Support My Blog

Friday, December 9, 2022

ISU BENIH PADI DI MALAYSIA

INDUSTRI PADI DI MALAYSIA
adalah sejenis industri penting diteruskan agar keterjaminan bekalan makanan asasi negara iaitu nasi dari beras dapat didaulatkan. Kepentingan bekalan benih berkualiti atau Benih Padi Sah amat penting dijaga selama ini sehingga menjadi satu industri yang mampu bekalkan beras sekitar 70% dalam cara menentukan Paras  Kecukupan Kendiri (SSL) di Malaysia. Isu benih padi tidak sah pernah menjadi cirus dalam industri padi. Penggunaan benih padi tidak sah berpotensi mengancam bekalan beras dalam negara. Isu ini telah berlaku dibeberapa lokasi penanaman padi dengan pelbagai alasan dan punca. Walau pun kempen sentiasa dilakukan oleh pihak berwajib tetapi masih ada pesawah yang menggunakan benih tidak sah. Benih padi tidak sah boleh menyebabkan kekurangan hasil, kesan perebakkan penyakit serta merugikan pesawah dan negara. Pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFI) juga telah menyatakan demikian pada akhbar tempatan yang disiarkan oleh media tempatan berkenaan isu benih padi tidak sah sebagai satu testimoni yang perlu dihalusi. Pada penulis blog menndapati dimana isu bekalan benih padi sah adalah merupakan progeni benih asas atau daftar yang dikawal pengeluarannya mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui menepati piawaian yang ditetapkan. Oleh itu setiap transaksi mengenai benih padi sah semestinya melalui pemeriksaan yang ketat agar tidak berlaku penyelewengan. Pelaksanaan program Insentif Benih Padi Sah (BPS) oleh MAFI melalui Jabatan Pertanian adalah bagi memenuhi dasar Kerajaan yang manan ia memang menggalakkan semua petani menggunakan benih padi sah untuk tujuan penanaman padi di Malaysia. Perakuan kualiti benih padi sah hanya akan diberikan bagi benih padi yang mematuhi syarat dan juga piawaian berdasarkan kepada spesifikasi yang terkandung dalam dokumen dalam Standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM) : Spesifikasi Pengeluaran Benih Padi (Oryza sativa) dan MS 469:2012 : Specification for Rice (Oryza sativa) Seeds for Planting. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa laporan media mengenai isu bekalan benih padi untuk ianya dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Pertaman adalah laporan meda dalam hmetro.com bertajuk '
Jabatan Pertanian jamin benih padi mencukupi' memang sesuai dengan tajuk artikel. pihak Jabatan Pertanian (DOA) Putrajaya memberi jaminan benih padi mencukupi untuk keperluan pesawah bagi penanaman seluas 520,000 hektar kawasan tanaman itu di Semenanjung Malaysia. Info dari DOA ibupejabat menerusi kenyataan media hari ini memaklumkan, berdasarkan data sehingga 10 Oktober 2022 sebanyak 52,922.5 metrik tan benih padi masih yang dalam proses pengesahan. Jumlah berkenaan adalah mencukupi bagi keperluan mengikut jadual penanaman di Kedah dan Perlis sehingga akhir musim. Pada musim ini jumlah benih yang disahkan dijangka melebihi daripada 36,000 metrik tan dan ia melebihi daripada keperluan. Sebelumnya pihak media ada melaporkan Badan Bertindak Petani Mada mendakwa berlaku sekali lagi kelewatan proses pengagihan benih padi kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sehingga menjejaskan jadual tanaman lebih 50,000 pesawah di Kedah dan Perlis. Pengerusinya, Che Ani Mat Zain mendakwa pihaknya kecewa apabila masalah pengagihan benih padi masih berterusan sejak tiga tahun kebelakangan ini selain tiada penyelesaian diambil kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Kerajaan sekali lagi mengubah kaedah pengagihan pada tahun 2021 apabila 12 syarikat diberi hak mengeluarkan benih padi sah selepas berlaku masalah ketika Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menjadi pengedar tunggal tahun lalu. Menurut DOA dimana pihaknya sentiasa komited bagi memastikan benih padi yang disahkan menepati kualiti standard yang ditetapkan bagi menjamin pesawah mendapat bekalan benih berkualiti. Pesawah dinasihatkan supaya tidak perlu khuatir mengenai bekalan benih kerana pada musim 2/2021 terdapat permintaan yang agak tinggi untuk varieti MR 297 sehingga menyebabkan ia tidak mencukupi. Kini terdapat 13 varieti lain yang setanding varieti MR 297 diluluskan DOA, iaitu MR 219, MR 220 CL2, UKMRC-2, UKMRC-8, MR 269, MR 303, MR 307, MRQ76, MR 263, Putra 1 dan Putra 2. DOA berharap pesawah dapat membuka ruang dan bersedia untuk menanam varieti lain selain MR 297 yang mampu memberi hasil yang tinggi. Pesawah juga dinasihatkan supaya tidak membeli benih yang tidak mendapat pengesahan daripada DOA dikenali sebagai 'beg putih' dimana penggunaan benih jenis ini dikhuatiri boleh menyebabkan masalah padi angin, penyakit dan perosak yang boleh menjejaskan kualiti serta industri padi negara.

Isu bagaimana '
Proses penilaian jadi punca benih padi lewat dihantar' dijelaskan sebagai salah satu masaalah dalam insustri padi dilaporkan dalam utusan.com. Kisah dari Alor Setar, Kedah ini menyatakan dimana akibat kelewatan penghantaran benih padi sah kepada lebih 50,000 pesawah di Kedah dan Perlis berlaku kerana benih terbabit perlu dihantar ke makmal Jabatan Pertanian bagi proses penilaian. Kementerian Pertanian (MAFI) menyatakan dimana benih padi yang dikeluarkan oleh pembekal perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan kualitinya sebelum pengesahan dapat dibuat. Dilaporkan pihak makmal pula mengambil masa antara dua hingga tiga minggu bagi melakukan beberapa ujian seperti tahap kelembapan, kemampuan percambahan dan ketulenan biji benih berkenaan. MAFI menerima hakikat memang ada sedikit kelewatan berlaku dalam pengedaran benih padi sah kepada pesawah mengikut jadual dan fasa ditetapkan berikutan tempoh rehat antara musim penanaman pertama dan kedua yang terlalu singkat. Pengilang swasta yang menghasilkan benih padi pada waktu rehat berkenaan dan ia perlu dihantar ke Jabatan Pertanian bagi proses ujian sebelum disahkan dan dihantar ke pemborong dan pihak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan seterusnya sampai kepada pesawah. Sebelum ini pihak Pengerusi Badan Bertindak Petani Mada iaitu Che Ani Mat Zain mendakwa lebih 50,000 pesawah yang mengusahakan tanaman padi seluas 100,000 hektar di kawasan MADA menghadapi masalah kelewatan bekalan benih padi sah sejak tiga tahun lalu. Apa pun isu kelewatan bekalan benih padi tersebut menyebabkan pesawah tidak dapat mengikut jadual penanaman padi yang ditetapkan termasuk mengelakkan musim hujan dan kemarau.
Diberitahu proses pengagihan benih padi sedang dilakukan oleh pihak pengedar dan kerajaan memberi jaminan bekalan tersebut mencukupi. MAFI sudah melawat kilang pengeluar benih padi antara terbesar dan mendapati bekalan benih berkenaan bagi musim tanaman ini adalah cukup, malah berlebihan daripada keperluan pesawah. Dilaporkan cuma ada masalah pada pengeluaran varieti MR297 yang menjadi kegemaran pesawah kerana kita kalau boleh tidak mahu hanya satu varieti sahaja digunakan, sebaliknya pesawah boleh menanam varieti lain yang setanding MR297.

Berkaitan dengan laporan '
Tiada penyelewengan benih padi' juga ia menarik dikongsikan. Laporan media ini menyatakan dimana pihak kementerian pertanoan memang sentiasa memastikan bekalan benih padi yang diperlukan pesawah mencukupi sekali gus mengelak penyelewengan atau manipulasi. Menteri Pertanian dakwa di antara langkah yang diambil ialah menetapkan harga siling sebanyak RM35 setiap beg Benih Padi Sah (BPS) bermula Februari lalu. Kini dengan penetapan harga siling benih padi kepada maksimum RM35 bagi setiap beg merupakan tindakan yang dapat mengurangkan isu penyelewengan dan penyorokan. Jadi ia (penyelewengan benih padi) tiada ruang untuk dimanipulasi demi menjaga masa depan pesawah negara. Menteri telah berkata demikian pada sidang akhbar selepas sidang video MAFI bersama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohammad Mustafa di Johor. MAFI memang pihatin iaitu produk agro makanan sebanyak 2.5 tan metrik yang akan memberi manfaat kepada 350 orang penerima melibatkan enam rumah kebajikan di sekitar Johor Bahru. Apa pun dilaporkan isu benih padi yang dilaporkan di Kedah dan Perlis baru- baru ini lebih tertumpu kepada masalah varieti padi yang dikehendaki oleh pesawah tidak mencukupi. Kini berlaku masalah ini yang mana ia tidak serius seperti musim lalu dan lebih kepada isu varieti padi yang dikehendaki pesawah. Ia disebabkan permintaan tinggi terhadap varieti padi MR 297 sehingga tidak mencukupi musim ini.  Bagaimanapun, bahagian kawal selia padi dan beras bersama agensi lain sudah mengambil tindakan perlu bagi mengatasi masalah yang dihadapi pesawah. Pihak kementerian sudah ambil langkah yang perlu bagi mengurangkan isu pengedaran benih. Isu ini perlu diambil tindakan dan penyelesaian segera untuk elak masalah lebih besar dihadapi pesawaha. Ada laporan lain yang mendakwa kalangan pengusaha yang kecewa apabila masalah pengagihan benih padi masih berterusan sejak tiga tahun kebelakangan ini, selain tiada penyelesaian diambil kerajaan melalui kementerian.  Jabatan Pertanian dilaporkan memberi jaminan benih padi mencukupi bagi keperluan pesawah melaksanakan penanaman musim 2/2021 di kawasan seluas 520,000 hektar di Semenanjung. Apa pun menurut jabatan iaitu berdasarkan data hingga 10 Oktober 2021 dimana sebanyak 52,922.5 tan metrik benih padi sedang dalam proses pengesahan. Jumlah berkenaan mencukupi untuk keperluan mengikut jadual penanaman di Kedah dan Perlis hingga akhir musim utama depan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua par apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BENIH PADI ... PERLU DISEDIAKAN...
BENIH PADI SAH... IA DIGUNAKAN...
HARGA DIKAWAL... ADA JAMINAN...
PADI DITANAM... JADI MAKANAN... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya, 
Malaysia.
(7 JamadilAwal 144H)
Bersamaan 7 November 2022.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...