Support My Blog

Monday, December 12, 2022

BAJA TIRUAN - APA PERLU BUAT!

BAJA TIRUAN (Fake Fertilizer) merupakan satu perkara yang agak jarang dibincangkan di Malaysia kerana ramai pengguna masih kurang tahu akan senario ini. Pada penulis blog isu ini perlu didedahkan agar para petani dan pengguna dapat tahu bahan input yang digunakan ini adalah produk sebenar yang memberi kebaikan kepada tanaman agar lebih produktif dan berkualiti. Sebenarnya input pertanian baja adalah sangat penting dalam bidang pertanian selain daripada input benih, bahan kimia seperti racun, peralatan pertanian dan lain-lainnya. Baja adalah antara komponen paling penting dalam ladang atau kebun untuk tanaman industri seperti kelapa sawit, getah dan sebagainya serta lebih kritikal kepada tanaman makanan yang singkat masa atau tanaman lain jangkapanjang. Umumnya apa yang sering berlaku adalah hasil tanaman seperti buah adalah berkait langsung dengan bagaimana kaedah menggunakan input baja. Kenaikan harha bahan kimia termasuk input baja sehingga 52% pada tahun 2021/2022 telah menyebabkan kemungkinan akan ada lebih banyak baja tiruan dipasaran. Memang penulis blog terfikir dimana isu kenaikan harga input pertanian di pasaran terkini telah menyebabkan kerisauan banyak pihak termasuk di Malaysia dan seluruh dunia. Kini kenaikan harga makanan memang didorong oleh kenaikan dalam harga input pertanian asas seperti baja, bahan kimia, tanah, buruh dan mesin jentera atau alatan pertanian. Saya ada menulis beberapa artikel berkaitan dengan harga input pertanian untuk dibuat rujukkan (Sila klik disini). Kenaikan harga minyak seperti diesel juga telah menyebabkan keresahan kepada ramai para nelayan yang menggunakan bahanapi tersebut dengan kuantiti banyak setiap kali turun kelaut. Walaupun kerajaan melindungi harga petrol dan diesel tetapi penggunaan bot-bot besar dimana ia memerlukan kuantit minyak banyak. Kajian menunjukkkan harga baja telah meningkat 25% semenjak krisis makanan 2008 dimana mulai dua tahun lepas tahap upah buruh juga meningkat. Sejak peperangan Rusia-Ukraine tercetus pada tahun 2022 pula dilaporkan kenaikan harga input pertanian mencecah 52% saripada tahun sebelumnya. Dalam pasaran pengeluaran bahan makanan yang tidak menentu dan berisiko tinggi, persepsi adalah pertimbangan utama kepada faktur pengeluar, peniaga dan pengguna dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan. Sebagai contoh dilaporkan dimana keadaan ekonomi dunia sekarang telah pun menyaksikan harga minyak mentah sawit dan harga BTS (buah tandan segar yang paling tinggi dalam sejarah). Isu dan masalah rantaian bekalan juga telah naikkan harga-harga input pertanian seperti baja dan racun. Ada kemungkinan akan ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan mengambil kesempatan dengan cuba menjual ‘baja murah’ yang di bawah harga pasaran. Oleh itu semua pihak sama ada keranaan melalui pihak penguatkuasa, petani, pengguna, penjual dan semuanya mempunyai kesedaran pentingya mengatasi kejadian berlaku baja tiruan ini di negara kita. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mengupas isu baja tiruan dan beberapa langkah perlu di ambil untuk mengatasi isu tersebut sebagai bahan rujukkan semua.


Penulis blog yang menulis lebih daripada 7,300 artikel mengenai teknologi pertanian mendapati terkini dimana kalangan ramai pekebun, peladang serta pemilik ladang luas sentiasa rungsing semasa mencari bekalan input baja untuk pastikan hasil kebun terutama sektor kebun kelapa sawit yang merupakan komoditi tersohot di Malaysia yang terus memerlukan kos yang semakin tinggi. Tanaman seperti kelapa sawit memang memerlukan baja untuk membolehkan ia akan terus berhasil ditahap maksima. Tanpa baja ini maka penghasilan sawit dan tanaman lain akan terjejas. Bagaimana pun dengan isu ini akan mendorong pengeluar serta penjual baja untuk memasarkan produk baja tiruan kepada mereka. Pada penulis blog yang faham akan situasi ini mendapati dimana mungkin akan berlaku yang umumnya kandungan unsur nutrien didalam baja tiruan ini biasanya adalah jauh lebih rendah berbanding baja asli kerana dicampur dengan bahan lengai yang banyak seperti pasir atau batu hancur. Dipihak petani umumnya mereka tidak mempunyai kaedah untuk menguji produk baja yang ada dipasaran atau yang dibeli jika ia adalah petani biasa. Bagaimana pun ada beberapa ladang swasta yang besar mempunyai kemudahan makmal tersendiri untuk menjalankan analisa makmal mengenai isu ini. Penulis blog mempaparkan beberapa cara mudah untuk mengenali akan ciri-ciri bagi baja tiruan. Pertama adalah dimana jika diligat butiran Baja NPK yang sudah hancur dan banyak serbuk mensndakan ia berkemungkian sebagai baja tiruan kerana ia mengandungi bahan lengai yang tinggi atau produk baja yang telah lama (yang mungkin di bungkus semula). Baja tiruan juga mungkin ia mempunyai cara Pembungkusan Guni yang kurang sempurna (seperti mempunyai warna pudar). Ini disebabkan bahan yang digunakan sebagai pembungkus ini dari bahan murah yang kurang berkualiti untuk mengurangkan kos pembuatannya. Jika diteliti lagi berkemungkinan cetakan pada guni yang ada sudah pudar atau tidak lurus. Dalam kes lain dimana Jenis Baja yang berbau ammonia berikan keadaan baunya yang kuat (berbanding dengan baja amonia sebagai baja tulen). Walau pun baja tiruan ini dikaitkan dengan 'Harga Lebah Murah' tetapi jangan keliru jika baja tiruan akan dijual dengan harga sama dengan baja tulen malahan memang ada kemungkinan ia lebih mahal lagi!. Bagi mereka yang sering menggunakan baja foliar atau baja semburan (bentuk cecair) perlu lebih teliti lagi kerana baja jenis ini juga dilaporkan lebih mudah beredar dipasaran. Beberapa ciri ini perlu diperhatikan semasa hendak membeli baja di premis agar terhindar daripada membelu baha tituan.


Sebenarnya ada beberapa cara yang disyorkan kepada pengguna bagi tujuan untuk mempastikan baja yang dibeli adalah sebagai baja tulen dan bukan jenis produk baja tiruan. Pertama sekali disyorkan untuk mempastikan mencari premis kedai yang menjual baja ada merupakan agen pengedar berdaftar yang sah. Ini amat penting kerana premin ini selalunya mempunyai jaminan dan reputasi baik berbanding dengan premis yang bukan-bukan. Pengguna regular selalunya boleh terus bertanya kepada pemilik premis dengan meminta dokumen sesuai atau pun menyemak secara on-line dengan pengilang atau pembuat produk baja tersebut. Sebagai contoh bagi pengeluar baja seperti Behn Meyer hanya memberi baja mereka kepada pengedar berdaftar sahaja untuk menjaga kualitinya. Pembeli memang memang boleh minta surat lantikan pengedar sah bagi mana-mana pengeluar baja dari syarikat ini. Kedua adalah dengan amalkan untuk membeli baja di kedai atau pengedar yang besar. Ini kerana biasanya produk barangan di kedai atau di premis pengedar besar lazimnya mereka tidak menjual baja tiruan dimana hanya produk bekalan baja tulen sahaja yang sentiasa ada dalam stok simpanan mereka. Pengedar seperti ini lazimnya menjaga hubungan baik dengan pengeluar baja dan tidak akan jual baja tiruan. Ketiga langkah untuk mengelaknan membeli baja tiruan adalah dengan amalkan agar JANGAN MEMBELI baja dari pengedar yang memberi harga jauh lebih murah berbanding pasaran. Sebagai contoh dimana jika ditawarkan harga pasaraan baja tersebut adalah sekitar RM120 sebaiknya jangan percaya jika ppembeli ditawarkan baja yang sama di premis lain pada harga murah serendah RM40 satu beg. Bagaimana ia boleh dijual murah dan pembeli perlu tidak percaya dengan harga yang murah ini untuk menjimatkan duit. Bagai peribahasa yang penulis blog sering percaya iaitu 'Good product No Cheap, Bad Product Not Expensive'. Keempat dimana amalkan cara dimana sebelum beli kuantiti baja yang banyak sebaiknya hanya beli satu beg dahulu dan hantar sampel baja tersebut ke Jabatan Pertanian untuk ujian kimia baja. Setelah baja tersebut mengikut piawaian kemudian maka barulah boleh terus membeli dengan kuantiti yang banyak untuk digunkan dan disimpan dalan setor.

Di Malaysia dimana sejak berpuloh tahun pihak Jabatan Pertanian Malaysia mempunyai perkhidmatan menganalisa baja. 
Perkhidmatan ini disediakan untuk menganalisis kandungan unsur nutrien dalam sampel tanah, daun, baja dan air. Tujuan utama perkhidmatan ini adalah untuk menyokong pelaksanaan program-program pembangunan Jabatan Pertanian dan ada yang diberikan kepada pihak lain juga. Perkhidmatan ini juga diberikan kepada lain-lain agensi kerajaan atas permintaan. Pihak swasta dan individu boleh memohon untuk mendapatkan perkhidmatan ini dengan caj yang berpatutan dikenakan. Penulis blog yang lama berkhidmat di jabatan ini mendapati dimana pada masa sekarang dimana Makmal Analisa Jabatan Pertanian terdapat di ini memberikan perkhidmatan analisis sampel tanah, daun, baja dan air. Terdapat tiga (3) buah Makmal Wilayah yang masing-masing terletak di Kompleks Pertanian Telok Chengai, Kedah, Kompleks Pertanian Ayer Hitam, Johor dan Kompleks Pertanian Besut, Terengganu didalam usaha menjalankan analisis sampel tanah, daun dan air. Merujuk kepada portal Jabatan Pertanian dimana diantara jenis khidmat yang sudah ada disediakan termasuk (a) Analisis sifat fizikal dan sifat kimia tanah bertujuan untuk menyatakan ciri tanah, kesuburan tanah dan pemuliharaan tanah, (b) Analisis sampel daun untuk menentukan tahap nutrien dalam tanaman, status kesuburan tanah dan keperluan pembajaan (c) Analisis sampel baja untuk menilai kualiti baja yang dibekalkan kepada petani dan pengguna lain dan (d) Analisis sampel air untuk menentukan kualiti air bagi pengairan dan parameter hakisan pemuliharaan tanah. Jabatan Pertanian didalam prtal tersebut nyatakan prosedur permohonan perkhidmatan ini dimana setiap dari permohonan perlu mengisi borang permohonan analisis. Kemudian borang permohonan bersama dengan sampel hendaklah dihantar ke makmal yang berkenaan. Dilaporkan dimana tempoh analisis bagi SATU sampel adalah antara 7 hingga 30 hari bergantung kepada jenis sampel serta jumlah penentuan yang diperlukan. Dalam pada itu ada beberapa organisasi lain di Malaysia yang sering dirujuk memberikan perkhidmatan analisa baja. Penulis blog dapati dimana selain Jabatan Pertanian Malaysia dan beberapa Syarikat Swasta dimana turut memberi khidmat ini adalah pihak ESPEK Research and Advisory Services (ERAS), FELCRA Plantation Services Sdn Bhd, FELCRA Niaga Sdn Bhd, Universiti Putra Malaysia (Fakulti Pertanian), FGV Analytical Laboratory dan juga LKKP Corporation Sdn Bhd. Bagi agensi ini cara untuk menghantar sampel baja ke makmal dimana bagi pemilihan baja yang lebih terperinci, Sampel tanah dan Sampel daun perlu dihantar untuk analisa. dengan menggunakan borang yang disediakan dimana bayaran akan dikenakan mengikut jenis perkhidmatan yang diberikan. Artikel ini diharap akan memberikan info berkaitan bagaimana petani atau pembeli ingin mendapatkan bekalan baja tulen agar tanaman akan memberikan hasil maksima. Elakkan daripada membeli baja tiruan!. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. WasallaM!!!....
BAJA TIRUAN... ELAKKAN MEMBELINYA....
HARGA MURAH... JANGAN TERPEDAYA...
PENGEDAR SAH... PERIKSA STATUSNYA...
KALAH MEMBELI... MENANG HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(15 Jamadil Awal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...