Support My Blog

Wednesday, December 7, 2022

MEKANISASI DALAM LADANG SAWIT

MEKANISASI DALAM LADANG SAWIT
kini sudah menjadi satu keperluan di Malaysia kerana sektor ini sering dikaitkan dengan kekurangan tenagakerja. Tanaman kelapa sawit (Elaeis guineensis) di negara kita merupakan salah satu industri yang penting didalam memyumbangkan kepada KDNK dan sektor pekerjaan. Apa pun penulis blog mendapati dimana dalam sektor pertanian penglibatan mekanisasi atau pengautomasi sangat penting bagi membantu meningkatkan hasil pengeluaran dengan melaksanakan kerja menggunakan alat atau mesin. Aplikasi dan teknologi mekanisasi ini akan dapat membantu proses pengeluaran tanaman kelapa sawit daripada peringkat awal pengoperasian sehingga kepada produk akhir industri sawit. Berdasarkan kepada penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi, ia dapat digunakan untuk menuai hasil, menanam tanaman, menyembur baja, racun perosak dan sebagainya. Pembangunan inovasi yang kian berkembang di negara kita sudah pasti melslui teknologi dalam mekanisasi ini sangat di perlukan kerana ia memberi impak yang sangat bersar terhadap sektor pertanian dalam memudahkan operasi intensif buruh di ladang dan ketidak kebergantungan kepada pekerja atau buruh asing. Pernah dilaporkan keadaan kekurangan tenaga pekerja di ladang sawit yang tidak mencukupi akibat kesan dari pandemik covid-10 dimana jutaan ringgit nilai buah tida dikutip. Produktiviti hasil pertanian dapat dipertingkatkan dengan menggunaan teknologi mekanisasi atau automasi yang dapat membantu mengurangkan kos pengeluaran dan operasi yang dijalankan menepati masa. Selain itu berlaku ketepatan dan sebagainya untuk mendapatkan hasil kerja yang baik bagi input pertanian yang digunakan diladang. Teknologi yang diaplikasikan terutamanya di dalam ladang kelapa sawit ada banyak jenis mengikut keperluan. Penulis blog yang membuat tinjauan mendapati diantaranya termasuk penggunaan jentera traktor mini, Alat mencantas tandan sawit, alat pengangkutan tandan sawit, alat penyebar baja, mesin penyembur bahan kimia, Spreader, Mesin Pemungut Biji Sawit dan banyak lagi. Mesin pemungut biji sawit ini memudahkan kerja memungut biji sawit matang yang jatuh dipermukaan tanah dengan cekap (Sila lihat foto diatas). Disamping itu dilaporkan penggunaag jaring pengangkut buah serta jentera badang atau digelar sebagai 'Komodor' dilaporkan amat popular dikawasan ladang sawit. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan kisah bagaimana teknologi mekanisasi dan juga pengautomatan di ladang kelapa sawit di Malaysia berikan impak positif kepada industrii kelapa sawit untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua. 

Pada pengamat penulis blog mendapati penggunaan 
Traktor Mini menggunakan crawler yang membolehkannya bekerja diladang sawit di tanah gambut. Traktor mini ini juga berfungsi sebagai jentera alat angkut tandan kelapa sawit yang baru dituai untuk dikumpulkan di tempat pengumpulan hasil. Pembuatan alat ini yang bentuknya juga kecil menjadikan traktor mini ini lebih mudah untuk digunakan di atas tanah lembut. Walau pun saiznya yang kecil dimana secara teorinya akan menyebabkan kuantiti tandan kelapa sawit yang boleh diangkut juga sedikit tetapi dilaporkan boleh membawa lebih kurang 0.3 - 0.5 tan buah sawit. Ia adalah amat mudah membawa tandan sawit yang berat dengan traktor mini lebih kecil jika dibandingkan selalunya dimasukkan kedalam kereta sorong yang perlu ditolak ditanah gambut bagi kebanyakan pekebun kecil. Bagi estet sawit yang ada kawasan luas memang berbaloi menggunakan jentera ini yang juga sejenis alat yang ada daya angkutnya lebih besar dan mudah dioperasikan. Terdapat banyak model dan jenama dipasaran tempatan dengan spesifikasi dan harga yang berbagai. Ada yang menggunakan tayae biasa dan ada yang menggunakan tayar khusus untuk tanah gambut (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog pernah mengujicuba memandu trekter kecil ini semasa menjalankan latihan amali di estet sawit di Johor dahulu.

Dalam pada itu ada sejensi mesin yang dinamakan sebagai 'Alat Cantas Pelepah Sawit' eletrik yang dilaporkan ianya adalah 
merupakan salah satu teknologi yang kini melibatkan mekanisasi atau pengautomatan pertanian yang di aplikasikan dalam ladang kelapa sawit di Malaysia. Alat ini ada pelbagai model dimana ia dicipta dan ia merupakan pemotong sawit bermotor versi baharu yang digunakan untuk memotong tandan serta memangkas pelepah kelapa sawit. Aktiviti memotong pelepah kelapa sawit merupakan kerja rutin bagi membuang pelepah sawit agar kerja memotong tandan sawiy mudah dijalankan kelak. Salah satu model dipasaran seperta Model Alat Cantas Evo dimana ia menggunakan galah komposit yang lebih ringan dan juga ia mempunyai tahap getaran yang lebih rendah berbanding dengan beberapa model alat cantasan pelepah sawit dari versi lama. Model ini akan membolehkan pekerja ladang akan dapat bekerja dengan lebih lama kerana penggunaan alat yang ada teknologi dan kesannya ia kurang memenatkan. Alat Cantas Evo juga sesuai digunakan untuk pokok kelapa sawit yang berketinggian sehingga 7 meter berbanding dengan versi lama yang hanya 5 meter sahaja. Penelitian penulis blog semasa membuat lawatan ladang di Pahang mendapati teknologi yang melibatkan proses pengautomasian pertanian yang berjaya diaplikasikan di dalam ladang kelapa sawit menjimatkan kos buruh dan proses kerja lebih cepat. Walau pun apabila kos membelinya agak sedikit mahal akan tetapi kenerkesanannya amat signifikan untuk kerja-kerja membuang pelepah sawit diladang.

Dalam pada itu pengenalan alat mekanisasi ladang seperti Jentera Oil Palm Grabber yang merupakan satu inovasi efektif untuk ladang kelapa sawit.  Jentera ini dicipta untuk memungut dan mengangkut tandan kelapa sawit yang jatuh di ladang. Dalam pemerhatian penulis blog mendapati dimana dengan penggunaan jentera ini dilaporkan ia telah dapat meningkatkan hasil pengeluaran dan juga menjimatkan kos pengeluaran diladang sawit dengan signifikan. Ada beberapa estet yang melaporkan dimana semenjak mereka memperkenalkan jentera grabber ini tahap kecekapan penuaian hasil dapat ditingkatkan dengan berjaya. Semasa pandemik covid-19 dilaporkan alat ini telah mendapat banyak sambutan kerana beberapa kebaikan yang diperolehi seperti penggunaan kuasa yang lebih cekap, penjimatan tenaga, penggunaan waktu yang cekap dan tepat, penjimatan kos pengeluaran serta sistem pentadbiran yang lebih baik. Walau pun ada isu kekurang pekerja disektor perladangan beberapa estet di Pahang apa yang penulis bloh membuat tinjauan sudah menggunakan mesin ini dengan efektif. Memang dilihat dimana jentera ini mampu mencapai pengeluaran hasil yang tinggi menerusi operasi yang lebih cekap dan menarik. Apa pun perlu ada sistem jalanladang yang baik, kerja untuk penyelenggaraan jentera dan juga pekerja ladang cekap untuk mengendalikan jentera ini. 

Dalam pada itu terdapat teknologi keempat yang boleh diaplikasikan dalam ladang kelapa sawit atau nurseri kelapa sawit di Malaysia iaitu jentera Gerabak Motorsikal Kelapa Sawit. Penciptaan teknologi yang berasaskan mekanisasi dan pengautomatan pertanian ini telah memberi kelebihan dan impak positif terhadap kemajuan serta perkembangan industri kelapa sawit di Malaysia. Penulis blog dapati ada banyak model jentera ini dipasaran daripada model buatan tempatan sehingga kepada gerabak model import. Salah satu model tempatan yang dibuat oleh usahawan tempatan di Muar Johor sempat penulis blog kunjungi (Sila lihat foto disebelah). Inovasi gerabak motorsikal kelapa sawit ini dicipta bertujuan untuk memudahkan kerja mengangkut tandan kelapa sawit terutamanya di kawasan-kawasan yang sempit dan juga dikawasan tanah gambut. Selain daripada aktiviti mengangkut tandan sawit, gerabak tersebut digunakan untuk kerja-kerja meracun dan membaja di kawasan pertanian. Aktiviti untuk mencipta inovasi ini telah meringankan beban pekerja ladang kelapa sawit yang sebelum ini terdedah kepada kecederaan semasa menjalankan kerja-kerja di ladang kelapa sawit. Harga jentera ini mengikut model dan spesifikasi yang didapati setiap model yang berlainan. Penulis blog dapati dimana setiap jenis peralatan mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk tujuan bagi memudahkan pekerja kerana dan ia dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerja pekerja di samping menjimatkan masa. Penambahbaikan dalam pengoperasian mesin juga boleh meningkatkan penghasilan kuantiti minyak dimana ini seterusnya akan membantu mengurangkan kerugian. Sebagai maklumat tambahan dilaporkan menjelang 2050 dimana dunia memerlukan 156 juta tan minyak sawit mentah berbanding 65 juta tan yang dihasilkan pada 2020. Memandangkan terdapat batasan untuk memenuhi permintaan pasaran minyak sawit akibat had tanah dan kekurangan tenaga kerja maka penulis blog fikir adalah sangat penting bagi industri sawit untuk meningkatkan hasil melalui pemodenan penggunaan mesin dan alat teknologi automotif dengan lebih meluas. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
INDUSTRI SAWIT.... PENTING DI MALAYSIA...
APLIKASI MESIN... KINI POPULAR CARANYA...
PELBAGAI INOVASI... KINI SUDAH DICIPTA...
MEMBACA ARTIKEL... MENDAPAT INFONYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 RabiulAkhir 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...