Support My Blog

Tuesday, November 2, 2021

KUALITI AIR BAWAH TANAH - PIAWAIAN


STANDARDS DAN INDEKS KUALITI AIR TANAH MALAYSIA
merupakan satu dokumen yang penulis blog hendak rujuk kali ini sebagai satu bahan rujukan yang sangat berguna terutama untuk sektor pertanian. Menurut kata penghantar buku ini menyatakan dimana Program Pengawasan Kualiti Air Tanah Kebangsaan Malaysia telah bermula semenjak tahun 1997 bertujuan untuk memantau kualiti air tanah dan mengesan sebarang perubahan ketaraterhadap kualiti air disebabkan pencemaran sekitar dari semasa ke semasa. Jabatan Alam Sekitar (JAS)  mempunyai 119 buah stesyen untuk melaksanakan program ini di seluruh negara. Maklumat dalam buku ini diharap akan dapat membantu semua pengguna yang berkaitan dengan skop ini. 
Air Tanah memainkan peranan penting sebagai sumber alternatif dalam membekalkan air kepada domestik, industri dan pertanian. Menyedari sumber air tanah adalah sebahagian daripada kitaran hidrologi yang terdedah kepada perubahan cuaca, pencemaran dari punca tetap dan tidak tetap dan lain-lain, maka pengurusan air tanah perlu diambil perhatian. Salah satu elemen penting dalam pengurusan air tanah adalah pengawasan kualiti air tanah. Dalam konteks ini maka data yang dijana daripada aktiviti pengawasan kualiti air tanah ambien digunakan untuk menilai kesesuaian kualiti air tanah untuk kegunaan berfaedah. Apa pun Standard Kualiti Air Tanah merupakan satu cara penting untuk menilai kesesuaian air tanah untuk kegunaan khusus. Standard ini terdiri daripada nilai pelbagai parameter kualiti air tanah yang relevan untuk kegunaan yang berfaedah untuk melindungi hidupan akuatik dan kesihatan manusia. Standard Kualiti Air Tanah juga berperanan sebagai indikator data kualiti air tanah di mana orang awam boleh menggunakan dengan mudah. Oleh yang demikian, menjadi keperluan untuk mengawasi semua ciri kualiti air tanah yang relevan dalam membuat penilaian kualiti secara umum. Ini dicapai dengan dengan penggunaan Indeks Kualiti Air. Indeks Kualiti Air (WQI) adalah satu nilai tunggal yang menggabungkan beberapa parameter kualiti air ke dalam satu nilai ringkas dan objektif, mewakili keadaan kualiti air di mana-mana badan air tertentu. Indeks Kualiti Air Tanah (IKAT) yang dibangunkan mewakili status kualiti air tanah dan maklumat yang mudah difahami bukan sahaja kepada pihak berkepentingan yang berkaitan, malah kepada orang awam. Buku ini menyediakan maklumat asas yang berkaitan dengan Standard Kualiti Air Tanah oleh JAS. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" malam ini saya menulis sebahagian dari kandungan buku tersebut untuk dijadikan bahan rujukkan semua. Kepada keterangan lanjut boleh berhubung dengan para petugas Jabatan Alam Sekitar yang berdekatan atau membuat pautan sewajarnya.

Kualiti Air Tanah Kebangsaan diperjelaskan dengan agak baik didalam buku ini kerana 'standard' merupakan asas peraturan untuk mengawal pencemaran yang memasuki badan air dari pelbagai sumber punca tetap seperti perbandaran, domestik dan perindustrian serta sumber dari punca tidak tetap seperti air larian dari aktiviti pertanian, aktiviti pembangunan tanah dan bandar. Standard Kualiti Air Tanah Kebangsaan adalah standard ambien yang dibangunkan dengan fokus kepada melindungi hidupan akuatik dan kesihatan manusia. Standard Kualiti Air Tanah Kebangsaan dikategorikan kepada tiga (3) kegunaan berfaedah seperti rajah diatas. Kategori tersebut adalah Air Minuman, Air Pertanian dan Air Industri. Apa pun seperti standard kualiti air yang lain di Malaysia, Standard Kualiti Air Tanah Kebangsaan adalah berdasarkan standard antarabangsa dan standard dari negara lain dan diadaptasi mengikut kesesuaian Malaysia, dengan mengambil kira pelbagai faktor alam sekitar, sosial, budaya, ekonomi, pemakanan dan lain-lain. Bagi STANDARD UNTUK KEGUNAAN AIR MINUMAN ini menerangkan keperluan kualiti air tanah bagi tujuan abstraksi untuk air minuman dengan menggunakan rawatan air secara konvensional. Asas bagi pembangunan standard kualiti air tanah untuk penggunaan air minuman adalah mengambilkira  dua faktor seperti berikut. Pertama adalah untuk menentukan tahap bahan kimia atau keadaaan dalam badan air yang tidak dijangka yang akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan manusia. Kedua adalah untuk menentukan tahap mikroba (patogen) untuk melindungi manusia dari organisma mikrob (dirujuk sebagai patogen) seperti bakteria dan virus yang boleh menyebabkan penyakit dan keuzuran. Standard Kualiti Air Tanah Kebangsaan untuk kegunaan air minuman diadaptasi sepenuhnya dari nilai kualiti air mentah yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Nilai-nilai ini, yang disebut sebagai Nilai Yang Boleh Diterima adalah berkaitan dengan kualiti air mentah yang diperlukan untuk digunakan sebagai sumber air yang boleh diminum dengan penggunaan rawatan konvensional. Untuk parameter yang mana nilai yang tidak ditakrifkan dalam Kualiti Air Mentah yang Disyorkan KKM, nilai-nilai dari Kelas IIA Piawaian Kualiti Air Negara (NWQS) diterima pakai. Kualiti Air Kelas IIA adalah standard merujuk kepada kualiti air mentah yang sesuai untuk rawatan air konvensional.

Bagi Kategoti STANDARD UNTUK KEGUNAAN PERTANIAN dimana standard ini menerangkan keperluan kualiti air tanah bagi tujuan pertanian. Standard untuk penggunaan pertanian ini dibangunkan dengan memfokuskan kepada kesihatan tanaman yang berpotensi memberi kesan kepada manusia melalui pemakanan. Standard Kualiti Air Tanah Kebangsaan untuk kegunaan pertanian diadaptasi dari nilai yang ditetapkan dalam Food and Agriculture Organization (FAO) Water Quality for Agriculture. Garis panduan FAO menekankan pengaruh jangka panjang kualiti air terhadap pengeluaran tanaman, keadaan tanah dan pengurusan ladang. Parameter yang disenaraikan dianggap sebagai parameter utama dalam bidang pertanian dan tidak dikaitkan dengan jenis tanaman. Asas bagi pembangunan standard kualiti air tanah bagi kegunaan pertanian dan penternakan dengan mengambilkira tiga (3) faktor seperti berikut. Pertama adalah dimana 
parameter yang berkaitan dengan kesan phytotoxic, Kadar toleransi tanaman terhadap kemasinan dan juga kriteria untuk ternakanStandard Kualiti Air Tanah Kebangsaan untuk kegunaan pertanian juga termasuk dengan penggunaan air tanah bagi penternakan haiwan. Standard yang digunapakai adalah dari Canadian Environmental Quality Guidelines, Canadian Council of Ministers of the Environment. Rajah dibawah menunjukkan nilai parameter kandungan mineral yang dipiawaikan. Ada 12 parameter untuk kegunaan pertanian (tanaman) terdiri dari Aluminium, Arsenik, Cadmium, Kromium, Kuprum, Mangan, Nikel,Natrium, Klorida, Zink, Boron dan konduktiviti. Sementara itu 3 parameter untuk ternakan adalah Nitrat atau Nitrit, Sulfida dan juga TDS.


Bagi STANDARD UNTUK KEGUNAAN INDUSTRI agak berlainan dimana terdapat sebilangan sektor dalam industri menggunakan air tanah bagi menjalankan proses untuk pengeluaran produk mereka. Sektor industri menggunakan jumlah air yang besar seperti penjanaan kuasa, kilang penapisan, pembinaan, industri berasaskan logam dan perlombongan. Sektor-sektor ini menggunakan air mentah dan air terawat yang mungkin tertakluk kepada tahap kualiti yang berbeza-beza. Ciri-ciri yang dikehendaki dari air perindustrian termasuk kelarutan, potensi pengangkutan atau potensi pertukaran haba. Penggunaan air dalam industri termasuk penyejukan, pemprosesan, rawatan produk, pembersihan dan penggunaan dandang (kebuk tekanan). Penggunaan air tanah boleh mengurangkan kos penggunaan air dibandingkan menggunakan air terawat dari pihak bekalan air tempatan. Standard Kualiti Air Tanah Kebangsaan untuk kegunaan perindustrian adalah terhad kepada penggunaan air perindustrian bagi kegunaan Air Penyejuk dan Air Untuk Dandang. Standard Kualiti Air Tanah Negara untuk kegunaan industri diadaptasi dari nilai yang ditakrifkan dalam South African Water Quality Guidelines (SAWQG), Volume 3: Industrial Use. SAWQG sesuai untuk kegunaan perindustrian mengkategorikan jenis proses dan penggunaan air kepada empat kategori peningkatan kualiti air. Bagi penyejukan air dan penggunaan air untuk dandang (kebuk tekanan), nilai yang berkaitan dengan Kategori 3 dianggap paling sesuai dan diadaptasi ke dalam Standard Kualiti Air Tanah Kebangsaan untuk kegunaan industri. Kategori 1 dan 2 dianggap lebih ketat dan merujuk kepada keperluan kualiti yang lebih tinggi untuk penyejukan air dan dandang (kebuk tekanan), manakala Kategori 4 tidak memerlukan rawatan sama sekali dan lebih sesuai untuk aktiviti pembersihan. Dalam Kategori 1 adalah termasuk Cooling Water (Evaporative cooling - high recycle), Steam Generation (High pressure boiler; demineralization of feed water),  Process/Product water (Phase separation; petrochemical; pharmaceutical dan juga Wash Water (No residual washing and electronic parts). Bagi Kategori 2 pula termasuk Cooling Water: Evaporative cooling (high recycle); solution cooling; water heating, Steam Generation: High pressure boiler; demineralization of feed water, Process Water: Solvent; heat transfer medium; humidification; lubrication; gas cleaning, Product Water: Beverages; dairy product; petrochemical dan juga Wash Water: Reaction vessel washing. Dalam Kategori 3 adalah termasuk Cooling Water: Evaporative cooling (once through); bearing cooling; mould cooling, Steam Generation: Low pressure boiler, Process Water: Solvent; diluting agent; transport agent, gland seal; vacuum seal; lubrication; descaling (iron & steel); gas scrubbing, Product Water: Beverages; Food, baking; confectionary; chemical; surface washing dan Wash Water: Domestic use; fire fighting. Bagi Kategori 4 adalah termasuk  Cooling Water: Ash washing, Process Water: Transport agent, Utility Water: Dustsuppression; fire fighting; irrigation dan juga Wash Water: Rough washing.


Buku ini menjelaskan akan 
INDEKS KUALITI AIR TANAH KEBANGSAAN (IKAT) yang bertujuan untuk menyediakan maklumat kualiti air secara mudah dan ringkas kepada semua pihak berkepentingan untuk melindungi dan memelihara pengguna air tanah. IKAT dibangun berdasarkan pendekatan arithmetik. IKAT merangkumi parameter kualiti air terpilih yang paling relevan dengan status air tanah. Parameter kualiti air yang dipilih adalah berdasarkan kepada 3 parameter. Pertama adalah parameter yang berkepentingan untuk kegunaan spesifik, ke dua parameter yang sensitif terhadap indeks, perubahan parameter tersebut akan mengakibatkan perubahan yang ketara terhadap indeks dan ketiga adalah ia diukur secara berkala dalam program pemantauan air tanah. Bagi parameter kualiti air yang terpilih untuk indeks kualiti air tanah kebangsaan (IKAT ) adalah pH, Besi, Jumlah Pepejal Terlarut, Nitrat, Sulfat, Fenol dan kandungan E. Coli. Apa pun memandangkan parameter yang terpilih mempunyai kesan yang berbeza terhadap pelbagai penggunaan air tanah, faktor pemberat diperkenalkan untuk setiap parameter. Faktor pemberat adalah berdasarkan tahap keamatannya untuk kegunaan tertentu. Rajah dibawah menunjukkan faktor pemberat 5 akan dikhususkan kepada parameter yang memberi kesan berbahaya kepada kesihatan pengguna dan mempunyai kekerapan pendedahan yang sangat tinggi. Faktor pemberat 1 akan dikhususkan kepada parameter yang kurang berbahaya dan rendah risiko kadar pendedahannya. Selain daripada impak terhadap kesihatan, kesan parameter terhadap proses rawatan air turut diambil kira dalam penentuan faktor pemberat.

Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.  Wasallam!!!.
PIAWAIAN AIR TANAH... SUDAH ADA...
AGAK TEKNIKAL... FAHAM JUGA BACA...
BAGI PERTANIAN... SUDAH DI NYATA...
KURANG FAHAM... KE JAS BERTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Rabiulawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...