Support My Blog

Tuesday, November 9, 2021

TONGKAT ALI DAN BERITA VIRAL (Part 2)

HERBA TONGKAT ALI
(Eurycoma longifolia) merupakan sejenis tumbuhan dalam kategori pokok saka yang digunakan sebagai herba kesihatan dari keluarga SIMARAUBACEAE. Tumbuhan ini juga dipanggil sebagai Pasak Bumi, Payong Ali, Tongkat Baginda, Muntah Bumi, Petala Bumi, Hempedu Pahit, Penawar Pahit, Penawar Bias, Bedara Merah, Bidara Laut, Babi Kurus, cay ba binh (Vietnam), Tho Banh (Laos) dan LongJack (English). Tumbuhan Tongkat Ali banyak terdapat dikawasan hutan di Malaysia, Indonesia dan sedikit di Vietnam, Laos, Thailand serta di Kawasan Asia Tenggara yang Lain. Kenapa pokok ini diberi nama Tongkat Ali di Malaysia?.... Mungkin kerana khasiat yang terkandung didalamnya yang merujuk kepada kekuata seks lelaki sehinggakan kekuatannya mampu menongkat 'Ali nya". Tongkat Ali adalah sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang lurus yang tumbuh menegak keatastanpa bercabang seperti pokok lain. Dilihat batangnya bulat dan berdaun pada bahagian pucuk dengan ketinggian mampu mencapai 15 meter atau lebih dari 50 kaki terutama dikawasan hutan semulajadi. Daunnya berbentuk pinnate dengan ukuran 20-40 cm panjang (8-16 inci) dengan sebanyak 13-40 helai daun pada satu tangkai (Lihat foto sebelah). Pemerhatian saya di Ladang Tongkat Ali di Stesen PORIM di Jengka Pahang yang ditanam di kawasan Ladang Kelapa Sawit mendapati pokoknya tinggi dengan batang yang panjang akibat perebutan cahaya matahari dengan pokok kelapa sawit. Tumbuhan ini sesuai ditanam dikawasan yang ada pelindung dan kurang 'perform' pada kawasan yang terdedah terus dibawah okcahaya matahari. Di Putrajaya  Kementerian Kesihatan akan menetapkan paras minimum kandungan tongkat ali  dalam semua minuman atau makanan tambahan yang ada di negara ini sebelum pertengahan tahun depan. Langkah itu perlu kerana berdasarkan analisis dimana pihaknya mendapati kandungan bahan itu dalam minuman atau sebagai makanan tambahan tidak membawa apa-apa kesan sebagaimana didakwa. Ia juga sejajar dengan langkah kerajaan untuk melindungi kepentingan dan hak pengguna di negara ini. Kementerian bersama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengkaji paras minimum yang boleh mengesahkan bahan minuman atau makanan tambahan itu mengandungi tongkat ali. Apabila ditetapkan maka mana-mana minuman atau makanan tambahan yang tidak mencapai paras minimum itu, ia boleh didakwa sebagai penipuan.  Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan mengenai beberapa berita viral mengenai tongkat ali yang agak menarik perhatian ramai untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Dalam satu kenyataan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) iaitu '
Pokok Tongkat Ali pupus 20 tahun' sekiranya langkah menanam semula spesies pokok berkenaan tidak dilakukan dari sekarang. Usaha itu penting berikutan herba berkenaan kini mendapat permintaan tinggi malahan ia mempunyai peluang menembusi pasaran di peringkat antarabangsa terutamanya dari China dan Amerika Syarikat. Kerajaan melalui beberapa jabatan dan agensinya menggalakan secara progresif bagi penanaman herba secara komersial antara langkah dilihat mampu memastikan bekalan mentah Tongkat Ali mencukupi. Dalam pada itu selain mendapat permintaan tinggi, negara juga berhadapan dengan cabaran di mana terdapat pihak tertentu yang bertindak mengeksport keluar Tongkat Ali ke negara lain. Tindakan tersebut dianggap sebagai merugikan kepada mereka yang terbabit dalam pembuatan atau pemprosesan Tongkat Ali. Kerajaan mengambil pendekatan baru didalam mentranformasikan industri herba ke arah sektor lebih moden, dinamik dan kompetitif dengan menambah sumber bekalan herba mencukupi bagi menyokong industri berkenaan. Tongkat Ali masih tidak dikategorikan sebagai barang kawalan dan tiada had pencariannya di negara ini. Bagaimana pun kini hanya terdapat beberapa lokasi penanaman tongkat ali yang masih diperingkat penelitian akan kejayaannya kerana tanaman ini memerlukan jangkamasa agak lama untuk diselesaikan. Kalau bekalan bahan asas tongkat ali liar dihutan semakin pupus mungkin dipersoalkan bagaimana ada banyak produk kesihatan didakwa menggunakan herba tongkat ali dipasaran di negar kita perlu diperiksa.

Berita viral 'Tongkat ali bukan untuk lelaki dan seks sahaja’ dakwaan Fahrin Ahmad pernah viral beberapa kitika dahulu. Beberapa media tempatan menyatakan dimana penggunaan Eurycoma longifolia atau tongkat ali bukanlah sesuatu yang asing sebagai sumber perubatan tradisional. Malahan bahan tersebut seringkali dianggap sebagai ‘ubat kuat’ bagi golongan lelaki di negara ini turut mendapat tempat di negara luar termasuk Amerika Syarikat (USA). Bagi selebriti popular, Fahrin Ahmad menafikan tanggapan sedemikian dan dia menyifatkan tumbuhan tersebut sebenarnya mempunyai khasiat yang lebih banyak sama ada untuk lelaki yang berkahwin dan bujang. Ia bukanlah sejenis tumbuhan yang dikhususkan untuk golongan lelaki dan seks sahaja.  Tumbuhan ini sebenarnya baik untuk memberi tenaga buat mereka yang belum berkahwin,” katanya pada forum digital bertajuk 'Senior dan terus Aktif Berpandukan Sains anjuran Nu-Prep, sebuah jenama suplemen di bawah Biotropics Malaysia Berhad (BMB) bersempena dengan Hari Warga Emas Sedunia di sini hari ini. Antara panel jemputan lain termasuk Pakar Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan & Felo H-Care, Prof Madya Dr. Noorlaili Mohd. Tahir; Pakar Gaya Hidup Sihat, Dr. Norman Norawi dan pelakon terkenal Esma Daniel. Dalam pada itu, Dr. Noorlaili berkata dimana berdasarkan beberapa kajian sebelum ini mendapati sebanyak 17 peratus daripada keseluruhan warga emas dijangka berdepan masalah keterbatasan untuk mengurus diri sendiri. Sebanyak 18 peratus warga emas di negara ini juga berdepan dengan risiko mengalami demensia. Pada 2018 daripada kajian yang dijalankan, kita mendapati dua daripada lima warga emas ada masalah menguruskan hidup sendiri. Selain itu ada juga berisiko mengalami kekurangan zat makanan. Risiko ini antara perkara yang kita tak nampak sangat. Selain itu satu perkara yang perlu dirisaukan adalah jika warga emas berkenaan pernah jatuh sekali dalam setahun dan ia satu perkara perlu dirisaukan. Menurut Penolong Pengurus BMB, Noorsyarida Mohd Sapiai berkata, Nu-Prep telah mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen #TerusAktif dengan hasrat untuk menggalakan warga emas di negara ini untuk terus aktif dan cergas di usia tua. Forum itu telah membincangkan tentang isu-isu yang sering dialami oleh warga emas, punca masalah yang dialami dan juga bagaimana kita boleh menyelesaikan atau mengurangkan risiko masalah tersebut. Nu-Prep didakwa mempunyai pelbagai rangkaian produk seperti Nu-Prep Lelaki dan Nu-Prep Wanita yang membantu untuk mengekal dan menambah tenaga di dalam badan. Selain mencapai objektif yang sedia ada, kempen oleh Nu-Prep ini juga berhasrat untuk memberi kesedaran kepada warga emas di Malaysia untuk melakukan pengesanan awal bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang kerap dialami di usia emas. 

Antara yang paling viral juga adalah berita 'Keunikan sate ayam organik' di Sabah yang viral dikalangan peminat sate. Kisah unik dari Membakut, Sabah dimana sate ayam yang dipelihara secara organik dan hanya diberi makan ekstrak Tongkat Ali menjadi menu tarikan perniagaan seorang bekas kaki tangan Universiti Malaysia Sabah. Bagi  Sarianshah Shamsudin (33 tahun) yang "menghidupkan" semula perniagaan yang ditinggalkan ibu bapanya itu menamakan sate itu sebagai "Ayam Li" iaitu singkatan kepada ayam Tongkat Ali. Sate ayam Li yang dijual RM1.10 secucuk itu antara penarik kepada perniagaannya itu yang kini mempunyai enam francais di beberapa lokasi di Sabah atas jenama Satay Power. Anak sulung daripada enam beradik itu menjalankan perniagaan bersama seorang rakan kongsi dengan lokasi francais di Taman Suria dan Grand Millineum, Penampang; Cybercity, Plaza Menggatal, Putatan dan Kingfisher di Kota Kinabalu.  Bagaimanapun, bekalan Ayam Li agak terhad dan ada ketika beliau tidak dapat menjualnya seperti beberapa hari semasa musin PKP dan covid19. Ayam Li diternak secara organik, hanya diberi makan Tongkat Ali tanpa campuran bahan lain lain. Ayam yang diberikan ekstrak Tongkat Ali menunjukkan kelebihan dari segi tekstur, bau, ketahanan dan kandungan lemak yang rendah. Ayam Li adalah hasil kajian seorang pensyarah di UMS yang dagingnya kurang lemak, berprotein tinggi dan lebih pejal. Kini sate power    sudah memiliki enam kios di beberapa lokasi iaitu Taman Suria dan Taman Grand Millineum, Penampang, Cybercity, Kepayan, Plaza Menggatal, Putatan dan Kingfisher.  Produktiviti ladang juga menunjukkan peningkatan dengan kadar kematian yang rendah, penjimatan kos vaksin, peningkatan berat dan kualiti serta ketahanan terhadap serangan penyakit, selain kadar tumbesaran yang lebih cepat.  Kos dan kaedah pengendalian serta perawatan sisa buangan ladang melalui kaedah tersebut juga telah menampakkan kelebihan berbanding kaedah konvensional.  Perniagaan keluarganya sejak 1983 itu terhenti sejak tiga tahun selepas ibu bapanya  Shamsudin Mada (63 yahun) dan juga Norbaiyah Dugapar (52 tahun) mengambil keputusan menumpukan perhatian kepada kantin sekolah sejak 2013.  Walaupun pada mulanya ibu bapa cuma berniaga di kaki lima keda dimana mereka pernah membekalkan sate dan kuah sejuk beku ke beberapa hotel terkemuka di Kota Kinabalu antara tahun 2007 hingga 2009. Selain sate ayam Li dijual juga menu sate ayam, daging dan kambing dengan pelanggan juga boleh membuat tempahan untuk sate secara sejuk beku terutama bagi acara majlis. Satay Power selalunya dihidangkan bersama kelupis, iaitu nasi pulut kukus dibungkus dengan daun nyirik atau silad. Semug artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TONGKAT ALI... IA SEJENIS HERBA....
PERLU DITANAM... BEKALAN ADA...
NU PREP...PRODUK DI MALAYSIA...
SATE POWER... KENALAH UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Safar 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...