SENGATAN LEBAH (Bee sting) adalah satu perkara yang menakutkan bagi kebanyakan kita. Terdapat beberapa jenis lebah madu yang menyengat kita seperti Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Tualang (Apis dorsata) dan Lebah Impot (Apis melifera) dan serangga penyengat lain seperti Tebuan Tanah (Vespa tropica tropica) dan sebagainya. Sesetengah sengatan lebah sangat berbisa sehingga boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Racun atau Venom atau Toksin sengatan lebah berbeza-beza dengan lebah tabuan tanah dan Lebah Tualang merupakan yang paling berbisa dan merbahaya apabila sengatan dari beberapa ekor boleh membawa maut. Apabila seekor lebah telah mula untuk menyengat, ia akan mengeluarkan sejenis feromon (bahan kimia khusus) untuk menyebabkan lebah lain menyengat mangsa. Pengalaman saya didalam menternak lebah dan menjadi pengajar telah menerima banyak kali sengatan lebah keran atau juga dipanggil sebagai lebah lalat. Ketahanan seseorang menahan bisa sengatan juga ada kesan reaksi 'anaphylactic' yang menyakitkan dan berbisa. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bagaimana kita hendak merawat sengatan labah berdasarkan pengalaman penulis, rujukan dalam lamanweb dan juga buku berkaitan lebah untuk bacaan anda semua.
Sebaik sahaja kita disengat lebah, buang sengat tersebut dengan kadar SEGERA menggunakan kuku atau pisau kerana jika tidak dibuang, ia akan terus mengepam masuk venom kedalam kulit. Kalau boleh pastikan apakah jenis lebah madu yang menyengat sama ada ia dari jenis kurang berbisa atau jenis amat berbisa. Lebah Keran atau Lebah Lalat dikategorikan sebagai lebah yang kurang berbisa sementara Lebah Tualang dan Tebuan adalah jenis lebah berbisa. Ini akan memudahkan kita membuat rawatan bisa sengatan lebah. Penulia pernah menyapukan madu lebah terus dilokasi sengatan lebah semasa membuat tinjauan teknologi keprojek lebah. Beruntung juga kerana dapat menikmati madu segar daripada kom lebah yang banyak madu (Sila lihat foto disebelah). Berikut adalah beberapa kaedah atau langkah bagaimana kita hendak membuat rawatan akibat daripada sengatan lebah untuk dijadikan rujukkan.
1. PERIKSA TANDA SENGATAN
Sengatan lebah memberikan simptom berbeza memgikut tahap allergik seseorang dan tahap kebisaan venom atau sengatan. Antara simptom yang segera adalah seperti Susah Bernafas, Warna Merah dan gatal pada sengatan, tanda membengkak pada bahagian sensitif seperti muka, tekak dan bibir (Sila lihat foto sebelah). Tanda lain kesan sengatan seperti bersin dan sukar untuk menelan makanan ketika makan. Lazimnya jantung akan berdenyut pantas selapas sengatan dan kita rasa tidak selesa (anxiety). sering juga tekanan darah akan menurun apabila diperiksa. Lama kelamaan jika lambat dirawat mangsa akan rasa berat untuk tarik nafas dan badan mula rasa sejuk berpeluh. Jika tanda tidak dapat ditahan mangsa sebaiknya dibawa segera mendapatkan rawatan daripada doktor yang berhampiran.
2. AMBIL UBAT PENAHAN SAKIT
Kadang-kadang kesakitan sengatan lebah amat menyakitkan dan menyebabkan ia akan meraung kesakitan dan bagi kanak-kanak akan terus menangis. Adalah disyorkan diberikan makan pil penahan sakit (Pain killer) atau ubat sapu penahan sakit (kebas atau bius) dengan segera untuk mengurangkan kesakitan. Dari segi perubatan bahan seperti ibuprofen atau acethaminophen boleh digunakan.
3. BASUH DENGAN AIR ATAU SABUN
Basuh tempat sengatan dengan air mengalir beberapa minit untuk menghilangkan kesan venom agar kurang bisanya. Sebaaiknya basuh dengan sabun ditempat sengatan sehingga bersih.
4. BUAT RAWATAN SUSULAN
Buat rawatan susulan dengan 10 kaedah berikut daripada kaedah paling berkesan kepada kaedah kurang berkesan. Antara 5 kaedah ditulis dalam artikel Part 1 adalah seperti berikut:
a. Rawatan gunakan Ais
b. Rawatan gunakan Ubat Gigi
c. Rawatan dengan Cuka, Baking Powder dan Pelembut daging
d. Rawatan dengan Lotion calamine
e. Rawatan gunakan Krim Hydrocortisone
Rawatan Seterusnya:..
f. Madu Lebah
Satu kaedah yang selalu saya buat ketika berada diApiari atau dekat dengan haif lebah adalah dengan mengambil madu lebah dan sapukan pada tempatan sengatan yang membengkak. Caranya dengan menggosok perlahan-lahan madu lebah selama 15 - 30 minit bergantung kepada tahap kesakitan sengatan. Kita akan rasa sejuk dan lega dengan menyapu madu lebah dan ia menghalang daripada lebah datang untuk terus menyengat kawasan sama. Lazimnya lebah tidak akan datang lagi menyengat jika kita telah sapukan madu dilokasi yang disengat walau pun masa itu kita sudah lari jauh dari sarang lebah garang tersebut.
g. Krim Antihistamine
Sapukan krim jenis Anthihistamines ketempat dimana sengatan lebah berlaku (Lihat foto krim disebelah). Krim ini selalunya tidak berwarna dan tidak berbau dan sesuai untuk disapu serta digosok perlahan-lahan sehingga bisa kesakitan sengatan lebah berkurangan. Ulangi sapuan krim ini setelah 20 - 30 minit sehingga kesakitan hilang. Saya pernah membeli krim ini dikedai ubat dan boleh disimpan dalam peti ais untuk mengekalkan kebersanannya. Krim ini membantu mengurangkan kesan kesakitan dan allergi kepada mangsa terutama mereka yang tidak tahan dengan sengatan neom lebah atau serangga berbisa lain. Penulis blog syorkan agar mereka yang selalu terlibat dengan ternakan lebah tetapi ada alahan sengatan lebah untuk membeli dan menyimpan krim ini.
h. Benzocaine Sticks
Benzocaine Sticks juga merupakan satu pilihan dalam mengatasi masaalah sengatan serangga berbisa termasuk lebah. Cara menggunakannya juga amat mudah iaitu dengan menyapu bahan ini iaitu ia perlu disapukan (rub) dikawasan ada sengatan lebah madu (Krim seperti foto sebelah). Tahap kesakitan sengatan lebah lazimnya akan berkurangan selapas 15 minit selepas sapuan dimana mangsa akan ada rasa kebas (macam dibius) dimana ia digunakan. Sebenarnya krim ini akan memberi kesan kepada sistem saraf yang akan menyebabkan kesakitan berkurangan. Apabila saraf tersebut telah disapu ianya mengurangkan kadar keskitan dan jika mangsa masih mengalami kesakitan sebaiknya berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
i. Pewangi atau Deodrant
Siapa kata bahan pewangi tidak berguna dalam kes in?. Pada penulis blog menjumpai bagaimana bahan pewangi atau deodrant boleh digunakan dalam melegakan sengatan lebah. Bahan deodrant seperti 'Ban Roll-On' boleh dibawa kekawasan apiari lebah kerana ia ringan mudah disapukan dikawasan sengatan dengan bahagian hujungnya atau atas yang ada bebola (Sila lihat foto sebelah). Sebenarnya ia mengalihkan kesakitan sengatan kekawasan lain dan bukannya bersifat melegakan seperti bahan sapuan lain. Bagaimana pun kesannya adalah dimana kawasan bengkak atau kesakitan akan diperluaskan kekawasan lain. Penulis blog bagaimana pun memberi nasihat agar sesiapa yang ingin membuat aktiviti pengurusan lebah agar tidak memakai sebarang minyak wangi atau deoderant yang mana ada kemungkinan in mengundang untuk lebah menyengatnya berbanding dengan mereka yang tidak memakainya.
j. Bawang Merah
Begitulah beberapa info berguna bagaimana kita boleh membuat rawatan sendiri jika disengat dengan lebah. Info ini adalah dengan buat rujukkan dan pengalaman oleh penulis sendiri yang terlibat dengan aktiviti penternak lebah di Melaka semasa menjadi aktivis dalam penternakan lebah madu di Malaysia. Jika kita ada ilmu pengetahuan mengenai penternakan lebah dalam apiarii wajib kita juga mengetahui bagaimana hendak membuat rawatan sengatan lebah. Sila baca sama artikel lebah rawatan sengatan Part 1 sebelum ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
DISENGAT LEBAH.. AMAT BERBISA...
PERLU DIRAWAT...DENGAN SEGERA...
CABUT SENGAT... PERKARA PERTAMA...
SAPU UBAT... PELBAGAI PUNCANYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist (Also Apiarist)
Pusat Apiari Nasional
Parit Botak, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
(18 JamadilAkhir 1434H)
Kemaskini pada 8 Ogos 2017.
Sebaik sahaja kita disengat lebah, buang sengat tersebut dengan kadar SEGERA menggunakan kuku atau pisau kerana jika tidak dibuang, ia akan terus mengepam masuk venom kedalam kulit. Kalau boleh pastikan apakah jenis lebah madu yang menyengat sama ada ia dari jenis kurang berbisa atau jenis amat berbisa. Lebah Keran atau Lebah Lalat dikategorikan sebagai lebah yang kurang berbisa sementara Lebah Tualang dan Tebuan adalah jenis lebah berbisa. Ini akan memudahkan kita membuat rawatan bisa sengatan lebah. Penulia pernah menyapukan madu lebah terus dilokasi sengatan lebah semasa membuat tinjauan teknologi keprojek lebah. Beruntung juga kerana dapat menikmati madu segar daripada kom lebah yang banyak madu (Sila lihat foto disebelah). Berikut adalah beberapa kaedah atau langkah bagaimana kita hendak membuat rawatan akibat daripada sengatan lebah untuk dijadikan rujukkan.
1. PERIKSA TANDA SENGATAN
2. AMBIL UBAT PENAHAN SAKIT
3. BASUH DENGAN AIR ATAU SABUN
Basuh tempat sengatan dengan air mengalir beberapa minit untuk menghilangkan kesan venom agar kurang bisanya. Sebaaiknya basuh dengan sabun ditempat sengatan sehingga bersih.
4. BUAT RAWATAN SUSULAN
Buat rawatan susulan dengan 10 kaedah berikut daripada kaedah paling berkesan kepada kaedah kurang berkesan. Antara 5 kaedah ditulis dalam artikel Part 1 adalah seperti berikut:
a. Rawatan gunakan Ais
b. Rawatan gunakan Ubat Gigi
c. Rawatan dengan Cuka, Baking Powder dan Pelembut daging
d. Rawatan dengan Lotion calamine
e. Rawatan gunakan Krim Hydrocortisone
Rawatan Seterusnya:..
f. Madu Lebah
Satu kaedah yang selalu saya buat ketika berada diApiari atau dekat dengan haif lebah adalah dengan mengambil madu lebah dan sapukan pada tempatan sengatan yang membengkak. Caranya dengan menggosok perlahan-lahan madu lebah selama 15 - 30 minit bergantung kepada tahap kesakitan sengatan. Kita akan rasa sejuk dan lega dengan menyapu madu lebah dan ia menghalang daripada lebah datang untuk terus menyengat kawasan sama. Lazimnya lebah tidak akan datang lagi menyengat jika kita telah sapukan madu dilokasi yang disengat walau pun masa itu kita sudah lari jauh dari sarang lebah garang tersebut.
g. Krim Antihistamine
Sapukan krim jenis Anthihistamines ketempat dimana sengatan lebah berlaku (Lihat foto krim disebelah). Krim ini selalunya tidak berwarna dan tidak berbau dan sesuai untuk disapu serta digosok perlahan-lahan sehingga bisa kesakitan sengatan lebah berkurangan. Ulangi sapuan krim ini setelah 20 - 30 minit sehingga kesakitan hilang. Saya pernah membeli krim ini dikedai ubat dan boleh disimpan dalam peti ais untuk mengekalkan kebersanannya. Krim ini membantu mengurangkan kesan kesakitan dan allergi kepada mangsa terutama mereka yang tidak tahan dengan sengatan neom lebah atau serangga berbisa lain. Penulis blog syorkan agar mereka yang selalu terlibat dengan ternakan lebah tetapi ada alahan sengatan lebah untuk membeli dan menyimpan krim ini.
h. Benzocaine Sticks
Benzocaine Sticks juga merupakan satu pilihan dalam mengatasi masaalah sengatan serangga berbisa termasuk lebah. Cara menggunakannya juga amat mudah iaitu dengan menyapu bahan ini iaitu ia perlu disapukan (rub) dikawasan ada sengatan lebah madu (Krim seperti foto sebelah). Tahap kesakitan sengatan lebah lazimnya akan berkurangan selapas 15 minit selepas sapuan dimana mangsa akan ada rasa kebas (macam dibius) dimana ia digunakan. Sebenarnya krim ini akan memberi kesan kepada sistem saraf yang akan menyebabkan kesakitan berkurangan. Apabila saraf tersebut telah disapu ianya mengurangkan kadar keskitan dan jika mangsa masih mengalami kesakitan sebaiknya berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
i. Pewangi atau Deodrant
Siapa kata bahan pewangi tidak berguna dalam kes in?. Pada penulis blog menjumpai bagaimana bahan pewangi atau deodrant boleh digunakan dalam melegakan sengatan lebah. Bahan deodrant seperti 'Ban Roll-On' boleh dibawa kekawasan apiari lebah kerana ia ringan mudah disapukan dikawasan sengatan dengan bahagian hujungnya atau atas yang ada bebola (Sila lihat foto sebelah). Sebenarnya ia mengalihkan kesakitan sengatan kekawasan lain dan bukannya bersifat melegakan seperti bahan sapuan lain. Bagaimana pun kesannya adalah dimana kawasan bengkak atau kesakitan akan diperluaskan kekawasan lain. Penulis blog bagaimana pun memberi nasihat agar sesiapa yang ingin membuat aktiviti pengurusan lebah agar tidak memakai sebarang minyak wangi atau deoderant yang mana ada kemungkinan in mengundang untuk lebah menyengatnya berbanding dengan mereka yang tidak memakainya.
j. Bawang Merah
Teknik ini merupakan teknik yang saya tahu semenjak kecil lagi dimana selalunya arwah ibu saya akan ambil bawang merah lalu di kupas dan disapukan kekawasan sengatan (Sila lihat foto sebelah). Ambil bawang kecil merah (bukan bawang besar) dan buang kulitnya kemudian disapu pada sengatan selama 15 minit berulang kali sehingga kita merasa lega. Mungkin ada diantara kita yang tidak suka dengan baunya dan mungkin mata pedih dibuatnya. Kesannya mungkin agak lambat sedikit berbanding dengan 9 kaedah rawatan yang dibincangkan sebelum ini tetapi ianya adalah mudah, murah dan merpakan petua tradisional.
Begitulah beberapa info berguna bagaimana kita boleh membuat rawatan sendiri jika disengat dengan lebah. Info ini adalah dengan buat rujukkan dan pengalaman oleh penulis sendiri yang terlibat dengan aktiviti penternak lebah di Melaka semasa menjadi aktivis dalam penternakan lebah madu di Malaysia. Jika kita ada ilmu pengetahuan mengenai penternakan lebah dalam apiarii wajib kita juga mengetahui bagaimana hendak membuat rawatan sengatan lebah. Sila baca sama artikel lebah rawatan sengatan Part 1 sebelum ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
DISENGAT LEBAH.. AMAT BERBISA...
PERLU DIRAWAT...DENGAN SEGERA...
CABUT SENGAT... PERKARA PERTAMA...
SAPU UBAT... PELBAGAI PUNCANYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist (Also Apiarist)
Pusat Apiari Nasional
Parit Botak, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
(18 JamadilAkhir 1434H)
Kemaskini pada 8 Ogos 2017.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.