tanaman buluh madu GPW, Zaharah Daud (62 tahun) berkata, pokok buluh madu mula ditanam di dua kawasan terbiar sejak 2013 diusahakan ketua blok wanita yang menjadi ahli GPW (Sila lihat foto paling bawah). Anak pokok buluh madu diperoleh dari Felda Mata Air ,Perlis dan ditanam ahli GPW di kawasan terbiar berhampiran perumahan peneroka. Kini sebanyak 100 anak pokok ditanam dan dijaga ahli GPW dalam usaha menjana tabungan GPW serta pendapatan isi rumah peneroka. Tanaman pokok buluh madu mengambil masa setahun untuk mengeluarkan hasil iaitu rebung madu. Bagi memastikan pokok buluh madu mengeluarkan banyak rebung, setiap rumpun buluh hanya perlu mempunyai lima atau enam pokok buluh sahaja. Kini bagi tujuan memastikan rumpun pokok buluh madu akan mengeluarkan rebung yang banyak, kerja pemangkasan tunas sisi dan pengambilan rebung perlu dilakukan secara berkala. Tunas pokok buluh yang ketujuh dan seterusnya yang mengeluarkan rebung baru boleh diambil rebungnya sebelum menjadi pokok buluh. Sebaiknya tunas pokok buluh yang kedua sehingga keenam perlu dibiarkan menjadi pokok buluh supaya dapat mereka membentuk rumpun pokok buluh. Setiap rumpun pokok buluh madu jika dijaga dan dibaja dengan baik mampu didalam mengeluarkan hasil kira-kira empat kilogram (4kg) rebung madu. Keistimewaan tanaman pokok buluh madu ini kerana pokok buluh madu ini tidak miang dan rebungnya tidak berbau seperti rebung biasa. Hasil tuaian rebung madu yang mana ia diusahakan GPW itu sehingga kami dapat menghasilkan produk rebung madu iaitu Acar Rebung Madu Ibunda yang mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan. Kini mereka sudah menjual kira-kira 10,000 bekas acar yang dimasak cara masakan Melayu tradisional tanpa bahan pengawet sehingga kadangkala tidak mampu memenuhi permintaan kerana kekurangan rebung madu. Pokok buluh madu ini juga boleh ditanam di kawasan lapang berdekatan rumah dan hasilnya akan dapat mengurangkan belanja dapur isi rumah peneroka. Mereka berazam untuk pastikan apabila orang sebut sahaja Felda Trolak Timur, orang ingat produk buluh madu iaitu acar dan rebung yang terdapat di Felda ini. Pokok buluh madu yang cukup matang juga mendapat permintaan dalam industri kraf tangan dan perabot, bahan pembakar, pengepit makanan serta pencungkil gigi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
POKOK BULUH ... ADA DUA JENISNYA...

MONOPODIAL... SIMPODIAL BERBEZA...
POKOK HIASAN... BATANG BERGUNA...
REBUNG MADU... KESUKAAN SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Muharam 1443H).
Posted from:
Room 314, MBoutique Hotel,
Jalan Hala Datuk 5, Ipoh,
Perak, Malaysia.
HAPPY DEEPAVALI!....
Alfatihan kepada abang saya Hj. Humari bin Hj Hosnan
yang meninggal malam jumaat ini di Ipoh.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.