JERING (Archidendron jiringa) adalah sejenis tumbuhan jenis ulaman atau herba yang terdapat di Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara seperti di Indonesia, Filippina,Thailand adalah dari keluarga Leguminocae. Di Indonesia ia dikenali dengan nama Djengkol (Jawa) dan dimakan sebagai Ulam dengan nasi dan sambal. Nama lain jering adalah seperti tangyin ; tanyeng-pen (Myanmar), niang ; niang-nok ; chaniang (Thailand) dan jingkol ; jringkol ; jengkol (Indonesia). Saya mempunyai pengalaman dalam menanam, menjaga, memetik hasil dan memakan buah jering semenjak kecil lagi kerana di sekeliling rumah saya di Muar ada sebanyak lebih 10 pokok jering. Jering dipercayai adalah native atau berasal dari Malaysia dan Indonesia serta ditanam di Thailand, Bangladesh dan Myanmar. Daripada pembacaan dan kajian saya dari sumber Jabatan Pertanian ada melaporkan anggaran keluasan tanaman Jering 2010 seluas 35 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 225 metrik. Anggaran nilai pengeluaran jering di Malaysia sekitar RM 698,000 sebagai jering segar. Penanaman jering seperti juga pokok petai hanya ditanam secara bercampur dengan pokok buah-buahan lain disekitar rumah atau kebun. Belum ada catatan rasmi mengenai kebun jering yang ditanam secara 'monocrop' dikawasan yang luas. Kajian saintifik di makmal menunjukkan setiap 100 gram jering mengandungi air (93 g), Protin (3.5 g), Lemak (0.1 g), Karbohiderat (1.7 g), Kalsium (21 mg), Posforus (25 mg), Fe (0.7 mg), Vitamnin A (240 IU), Vitamin B (0.1 mg), Vitamin C (12 mg) dan tenaga sebanyak 92 kJ (Rujukkan: Buku PROSEA : Vegetable production for ASEAN country - 1994). Jering juga bahan yang mengandungi asid amino yang tinggi dan bahan cysteine. Biji jering yang masak mengandungi kanji sebanyak 70%. Purata berat biji jering adalah 15 gram sebiji. Artikel dalam 'Anim Agro Technology' kali ini saya menulis berkaitan teknologi tanaman ulaman atau kategori atau pun rempahratus iaitu jering sebagai tanaman ulaman yang popular di Malaysia dan Indonesia berdasarkan pembacaan, pengalaman selama lebih 35 tahun dalam sektor pertanian dan penelitian oleh penulis sendiri.
Pokok jering adalah jenis rimbun yang mempunyai banyak dahan dan mampu mencapai ketinggian sehingga antara 15-20 meter. Daunnya berwarna hijau dengan daun muda biasanya berwarna coklat gelap. Batang pokok berkayu keras tetapi dahannya mudah sekah terutama apabila banyak daun. Buah jering berwarna coklat hitam bertangkai dengan sebanyak 5-20 biji setiap tangkai. Tangkai jering agak liat untuk di leraikan dari pucuk dan jadilah peribahasa "Tangkai Jering". Buah yang masak terlalu tua tidak dituai akan kering dan gugur ketanah. Kadang-kadang biji yang kering ini akan tumbuh sebagai anak benih. Jering apabila dimakan akan mengeluarkan rasa kelatdan bau yang kuat pada mulut dan air kencing. Ramai orang muda dan penduduk bandar tidak menggemari jering kerana bau tersebut. Menanam jering sebenarnya mudah dilakukan dikawasan tanah atau dusun buah-buahan. Anda boleh membaca teknologi penanaman jering dalam penulisan saya yang lain (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Pokok jering masih kurang ditanam secara komersil seperti pokak ulaman lain kerana mungkin faktur kesukaran untuk dipasarkan berbanding dengan tanaman ekonomi yang lain.
TESTIMONI 2:
Jering ubat DARAH TINGGI

APA saja jenis ulam yang diambil, tujuan utama tentunya untuk membangkitkan selera makan ketika anda sedang menikmati sajian atau hidangan. Pengambilan ulam sewaktu makan telah sekian lama menjadi amalan bagi masyarakat Melayu yang kemudiannya turut diikuti oleh kaum-kaum lain. Pelbagai jenis ulam segar menjadi pilihan sama ada dari jenis buah, biji dan daun tumbuhan atau herba. Ulam-ulam tradisional itu termasuklah petai, kerdas, daun pegaga, ulam raja, pucuk gajus, kacang botor, pucuk betik dan daun tenggek burung. Dalam pada itu, satu lagi ulam yang begitu popular dan menjadi kegemaran ramai sebagai pembangkit selera makan ialah biji JERING. Buah atau biji benih jering yang masih muda selalunya dimakan mentah atau dikunyah begitu saja. Ramai juga yang mencecahnya dengan sambal selain ditumbuk atau dihiris untuk dicampurkan dalam masakan terutama gulai lemak cili api. Walaupun jering mengeluarkan bau yang sangat kuat dan kurang disenangi oleh sesetengah orang, namun bagi peminat ulam tersebut, ia mempunyai kelebihan dan tarikan untuk memakannya. Malah ada yang memeram biji jering di dalam tanah atau timbunan habuk kayu untuk beberapa hari semata-mata inginkan bau yang lebih menusuk. Pokok jering atau nama lain saintifiknya Pithecellobium jiringa (Jack) Prain dari keluarga Leguminosae, besar dan rendang manakala daunnya berpasangan tanpa berbulu. Bunganya pula berwarna putih dan berjambak manakala buahnya dalam bentuk lenggai panjang tetapi tidak lurus dengan ukuran lazim antara 20 dan 26 sentimeter (cm). Kulit jering tebal dan berwarna coklat tua sementara bijinya bersaiz besar lebih kurang 3 hingga 5sm tetapi leper. Pokok jering biasanya tumbuh di kawasan hutan atau ditanam oleh penduduk kampung. Di sebalik keistimewaan buah jering sebagai ulam, ia juga sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri untuk perubatan dan kesihatan. Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin memberitahu, jering mempunyai kandungan protein yang agak tinggi iaitu sehingga 10.5 peratus. Menurut beliau, kandungan pemakanan lain ialah 84.1 peratus karbohidrat, 52 peratus air, 1 peratus abu, 0.8 peratus lemak dan 3.6 peratus gentian. "Buah jering mempunyai nilai perubatan dan khasiat kepada manusia iaitu dapat mengurangkan tekanan darah tinggi,'' kata Zainal Abidin. Pada masa ini, Jabatan Muzium dan Antikuiti sedang menganjurkan Pameran Ulam dan Peram di Muzium Negara, Kuala Lumpur sehingga 6 Ogos ini.
TESTIMONI 2:
Rezeki semusim jering
Oleh Zuhayati yazid
KUALA TERENGGANU 29 Okt. - Jering bagi penduduk negara ini adalah salah satu ulam popular dalam hidangan nasi. Bagaimanapun bagi masyarakat di Terengganu, jering bukan sekadar ulam untuk dicicah dengan sambal belacan, malah ia dijadikan makanan ringan ketika waktu santai atau ketika kenduri-kendara. Mungkin bagi sesetengah orang tidak boleh membayangkan bagaimana jering yang rasanya pedar itu dijadikan makanan ringan. Menurut warga emas, Ali Umar, 76, jering yang dijadikan makanan ringan direbus terlebih dahulu dan kemudiannya dihidang dengan kelapa parut. Dia yang merupakan peniaga jering rebus sterusnya juga memberitahu, makanan itu amat popular di kalangan masyarakat di sini sehingga mendatangkan 'rezeki semusim' kepada peniaga dan peraih. Ini kerana jelasnya, penjualan jering rebus hanya dijalankan untuk tempoh tiga bulan dalam setahun iaitu ketika musimnya berbuah. ''Biasanya dari akhir bulan September hingga Disember, saya akan berniaga jering rebus," katanya ketika ditemui di gerainya di Kampung Kemunting di sini hari ini. Ali berkata, jering rebus bersama kelapa parut dijual RM2.00 sekilogram bagi satu gelas plastik. Menurutnya, dia mampu memperoleh RM700 hingga RM900 sehari hasil jualan jering rebus. Katanya, sepanjang tiga bulan itu, dia dan tujuh pekerjanya akan bermalam di gerai tersebut untuk menyediakan jering rebus. Dia memberitahu, mereka akan mengopek buah jering pada sebelah malam secara bersama-sama sebelum direbus untuk jualan keesokan harinya. Katanya, jering tersebut hendaklah direbus selama 12 jam bagi menjadikannya betul-betul empuk dan sedap dimakan. Ali yang berniaga jering rebus sejak tujuh tahun yang lalu memperoleh bekalan jering dari sekitar negeri ini. ''Bila musim jering berbuah, pembekal akan menghubungi saya dan saya akan pajak sebatang pokok jering untuk bekalan sepanjang ia berbuah," katanya yang merebus hampir tujuh periuk jering sehari.
Semuga rencana ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
BUAH JERING ... HITAM WARNANYA...

IA BERMUSIM... TUA LIAT TANGKAINYA...
ISI MUDA LEMBUT...DIAMBIL ISINYA...
ENAK DIMAKAN.. ULAM SEDAPNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1205, Kinta Riverfront Hotel & Suite,
Jalan Lim Bo Seng,
Ipoh, Perak,
Malaysia.
(17 Muharam 1435H)
Kemaskini pada 21 Jun 2017.
Kemaskini pada 21 Jun 2017.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.