Dalam ilmu sains tanah ada info mengenai Tekstur Tanah yang perlu difahami dalam bidang pertanian. Ini kerana tekstur tanah ialah peratus kandungan kumin-kumin pasir, kelodak dan liat atau sifat kasar dan halusnya sesuatu tanah. Tekstur tanah ditentukan dengan cara merasa dengan tangan atau kaedah mendapan. Pisahan tanah ialah lapisan kumin yang saiznya ditetapkan mengikut sistem pengelasan Atterberg atau sistem USDA. Bagaimana pun asas kepada kepentingan tekstur tanah dimana tekstur tanah dalah kerana ia dapat menentukan keadaan penyaliran (drainage) dimana biasanya tanah yang bertekstur kasar mempunyai saliran yang baik. Tektur tanah berkait dengan Sistem Pengudaraan Tanah dimana jenis tanah bertekstur kasar mempunyai liang lebih besar yang dapat memudahkan pertukaran gas. Ketiga tekstur tanah berkait dengan sifat Penjerapan Nutrien dimana bagi tanah bertekstur halus seperti kumin liat bercas negatif dan dapat menjerap nutrien bercas positif. Tanah bertekstur halus selalunya akan dapat menakung air. Selain itu tanah pertanian juga perlu diketahui akan ciri Struktur Tanah kerana struktur tanah ialah susunan kumin-kumin tanah (pasir, kelodak dan liat) dalam bentuk tertentu. Sebenarnya jenis tanah pasir adalah tidak berstruktur dimana ia mempunyai struktur butir rapuh dan adalah terbaik kerana berongga. Apa pun semua kena faham dimana ada kepentingan struktur tanah yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi struktur tanah yang baik. Mengenai bagaimana pengudaraan tanah dimana kewujudan rongga antara agregat membenarkan udara dan air meresap dengan baik. Air tidak bertakung dan akar mendapat oksigen cukup diperlukan bagi tanah pertanian yang subur. Ciri tanah seperti Daya Tahan Tanah dimaksudkan dengan bagaimana kumin-kumin tanah dapat bergabung menjadi binaan yang lebih besar dan dapat mengelakkan tanah dari hakisan yang memperpanjangkan tanah atas untuk tujuan penanaman. Ciri khas tanah pertanian dan bagaimana ia dapat mengurangkan kesan ketoksikan CO2 adalah apabila struktur yang baik dapat mengurangkan kesan ketoksikan CO2 kerana gas ini mudah meresap ke udara. Dinyatakan diman terdapat 5 jenis struktur tanah yang dikenapasti iaitu jenis tanah butir rapuh, berlapis, berblok, prismatik, kolumnar dan juga tanah tidak berstruktur atau tanah berbutir tunggal serta tanah berbongkah (massive). Kesemuanya bergantung kepada proses lukuhawa yang berlaku.
Dalam sektor pertanian sifat kimia tanah merupakan perkara yang perlu dikaji dan difahami sebelum menjalankan aktiviti pertanian komersil. Antara perkara yang penting adalah kualiti tanah atau pH Tanah. Ini kerana pH tanah ialah nilai keasidan atau nilai kealkalian sesuatu tanah kerana kebanyakan tanah yang berada dikawasan tropika adalah bersifat asid kerana berlaku proses larut resapan. Keasidan tanah lazzimnya akan wujud kerana kehadiran ion hidrogen (H+) dimana nilai pH tanah ditentukan oleh kepekatan ion hidrogen (H+). Dalam pada itu selalunya pH tanah ditentukan dengan menggunakan kaedah Kuhn atau menggunakan alat meter pH. Sebenarnya nilai pH tanah disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh menyebabkan keasidan tanah. Pertama adalah kandungan bahan induk tanah sama ada ia dari batu granite yang mana ia mengandungi aluminium yang dalam alam semuajadi ia akan mengalami tindakbalas hidrolisis dan mengeluarkan ion hidrogen. Disebabkan perkara tersebut maka tanah yang berasal dari bahan induk batu granit adalah berasid. Faktor kedua adalah disebebkan proses Larutresapan dimana berlku kehilangan bahan berbes seperti kehilangan ion Ca, Mg dan K melalui larutresapan digantikan oleh ion hidrogen. Kehadiran ion hidrogen menyebabkan tanah akan jadi berasid. Faktur ke 3 adalah disebabkan oleh penggunaan baja kimia seperti baja Amonium sulfat yang akan hasilkan ion NH+. Proses selnjutya adalah NH+ NO3- + H+ dimana kehadiran H+ ini akan menurunkan pH tanah. Ke 4 adalah disebabkan oleh proses pereputan bahan organik kerna pereputan bahan organik menghasilkan asid organik yang akan merendahkan pH tanah. Faktur k 5 dimana berlaku penambahan asid karbonik dan asid nitrik dan gas CO2, nitrogen oksida dan nitrogen dioksida di atmosfera larut dalam air hujan dan membentuk asid lemah. Aasid tersebut ialah asid karbonik dan asid nitrik. Faktur ke 6 adalah dimana berlaku proses respirasi akar dan organisma tanah dan gas CO2 yang dihasilkan semasa respirasi akar dan organisma tanah bertindakbalas dengan air menghasilkan asid karbonik. Akhirnya faktur ke 7 adalah berlaku penghasilan gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida. Tindakan kilat menggabungkan gas nitrogen dioksida dan oksigen di atmosfera yang kemudiannnya bertindakbalas dengan air untuk menghasilkan asid nitrik. Asid nitrik turun bersama hujan, masuk ke dalam tanah dan menyebabkan tanah berasid.
Dalam tanah dipersoalkan apakah dia kesan pH tanah kepada tanaman?. Pertama adalah nilah pH tanah adalah menentukan akan ketersediaan nutrien. Ini kerana nutrien mudah larut dalam larutan tanah pada pH tertentu sahaja dimana jika tanah mempunyai nilai pH rendah maka berlaku pembebasan ion ferum (Fe) dan magnesium (Mg). Sementara itu jika tanah tersebut mempunyai nilai pH tinggi maka berlaku pembebasan ion Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg). Keempat-empat ion itu bertindakbalas dengan fosfat (P) membentuk fosfat tidak larut. Dilaporkan unsur Fosfat kurang tersedia jika pH terlalu tinggi atau rendah. Nilai pH tanah juga akan menentukan aktiviti mikrob dalam tanah. Dilaporkan dimana hidupan mikroorganisma bermanfaat hidup pada dengan julat diantara pH 5.5 - pH 7.8. Kepentingan hidupan mikroorganisma yang jalankan proses penitratan terjejas apabila nilai pH kurang pH5.5 dan jika pH rendah maka ia akan merencatkan aktiviti cacing tanah. Nilai pH tanah juga berkaitan dengan kehadiran penyakit tumbuhan. Lazimnya tanah yang mempunyai nilai pH rendah boleh menyebabkan kulat mudah membiak, tumbuhan sukar memperoleh nutrien dan pertumbuhan akar terjejas apabila pH tanah terlalu tinggi atau rendah. Kepentingan tanah juga dikaitkan dengan ketersediaan unsur nutrien dalam tanah dan bagaimana cara pemberiaan baja yang betul mengikut pH tanah. Sebenarnya saintis menyenaraikan beberapa unsur diperlukan untuk pertumbuhan tumbuhan dikebun. Unsur tersebut dibahagikan kepada Makronutrien dan Mikronutrien. Unsur Makronutrien terdiri daripada O, C, H, N, K, P, S, Ca dan Mg sementara unsur Mikronutrien adalah terdiri dari Fe, B, Mn, Zn ,Cu, Mo dan Cl. Dalam pada itu sesuatu unsur nutrien perlu jika tumbuhan tidak membesar dengan sempurna. Lazimnya tindakan nutrien yang spesifik tidak boleh diganti dengan unsur lain kepada tumbuhan tersebut. Unsur nutrien bertindak secara langsung dalam tumbuhan dan juga apabila tumbuhan kekurangan sesuatu unsur maka sebaiknya unsur tersebut perlu ditambah dengan program pembajaan. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info yang amat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
PROFIL TANAH... BERLAPIS PULA...
TANAH SUBUR... IA BERRONGGA...
WARNA TANAH... PENTING JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Rabiulakhir 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.