Support My Blog

Friday, December 23, 2022

SISA BUANGAN UNTUK TERNAKAN

SISA BUANGAN PERTANIAN
(Agriculture waste product) merupakan satu hasilan daripada aktiviti pertanian yang boleh dikitar semula untuk kegunaan lain. SISA PERTANIAN adalah semua bahan organik dan bukan organik yang terhasil daripada aktiviti tanaman, ternakan, ternakair, IAT dan sebagainya. Kemajuan dalam sektor pertanian menyebabkan banyak bahan sisa dihasilkan diladang dibuang. Bahan sisa pertanian tersebut memang memerlukan pengurusan yang baik seperti di kilang kelapa sawit dimana banyak tandan buah sawit yang dihasilkan. Jika sisa pertanian ini diurus dengan baik dipercayai memang banyak manfaat akan diperolehi daripadanya. Pada penulis blog mendapati dimana ada banyak kepentingan yang diperolehi hasil daripada bahan sisa ini jika diproses dengan baik. Bahan sisa seperti hampas kelapa, tandan dan pelepah kelapa sawit, kebun jagung manis dan sayuran yang myngkin dapat diproses bagi dijadikan sumber makanan kepada ikan dan haiwan ruminan. Dalam sudut yang lain pula, bahan sisa pertanian ini digunakan sebagai bahan penghasilan baja kompos. Baja ini juga mampu menghasilkan biogas (biodiesel) yang juga sumber tenaga kepada ramai manusia. Di samping itu penulis blog sering membuat tinjauan bagaimana bahan sisa pertanian juga boleh dijadikan sebagai alat gentian. Contohnya seperti kulit kerang yang sudah menjadi bahan sisa boleh dirawat atau diproses semula bagi menghasilkan alat gentian. Kulit kerang yang membekalkan kalsium, malah keras dan tahan menyebabkan bahan ini menjadi sumber utama pembuatan alat gentian. Bahan ini boleh juga menghasilkan tulang tiruan dan gigi palsu yang juga digunakan sebagai sumber dalam dunia perubatan. Bahan dari sisa pertanian yang sudah dirawat akan membantu mengurangkan pencemaran. Persekitaran akan menjadi bersih dan proses pemuliharaan alam sekitar akan dapat dilaksana. Segala jenis permasalahan yang berkaitan dengan pencemaran akan dapat diatasi. Persekitaran hidupan akuatik dan juga darat tidak akan tercemar bahkan segala pencemaran yang berlaku seperti pencemaran air dan udara akan dapat dikurangkan, seterusnya menjadikan bumi sebagai tempat yang selesa. Seterusnya, bahan sisa pertanian juga dapat digunakan untuk menghasilkan sumber makanan kepada manusia. Batang kelapa sawit dapat digunakan untuk menghasilkan sumber baja dan mungkin makanan. Hal ini kerana, batang kelapa sawit mampu untuk menghasilkan glukos. Selain itu juga penulis blog dapati dimana ada juga bahan sisa ini sesuai digunakan untuk menghasilkan sumber makanan seperti biskut. Kebaikan sebegini akan berguna menambahkan hasil kepada pengusaha. Dalam sudut yang tersirat pula, kepentingan sebegini akan mampu dalam mendatangkan banyak manfaat kepada manusia. Sisa pertanian secara saintifik ini banyak memberi kebaikan kepada manusia mahupun kepada ekonomi negara agar hasrat kerajaan akan tercapai dan sektor pertanian akan terus berkembang. Artikel pada tengahari Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai sisa buangan pertanian yang baik untuk mendapatkan faedahnya bagi bahan rujukkan anda semua pembaca blog.

Dalam media tempatan dilaporkan kisah bertajuk 'M
emaksimum sisa buangan' yang sesuai dijadikan bahan rujukkan. 
Dilaporkan pihak Lembah Bio yang ingin diwujudkan oleh Felcra bukan sahaja untuk mendukung komitmen hijau bahkan mampu untuk menambahkan pendapatan iaitu di kalangan peserta tanah rancangan FELCRA. FELCRA semenjak dikorporatkan pada 1 September 1997 atau pun nama sebenarnya sebagai Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) tidak lagi hendak menoleh kebelakang. Apabila berlaku penukaran status daripada sebuah agensi berkanun kepada syarikat milik penuh kerajaan ini seterusnya terus memberi peluang kepada Felcra meneroka bidang-bidang perniagaan baru. Kini pada usia yang mencecah 43 tahun, Felcra yang kini dikenali Felcra Berhad telah melalui revolusi yang lebih komersil dan pantas bahkan ramai peserta tanah rancangan terbabit sendiri seolah-olah tidak percaya apa yang dikecapi agensi berkenaan. Satu demi satu proses transformasi diketengahkan dan setiap perubahan yang dilaksanakan dijangka akan dapat memberi nikmat dan manfaat secara langsung kepada lebih 94,000 peserta tanah rancangan Felcra di seluruh negara. Maka dengan itu tidak hairanlah dimana Felcra sejak penubuhannya telah berjaya dan dapat mengagihkan dividen kepada ahlinya lebih RM3.1 bilion sekali gus membuktikan bahawa agensi itu sentiasa dapat mencatat keuntungan. Namun bagi Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajudin Abdul Rahman berkata agensi FELCRA tidak seharusnya terus selesa memainkan peranan sedia ada tetapi sebaliknya perlu berani menggalas tanggungjawab yang lebih besar. 


Beberapa aktiviti lain selain daripada menanam dan memproses kelapa sawit kini FELCRA telah melibatkan skktivitinya dengan projek Ternakan, Ternakair, Tanaman Makanan dan Industri Asas Tani. Dalam pada itu penanaman rumput napier digunakan untuk makanan lembu dimana projek intergrasi ini dijalankan dibeberapa lokasi termasuk di Lembah Bio bertempat di Felcra Seberang Perak (Sila lihat foto disebelah). Kini satu lagi p
elaksanaan projek sifar sisa bersepadu yang dijalankan di Lembah Bio dan di semua ladang Felcra seluruh negara merupakan komitmen terbaru agensi itu. Komitmen ini bukan sahaja akan menjana lebih pendapatan kepada para peserta di semua tanah rancangan, bahkan Felcra juga bakal menjadi agensi seumpama pertama yang mengaplikasi disiplin bioteknologi dalam operasi seharian," katanya pada satu pertemuan bersama Kosmo! selepas majlis taklimat projek Lembah Bio di Felcra Seberang Perak, Changkat Lada, Kampung Gajah baru-baru ini. Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Nasir Baba dan ADUN Kampung Gajah YB Dr. Wan Norashikin. Kini penggunaan mikrob juga telah diperkenalkan dalam beberapa aktiviti di Lembah Bio ini. Kini sebagai agensi yang mendominasi kegiatan pertanian khususnya perladangan kelapa sawit, getah dan padi, Felcra melalui pelaksanaan Lembah Bio akan memaksimumkan penggunaaan semula sisa-sisa buangan dan menjadikannya produk bio baru yang menguntungkan. Felcra Seberang Perak telah dipilih dalam merealisasikan program berkenaan dimana program Lembah Bio adalah berkonsepkan sifar sisa melalui kitaran semula dan ia bukan hanya akan menghasilkan persekitaran yang lebih bersih serta mesra alam tetapi juga menjana pendapatan tambahan melalui produk-produk yang dihasilkan. Melalui aplikasi bioteknologi ini, semua sisa dari kilang padi, sawit, kawasan perumahan peserta bahkan najis ternakan terutama lembu akan diproses menggunakan kaedah Efektif Mikro (EM).


FELCRA menyasarakan dan juga mahu menggantikan penggunaan baja kimia dengan baja organik serta memohon persijilan MyOrganik daripada Jabatan Pertanian dalam masa terdekat. Proses peralihan daripada perladangan secara konvensional kepada sistem perladangan secara organik mengambil beberapa tempoh waktu, Rekod-rekod dan amalan agronomi ladang akan diperiksa apabila pihak audit persijilan MyOrganik daripada jabatan berkunjung. Bahan seperti Effective Microorganisma (
EM) ujudnya memangtidak mengandungi mikrob yang khusus. Ia merupakan campuran mikroorganisma terpilih yang berupaya memberi pelbagai faedah kepada sektor pertanian. Kesemua mikrob ini boleh didapati pada alam semula jadi dan berkebolehan melupus bahan organik dan seterusnya mengeluar bahan larutan yang berfaedah seperti asid amino, gula, alkohol, hormon dan sebatian organik. EM akan membantu petani dan semua pengusaha dalam mengurangkan penggunaan bahan kimia yang berlebihan, memelihara ladang bebas daripada serangan penyakit dan serangga selain memulih tanah yang bermasalah. Proses ini akan menghasilkan beberapa produk yang akan digunakan semula di tanah-tanah rancangan Felcra termasuk baja dan racun serangga bioorganik serta makanan tambahan ternakan. Buat permulaan Felcra menyasarkan mampu menggantikan penggunaan baja kimia di semua ladang di seluruh negara sekurang-kurangnya 20 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang. Penghasilan baja organik itu kelak akan menjimatkan kos baja sehingga RM200 bagi satu hektar. Menjadi matlamat akhir untuk Felcra menggunakan 100 peratus baja organik yang dihasilkan sendiri namun pada masa sama, kita yakin satu hari nanti agensi ini mampu mengeluarkan sendiri jenama baja organik dan dipasarkan di luar. 
Dikawasan Lembah Bio ini terdapat banyak bahan buangan yang boleh dikitar semula. Hasrat itu tidak mustahil kerana Felcra mempunyai kemudahan dan bahan mentah yang mencukupi di semua ladangnya di seluruh negara. Selain bahan buangan sedia ada kini Felcra menggalakkan para peserta dan generasi kedua menternak lembu dan kambing serta menanam jagung di kawasan rumah masing-masing. Sebagai contoh najis lembu dan kambing berkenaan kemudiannya boleh dijual kepada Felcra untuk diproses menjadi baja organik. Pada masa yang sama, kita juga akan membeli batang dan akar pokok jagung yang ditanam untuk dijadikan bahan makanan lembu. Bagi membangunkan projek Lembah Bio berkenaan, sebanyak RM18.9 juta telah diperuntukkan melibatkan 11 komponen projek berteraskan bioteknologi sepenuhnya. Ia melibatkan ternakan lembu dan kambing secara fidlot, baja organik, tanaman kontan organik, ternakan akuakultur organik dan penghasilan beras organik. Selain itu melalui Lembah Bio, unit fermentasi dan kompos, pusat makmal pembangunan dan penyelidikan (R&D), bengkel pembungkusan serta pusat perniagaan rehat dan rawat akan diwujudkan. Beliau berkata, projek itu dijalankan dengan usahasama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan agensi-agensi lain. Sebagai langkah awal pelaksanaan, sebanyak empat buah kandang lembu fidlot telah dibina di Felcra Seberang Perak pada Mac lalu dan kemasukan lembu terbabit akan dilakukan pada Ogos ini. Projek ternakan ini juga melibatkan penanaman rumput napier yang akan menjadi makanan utama lembu terbabit. Buat masa ini tanah seluas lapan hektar di sini telah pun ditanam dengan rumput berkenaan dan ia mengambil masa tiga bulan untuk matang.


Sebagai pemangkin 
projek ternakan terbabit akan bertindak sebagai nukleus dan menjadi pemangkin kepada penternakan lembu bukan sahaja di kawasan penempatan Felcra berkenaan bahkan di sekitar kawasan Seberang Perak. Dalam menggunakan najis ternakan terutama lembu akan diproses untuk menjana pendapatan tambahan melalui produk-produk yang dihasilkan. Lembah Bio mampu memang optimis dapat menaiktaraf kehidupan lebih 94,000 peserta Felcra dan ahli keluarga mereka. Dari segi tahap kepakaran memang ia ada dimiliki Pusat Latihan Felcra di seluruh negara dimana ia akan digunakan bagi tujuan melaksanakan projek berkenaan. Pusat latihan berkenaan akan menyediakan modul-modul latihan yang berkaitan langsung dengan aplikasi bio-teknologi ini termasuk bagaimana proses EM, ternakan organik, tanaman kontan organik dan sebagainya. Felcra yang ketika ini telah pun bertanggungjawab mengurus dan membangunkan tanah seluas kira-kira 262,160 hektar di seluruh negara dengan pelbagai projek pertanian yang berdaya saing akan terus memastikan peserta yang bernaung di bawah agensi itu mendapat manfaat sewajarnya. Semuga coretan daripada wartawan ini akan dapat dilaksanakan oleh Felcra sebagai satu kejayaan dimana akan datang. Semuga artikel ini memberi manafaat kepada pembaca blog anim agro technology.  Wasallam!!!.
PROJEK DIRANCANG... OLEH FELCRA...
LADANG SAWIT LUAS...SELURUH NEGARA...
PELBAGAI AKTIVITI... RANCANG SEGERA....
LAPORAN AKHBAR... DIRUJUK SEMULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
FELCRA Sungai Sepuloh,
Paloh, Kluangm
Johor, Malaysia.
(20 Muharam 1438H)
Kemaskini pada 25 Jamadilawal 1444H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...