Support My Blog

Monday, December 19, 2022

ISU PEKERJA LADANG TANAH TINGGI

PEKERJA LADANG SEKTOR PERTANIAN
merupakan satu 
daripada sektor yang diproses untuk pengambilan pekerja asing selain daripada sektor Perkilangan, Pembinaan, Perladangan dan Perkhidmatan. Sektor perkhidmatan pula dibahagikan kepada 3 iaitu Sub-sektor Restoran (tukang masak sahaja), Sub-sektor Pencucian dan Pembersihan dan Sub-sektor Pulau Peranginan. Penulis merujuk kepada laporan Berita Harian pada 27 Mac 2016 dimana ia telah menyatakan Kementerian Dalam Negeri pada tahun 2015 melaporkan pekerja asing berdaftar di negara ini berjumlah 2.1 juta atau 15.5 peratus daripada keseluruhan guna tenaga di Malaysia, manakala pekerja asing tanpa izin dianggarkan berjumlah melebihi 3 juta orang menjadikan jumlahnya 5.1 juta. Hampir separuh pekerja asing berdaftar berasal dari Indonesia, diikuti Nepal dan Bangladesh, bakinya dari pelbagai negara seperti India, Myanmar, Pakistan, Filipina dan Vietnam. Kebanyakan mereka terdiri daripada pekerja separa mahir dan tidak mahir yang mendominasi sektor pembuatan, pertanian, pembinaan dan perkhidmatan. Pada 2015 dilaporkan dimana pegawai dagang yang merupakan pekerja profesional asing tidak sampai pun 10 peratus. Kehadiran pekerja asing secara berlebihan adalah satu fenomena membimbangkan negara. Apa yang lebih membimbangkan adalah kemasukan mereka secara tidak sah yang jumlahnya mengatasi pekerja asing secara sah. Kini pekerja asing sememangnya diperlukan dalam sesuatu proses pengeluaran kerana ia adalah input penting dan sebagai penggerak kepada input lain. Tanpa pekerja mencukupi maka proses pengeluaran boleh terbantut dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Dalam konteks ini, pekerja berkualiti amat diperlukan kerana mereka dikatakan lebih produktif yang akhirnya membawa kepada pertumbuhan ekonomi lebih tinggi. Namun, persoalannya adakah pekerja asing mempunyai ciri-ciri ini dan mampu dimanfaatkan dengan sepenuhnya?. Dalam erti kata lain, adakah kehadiran mereka mampu merancakkan lagi kadar pertumbuhan ekonomi negara dan pada masa sama dan tidak membawa kesan negatif kepada ekonomi dan sosial di Malaysia? Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu melihat kepada kesan positif dan negatif daripada kemasukan dan penggajian pekerja asing. Masalah kekurangan pekerja semakin meruncing selepas kerajaan telah membekukan kemasukan tenaga kerja asing baharu dalam semua sektor kecuali pembantu rumah pada Mac lalu. Petikan laporan akhbar ini menunjukkan fakta mngenai pekerja asing di Malaysia serius. Kes kekurangan pekerja asing bagaimana pun lebih kritial sepanjang pandemik covid-19 selama 2 tahun (2020 - 2021) dimana ia menjejaskan produktiviti dan sistem pemasaran makanan negara. Paling terh]jejas juga adalah sektor perladanagan kelapa sawit.  Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai salah satu isu dari sektor iaitu khusus untuk pekerja ladang tanah tinggi.

Dalam laporan tersebut dinyatakan ada masalah kekurangan pekerja yang dialami kira-kira 2,000 pengusaha tanah pertanian di Cameron Highlands, Pahang yang mana mereka ada menjalankan aktiviti penanaman sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Mereka ada menggunakan perkhidmatan buruh asing dalam mengusahakan ladang sayur dimana ianya adalah dilakukan secara intensif (Sila lihat foto disebelah). Jika berlaku kekangan dan kekurangan pekerja maka akan terus berlaku pengeluaran sektor itu terjejas dan memaksa mereka gulung tikar. Menurut Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands, Datuk Syed Abdul Rahman Syed Abdul Rashid berkata, sektor pertanian di kawasan tanah tinggi yang menjadi pusat utama pengeluaran sayur-sayuran, bunga, buah-buahan dan teh negara berhadapan situasi kritikal kerana kekurangan pekerja. Dilaporkan dimana semenjak  bulan disember tahun lalu dimana kira-kira 40% daripada pekerja asing di Cameron Highlands tamat tempoh bekerja. Ia menyebabkan beberapa ladang dan kebun gagal beroperasi sepenuhnya. Petani disini menghadapi masalah tanpa pekerja asing dan ada antara kami yang terpaksa mengurangkan pengeluaran. Kini mereka menghormati keputusan untuk menghentikan kemasukan pekerja asing, beberapa persatuan pekebun mewakili pelbagai kaum di Cameron Highlands berharap agar kerajaan akan mengkaji semula langkah itu bagi mengatasi keperluan mendesak terhadap tenaga kerja asing melalui pemberian kelonggaran terhadap sektor pertanian. Para petani juga berharap semua pihak termasuk rakyat di negara ini faham akan masalah dihadapi. Kami memang bergantung kepada pekerja asing atau lambat laun terpaksa gulung tikar. Pada tahun 2021 sehingga kini isu kekurangan pekerja diladang sayuran dan kenaikan kos bahan input (baja dan racun kimia) sehingga lebih 50% dilaporkan telah menyebabkan ancaman kepada penghasilan sayuran di Malaysia.

Masalah kekurangan pekerja asing semakin runcing selepas kerajaan sudah membekukan kemasukan tenaga kerja asing baharu dalam semua sektor kecuali pembantu rumah pada Mac lalu. Pada 12 Mac 2016 dimana TPM masa itu telah mengumumkan dimana kerajaan tidak akan mengambil pekerja asing baharu berkuat kuasa serta-merta. Majikan yang mahu menggaji pekerja asing perlu mengambil pekerja sedia ada. Ini termasuk pekerja yang telah tamat tempoh visa dan tiada dokumen di bawah Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin yang dilaksanakan sejak 15 Februari dan tamat pada 30 Jun 2016.  Syed Abdul Rahman dimana dia dan wakil Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil India Cameron Highlands, Persatuan Penanam Sayur Cameron Highlands, Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands, Pertubuhan Pengusaha Bunga Cameron Highlands serta pengusaha-pengusaha Ladang Teh Cameron Highlands sedia bertemu pihak berkuasa bagi menyelesaikan isu itu. Dakwanya iaitu  keadaan akan menjadi lebih kritikal menjelang Jun dan tahun mendapang apabila lebih ramai pekerja pulang ke negara masing-masing berikutan berakhirnya tempoh Program 6P dan majikan tidak dibenarkan mengambil pekerja asing baharu. Diharap agar diselesaikan masalah ini secepat mungkin sebelum kritikal. Sehingga kini ada juga sesetengah seksyen ladang teh terpaksa ditutup, terdapat pekebun sayur yang hanya mampu mengerjakan sebahagian kebun dan ada juga kebun terbiar kerana berhadapan masalah kekurangan pekerja.

Tanpa pekerja yang mencukupi akan berlaku kerugian yang akan ditanggung adalah besar kerana kadar pusing ganti sektor pertanian Cameron Highlands sangat tinggi iaitu RM5 juta sehari. Kini kadar pusing ganti dalam sehari bagi bunga adalah RM2 juta dengan sekitar 80%  adalah hasil eksport, sayur RM1 juta iaitu 80 peratus untuk keperluan tempatan, strawberi pula kira-kira RM30,000 manakala, agropelancongan menerima kira-kira satu juta pelancong setahun, itu belum lagi ladang teh. Sektor pertanian di Cameron Highlands dilaporkan ia bukan sahaja boleh menyebabkan pengusaha menanggung kerugian bahkan memberi kesan kepada ekonomi daerah, negeri dan negara. Dari satu sudut lain menurut beliau adalah dimana para pengusaha sektor pertanian di Cameron Highlands banyak mendapat manfaat daripada kerajaan seperti bantuan kewangan, kemudahan pinjaman mikro, pengangkutan serta pembelian dan pemasaran. Semua kemudahan dan yang diusahakan itu akhirnya merugikan sebab projek terbantut kerana tiada pekerja. Kemungkinan kami juga akan diseret ke mahkamah kerana gagal membayar pinjaman masing-masing. Beliau juga menyangkal tanggapan sesetengah pihak bahawa pekerja asing diambil kerana dapat menjimatkan kos, beliau menjelaskan bahawa pengusaha ladang mengamalkan dasar gaji minimum. Adalah lebih baik mengambil pekerja tempatan kerana hanya perlu bayar RM1,000 daripada ‘menyimpan’ pekerja asing yang lebih mahal sebab telah lama kerja.  Mengenai isu kalangan masyarakat Orang Asli di sekitar Cameron Highlands dimana akhbar tersebut nyatakan Syed Abdul Rahman mengakui sukar untuk mengambil bekerja mengikut jadual kerja kerana mereka terbiasa bekerja ‘ikut masa sendiri’.  Selain itu juga didakwa agak sukar untuk mendapatkan belia Orang Asli pada masa kini kerana ramai diambil bekerja oleh agensi-agensi kerajaan seperti majlis daerah, Jabatan Kesihatan dan seumpamanya atau bekerja disektot lain. Adalah wajar perlu ada penyesuaian teknologi pertanian untuk menjadikan sektor pertanian ini kurang menggunakan pekerja asing dengan pelbagai inivasi, aplikasi dan sebagainya dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.  Wasallam !!!
PEKERJA ASING...SEKTOR PERTANIAN...
SEKTOR LAIN... MAINKAN PERANAN...
ISU PEKERJA...KESAN PENGELUARAN...
PERLU DI KAJI ...KAEDAH PERKSANAAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 245, Hotel Rosa Pasadena,
Brinchang, Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(12 Ramadan 1437H).
Kemaskini pada 22 Jamadilawal 1444H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...