Support My Blog

Friday, December 2, 2022

CERITA PISANG TANDUK - APA DIA?

TANAMAN PISANG TANDUK
(Musa spp) merupakan satu jenis pisang yang semakin popular dikalangan petani yang minat dengan tanaman pisang di Malaysia. Pisang Tanduk agak berbeza dengan Pisang Lang daripada segi saiz dan bilangan biji buah dimana anda boleh membaca tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Umumnya pisang tanduk adalah merupakan sejenis pisang yang bersaiz besar dan dengan bentuknya seperti tanduk kerbau atau bentuk tanduk lembu menyebabkan ia diberi nama 'Pisang Tanduk'. Pisang Tanduk merupakan sejenis pisang yang amat sedap digoreng atau dibuat makanan ringan iaitu kerepek pisang dan juga dibuat  pengat pisang. Kawasan utama penanaman pisang tanduk di Malaysia adalah di Johor, Melaka, Pahang dan Selangor dimana ada ramai populasi orang Jawa kerana difahamkan masyarakat keturunan Jawa memang suka menanam jenis pisang ini. Pisang ini dijual dengan harga paling mahal dipasaran domestik kerana ia adalah ekslusif dibanding dengan beberapa jenis pisang lain kerana ia sukar diperolehi dan saiz buanya yang besar. Penelitian penulis mendapati sebiji pisang tanduk yang besar saiznya mencecah RM10.00 - RM14.00 satu bergantung kepada lokasi jualan dan tahap kesegaran pisang tersebut. Di kedai buah-buahan pisang tanduk digantung seiring dengan oisang-pisang lain. Terdapat banyak jenis pisang lain yang ditanam oleh petani sebagai 'Pisang Makan Segar' dan juga jenis 'Pisang untuk diproses'. Di antara pisang yang boleh di makan segar ialah seperti Pisang Berangan, Pisang Cavendish dan Pisang Rastali. Pisang yang biasa di masak atau diproses pula adalah seperti pisang Nangka, Pisang Raja, Pisang Lang, Pisang Relong, Pisang Tanduk, Pisang Nipah dan Pisang Awak . Anda boleh baca artikel tulisan saya mengenai jenis-jenis pisang (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini).  Dalam tinjauan penulis blog kini semakin ramai petani yang menanam pisang tanduk walau pun sukar mendapatkan anakbenihnya. Bagaimana pub terkini sudah ada pembekal sulur anakbenih pisang tanduk kultur tisu dengan membuat tempahan khas dari pihak nurseri. Artikel tengahari Khamis ini sambil saya menontoh Perlawanan Bolasepak Pisla Dunia (FIFA2022) di Qatar saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa cerita mengenai pisang tanduk bagi tujuan bahan bacaan dan rujukkan anda.

Cerita pertama dalam
hmetro.com bertajuk '
Pisang tanduk daripada kultur tisu' memang menarik dikongsikan. Aktivitti penanaman pisang tanduk menggunakan anak benih daripada kultur tisu telah pun dilaporkan berjaya menghasilkan buah berkualiti premium selain mengurangkan risiko serangan penyakit. Menurut pengusaha tanaman itu yang juga Pengarah Jasa Terus iaitu Nilesh Babul Patel dimana anak benih pisang tanduk daripada tisu kultur adalah dihasilkan di dalam makmal. Teknik ini bertujuan memastikan hanya ciri-ciri genetik terbaik diambil dalam semasa dalam proses penghasilannya termasuk rintangan kepada penyakit.
Penanaman pisang tanduk secara komersial diusahakannya bersama sepupunya dikebun berkeluasan 10 hektar selain memilih menggunakan anak benih tisu kultur berbanding kaedah sulur ataupun anak pokok. Harga anak pokok tisu kultur jauh lebih tinggi iaitu RM3 sepokok berbanding anak pokok sulur iaitu 70 sen sahaja. Bagaimana pun ia juga satu pelaburan penting terutama penanaman secara komersial bagi menghasilkan buah yang bermutu sesuai dengan permintaan pasaran. Amat penting apabila hasil buah pisang tanduk dapat memenuhi permintaan pasaran apabila kualiti buah yang dihasilkan sesuai untuk spesifikasi diperlukan perusahaan kerepek tempatan. Menjelaskan lanjut tanaman pisang tanduk keluaran ladangnya di Kelanang, Banting, Selangor yamg mana ia diusahakan sejak 2019 itu mendapat permintaan tinggi ketika tuaian pertama kerana hasil buahnya yang padat selain tekstur lebih kuning. Ada petani menggunakan anak benih kultur tisu dimana pengeluaran hasil juga lebih seragam terutama setiap buah daripada setiap pokok memiliki purata berat dan jumlah sisir yang tidak jauh beza. Apa yang paling penting boleh kawal kualiti buah yang dihasilkan seperti isi lebih padat, saiz lebih besar dan warnanya lebih kuning berbanding pokok pisang sulur. Pisang daripada benih kultur tisu juga memastikan pengeluaran pisang tanduk gred premium dengan berat sekitar 8 - 13 kilogram bagi setiap pokok. Benoh disediakan dengan kaedah kultur tisu juga ada peraturan tertentu iaitu tidak boleh menggunakan sel induk yang sama berulang kali bagi mengelak ancaman penyakit. Bagaimana pun seperti tanaman konvensional dimana kaedah untuk menghasilkan anak benih juga tidak boleh dihasilkan berulang-kali dengan induk yang sama kerana itu boleh menyebabkan kualiti anak benih untuk 'batch' baharu menyusut. Dia pernah sekali mendapat benih tidak begitu elok dimana apabila dikaji ia berpunca anak benih itu dihasilkan daripada induk yang sama untuk kali ketiga. Sebaiknya setiap musim petani perlu kenal pasti pokok mana yang berkualiti untuk dijadikan sebagai 'pokok induk' terbaik bagi penghasilan anak benih musim akan datang. Dilaporkan pengusaha dimana bagi musim kedua tanaman itu diperluaskan kepada 10 hektar lagi dan menggunakan bantuan mesin atau amalan teknologi. 

Peringkat awal adalah mencabar dan memerlukan tenaga kerja ramai kerana kebanyakan dilakukan secara manual. Kini rutin seperti baja dan racun sudah ada mesin khas memang diimport dari luar dan digabung bersama traktor kecil membantu memudahkan urusan penjagaan pokok. Penting lakukan amalan penjagaan pokok pisang di kebun kerana pokok pisang amat memerlukan air mencukupi dan juga baja memastikan pokok dapat mengeluarkan jantung dan berbunga pada bulan keenam. Buah pisang tanduk terhasil daripada jantung pokok. Biasanya pokok yang sihat akan menghasilkan jantung pada bulan keenam atau ketujuh. Apa pun dalam tempoh lapan minggu berikutnya dari jantung, beransur-ansur pembentukan buah yang sedia dituai. Kerja-kerja penjagaan pokok amat penting dalam tempoh enam bulan pertama iaitu termasuk mencantas daun dan sulur pokok bagi memastikan proses pertumbuhan buah serta pokok dapat berlangsung dengan baik. Dalam musim pertama dilaporkan harga jualan pisang tanduk sangat menggalakkan berikutan dituai mendekati musim perayaan dimana jumlah permintaan ketika itu adalah memang tinggi dan harga jualan antara RM2.50 - RM2.80 sekilogram. Dilaporkan juga dimana hasil dari musim kedua penanaman dimana memberikan jumlah hasil yang banyak akan tetaapi masa tersebut jumlah permintaan dipasaran menurun menyebabkan pulangan hanya ditahap sederhana sahaja. Petani ini percy dimana mereka masih boleh menjana keuntungan kerana ladang ini mencapai pelbagai prospek pasaran iaitu pengilang kerepek, penjaja dan peraih.

Akhbar sama melaporkan cerita dimana '
Permintaan tinggi musim perayaan' sesuai dengan tajuk kali ini. Penanaman pisang tanduk antara yang mana ia juga menguntungkan apabila menerima jumlah permintaan dua kali ganda ketika musim perayaan. Menurut Pengasas Changloon Agro Farm (CAF) Azuwan Azlan dimana dia dapati berikutan dari kebergantungan pengusaha produk makanan tempatan terutama usahawan kerepek yang banyak menggunakan pisang tanduk dalam penghasilan produk mereka. Jumlah permintaan cukup tinggi daripada pasaran tempatan terutama sektor makanan bagi tujuan pembuatan kerepek dan produk berasaskan pisang itu dijangka mewakili 70 peratus hasil jualan. Dia dakwa dimana 30% lagi adalah untuk pasaran buah segar dan pengusaha kerepek daripada kelompok usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) sekitar utara termasuk Kedah. Walau pun ada kalangan petani yang mahir mengusahakan pisang tanduk yang berjaya mendapat hasil dalam tempoh dua bulan hingga tiga bulan sebelum perayaan boleh melihat sendiri permintaan serta harga yang lebih stabil terhadap hasil jualan pisang berkenaan menjelang musim perayaan. Dia dakwa penanaman buah pisang tanduk dengan menerusi kaedah moden dan terancang juga membantu petani meraih hasil stabil selain rendah risiko. Kaedah untuk penanaman kurang berisiko dengan penggunaan anak tisu kultur membantu pengusaha meraih hasil stabil iaitu antara 10 hingga ke 16 tan semusim. Dilaporkan berat buah pisang tanduk premium boleh mencapai kira-kira 10 -16 kilogram setandan. Mereka dapati dimana setiap plot iaitu keluasan tanah kira-kira 0.81 hektar ditanam dengan anak pokok ini setiap dua bulan mampu meraih hasil 10 - 16 tan semusim ketika dituai. Adalah lebih baik jika hasil jumlah itu dapat ditingkatkan sekali ganda bagi membolehkan hasil tuaian jatuh pada bulan sebelum perayaan. Ia meningkat hingga ke 20 tan bagi menampung permintaan pasaran makanan raya. Bagi memastikan petani berupaya menampung keperluan semasa, beberapa pendekatan diambil seawal pemilihan anak pokok lagi. Potensi dimana kepada petani yang mahu menjamin penghasilan buah yang berkualiti premium iaitu 10 -16 kilogram setandan mesti perlu penggunaan anak pokok kultur tisu adalah pilihan terbaik. Biasanya tandan buah berat dan besar selain tumbesaran sekata serta mempunyai daya tahan dari serangan penyakit. Faktor lain tidak kurang penting itu adalah sumber tadahan air mencukupi bagi persiapan jika berlaku kemarau yang panjang dalam tempoh penanaman. 

Apa pun semasa kerja penyediaan tapak juga sangat penting terutama di kawasan bebas banjir dan memiliki pH tanah yang baik. Keadaan tanah juga tidak berbatu bagi memastikan sistem pengairan air kepada tanaman lancar dan dia juga ingatkan amalan terutama dalam aspek pengairan dan sumber air mencukupi kerana risiko dialami petani termasuk pokok boleh terbantut selain hasil buah yang ringan menjejaskan pendapatan mereka. Formula menanam pokok pisang tanduk adalah mengekalkan jarak 2.1 kali 2.1 meter supaya tidak wujud persaingan antara pokok bagi baja dan sumber penting lain ketika pertumbuhan dalam tempoh tujuh bulan apabila pokok sudah mengeluarkan sulur tandan pisang. Ketika proses awal penyediaan tapak, iaitu tujuh hari sebelum kerja penanaman kami akan letakkan baja tahi ayam dan racun serangga bagi mengelakkan serangan perosak seperti anai-anai serta bakteria. Persiapan untuk anak pokok pula dimana sebaiknya setiap benih itu dicelup dahulu ke dalam larutan antibakteria selama seminit bagi memastikan ia bebas serangan bakteria. Kemudian barulah ditanam ke dalam lubang dengan kedalaman antara 12.7 - 25.4 cm. Aktiviti rutin pembajaan hanyalah bermula ketika usia pokok mencecah tiga bulan sehinggalah tujuh bulan mengikut jenis dengan formulasi baja tertentu. Dijangka dimana selalunya pada bulan yang kesembilan hasil sudah sedia dituai. Sebaiknya petani yang menanam pisang perlu mendapatkan bantuan khidmat nasehat, bantuan input dan kursus daripada pihak tertentu secara berterusan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PISANG TANDUK... APA CERITANYA....
MUDAH DITANAM... PERLU DIJAGA...
SEMBILAN BULAN... TUAIAN BERMULA...
HARGA BAIK... PELBAGAI GUNANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
MAlaysia.
(9 JamadilAwal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...