Support My Blog

Saturday, August 12, 2017

APITERAPI - APA DIA?

APITERAPI (Apitheraphy) merupakan satu perkataan yang dikaitkan dengan Terapi Lebah'iaitu satu jenis rawatan untuk kesihatan berasaskan kepada serangga lebah. Perkataan ini berasal daripada kata apis (lebah) dan perkataan therapy'' atau perubatan yang menggunakan berbagai jenis produk dari lebah iaitu sperti madu, sarang madu, debunga (pollen lebah), roti lebah, propolis, lilin, venom lebah, susu lebah, larva lebah pekerja, larva lebah jantan dan larva ratu. Penulis yang banyak terlibat dengan aktiviti perlebahan di Malaysia semenjak 1982 lagi mendapati dimana pembangunan industri perlebahan kurang memberangsangkan sejak 35 tahun dulu kecuali Kelulut (Trigona spp) yang menjadi popular semenjak 5 tahun dahulu. Pembangunan Lebah Keran (Apis cerana) kini semakin kurang disebabkan pungutan mad yang sedikit dan pengurusan koloni yang agak sukar. Bagaimana pun bagi Lebah Import (Apis mellifera) didapati ia menunjukkan sedikit kemajuan apabila penggantian ratu yang diimport oleh Jabatan Pertanian untuk meningkatkan kapasiiti pengeuaran madu. Sementara iitu Lebah Liar atau Lebah Tualang (Apis dorsata) semakin kurang akibat proses pembalakkan dan pemodenan kawasan hutan. Penulis yang pernah mengendalikan pembangunan industri madu lebah ketika bertugas di Bahagian PTIF, Jabatan Pertanian mendapati terdapat sekitar 760 orang usahawan lebah yang aktif di Malaysia dengan pengeluaran sekitar 360 metrik tan madu setahun (Sumber: Laporan Statistik Jabatan Pertanian 2015). Apabila penternakan kelulut 'boom'pada 2016 telah diadakan 'National Solo Pak Sabri Walk' melibatkan MoA dengan tujuan mempromosikan produk dan industri kelulut. Apa pun penulis blog percaya industri ini masih terus ad peluang untuk lebih maju dengan program 'Ápiterapi' iaitu rawatan kesihatan dengan menggunaan lebah. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi ini dilakukan oleh usahawan dinegara kita.


Penulis mendapati aktiviti terapi lebah dimulakan di Negara China dan di Negara Timur Tengah seperti khususnya Mesir sejak lama dahulu lagi. Sistem perubatan tradisional di China didapati jauh lebih lama sekitar beribu tahun sebelum ada sistem perubatan moden di Eropah. Salah satu bentuk adalah seperti ra'watan secara 'Ákupunktur' yang terkenal dengan menggunakan jarum sengatan lebah madu yang disebut 'Bee acupuncture'. Apiterapi di Malaysia sudah mula dilakukan sejak tahun 1980-an lagi semasa penulis blog mul aktif dengan apikultur di Melaka. Berbagai kajian dan latihan berkaitan apiterapi diperkenalkan kepada umum tetapi amat kurang mendapat sambutan. Ini disebabkan kebanyakan orang umum takut akan kesakitan dan bengkak yang dialami ketika disengat serangga ini (Sila lihat foto disebelah). Kebanyakan lebah akan menyerang atau menyengat manusia dibahagian yang sensitif seperti bahagian muka, bibir, mata yang mmang amat menyakitkan. Terapi sengatan lebah di Malaysia masih kurang diketahui akan kelebihannya kerana rakyat Malaysia akan pergi ke klinik swasta atau hospital kerajaan jika mereka ada masaalah kesihatan. Hanya sebahagian kecil sahaja yang merujuk kepada sistem rawatan alternatif seperti mendapatkan sengatan lebah. Hanya ada segelintir mereka yang berani gunakan sengatan lebah untuk penyakit tertentu sahaja. Dalam Persidangan Apikultur Dunia pad 1993 yang diadakan di Nanjing, China mereka melaporkan bahawa Apitherapy boleh digunakan sebagai satu lagi alternatif rawatan penerubatan. Kenyataan lanjut bagaimana didakwa iaitu lebah dapat digunakan untuk merawat berbagai jenis penyakit terutama dari jenis Apis mellifera. Kemudian selepas persidangan tersebut barulah teknologi terapi dengan sengatan lebah ini (Bee Venom Therapy - BVT) berkembang keseluruh dunia. Kini selain daripada China ia aktif digunapakai dan diamalkan di Korea, Romania, Bulgaria, Rusia dan beberapa negara lain.

Bahkan di dalam Al-Qur’an disebutkan dalam surat An-Nahl : 68-69 “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang diibuat manusia". kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang ada bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir “Apitherapy" mengkombinasikan berbagai macam produk lebah dan yang menyertainya iaitu racun lebah (bee venom), madu (honey), susu lebah (royal jelly), Propolis (perekat sarang lebah) dan sari bunga (pollen). Berikut uraian kandungan kimia dan manfaat dari komponen apitheray bagi kesehatan manusia. Racun Sengat Lebah (bee venom) adalah keseluruhan racun sengat lebah terdiri dari sekitar 120 komponenen kimia aktif, namun baru sekitar 40 jenis komponen yang sudah terkenalpasti diantaranya 11 peptide, 5 enzim, 3 amine, karbohidrat, lemak dan asid amino. Komponen Peptide yang paling baik adalah seperti Melittine, Apamine, Mast Cell Degranulating Peptide dan juga bahan Adolapine. Komponen zat tersebut akan bantu berfungsi sebagai anti radang, anti kulat, anti bakteria, anti pyretic dimana ia juga merangsang hormon ACTH. Hormon ACTH dapat merangsang cortex adrenal untuk membantu mengeluarkan bahan hormon cortison lebih banyak. Enzim utama dalam racun lebah adalah Hyaluronidase dan Fosfolipase A. Bahan Hyaluronidase mampu memecahkan cairan antara sel sehingga racun ebah lebih cepat menyebar di antara sel dan peranan fosfolipase A merosakkan bahan fosfolipid yang menyebabkan kematian sel.

Dalam beberapa jurnal penulis dapati penggunaan Madu Lebah (Honey Bee) merupakan bahan makanan seulajadi yang tidak ada tandingannya dalam nilai zat dan khasiatnya. Madu terdiri daripada beberapa kompopnen kimia seperti Asid Organik, Asid Oksalate, Asid Sitrat, Asid Maleic, Acid Tetrahydrate, Acid Lactate yang mana semua ini mampu untuk membantu proses metabolisma tubuh. Kajian mendapati Asid laktt sendiri berguna untuk mencegah dan membuubuh sel penyebab tumor atau kanser yang besifat Carsinogenic. Kesemuanya komponen juga membantu dalam proses metabolisma dalam tubuh dengan membantu menguraikan bahan makanan yang masuk dalam tubuh menjadi lebih sederhana. Terdapat banyak vitamin dalam madu seperti Vitamin B kompleks, C, K, H iaitu terdiri dari Riboflavin, Niastin, Thiamin, Piridoksin, Acid ascorbic dan juga Acid pantotenate. Terdapat banyak dan berbagai zat mineral yang terkandung dalam madu diantaranya seperti Sulfur (belerang -S), Besi (Fe), Kalium (K), Natrium (Na), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Tembaga (Cu), Manganese (Mu), Chlorine (Cl) dan Fosporus (P). Kandungan mineral ini sangat berguna dalam tubuh sebagai bahan pembentuk bahagian tulang dan gigi, rambut, kulit, sel darah merah juga sebagai pertukaran nilai pH cairan tubuh. Selain itu zat ini akan membantu proses pembekuan darah, tingkatkan tahap kepekaan saraf dan pengecutan otot. Terdapat unsur zat lain yang masih belum diketahui secara santifik namun ia didakwa mampu sebagai perangsang biogenik, inhibitor, anti bakteria dan anti kulat dan sebagai sebagai disinfektan.


Apiterapi juga dikaitkan dengan pproduk Susu Lebah (Royal Jelly) yang didakwa mampu menyembuhkan banyak penyakit. Produk ini adlah cairan seperti susu yang mana ia dihasilkan dari kelenjar saliva (ludah) oleh lebah pekerja. Kajian makmal mendapati dalam royal jelly terdapat lebih dari 20 jenis Asid amino dengan bahan Cyctine yang amat banyak, diikuti dengan bahan Lysine dan Arginine. Bahan lain terkandung adalah seperti Vitamin B Kompleks dengan mutu yang terbaik yang berperanan untuk dapat cepat bagi penyembuhan luka, luka ganggren, herpes, infeksi akibat radang, kurap dikepala, dermatitis dan bahkan jika da kesa masuk angin. Royal jelly juga mengandungi Vitamin A dan Vitamin C yang aik untuk kesihata, Kajian makmal mendapati kandungan bahan Acethylchlorine dalam royal Jelly dengan jumlah yang relatif banyak adalah signifikan dan amat berperanan sebagai fungsi penting tubuh seperti mampu untuk merangsang pengeluran (secretion) adrenalin iaitu bahan berperanan sebagai perantara kimia menghantar impuls saraf. Kemampuan royal jelly mampu menstimulasi secretion kelenjar yang penting sebagai untuk sistem saraf. Ada kajian dimana kalau dalam aspek apiterapi kadar dos yang disyokan relatif kecil sekitar hanya 25 – 50 mg sahaja. Lazimnya poduk royal jelly juga berguna untuk rawatan seperti menghindarkan lelah, mengurangkan kadar kolesterol dalam darah juga sesuai dijadikan sebagai bahan kosmetik pengencang kulit.

Pada penulis blog, rawatan terapi dengan sengatan lebah masih kurang diketahui di Malaysia. Hanya ada beberapa orang yang menternak lebah madu sahaja yang selama ini menikmati venom lebah madu membantu tahap kesihatan mereka (Sila lihat foto disebelah). Penulis juga ada mengambil antara 3-7 ekor lebah pekerja jenis Apis mellifera semas membuat lawatan kepusat apiari diseluruh negara. Bagaimana pun yang aling lazim penulis kunjungi adalah Pusat Apari Nasional Parit Botak, Batu Pahat dan Tapak Apiari Pahang Bee Park di Pekan, Pahang. Ini kerana kedua-dua lokasi dibekalkan dengan ratu lebah F1 daripada Australia yang diimport oleh Jabatan Pertanian untuk menambakan kekuatan DNA lebah import dikawasan tersebut. Penulis juga ada mendapatkan sengatan lebah di Cameroon Highland Bee Park (Brinchang), Nature Bee Farm (Di Air Molek, Melaka dan Hutan Sedeli, Kota Tinggi) dan juga di beberapa lokasi lain di Perak, Selangor dan Johor. Walau pun sengatan tersebut ada rasa sakit sedikit tetapi ia akan hilang setelah beberapa minit sahaja dan hanya meninggalkan kesan sedikit bengkak dan gatal. Bagi kurangkan rasa sakit ini lama lazimnya penulis akan banyak minum air mineral. Dalam beberapa temubual dengan pengamal appiterpi sengatan lebah madu lazimnya belum ada harga ditetapkan tetapi terdapat beberapa usaawan Cina yang meletakkan harga RM10.00 seekor lebah jenis lebah import untuk terapi. Lazimnya ia akan diengatkan dibahagian tengkok, pinggang, lutut kaki, siku dan beberapa titik sensitif yang lain. Amat jarang atau tidak digalakkan untuk disengatkan di bahagian muka, mata, bibir dan bahagian sensitif lain kerana ia merbahaya. Semuga rencana ini memberi info berguna kepada anda pembaca semua. Wasallam!!!..
NAMA APITERAPI... APA BENDANYA...
PRODUK LEBAH...BANYAK GUNANYA...
SENGATAN LEBAH...AMALAN BIASA...
BADAN SIHAT... SENTIASA GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Apiari Kg Paya,
Melaka Tengah, Melaka,
Malaysia.
(15 Zulhijjah 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...