Support My Blog

Sunday, August 20, 2017

CIRI BUAH DURIAN BERKUALITI...

DURIAN (Durio zibethinus) merupakan sejenis buah tropika yang semakin mendapat tempat dikalangan petani dan juga penggemar 'raja segala buah' ini. Pada tahun 2017 ini harga buah durian terutama yang ada nama seperti varieti Musang King (D197) amat mahal dengan harga purata diantara RM35 - RM65 sekilogram. Buah durian tahun ini yang kurang akibat kesan La-Nina iaitu hujan berterusan semenjak awal tahun 2017 menyebabkan kadar 'fruit-set' durian dikawasan utama pengeluaran buah durian seperti di Raub (Pahang), di Tangkak / Muar (Johor) dan di Batu Kurau (Perak) rendah. Minggu lepas penulis membeli 2 biji kecil buah durian di Raub dengan berat sekitar 1.8 kg berharga RM82.00 bermakna berapakah harga sekilogram?. Bagaimana pun buah yang kecil ini mempunyai isi yang amat manis, kuning berkilat dan penulis blog dan anak isteri amat berpusahati memakannya dengan harga sedemikian. Pengeluaran buah durian amat rendah pada tahun 2016 dan 2017 dimana faktor cuaca adalah salah satu penyebab kejadian ini. Pada tahun 2016 berlaku kejadian amat kurang hujan dalam tempoh 10 tahun akibat kesan 'Extreme El-Nino' sehingga di Daerah Raub ada dicatatkan kemarau panjang selama hingga 4.5 bulan dengan cuaca panas mencecah 38 darjah celcius dan amat kurang hujan. Bagaimana pun pada tahun 2017 akibat kesan La Nina berlaku dimana hujan mulai turun semenjak awal bulan Febuari dimana ini menyebabkan buah durian amat berkurangan. Dalam tinjauan penulis blog di Daerah Raub, Pahang mendapati buah durian hanya keluar dari kawasan lereng pergunungan seperti di lereng Gunung Benom dan Gunung Agong tetapi di kawasan tanah rendah amat kurang yang berbunga. Musim durian tahun 2017 telah berubah dimana bunga durian banyak keluar pada Julai dan Ogos 2017 dimana ia akan dituai pada penghujung tahun. Bagaimana pun pada pertengahan Ogos 2017 hujan lebat turun lebih 7 hari berturut-turut dimana ini menyebabkan gangguan teruk kepada pembentukkan buah akibat dari bunganya yang rosak. Penulis blog jangka buah durian akan mula banyak pada tahun 2018 dan mungkin akan berlaku lambakkan pada tahun 2019 (tahun dimana penulis blog akan bersara wajib). Apa pun rencana pagi Sabtu ini dalam "Anim Agro Technology" saya membentangkan beberapa petua memilih buah durian yang berkualiti berdasarkan pengalaman penulis blog dan rujukkan kepada pakar durian.

(1) Tangkai Buah Durian
Pertama sekali ketika memilih buah durian perlu dilihat pada bahagian tangkainya. Tangkai buah menceritakan segala tentang hayat buah durian yang dihasilkan. Buah durian apabila sudah masak biasanya akan gugur atau jatuh sendiri. Lazimnya pada buah durian yang jatuh sendirimaka dilihat tangkainya akan kelihatan 'bergigi'. Kalau handak tahu juga bagi buah durian yang mempunyai tangkai 'licin' bermakna ia adalah buah belum masak dan berkemungkinan ia dipetik atau gugur kerana ribut yang melanda. Seterusnya jika tangkai dilihat masih segar bermakna buah ini baru sahaja gugur. Ia memberi makna dimana buah tersebut masih segar dan kandungan gas dalam buah pun beum banyak dimana isi buah biasanya enak dimakan. Anda boleh cungkil sedikit bahagian kulit tangkai. Kalau kulitnya tebal, ia bermaksud isinya pun tebal. Kalau bahagian dalam isi kulitnya kuning maka lazimnya isi didalamnya juga kuning. 

(2) Pilih Buah Durian Yang RINGAN
Lazimnya peminat buah durian akan mencari buah durian yang Besar dan Berat. Ini merupakan satu daripada kesalahan ketika membeli buah durian dimusimnya. Mungkin pembeli berfikir apabla buah berat maka isinya adalah banyak. Sebenarnya buah durian yang berat tidak bermaksud isinya adalah banyak sebaliknya ia juga menunjukkan bahawa buah tersebut berkemungkinan masih mentah atau terlalu berair dan lebih malang kalau buah durian tersebut adalah buah yang telah busuk. Pilih buah durian yang anda pasti telah matang denan tip yang akan ditulis selepas ini.

(3) Teknik MENGGONCANG BUAH
Teknik ini ada dikalangan pembeli yang melakukannya ketika ia membeli durian (Sila lihat foto disebelah). Orang berpengalaman ini akan ambil beberapa bijii buah durian dan menggoncangnya sambil telinganya mendengar rapat. Sebenarnya beliau ingin mendengar ada ada goncangan pada isi buah durian didalamnya dengan jelas. Jika ada bunyi goncangan dalam pangsa buah bermakna isi buah adalah kering dan ia sudah masak ranum dan sesuai untuk dibelah dan di makan.  Jika buah durian yang digoncang tersebut tidak mengeluarkan apa-apa bunyi maka penulis syak berkemungkinan isinya padat atau masih mentah atau buah durian yang mengkal.

(4) Bentuk Fizikalnya 'BULAT'
Dalam melihat bentuk buah durian ada yang berfikir kalau buah bulat maka isinya tebal. Perkara ini sebenarnya perkara ini bergantung kepada varieti buah durian. Kalau ianya daripada varieti yang hampir sama maka disyorkan agar memilih buah yang bentuknya sedikit bulat terutama dibahagian pangsa durian. Apabila bentuk buah tersebut seakan 'bulat' lazimnya ia mempunyai banyak isi dan kemungkinan juga banyak biji. Bagaimana pun jika ia dari jenis yang lonjong maka pastikan bahagian pangsa buahnya kembong dan membesar kerana ia ada 'kucing tidur' didalamnya.

(5) Periksa KULIT
Periksa buah durian yang hendak dibeli dimana lazimnya buah durian dengan ciri durinya yang halus dan rapat akan menunjukkan isinya dagingnya jenis yang lembik. Bagi buah durian yang durinya besar dan jarang lazimnya mempunyai isi dagingnya yang padat, isi tebal dan semasa dimakan mudah dengan kemas (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun semasa melilih buah kena pastikan apakan varieti durian tersebut kerana lain varieti, umur pokok dan amalan agronomi tanaman akan menyebabkan bentuk durii yang berlainan.

(6) Teknik TEPUK MANJA
Teknik 'tepuk manja' buah durian semasa memilihnya adalah satu kaedah memilih buah durian yang baik. Tepuk-tepuk manja kulit buah durian dengan tangan dan pastikan tangan tidak luka kena duri tajam. Kalau boleh apa yang dilakukan oleh penjual mereka akan gunakan parang atau benda lain yang sesui untuk mendengar bunyinya dimana kalau berbunyi 'buk-buk' bermakna ia buah yang telah masak sebaliknya kalau bunyinya macam pantul cepat seperti bunyi 'kedepek' maka ia adalah buah durian yang masih muda atau buah mengkal. Buah durian yang masak mempunyai ruang udara dalam pangsa buah dimana ini membolehkan kita dapat mendengar goncangan isi didalamnya. Di Thailand apa yang penulis blog lihat sendiri dimana pemborong buah durian akan menggunakan alat khas untuk mengenali kematangan buah durian buah eksport menggunakan alat khas (Sila anda baca disini). Alat ini mudah digunakan dan tepat pemeriksaan yang dibuat,

(7) Lihat TAMPOK atau JURING LIMA
Macam juga buah manggis ada petua dimana teknik melihat tampuk buah boleh tahu ada berapa isi daging buah manggis didalamnya. Durian juga mempunyai perkara yang sama diana kita perlu memilih buah durian yang ada tampuk 5 dibahagian bawahnya. Bagaimana pun kalau ada 6 dan lebih maka jangan ambil buah ini sebab biasa isinya tidak banyak. Pastikansemasa memeriksa juring atau tampuk ini dilihat jelas samai ke sisi kulit durian.


(8) AROMA yang menawan
Walau pun sudah ada 7 tip yang saya berikan, tips terakhir yang paling signifikan adalah dengan mencium baunya.  Ambil buah durian tersebut dan dekatkan kepada hidung anda untuk mencium baunya tetapi jangan sampai hidung terluka tercucuk duri. Kalau baunya  harum dan manis maka ia ia adalah buah durian yang masak ranum dan enak dimakan. Bagaimana pun jika baunya bueuk maka ia adalah buah yang sudah rosak atau ada ulat didalamnya. Kalau tidak ada bau berkemungkinan ia buah durian yang telah masuk angin (buah sudah pecah dan rosak) atau buah yang masih muda. Bagaimana pun kalau jenis hidung tidk peka dengan bau tidak berkesan menggunakan teknik mengesan bau ini. Pada saya makan buah durian memang amat menyenangkan kecuali harganya yang 'membaik' atau mahal pada masa penulis membuat artikel ini amat terasa. Semuga tulisan ini menjadi bahan rujukan kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH DURIAN... BERMUSIM BUAHNYA...
BULAN JULAI - OGOS...PALING UTAMA...
TAHUN INI... AMAT MAHAL HARGANYA...
ADA PETUA... BAGAIMANA MEMILIHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 201, Hotel Jelai,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(17 Ogos 2017)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...