Support My Blog

Thursday, December 1, 2022

PISANG BERANGAN - FAKTA MENARIK

PISANG BERANGAN
(MP4) adalah varieti pisang yang sangat popular di tanam di Malaysia sama ada dari segi penanaman, penjualan dan juga penggunaan. Penulis blog meminati makan buah pisang berangan segar sama dengan makan pisang lemak manis, pisang tanduk dan juga pisang nangka. Memang sentiasa ada membeli pisang berangan setiap minggu untuk idmakan segar. Pisang Berangan antara jenis pisang yang agak meluas ditanam diseluruh negara kerana mendapat permintaan dengan harga baik. Pisang berangan bersaiz besar dan amat sesuai untuk dimakan segar. Kulitnya berwarna hijau ketika muda dan menjadi warna kuning emas apabila masak. Isinya lembut dengan rasa amat manis dan mempunyai aroma yang sedap. Pisang ini didakwa memang ia setanding dengan pisang Cavendish dimana ia juga dikatakan mempunyai kualiti untuk pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Satu tandan pisang berangan boleh dijual dengan harga ladang memuaskan sehingga senang-senang lebih dari RM 20.00 setandan. Asal usul nama pisang berangan masih kabur lagi sebab saya masih berangan-angan untuk mencari asal usul namanya!. Jadi orang lama sudah menamakan sahaja 'Pisang Berangan'. Penulis blog dapati dimana tanaman pisang (Musa spp) merupakan tanaman yang popular di Malaysia dan ditanam secara komersil dan skala kecil-kecilan dikeliling rumah. Banyak spesis pisang yang ada di negara kita tetapi hanya sebahagian sahaja yang di tanam secara komersil untuk tujuan makanan. Terdapat banyak juga jenis keluarga tanaman pisang yang ditanam sebagai Pokok Hiasan (Ornamental) dikeliling rumah ada ia di taman bunga dan juga dikawasan kompleks bangunan pejabat atau kompleks membeli belah. Pisang Cavendish merupakan varieti pisang makan segar yang paling popular diseluruh dunia. Pisang ini diminati oleh semua gulongan masyrakat sama ada orang kaya, orang miskin, dewasa, kanak-kanak dan sebagainya. Buah Pisang mengandungi zat permakanan yang baik dan banyak memberikan tenaga kepada mereka yang perlukannya. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog 'Anim Agro Technology' mengenai bagaimana pisang berangan merupakan pisang yang mudah ditanam dan memberikan pulangan baik selain daripada beberapa isu mengenai tanaman pisang ini sebagai rujukkan semua.

Beberapa testimoni dalam media iaitu mengenai bagaimana '
Tanaman pisang adalah paling mudah diusahakan' dilapaorkan dalam hmetro.com sesuai dikongsikan. Kini penanaman pisang menjadi pilihan kebanyakan petani kerana permintaan pasaran tinggi selain pulangan atau harganya lebih stabil berbanding tanaman lain. Bagaimana pun masih ramai petani melihat tanaman itu antara berisiko tinggi kerana ia dikatakan mengambil tempoh yang panjang iaitu kira-kira 10 bulan sebelum dituai. Ini sekali gus mengundang pelbagai isu dan permasalahan seperti serangan penyakit dan haiwan perosak yang boleh menjejaskan pulangan hasil. Berbeza dengan seorang usahawan tani dan pengusaha tanaman pisang di Sungai Siput (U), Kuala Kangsar, Perak iaitu Mat Jaman Mat Noor (39 tahun) dimana mendakwa tanaman pisang itu antara paling mudah diusahakan. Baginya tanaman pisang antara paling mudah untuk petani jana pendapatan yang lebih stabil setiap musim berdasarkan permintaan tinggi baik daripada pembekal atau pemborong produk ladang. Selepas beliau berkecimpung dalam pertanian hampir 20 tahun dan pernah menanam pelbagai jenis tanaman dia dapati pisang sentiasa memberi pulangan baik terutama daripada segi harganya. Dia dakwa harga pisang semasa antara RM2 - RM2.50 pada harga ladang dan untuk harga runcit boleh mencapai kira-kira RM4 - RM5 sekilogram. Apa yang penting adalah bagi dia pastikan buah berada pada kualiti baik setanding pasaran. Saya menggunakan anak benih tisu kultur kerana pokok tahan penyakit dan saiz buahnya juga besar. Dia yang berjaya untuk mengusahakan pelbagai tanaman termasuk pisang di lima ladang dengan luas keseluruhan 36.4 hektar. Dia juga turut mengamalkan penanaman kaedah konvensional iaitu dengan cara penanaman atas batas dan sumber air dari sungai berhampiran bagi memastikan ladang itu sentiasa dalam keadaan baik. Aspek penting bagi penanaman pisang ialah sumber air, cahaya dan baja mencukupi untuk memastikan pokoknya membesar dengan baik. Dalam ladang yang diusahakan, saya akan pastikan sistem pengairan renjis (sprinkler) untuk tanaman dalam keadaan baik. Ini penting bagi penanaman lebih moden iaitu jarak tanaman lebih dekat. Padanya jika kaedah sama digunakan dengan cara orang terdahulu, bagi keluasan tanah 0.4 hektar maka dia hanya boleh tanam sekitar 500 pokok akan tetapi dengan sistem pengairan baik saya boleh tanam sekitar 1,000 - 1,200 pokok pada keluasan sama. Dia yang kini menanam kira-kira 8,000 pokok pisang iaitu bagi pisang nangka dan tanduk. Dijangka pengeluaran mencecah kira-kira 65 hingga 70 tan iaitu jika berdasarkan sepokok dapat menghasilkan buah dengan berat sekurang-kurangnya 12 kilogram. Menggunakan anak benih tisu dilaporkan jumlah pengeluaran buah pisangnya kini mencapai jumlah konsisten antara 12 - 20 kilogram semusim dengan anggaran pendapatan kasar boleh diraih sekitar RM100,000 dengan tuaian kira-kira lebih 60 tan semusim. Kini dengan amalan ladang baik seperti hubungan dengan komuniti termasuk penternak setempat membantu bagi mendapatkan pilihan baja lebih murah. Aktiviti pemberian baja dia gunakan baja tahi ayam dibeli daripada pengusaha ladang berhampiran yang jual lebih murah. DIa dakwa ramai juga golongan petani terbeban dengan input pertanian seperti baja dan racun yang mengalami kenaikan harga 100 peratus. Dia juga berharap kerajaan dapat memikirkan mekanisme bagi mengurangkan kenaikan harga input pertanian yang semakin melonjak sekali gus dapat membantu petani menjana pendapatan memberangsangkan. Bagi menangani serangan perosak pula terutama babi dia menggunakan pendekatan menerusi tanaman labu. Sementara menuai pisang selalunya dia akan tanam labu. Kebaikan menanam labu juga membantu menghalau babi daripada merosakkan anak pokok pisang. Dia nyatakan apabila labu sudah matang iaitu kira-kira 70 hari selepas ditanam maka anak pokok pisang sudah tinggi. Babi sebenarnya tidak suka dengan pokok labu kerana daun atau pokok labu ini miang. Hasil tuaian labu juga akan membantu menjana pendapatan tambahan sementara menanti akan pengeluaran hasil pisang yang biasanya dituai selepas 10 bulan ditanam. Cabaran lain dalam mengusahakan ladang dengan kapasiti skala ini adalah tenaga kerja berkurangan. Dengan dibantu 10 - 15 pekerja terutama ketika tempoh kahwin bunga dan tuai dia aturkan kerja secara sistematik.

Dalam pada itu dilaporkan ada '
Pekebun rugi akibat lambakan pisang berangan' yang boleh dijadikan panduan. Petani yang dikenali sebagai Md Nor menyatakan dimana apabila berlaku lambakan pisang berangan di Kampung Lubok Jaya, Kuala Selangor, Selangor menyebabkan pendapatannya terjejas. 
Dilaporkan beberapa petani dan juga pengusaha kebun pisang berangan di Kampung Lubok Jaya di sini berdepan kerugian ekoran lambakan tanaman itu sejak sebulan lalu. Bagi penanam pisang berangan bernama Md Nor Yasin (57 tahun) mendakwa kira-kira 7,000 pokok pisang berangan ditanam di kawasan seluas enam hektar itu kini berdepan lambakan berikutan aktiviti pembelian yang perlahan. Dakwanya sudah lebih dua tan metrik pisang berangan yang sudah boleh dituai di kebunnya itu masih belum terjual sehingga sekarang. Dakwanya lagi kalau tahun lepas purata saya dapat menjual pisang berangan RM2,000 satu metrik pada setiap minggu, tetapi tahun ini keadaannya jauh merudum apabila tanaman ini kekurangan permintaan. Biasanya tanaman pisangnya itu dijual kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pemborong yang menjualnya kepada peniaga. Namun terkini FAMA dan pemborong sudah menghentikan pembelian kerana terdapat lebihan pisang berangan buat masa ini. Lapornya sebahagian tanaman pisang berangan yang sepatutnya dituai tidak dapat dipasarkan hingga terpaksa menanggung kerugian. Apa pun ditambah lagi info dimana masalah ini bukan sahaja dialami saya, tetapi empat rakan lain yang juga pekebun pisang berangan turut mengeluh hadapi masalah sama. Harga pisang berangan juga dijual pada harga jauh lebih rendah iaitu RM2 sekilogram (kg). Jika dahulu harga pisang berangan dijual RM2.50 kg akan tetapi disebabkan permintaan merosot harga mengalami penurunan sebanyak 50 sen sekilogram sahaja. Apa pun dakwanya ramai pekebun kini hanya mengharapkan sepenuhnya kepada FAMA yang dapat membeli semua pisang berangan bagi mengelak menanggung kerugian. Aktiviti untuk penjualan pisang kepada FAMA dilaporkan akan dapat mengurangkan bebanan terpaksa ditanggung pengusaha kebun pisang terutama menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi. Dia sendiri misalnya sudah membelanjakan wang sebanyak RM40,000 sebagai modal permulaan untuk dia mengusahakan tanaman ini, selain bergantung harap kepada jualan pisang sebagai punca pendapatan sejak 10 tahun lalu masih belum pasti akan masa depannya.

Dalam pada itu di Kedah pula ada kisah '
1,050 kg pisang berangan terpaksa dibuang' seperti dilaporkan akhbar KOSMO!. Kisah dari Kuala Nerus ini melaporkan bagaimana dua sahabat dari Kampung Belim­bing Kiri terpaksa menanggung kerugian hampir RM10,000 apabila tidak dapat memasarkan tanaman pisang diusahakan mereka berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh dulu. Keadaan tersebut didakwa berlaku apabila pemborong dari Pulau Pinang dan Perlis serta beberapa daerah di ne­geri ini tidak datang membeli pisang tersebut dalam tempoh PKP ini. Bagi petani dikenali Mohd. Azlan Abdul Manaf (37tahun) dan Azmir Abd. Rahman (37tahun) yang mengusahakan tanaman pisang berangan seluas kira-kira dua hektar mengeluh dengan isu yang berlaku. Kebun pisang milik mereka itu dilaporkan dapat mengeluarkan pisang sebanyak 400 - 500 kilogram (kg) sehari. Dakwanya semasa minggu pertama PKP Penuh dimana mereka terpaksa melupuskan kira-kira 1,050 kg pisang berangan yang telah masak selepas tiada pemborong datang membelinya. Selepas itu mereka terpaksa juga untuk memasarkan sendiri buah pisang tersebut untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar. Mereka pernah meletakkan buah pisang tersebut di kedai-kedai runcit di sekitar daerah Padang Terap dan menjual pisang pada harga RM 2.50 sekilogram berbanding RM1.80 sekilogram sebelum ini. Apa pun mereka dakwa mengusahakan tanaman pisang itu dengan berkongsi modal sebanyak RM35,000. Walau pun projek tanaman pisang yang diusahakan itu berjaya namun menghadapi pernah masalah untuk memasarkan buah pisang tersebut ketika PKP dan berharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PISANG BERANGAN... MUDAH DIJAGA...
BUAH BANYAK... PASARAN BAGAIMANA...
ADA YANG BERJAYA... ADA JUGA DERITA...
MEMBACA ARTIKEL... INFONYA BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 JamadilAwal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...