BIJI KOPI MENTAH (Coffea spp) atau Coffee Green Beans merupakan bahan utama yang digunakan dalam industri minuman dan makanan. Biji kopi mentah adalah hasil daripada uah kopi segar (fresh beans) yang dipetik dari pokok kopi yang matang. Terdapat 3 jenis kopi yang ditanam, diproses dan digunakan oleh manusia disluruh dunia. Kopi tersebut adalah Kopi Arabica (Coffea arabica), Kopi Robusta (Coffea robusta) dan Kopi Liberica (Coffea liberica). Penulis merujuk laporan FAO dilaporkan 70% penanaman dan penggunaan kopi adalah dari jenis kopi arabica, 28% dari jenis robusta dan hanya 2% dari jenis kopi liberica. Di Malaysia ditanam kopi robusta dan liberica dengan keluasan ditanam sekitar 3,744 hektar pada tahun 2015. Negeri Sabah merupakan kawasan utama penanaman kopi terutama di Tenom yang menanam jenis kopi robusta. Dikawasn tanah Tinggi seperti yang penulis blog tinjau di Kundasang juga ada ditanam jenis kopi termasuk varieti Kopi Catimor yang mana ia didakwa amat berkualiti hasilnya. Di Malaysia telah ada kajian dan penyelidikkan biakbaka kopi yang dijalankan oleh pihak MARDI. Stesyen MARDI Kluang Johor merupakan syesyen yang mempunyai stok pokok induk kopi untuk dibuat biakbaka. Tanaman kopi di Malaysia sudah berkurang hanya sekitar 2,200 hektar sahaja dimana kawasan yang masif aktif menanam kopii tempatan berda di negeri Sabah. Saya ada menulis lebih daripada 180 artikel mengenai kopi didalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan semua. Penulis blog juga sudah melawat lebih daripada 24 bulah kilang kopi di Malaysia dan juga membuat tinjauan ke 6 buah stesyen penelitian kopi milik kerajaan dan swasta. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa varieti kopi terkini sekadar dijadkan bahan bacaan semua.
Dalam laporan satu akhbar tempatan dimana penulis dapat info dimana MARDI berjaya hasilkan beberapa varieti atau masa dulu dipanggil sebagai 'klon kopi'. Bagaimana pun semasa saya bertyugas d Bahagian Hortikultur Jabatan Pertanian Putrajaya telah berjaya bagi menggantikan perkataan 'klon kopi' ini kepada perkataan 'Varieti Kopi' agar lebih mudah dan lebih sesuai diperjelaskan mengikuti 'plant classification system' yang lebih signifikan. Antara klon kopi yang berjaya dihasilkan oleh MARDI adalah menerusi aktiviti penyelidikan di Stesen MARDI Kluang, Johor seperti varietu Liberica dan Robusta dan sebahagiannya sudah dilancarkan kepada umum. Setakat yang diketahui d Malaysia dimana masih ramai pembacc blog yang tidak tahu akan statistik yang tepat mengenai nilai sebenar industri kopi tempatan meskipun kelihatan ia makin popular dalam kalangan peminat minuman tersebut di negara ini. Bagaimana pun penulis yang pernah terlibat teus dengan industri kopi mendapati Malaysia mengimport sekitar 80,000 mt biji kopi mentah dengan nilai anggaran import sekitar RM850 juta setahun. Bagaimana pun nilai eksport produk kopi pada tahun 2015 dicatitkan sebanyak RM1.23 billion iaitu produk proses berasaskan kopi. Kadar import biji kopi mentah ini menyebabkan Malaysia menghadapi masalah deficit 'Balance of Trade'. Aktiviti penanaman kopi di Malaysia terus menurun kerana semakin kuang minat petani untuk menanam kopi. Justeru, ramai tidak mengetahui perkembangan semasa industri kopi dari aspek pengeluaran dan penyelidikan kerana ia hanya popular semasa berada di dalam cawan di atas meja sahaja. Walau bagaimanapun, senario sebenar industri kopi tidak ramai yang ingin untuk mengambil tahu meskipun terdapat usahawan kopi terkenal di merata tempat ketika ini. Seperti dinyatakan sebelum ini dimana usaha memasarkan kopi tidak begitu rumit terutama apabila disokong dengan pelbagai bentuk pengeluaran kopi seperti pracampuran yang begitu popular ketika ini. Pasaran kopi dunia mengalami kenaikan dan penurunan harga yang sukar dijangka dimana disebabkan harga rendan menyebabkan penanam kopi berubah tanamannya kepada tanaman lain yang lebih tinggi kadar pulangannya.
Memang terdapat pengusaha yang menanam kopi secara kecil-kecilan dan ada yang menanam agak luas sperti estet atau ladang komersial. Isunya adalah sejauh mana mereka mampu memenuhi permintaan pasaran daripada segi kuantiti pengeluaran. Kajian penulis mendapati tahap pengeluaran kopi tempatan berbanding dengan import amat tinggi iaitu hanya sekitar 2% sahaja. Ini bermakna Malaysia mengimport sebanyak 98% daripada luar negara untuk keperluan domestik dan eksport. Kalau sebelum ini ada sekitar 100 syarikat yang diberikan Permit Import (AP) ileh kerajaan, semenjak Febuai 2016 Perdana menteri melalui pengubahsuaian bajet telah memansuhkan AP ini. Kini semua syarikat boleh membawa masuk biji kopi mentah ke Malaysia mengikuti konsep liberalisasi. Ini akan menjadikan program penanaman kopi didalam negara semakin kurang diminati dimasa akan datang. Harga kopi import adalah jauh lebih murah daripada kos pengeluaran kopi dalam negara. Penulis mendapati harga kopi import hampir separuh daripada kos harga kopi tempatan. Bagaimanakah program menanam kopi yang diluluskan dalam RMK Ke 11 dan RMK ke 12 yang akan dilaksanakan jika pengmportan biji kopi mentah telah diliberisasikan?. Penulis blog yang mengikuti terus perkembangan industri penanaman kopi mendapati di Malaysia ianya semakin malap. Walau ada bajet khusus untuk menanam kopi dilaporkan oleh Jabatan Pertanian dimana ne=memang semakin kurang petani di Malaysis terutama di Semenanjung Malaysia hendak menanam kopi. Kita sama-sama tunggu dan melihat akan perkembanan industripenanaman kopi ini jika tidak ada perancangan yang ebih baik. Malaysia mengimport jutaan tan biji kopi mentah setiap tahun bagi menampung kadar permintaan biji kop yang terus mecanak naiknya. Apa pun penulis sebenanya setuju untuk AP pengimportan biji kopi mentah ini dibatalkan dimana industri kopi negara terus berkembang dengan lebih sihat.
Jika hendak menanam kopi adakah baka atau benih yang mereka hasilkan berkualiti serta mampu untuk memenuhi selera penggemarnya serta berpotensi untuk dipasarkan. Laporan menunjukkan kopi Arabica adalah paling disukai oleh penduduk dunia dan diikuti dengan jenis kopi robusta. Kopi tempatan yang banyak ditanam di Malaysia adalah jenis kopi Liberica yang kurang disukai oleh penduduk dunia. Kopi liberica adalah lebih pahit dan diminati oleh penduduk tempatan sahaja. Berdasarkan sejarah, tanaman kopi dikatakan berasal dari Ethiopia, Afrika kira-kira 3,000 tahun dahulu. Sejak sekian lama kopi menjadi minuman paling popular di seluruh dunia. Menyedari akan kepentingan memperhebatkan semula industri kopi MARDI menjalankan penyelidikan teknologi pengeluaran serta menghasilkan benih baharu kopi varieti Liberica dengan menghasilkan bahan tanaman yang bermutu. Penggunaan varieti Liberica adalah tepat memandangkan ia sesuai ditanam di kebanyakan kawasan tanah di negara ini. Jabatan Pertanian merupakan mereka yang terlibat dalam industri kopi semenjak zaman penjajah lagi. Mereka memajukan tanaman kopi sebagai tanaman selingan dan tanaman monokrop melalui projek kelompok dan projek usahawan komersil. Dilaporkan pada satu ketika iaitu kira-kira 30 tahun lalu jumlah pengeluaran kopi Liberica hanyalah antara 0.3 tan hingga 0.7 tan sehektar tetapi kini ia telah meningkat lagi denga penggunaan varieti baru. Justeru bagi menampung keperluan segera tanaman kopi yang berkualiti pihak MARDI melakukan penyelidikan, penilaian dan pemilihan dan berjaya menghasilkan benih polihibrid sebagai bahan tanaman iaitu MKL 1 pada 1992 sehingga sekarang.
Menurut seeorang pegawai penyelidik dari MARDI iaitu Mohd Rani menyatakan varieti MKL 1 ialah hasil daripada baka yang terpilih yang dihasilkan daripada program pemilihan yang bertujuan mengatasi masalah ketiadaan bahan tanaman berkualiti. MKL 1 mampu meningkatkan hasil sekali ganda berbanding benih tanaman yang digunakan yang tidak diketahui sumbernya yang diusahakan oleh petani pada masa itu. Pihak MARDI juga melaksanakan program penghasilan baka jangka sederhana dengan menghasilkan varieti kopi Liberica (Siri varieti MKL) dan varieti kopi Robusti (Siri varieti MKR) yang lebih baik hasilnya. Program untuk penghasilan baka kopi baru selalunya akan mengambil masa selama 13 tahun untuk ianya dapat ditentusahkan. Program pembangunan penghasilan baka bermula sejak 1981 dengan pemilihan induk berprestasi tinggi dari pelbagai kawasan. Ia melibatkan hasil, kesuburan serta bentuk pokok, ciri-ciri mutu seperti saiz buah dan biji serta rintang terhadap perosak dan penyakit. Pokok tersebut kemudiannya dibiakkan secara tampang dan ia ada disimpan dalam koleksi janaplasma. Berdasarkan pemilihan awal mengikut ciri-ciri yang dikehendaki, sebanyak 50 pokok telah dipilih dan hasilnya dinilai selama dua tahun sebelum 10 daripadanya ditanam di ladang ujian selama sembilan tahun di Stesen MARDI Kluang, Johor dan akhirnya tiga klon terbaik telah dikenal pasti iaitu MKL2, MKL3 dan MKL 4 pada 1995. Pada 2008, tiga lagi klon Liberica berjaya dihasilkan iaitu MKL 5, MKL 6 dan MKL 7 bagi varieti Liberica yang mengeluarkan hasil yang lebih baik berbanding baka yang disyorkan sebelum itu. MARDI juga pernah memperkenalkan baka kopi Robusta pada 1992 yang dinamakan MKR 1. Justeru, MARDI telah berjaya menghasilkan beberapa baka klon kopi berkualiti yang berpotensi menghasilkan pulangan lebih baik dan kos pengeluaran yang rendah. Sebagai contoh, hasil buah kopi atau kopi jambu purata hasil ialah 24 tan sehektar (t/ha) iaitu 64 peratus lebih tinggi berbanding baka biasa (14.6 t/ha) manakala bagi kopi beras (biji kopi) hasil klon adalah 2.18 t/ha berbanding baka biasa 1.29 t/ha.
Kopi klon juga jugak mengambil masalah lapan bulan untuk berbunga iaitu 9 bulan lebih awal berbanding baka biasa. Penilian tersebut dilakukan dengan melihat kepada purata hasil, saiz kopi jambu (buah kopi), dan kopi beras (biji kopi) yang menunjukkan baka klon lebih baik berbanding polihibrid dan baka biasa. Pendapatan penanam juga boleh meningkat dalam tempoh 25 tahun penanaman. Masalah utama penanaman kopi di negara ini bukan sahaja mengeluarkan hasil rendah tetapi juga ancaman penyakit terutama ulat pengorek buah dan karat daun. Harga kopi pula agak rendah iaitu pada satu ketika 60 sen sekilogram serta sukar untuk menjalankan kerja-kerja penuaian menjadikan kawasan penanaman merosot daripada 9,000 hektar (ha) kepada 2,000 ha. Masalah persaingan juga menyebabkan ia menjadi tidak popular. Malaysia mengimport kopi bernilai RM600 juta setahun terutama varieti Arabica dan Robusta tetapi masalah cuaca menyebabkan kajian tertumpu kepada Liberica. MARDI kini masih menjalankan kajian untuk mencari klon kopi terbaik untuk digunakan oleh penanam. Mereka yang berminat boleh menghubungi Pusat Penyelidikan Ternakan MARDI Kluang (Bahagian Hortikultur) di talian 07-724311 atau 724313 atau Pusat Penyelidikan Buah-buahan MARDI Bukit Tangga (Bahagian Hortikultur) di talian 04-9222601. Dalam pada itu Jabatan Pertanian mengesyorkan kopi klon baharu jenis Liberica MKL5, MKL6 dan MKL7 kerana mempunyai ciri-ciri baik seperti hasil lebih tinggi, perlukan cara penyelenggaraan lebih mudah, kurang masalah serangan perosak dan harga pasaran yang lebih baik. Pada masa ini, pembiakan benih-benih kopi tersebut dilakukan di Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat, Johor. Untuk mendapatkan bekalan anak benih kopi tersebut, mereka boleh menghubungi ketua pusat berkenaan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
MENANAM KOPI... PERLU LLUASKANNYA...
VARIETI BARU.. DIMALAYSIA SUDAH ADA...
DI JABATAN PERTANIAN...BOLEH MINTA...
MENANAM KOPI... DIMAJUKAN SEGERA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Unit Semaian Benih Kopi,
Pusat Pertanian Parit Botak,
Bat Pahat, Johor,
Malaysia.
(26 JamadilAkhir 1437H).
Kemaskini pada 26 Jamadilawal 1444H
(Selapas 6 tahun ditulis).
DI JABATAN PERTANIAN...BOLEH MINTA...
MENANAM KOPI... DIMAJUKAN SEGERA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Unit Semaian Benih Kopi,
Pusat Pertanian Parit Botak,
Bat Pahat, Johor,
Malaysia.
(26 JamadilAkhir 1437H).
Kemaskini pada 26 Jamadilawal 1444H
(Selapas 6 tahun ditulis).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.