Support My Blog

Thursday, August 24, 2017

LAKSA IKAN SEKOQ

LAKSA IKAN SEKOQ atau dalam bahasa biasa bermakna 'LAKSA IKAN SEEKOR' atau 'Asam Laksa Ikan Sekoq' merupakan satu makanan istimewa di Utara Semenanjung Malaysia seperti di Alor Setar, Perlis dan juga di Pulau Langkawi. Apa yang  penulis blog amat suka datang ke Gerai Laksa Ikan Sekoq di Pulau Langkawi apabila mendengar rasa keenakannya daripada rakan-rakan yang pernah makan laksa ini di Kedah untuk memakannya. Pada saya makanan ini amat enak dan berkhasiat selain dari makanan ini telah mendapat permintaan yang tinggi dikalangan penduduk tempatan dan pelancong luar seperti saya yang berasal dari Selatan Semenanjung Malaysia. Makanan Laksa mempunyai pelbagai jenis dan resepi seperti Laksa Kedah, Laksa Penang, laksa Johor, Laksa Ikan sekoq, Laksa Johor, Lasksa Sarawak, Laksa Terengganu, Laksa Kelantan, Laksam, Asam Laksa dan Kari Laksa. Anda boleh baca jenis-jenis laksa yang saya tulus sebelum ini (Sila klik disini) dan (Sila Klik Disini). Pada saya makanan laksa yang berasaskan kepada mee laksa dan ikan serta berbagai jenis ramuan lain amat sesuai dimakan sama ada ianya dibuat sendiri dirumah atau membelinya daripada pelbagai outlet. Kini makanan laksa telah diterima ramai sebagai makanan tradisional di negara kita yang telah dimakan oleh ramai gulongan masyarakat. Laksa juga telah dijadikan makanan nasional apabila ia turut dihidangkan untuk majlis rasmi dan keraian diseluruh negara. Makanan laksa ikan sekoq yang popular di Kedah adalah satu daripada jenis laksa yang semakin popular dengan mana ada dibubuh seekor ikan didalam hidangannya. Jenis ikan yang lazim digunakan pula adalah ikan kembong kecil atau di Kedah dipanggil sebagai Ikan Termenung. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Laksa Ikan Sekoq yang penulis nikmati semasa berkunjung ke Langkawi minggu ini.


Kepada mereka yang berkunjung ke Langkawi mestinya akan membeli belah pelbagai jenis barangan seperti pinggan mangkuk, coklat, rokok (bagi perokok), pakaian, ikan bilis, kacang pistachio, minuman keras (bukan islam) dan sebagainya. Mereka akan pergi melawat beberapa banyak pusat pelancongan yang disediakan dan apabila lapar akan terus mencari makanan. Terdapat terlalu banyak restoren, gerai dan pusat membelibelah yang menyediakan pelbagai makanan di Pulau Langkawi ini. Bagaimana pun penulis teringin untuk makan laksa dan memalaui gadget terus mencari lokasi gerai menjual Laksa Ikan Sekoq. Gerai yang penulis pergi berada di sebelah landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dibawah teduhan pokok ketapang (Terminalia catappa) menghadap laut. Terdapat beberapa gerai disini dimana anda akan melihat papantanda berwarna hijau dengan tulisan pelbagai menu disediakan termasuk laksa ikan sekoq (Sila lihat foto disebelah). Gerai ini juga ada menjual makanan lain yang dipaparkan seperti Nasi Ayam Golek Madu, Ayam Golek, Sate Ayam, Sate Daging, Rojak, Minuman Air Kelapa,, Coconut Shake, Cendol Kelapa dan pelbagai minuman panas lain serta minuman dalam tin. Gerai yang dibuka dari jam 12.00 tengahari sehingga 7.00 petang ini dikunjungi ramai penduduk tempatan dan pelancong domestik yang sukakan makan-makan ditepi pantai dengan makanan yang enak dan menyelerakan ini.


Antara makanan lain selain daripada Laksa Ikan Sekoq adalah Pasembor Udang, Pasembor Ketam dan juga Cucur Udang. Cucur udang yang dicampur dengan timun, sengkuang dan taugeh ini dicurahkan kuah yang lemak manis berkacang. Pada penulis apa yang menjadikan keenakkan makanan ini adalah kuahnya yang diadun khas untuk pasembor dan kuih cucur udang (Sila lihat foto disebelah). Kuih cucur udang ini mengandungi beberapa ekor udang yang digaul dalam tepong dan digoreng. Udang memang masih segar di Pulau ini dimana ia menjadikan kamakan kuih cucur udang disini enak. Makanan ini sesuai dimakan pada waktu petang ditepi pantai dengan angin laut bertiup sepoi-sepoi bahasa dan sungguh menyenangkan. Makanan ini dihidangkan bersama dengan Laksa Ikan Sekoq yang masih suam panas dengan minuman daripada air kelapa bersaiz besar. Sebiji kelapa (Cocos nucifera) ini dijual dengan harga RM10.00 sebiji dan penulis dapati ianya adalah dari jenis kelapa Matag (CN15) yang dipercayai dibawa masuk dari luar pulau ini. Memang enak air kelapa muda ini dengan kuantiti airnya yang banyak dan sungguh mengenyangkan.


Berbaluk kepada Laksa Ikan Sekoq yang menjadi kegemaran ramai menjadikan seekor ikan kembong didalamnya sebagai penyedap rasa (Sila lihat foto disebelah). Membuat sendiri laksa ini boleh dilakukan sendiri dirumah. Laksa ikan sekoq boleh disediakan dengan bahan-bahan seperti 1 kilo laksa beras, 1 kilo ikan kembung, 15 tangkai cili kering (perlu digunting dan rendam air panas), 10 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, 5 tangkai cili merah, 1 batang serai yang perlu diketuk, 1 kuntum bunga kantan yang dipotong 4, asam keping secukupnya, Daun kesum secukupnya, 100 gram belacan, Air secukupnya, Garam dan gula secukupnya. Sementara itu diperlukan beberapa bahan sampingan iaitu 7 ekor ikan kembung yang direbus dan dijadikan ikan tambahan dalam laksa, 1 biji timun yang juga dihiris, bawang besar di hiris, cili padi juga dihiris nipis, telur yang di belah dua, Limau nipis dan juga nenas jika suka. Cara untuk membuatnya dengan merebus ikan kembung bersama asam keping dan sedikit garam. Kemudian dikeluarkan ikan tersebut dan sejukkan. Kemudian asingkan isi ikan dan tulangnya dan seterusnya kisarkan isi ikan dengan air rebusan ikan. Kemudian diletak dalam periuk.
Sebaiknya dikisar tulang ikan dan tapis dan uang bahagian tulang dan yang tidak hancur dan dimasukkan kedalam periuk yang sama. Kemudian dikisarkan bahan-bahan perencah dan masukkan dalam periuk bersama semua isi ikan yang telah dikisar dan ditapis serra tambahkan air. Aktiviti seterusnya adah memasukkan asam keping kedalam kuah ikan dan kemudian masukkan daun kesum, serai, bunga kantan, garam dan gula secukup rasa dan didihkan. Maka selepas itu disediakan mangkuk dan masukkan laksa beras dan tabur bahan sampingan. Sebelum makan maka perlu untuk menuangkan kuah kedalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan dinyatakan diatas. Masukkan seekor ikan kembong yang direbus sebelum dihidangkan. Memang enak makan laksa ikan seekor ini tetapi perlu berjaga-jaga ketika makan kerana ditakuti tulang-tulang ikan halus akan menyebabkan tercekik. Semuga anda mendapat info berguna berkaitan dengan laksa ini. Wasallam!!!...
ADA IKAN SEKOQ...NAMANYA LAKSA...
BANYAK DIJUAL... NEGERI DIUTARA...
MEMANG SEDAP... KENA MERASA JUA...
SUDAH MAKAN... MENULIS RENCANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pantai Cenang, Pulau Langkawi,
Langkawi, Kedah,
Malaysia.
(19 Zulkaedah 1438H)

Posted from room 1708,
Hotel Qualiti, KL.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...