Support My Blog

Tuesday, December 6, 2022

TEPONG BERAS DAN FAKTANYA

TEPUNG BERAS
(Rice flour) merupakan tepung yang mana ia adalah diproses daripada beras (Oryza sativa) yang dikisar. Tepung beras berbeza dengan tepung gandum atau tepung pulut kerana bahan asas yang digunakan adalah berbeza sama sekali. Tepung ini banyak digunakan didalam banyak pembuatan kueh-mueh tradisional Melayu serta bangsa lain terutama kalangan penduduk ASEAN yang lain seperti di Indonesia, Thailand, Filipina malahan di negara China dan Jepun. Di negara Jepun dilaporkan dimana beras yang tidak berkanji atau beras berkanji dikisar menjadi tepung beras dinamakan 'mochi' yang merupakan bahan asas makanan dikalangan rakyat negara tersebut. Terdapat juga tepung beras yang mana ia diproses dari beras perang yang berikan produk berwarna coklat untuk pasaran khusus. Tepung beras merupakan satu produk berasaskan beras yang paling lama digunakan oleh penduduk Asia dan seluruh dunia dan ia juga sangat berkhasiat. Pelbagai jenis makanan berasaskan tepung beras disediakan untuk makanan waktu sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam. Walau pun pada masa ini kebanyakan tepung beras tempatan yang dijual dipasaran dimonopoli oleh beberapa syarikat sahaja tetapi ramai juga yang suka membuat tepung beras sendiri. Bekalan tepong beras tempatan mudah diperolehi dimana ia banyak dijual di Kedai Runcit,  di Pasaraya Besar, pasar tani, kedai runcit malahan juga dijual di pasar malam. Harga satu paket tepung beras juga murah dan berpatutan dengan pelbagai jenama dipasaran. Antara jenama tepung beras yang popular adalah Tepung Beras Cap Gajah 1 walau pun sebenarnya ada banyak jenama berlainan. Produk ini antara yang berkualiti dan mudah dibeli dimana-mana kedai runcit di negara kita. Tepong beras yang dibungkus dengan kali udara memang mampu bertahan lama jika disimpan dalam bilik terkawal berhawa dingin. Artikel subuh Isnin ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta berkaitan dengan tepung beras untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan pembacaan beberapa sumber untuk dijadikan bahan bacaan.

Dalam laporan wikipedia dimana t
epung beras adalah satu bentuk tepung diperbuat daripada beras yang digiling halus (powder). Ia adalah berbeza daripada kanji beras dimana ia biasanya dihasilkan selepas aktiviti merendam beras dalam larutan alkali. Tepung beras juga adalah pengganti yang baik terutamanya bagi tepung gandum yang mungkin menyebabkan kerengsaan dalam sistem penghadaman mereka yang alahan produk gluten. Tepung beras juga digunakan sebagai ejen pemekat dalam resipi yang disejukkan atau dibekukan kerana ia menghalang pemisahan cecair. Apa pun cara penghasilan tepung beras boleh dibuat sama ada daripada beras putih atau beras perang. Tepong Beras ada jenis Tepong Beras Putih dan Teong Beras Merah atau Perang dipasaran untuk kegunaan tertentu (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya dimana bagi tujuan membuat tepung yang sekam padi diasingkan dan beras mentah diperolehi dimana proses selanjutnya adalah kemudiannya ia dikisar menjadi tepung. Walau pun ramai pembaca sudah biasa dengan teng beras akan tetapi di Jepun tepung beras dipanggil 'komeko' dan ia boleh didapati dua bentuk iaitu Tepong Beras Pulut dan Tepong Beras Bukan Pulut. Beras pulut juga dikenali sebagai 'Beras Manis' akan tetapi walaupun namanya begitu biasanya ia tidalah manis ataupun tidak mengandungi gluten sebalinya ia adalah menggambarkan kelekitan nasi semasa ia dimasak. Jenis bukan pulut dipanggil 'jōshinko' yang diperbuat daripada beras bijian pendek dan digunakan terutamanya untuk tujuan membuat kuih. Bahan 'Mochigomeko' atau 'mochiko' pula dihasilkan melalui kisaran beras pulut Mochigome yang mana ia kemudian dimasak dan digunakan untuk membuat 'mochi' atau sebagai pemekat sos. Satu lagi jenis tepong beras iaitu yang dipanggil 'shiratamako' akan dihasilkan dari kisaran beras pulut mentah dan sering digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis kuih. Apa pun dalam bahasa Cina ia dipanggil mifen atau pinyin, galapong (basasa Filipina) atau pun sebagai 'Pirinç unu' dalam bahasa Turki. Kegunaan tepong beras dikalang penduduk Malaysia memang sudah tidak asing lagi. Memng ada banyak kuliner yang dibuat daripada tepung beras termasuk mi beras dan pencuci mulut seperti 'mochi' di Jepun dan 'cascaron' di Filipina. Makanan 'Banh canh' di Vietnam juga ada menggunakan tepung beras. Tepung beras memang ada ia digunakan dalam membuat ayam Jeneral Tso, neer dosa, golibaje (Mangalore bajji), mantou dan rotti. Tepung beras yang juga dicampur dengan gandum, sekoi, tepung bijirin lain atau buah-buahan atau sayur-sayuran kering untuk membuat manni yang merupakan sejenis makanan bayi. Ini biasanya dilakukan di daerah Dakshina Kannada, Udupi Karnataka, India. Makanan ini adalah ramuan biasa dalam masakan Bangladesh dan digunakan dalam banyak roti dan pencuci mulut seperti shondesh dan bhaka phitha (kek nasi kukus). Ia juga digunakan dalam Kheer Iran (pencuci mulut biasa Asia Selatan).

Dalam beberapa laporan didakwa dimana r
upa-rupanya ada 3- 4 jenis tepung beras yang dijual di Malaysia dan mudah dibeli walau pun dilaporkan secara testimoni ia berbeza ‘Fungsi’. Ilmu asas bagaimana mengenai produk tepong beras dipasaran amat penting dikalangan semua pembaca blog dan surirumah umumnya. Adalah perlu tahu dan dipastikan hanya membeli jenis tepong beras betul agar makanan yang hendak dih=buat benar-benar dijangka. Penulis blog mendapati memang ada beberapa jenis tepong beras yang dijual di pasaraya dan setiap satu itu berbeza kegunaannya mengikut jenis makanan yang mahu dibuat. Apa pun penulis blog yakin dimana masih ramai juga pembaca blog yang masih tidak perasan dimana umumnya di Malaysia ada 3 tepung beras yang berlambangkan gajah dan satu tepung beras cap teratai. Kalau salah guna tepung untuk buat kuih atau masakan lain maka nanti hasil makannannya tidak akan menjadi. Saya akan menusli bagaimana untuk mengetahui perbezaan diantara 4 tepung beras tersebut dan apa fungsinya untuk panduan semua pembaca:
1. TEPUNG BERAS CAP 1 EKOR GAJAH
Paling mudah dikenali adlah jenis tepong beras ada logo seekor gajah. Memang jenama ini adalah diantara yang mudah dibei dengan harga yang berpatuan. Kalau malas hendak kekedai atau pasaraya maka kini pembaca blog boleh membelinya melalui on-line sahaja terus sampai rumah. Dilaporkan dimana tepong jenis ini adalah sangat sesuai untuk tujuan menggoreng seperti untuk membuat adunan seperti untuk pisang goreng, keledek goreng, keladi goreng, cempedak goreng dan sebagainya. Apa pun dilaporkan tepong beras jenis ini sesuai untuk dibuat adunan gorengan ikan, goreng mamak dan juga bagi goreng berempah. Tepung ini menghasilkan kualiti sangat rangup dan sesuai juga untuk membuat rempeyek (makanan kegemaran penulis blog) dan tumpi kacang hijau atau dal. Penulis blog dirumah memang selalu guna tepong beras jenis ini.

2. TEPUNG BERAS CAP 3 EKOR GAJAH
Kalau pembaca semua kurang teliti semasa membeli tepong beras mungkin tidak sensitif dengan berapa ekor gajah yang ada di labelkan. Rupanya memang ada gambar 3 ekor gajah jelas dilihat ditengah-tengah plastik pembungkus yang berwarna merah. Apa pun dari segi fungsi dilaporkan ia sangat sesuai untuk tujuan membuat kuih-kuih tradisional seperti kuih koci, apam beras eno dan pelbagai jenis kuih lagi. Tepung beras jenis ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat serta ia memberikan citarasa yang enak juga. Penulis blog sering ada membeli dan memyimpan sekampit dua tepong beras ini dirumah untuk digunakan bila-bila masa.


3. TEPUNG BERAS CAP 5 EKOR GAJAH
Betulkah ada tepong beras dengan ada 5 ekor gajah dipasaran?. Jika diteliti paket tepong beras seekor gajah, 3 ekor gajah dan 5 ekor gajah uanya dicetak dengan warna merah dilabelnya. Ada 5 ekor gajah berbaris rapat dipaparkan. Dilaporkan dimana tepung beras cap gajah 5 ini pula adalah sangat sesuai untuk aktiviti membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee kerana tepung beras jenis ini lebih kental dan menghasilkan makanan yang berkualiti. Produk ini ada dijual dimana-mana premis yang dijual dengan harga yang dijangkau.

4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI
Bagi jenis ke empat ini tulisan siam sangat jelas dan terang berwarna merah. Logo bunga teratai berwatna merah denga ada daun teratau berwarna hijau memberikan kelainan kepada pembungkusan tepong beras jenis ini. Juga h]jelas ada logo Halal berwarna hijau yang mudah dilihat. Apa pun dilaporkan dimana tepung beras cap teratai ini sangat sesuai untuk membuat rempeyek dan apam. Jika digunakan untuk membuat apam didakwa dimana rasa tepungnya akan kurang. Jika buat rempeyek dan tumpi pula akan menghasilkan produk yang menjadi sangat rangup dan enak dimakan. Penulis blog sering juga membeli produk teong beras jenis ini untuk digunakan dan disimpan sebungkus dua.
Diharap artikel ini memberikan info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Banyak makanan yang menggunakan bahan tepong beras ini untuk dinikmati saban masa. Wasallam!!!...
TEPONG BERAS... MUDAH DIJUMPA...
PELBAGAI JENIS... IKUT JENAMANYA...
ADA KELINAN ... CARA MENGGUNA...
BACA ARTIKEL... TAHULAH JUGA CARA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 JamadilAwal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...