Support My Blog

Tuesday, December 13, 2022

ENTOMOLOGI - APA DIA?

ENTOMOLOGI (Entomology) adalah salah satu cabang sains berkaitan hidupan dan pertanian yang khusus mengkaji mengenai serangga. Mereka yang berkerja dalam bidang ini akan digelar sebagai Entomologis (Entomologist). Penulis blog teringat semasa di universiti dahulu sekitar tahun 1979 belajar subjek ini dan merasakan ia sebagai subjek yang susah dan ramai juga yang gagal atau menerima markah rendah semasa peperiksaan semester dan ada juga yang terpaksa membuat ulang subjek. Ini kerana belajar sains entomologi amat sukar terutama untuk mengingati nama-nama serangga dalam bahasa latin selain daripada perlu melakukan amalan latihan praktikal dengan membedah seekor lipas atau serangga lain yang rumit. Proses pembedahan ini memang agak susah kerana ia memerlukan kemahiran, ketelitian dan juga keberanian. Bagaimana pun perkataan ini adalah diambil dari dua perkataan Latin iaitu 'Entomon' yang bermakna serangga dan 'logos' yang bermakna sebagai ilmu pengetahuan. Dalam pada itu dunia hidupan 'Serangga' atau 'Insect' dalam baha Inggeris merupakan kelompok haiwan yang terbesar bilangan spesiesnya berbanding lain-lain jenis haiwan ataupun pada tumbuhan. Sehingga kini dilaporkan masih terdapat sekitar 1 juta spesies serangga yang telah direkodkan oleh saintis seluruh dunia dimana bilangan ini masih bertambah. Bilangan spesies serangga yang wujud sebenarnya tidak diketahui kerana masih banyak lagi yang belum direkodkan akan kewujudannya. Penulis blog dapati memang ada kepentingan ilmu sains pengetahuan entomologi dimana ia boleh dilihat daripada peranan serangga secara langsung maupun tidak langsung dalam kehidupan manusia di bumi ini terutama didalam bidang pertanian. Serangga ada yang memberikan manafaat dan ada juga yang menjadi perosak kepada tanaman sehingga menyebabkan kerugian atau menurunkan kualiti hasil tanaman, ternakan dan juga aspek perikanan. Dalam sektor pertanian ada pelbagai kaedah digunakan didalam mengawal keberadaan serangga seperti kawalan perosak bersepadu, penggunaan bahan kimia dan sebagainya sebagai satu industri. Pakar-pakar entomologi perlu sentiasa kemaskini kepakarannya kerana serangga akan berubah atau bermutasi mengikut peredaran masa. Artikel petang Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai kepentingan Sains Entimologi dan Pakar Entomologis untuk dijadikan bahan rujuakkan semua. 


Dalam skop entomologi dimana selain ia berkait dengan serangga tetapi kadang-kadang bidang ini diperluaskan untuk turut mencakupi artropod. Merujuk kepada beberapa jurnal dilaporkan dimana '
Entomologi' sebenarnya adalah merupakan cabang ilmu dari zoologi iaitu ian mencakupi ilmu yang mempelajari tentang artropoda (haiwan serangga yang beruas-ruas) dan juga termasuk spesis labah-labah dan kerabatnya (Arachnida atau Arachnoidea), serta Ulat Gonggok dan kerabatnya (Millepoda dan Centipoda). Pada penulis blog yang belajar imlu entomologi mendapati dimana sama seperti beberapa ilmu bidang lain yang dikategorikan dalam zoologi dimana ilmu entomologi juga termasuk dalam kategori berasaskan takson (atau berkaitan taksonomi). Bidang Entomologi juga memang ia mencakupi segala bentuk kajian ilmiah dengan fokus adalah kepada penyelidikan berkaitan dengan subjek serangga. Sebenarnya bidang entomologi juga berkait dengan bertindihan dengan pelbagai topik sains yang beragam seperti Skop genetik, Skop Molekular, Skop Perilaku, Biomekanik, Biokimia, Sistematik, Fisiologi, Biologi Perkembangan, Ekologi, Morfologi dan juga Paleontologi. Entomologi mesti faham akan pengkelasan dan taksonomi serangga serta marfologi serangga tersebut secara terperinci. Memang ia memerlukan banyak rujukkan untuk menguasai ilmu dalam bidang sains kajian serangga. Di Malaysia dilaporkan memang kurang pakar-pakar sebagai Entomologis dimana ia mungkin berada dibeberapa agensi penyelidikan, universiti, Jabatan Pertanian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains (MOSTI), Agensi Nuklear, Estet serta beberapa pihak swasta yang terlibat dalam sektor pertanian. Antara bidang tugas entomologis termasuk membuat kajian entomologi bertujuan  mampu menyelesaikan masalah berkaitan serangga dengan profesional. Bidang penyelidikan termasuk kawalan biologi, pengurusan serangga, ekologi serangga dan sistematik, fisiologi serangga, biokimia, toksikologi dan biomolikul serangga dan teknik penggunaan racun perosak.

Entomologi yang berkait dengan haiwan serangga yang merupakan benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata kelas Insecta yang mana ia juga mempunyai bilangan spesies terbanyak. Serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropoda. Spesies-spesies serangga mempunyai ciri utama kulit rangka di luar tubuh yang keras dan berkitin, badan dibahagikan kepada tiga iaitu kepala, toraks dan abdomen, tiga pasang kaki yang terdapat di bahagian tubuh toraks, biji-biji mata majmuk dan sepasang sesungut (Sila lihat foto disebelah). 
Memang berat belajar imlu ini dimana kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi. Pada penulis blog juga mendapati dimana serangga ialah kelompok haiwan paling berbagai-bagai termasuk lebih sejuta spesies dicatatkan dan mewakili lebih separuh organisma yang diketahui. Jumlah spesies yang masih wujud dianggarkan sebanyak antara 6 - 10 juta dimana keberadaannya adalah 90% daripada jumlah semua haiwan yang berada di muka bumi memang berpotensi daripada jenis serangga. Bagaimana pun anggaran jumlah keseluruhan spesies kini, termasuk yang belum dikenali oleh sains sekitar dari 20 - 30 juta dengan kebanyakan pakar sains cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah diketahui saintis dimana ada hampir satu juta spesies serangga akan tetapi dilaporkan masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Memang tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus dimana ia sebelum dapat direkodkan kewujudannya yang terjadi akibat aktiviti pembangunan hutan dan habitat aslinya yang dilakukan. Sebenarnya serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini dimana jika diteliti memang ada didapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia iaitu sama ada di luar rumah ataupun di dalam rumah. Ramai pernah melihat serangga yang lazim didalam rumah seperti semut, lalat, nyamuk, pepijat, lipan, jengking dan sebagainya. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung terhadap kehidupan manusia di mukabumi ini. Beberapa info menunjukkan dimana terdapat sekitar 5,000 spesies jenis pepatung, 2,000 spesies mentadak, 20,000 spesies belalang, 170,000 spesies rama-rama dan kupu-kupu, 120,000 spesies lalat, 82,000 spesies pianggang, 350,000 spesies kumbang, dan 110,000 spesies lebah dan semut. Bagaimana luasnya ilmu entomologi adalah bergantung kepada banyakanya spesis serangga yabg dapat direkodkan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Di Malaysia kini sudah ada kemudahan muzeum untuk ianya menjadi '
Rujukan mengenai serangga' yang terbaik seperti laporan harian metro hasil usaha entomologist. Persoalan pernahkah pembaca blog ini dapat melihat lebih 30,000 spesimen serangga sama ada yang sudah dikenal pasti atau belum?. Apa pun mungkin kebanyakan serangga berkenaan dikenal pasti menyerang pelbagai tanaman pokok dan sayuran. Dilaporkan MARDI dan Jabatan Pertanian masing-masing telah mewujudkan Muzium Serangga sejak 1970-an bagi memberi perkhidmatan mengenal pasti dan pengecaman serangga. Ia juga sebagai pusat rujukan bagi penyelidik, pelajar, petani dan orang ramai yang berminat dalam kajian serangga. Bagi entomologis bernama Nurin Izzati nyatakan dimana koleksi serangga ini juga digunakan sebagai bahan pameran dalam bidang pertanian. Spesimen ini juga digunakan dalam menghasilkan buku penyelidikan, penulisan kertas kerja, journal pertanian dan risalah serangga sebagai bahan rujukan. Muzium ini berguna dalam kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D) projek pertanian yang penting untuk industri pertanian negara. Koleksi serangga ini terdiri daripada pelbagai ‘order’ dan ‘famili’ dimana kini terdapat kira-kira 30,000 spesimen disimpan dalam kotak pameran untuk rujukan. Tujuan utama adalah untuk memberi perkhidmatan pengecaman serangga dan khidmat nasihat berkenaan cara menjaga koleksi serangga. Perkhidmatan ini diberikan kepada semua pihak termasuk kakitangan kerajaan, agensi kerajaan, swasta, pelajar, petani dan individu yang berminat dalam bidang kaji serangga. Koleksi dilakukan dengan pelbagai cara iaitu kutip dengan tangan, menggunakan jaring dan perangkap serangga. Sementara cara simpanan serangga yang sudah dikutip adalah melalui cara kering dengan dipinkan atau cara basah disimpan dalam alkohol. Proses serangga yang disimpan dalam koleksi rujukan ialah dengan mengutip serangga dari ladang di seluruh negara dan membawa balik ke makmal untuk diasingkan. Kemudian ia ‘dipinkan’ serangga berkenaan dan melabelkan serangga untuk memudahkan kami mengenal pasti jenis serangga terbabit. Selepas ia akan mendaftar nama dan famili serangga berkenaan dalam buku rujukan yang disimpan dalam koleksi rujukan. Selain daripada melakukan aktiviti mengenal pasti serangga pegawai MARDI juga akan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), projek biodiversiti serangga dan kerja luar dalam bidang kajian serangga. Koleksi serangga dalam Muzium Serangga MARDI menjadi tempat rujukan dan kajian serangga untuk menambah pengetahuan khususnya dalam bidang entomologi.

Berlainan pula kisah di Itali apabila '
Itali diserang belalang' perlukan khidmat ilmu entomologi untuk mengatasinya. Kisah dari Rom, Itali melaporkan dimana akibat serangan berjuta-juta belalang menyebabkan 2,000 hektar tanaman di Sardinia musnah seperti dakwaan oleh pihak persatuan petani Itali, Coldiretti hari ini dengan pakar menganggap serangan itu yang terburuk dalam tempoh enam dekad. Coldiretti dalam satu kenyataan memberitahu dimana antara kawasan paling teruk terjejas adalah di sekitar Nuoro, Ottana dan Orani di tengah pulau Mediterranean dengan kebanyakan lokasi diliputi serangan berkenaan. Bagaimana pun seorang ahli datau pakar entomologi tempatan bernama Ignazio Floris memberitahu akhbar La Stampa dimana sebenarnya hasil kajiannya mendapati dimana serangan belalang itu adalah yang terburuk di kawasan berkenaan dalam tempoh 60 tahun. Peningkatan mendadak belalang itu dikaitkan dengan peningkatan suhu selepas cuaca sejuk pada Mei apabila banyak anak serangga muncul di ladang yang terbiar. Ladang yang terbiar dilaporkan telah menggalakkan belalang bertelur pada musim luruh. Apa pun kajian mendapati dimana belalang ini muncul di ladang terbiar tetapi pergi ke tanah yang mempunyai tanaman untuk makan diaman memang tiada cara untuk menghentikan serangan itu sehingga teknik sesuai didapati. Kajian lanjut sedang dilakukan agar kadar serangan ini dapat diatasi kelak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ILMU ENTOMOLOGI... BERKAIT SERANGGA...
SUSAH BELAJAR... LUAS BIDANG IMLUMYA...
SERANGGA BERFAEDAH.... PEROSAK ADA....
PERANAN ENTOMOLOGIS... DILAPOR MEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomisy (Belajar Entomologi),
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(17 JamadilAwal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...