Menarik cerita bagaimana '20 tan seminggu' dalam akhbar Harian Metro dimana di Raub, Pahang pengeluaran manggis di luar musim kali ini memberi peluang terbaik kepada seorang lagi pemborong buah-buahan untuk beliau memasarkannya ke negara jiran Thailand secara besar-besaran. Usaha julung kali diadakan itu mendatangkan hasil kepada Ahmad Mustafa (39 tahun) apabila lebih 100 tan dieksport secara terus kepada pembekal di negara gajah putih itu sejak tiga bulan lalu. Dia dakwa dimana kini permintaan menggalakkan selain tawaran harga tinggi mendorongnya terbabit dengan aktiviti pasaran manggis ke Thailand sebagai percubaan pertamanya pada musim buah-buahan kali ini. Setiap minggu dia mampu bagi menghantar lebih 20 tan manggis ke negara jiran tersebut menggunakan jalan darat selepas melalui beberapa proses. Dia yang mendapat bekalan manggis daripada pekebun kecil di daerah Lipis dan Bentong telah menjadikan sebuah rumah milik penduduk Kampung Sega Lama untuk dijadikan pusat pengumpulan buah manggis. Dia menggunakan seramai 36 pekerja terdiri daripada golongan muda untuk melakukan kerja memetik buah, penggredan, membungkus serta mengisi dalam bakul sebelum menaiki lori. Hanya buah manggis yang terpilih dengan tahap 50 - 70 peratus masak saja dipetik. Ini juga bertujuan bagi menjaga kualiti buah apabila sampai kepada pemborong atau penerima di Thailand. Dia yang sudah berpengalaman lebih lima tahun sebagai pemborong buah-buahan di Kampung Damak, Jerantut. Buah manggis yang mencapai 90 peratus masak hanya untuk pasaran tempatan saja kerana manggis masak hanya mampu tahan tiga hingga lima hari. Dia yang mendapat sokongan rakan kongsinya Mahmud Che Mamat nyatakan kualiti manggis di Pahang Barat terutama di Raub dan Bentong mendorong dia untuk mencuba menembusi pasaran antarabangsa walaupun Thailand adalah negara pertanian yang lebih maju daripada Malaysia. Dia menjual manggis dengan harga borong antara RM3 hingga RM5 sekilogram (kg) kepada seorang pemborong negara jiran Thailand yang menerima semua buah yang selalu dibekalkan (Sila lihat foto disebelah). Pengeluaran manggis luar musim yang jarang berlaku di negeri Pahang akan berakhir hingga bulan September atau Oktober. Permintaan terhadap manggis begitu menggalakkan walaupun di luar musim dan berlaku penurunan permintaan buah pada Tahun Baru Cina kali ini tetapi ia akan kembali pulih tidak lama lagi.
Cerita menarik dalam masa pandemik covid19 di Pulau Pinang menarik untk dikongsikan. Berita berjudul "Promosi jual buah, gantung saja pada badan" agak unik kisahnya. Seorang peniaga buah dikenali sebagai Ahmad Izan Latip menggunakan kreativiti tersendiri untuk mempromosikan jualan buah tempatan bermusim di gerai jualannya di hadapan Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang (Sila lihat foto disebelah). Cara ini menarik perhatian ramai apabila dia mempamerkan kreativiti tersendiri dengan menggantung dan mengikat hasil jualannya pada badan. Biarpun kelihatan pelik akan tetapi usahanya itu bukan sahaja mencuri tumpuan malah turut mencuit hati pengguna jalan raya di hadapan Masjid Daerah Barat Daya. Isterinya yang juga peniaga buah, Siti Zubaidah Mat, 29 berkata, idea kreatif suaminya itu bertujuan untuk mempromosikan produk buah-buahan bermusim selain hasil pertanian yang sukar ditemukan di tempat lain. Kini ada lebih 10 pilihan buah tempatan seperti dokong; jentik; setoi; tampoi; rambai dan pulasan kini dipasarkan di gerai tepi jalan yang diusahakan mereka sejak lima tahun lalu. Kebanyakan buah-buahan yang sukar dicari ini diperoleh di dalam hutan di Jeniang dan Baling, Kedah serta di sekitar daerah ini (Balik Pulau). Walau pun pada mulanya tindakan suami mendapat kecaman segelintir orang awam berikutan buah yang digantung pada badan dikatakan tidak sesuai dengan keadaan pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini. Buah yang digantung itu hanyalah sekadar hiasan dan tidak akan dijual semula. Pelanggan ke sini berpeluang menikmati buah-buahan segar yang dipasarkan secara lambak. Kreativiti suaminya itu juga adalah sekadar menarik perhatian kepada pelanggan sekali gus pelanggan akan dapat mengenali buah-buahan tempatan. Usaha itu berbaloi apabila hasil jualan mereka mendapat sambutan dan menjadi pilihan ramai. Kira-kira 25 bakul buah manggis dengan anggaran 400 kilogram habis dijual dalam tempoh dua hari. Jualan buah memang tiada masalah biarpun ketika pandemik Covid -19. Cuma kira-kira 80 peratus pelanggan kini memilih buah pada harga murah iaitu sekitar RM10 bagi tiga hingga lima kilogram buah.
Berita mengenai 'Tragedi cari buah di kebun manggis rakan' memang berkait dengan artikel kali ini. Laporan oleh portal berita Harian Metro mengenai mangsa ditemui meninggal dunia di atas pokok manggis diuruskan oleh pasukan bomba menjadi kisah menarik (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana seorang lelaki yang ditemui meninggal dunia di atas pokok manggis di Kampung Jawa, Padang Gajah, Taiping adalah pegawai kesihatan yang ke kebun bersama seorang rakannya. Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, SUPT Razlam Ab Hamid berkata dimana mangsa, Iahasan Mohd Majudin (59 tahun) bersama rakannya datang ke kebun itu untuk mencari buah-buahan. Mangsa dan rakannya yang juga pemilik kebun dikatakan berpecah untuk mencari buah dengan mangsa mencari di sekitar rumah kosong di kebun itu manakala rakannya ke kawasan kaki bukit yang jaraknya kira-kira satu kilometer dari mangsa. Pada jam 11 pagi, rakan mangsa kembali dan mendapati mangsa tiada dilokasi serta mencarinya sekitar kebun sebelum terkejut sebaik menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tersangkut di celah dahan pokok manggis setinggi kira-kira tiga meter. Selepas beberapa panggilan tidak disahut maka rakan mangsa memeriksa keadaannya dan mengesyaki mangsa sudah meninggal dunia dan segera memaklumkan kejadian kepada polis dan bomba. Mayat mangsa diturunkan dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis dan kemudiannya dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat. Mangsa berkerja sebagai pegawai kesihatan di Taiping dan tinggal di Taman Seri Kinta Fasa 1, Taiping. Hasil siasatan awal tiada unsur jenayah dikesan dan menunggu hasil bedah siasat bagi mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa. Semuga artikel ini memberi info berguna mengenai cerita manggis oleh media tempatan kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BANYAK KHASIAT... IANYA DIDAKWA...
KINI DIEKSPORT... KELUAR NEGARA...
ATAS POKOK.. ADA YANG DI CERITA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Rabiulakhir 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.