Support My Blog

Friday, December 16, 2022

KAITAN KELKATU DAN ANAI-ANAI (Part 3)

APA KAITAN KELKATU DENGAN ANAI-ANAI?
. Mungkin ramai kalangan pembaca blog ini yane belumtahu akan kaitannya. Sebenarnya Anai-anai (Termites) adalah sejenis serangga berkoloni yang sering kita jumpa dari order serangga Isoptera. Penulis blog memang sering jumpa rantaian anai-anai yang berjalan dikawasan kebun getah dikampong dahulu dengan susunan yang agak panjang. Anai-anai adalah merupakan serangga berkoloni dengan mempunyai sarang dan membua busut diatas tanah atau didalam kayu atau dilain lokasi. Anai-anai adalah jenis serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah dan kayu. Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah pun dikenalpasti) merupakan serangga perosak. Di Malaysia terdapat tiga famili anai-anai daripada 7 famili yang biasa ditemui di negara ini iaitu Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae. Saya dapati hanya famili Rhinotermitidae yang menjejaskan ekonomi negara dengan merosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan berkayu dan kesebagainya. Anai-anai jenis perosak ini dapat dibezakan dengan yang lain melalui cecair yang dikeluarkan semasa ia menggigit. Anai-anai dewasa mempunyai organ pembiakan dengan sepasang kepak yang sama saiznya. Bentuk badannya simpel dimana ia menunjukkan bahawa anai-anai adalah jenis seranggga yang awal dalam evolusi metamorfosis berperingkat didalam dunia serangga. Walau pun marfologi bagi anai-anai sangat simpel, anai-anai sangat baik (advanced) didalam bersosial (social behaviour). Kajian terkini menunjukkan terdapat lebih dari 2,800 spesis anai-anai diseluruh dunia dengan mempunyai lebih dari 285 genera. Di Malaysia kita boleh menjumpai pelbagai jenis anai-anai didalam habitat hutan, belukar, kebun dan anai-anai yang tinggal dikawasan perumahan. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai serangga anai-anai dan kaitannya dengan kelkatu serta fakta untuk menjadi bahan bacaan dan rujukkan.

Dalam penulis blog merujuk kepada beberapa laporan kajian yang dilakukan pakar di Malaysia dimana anai-anai jenis 
Coptotermis sp. adalah spesis yang paling biasa ditemui dan mengakibatkan kerosakan pada bangunan. Satu koloni anai-anai jenis ini dilaporkan memang boleh mencari makanan sejauh 100 meter jauhnya dari sekitar sarangnya. Spesis ini  juga didakwa memang ianya boleh menyerang tingkat-tingkat bangunan yang paling tinggi. Dalam satu laporan media dinyatakan dimana pada tahun 2014 kes yang berlaku di Negeri Kedah dimana berlaku kejadian seorang lelaki telah mati setelah jatuh daripada lantai kayu yang telah dimakan anai-anai. Penulis blog juga pernah terbaca dimana dalam kes lain kematian mangsa yang dilaporkan pada tahun 2006 yang berlaku di Taman Bukit Beruang, Melaka (tidak jauh dari kediaman penulis blog) diaman apabila tangki air telah terjatuh daripada syiling rumah kerana kayu palang tangki yang menyokongnya telah dimakan oleh anai-anai. Dilaporkan dimana spesis dari genus anai-anai Coptotermis juga dikenali sebagai anai-anai yang paling banyak menyebabkan kerosakan di dalam sektor pertanian di Malaysia dengan merosakkan tanaman. Spesis ini biasanya menyerang pokok getah, pokok durian dan pokok mangga yang mana ia telah menyebabkan kerugian yang besar di dalam industri tersebut. Anai-anai ini pada kebiasaannya akan menyerang bahagian dalam isi kayu dan akan memakannya sebelum memakan bahagian luar. Pokok yang telah diserang akan mati dan tumbang. Memang berlaku agak mudah untuk mengenali pokok yang telah diserang oleh anai-anai iaitu selalu memeriksa dengan melihat daun yang baru tumbuh. Daun tersebut serta daun-daun yang lain akan kekuning-kuningan kerana tidak mendapat makanan dan air. 

Semasa bertugas dan membuat tinjauan di kebun petani dulu ramai yang bertanya penulis blog persoalan bagaimanakah anai-anai menyerang?. Sekitar ladang durian di Raub, Gua Musang dan Segamat dilihat ada beberapa busut yang dijadikan sarang anai-anai yang mana lazimnya memudahkan serangan serangga tersebut. Para petani digalakkan sentiasa memeriksa kebunnya termasuk pemeriksaan keberadaan anai-anai sebelum usaha mengawl dijalankan. Dalam keadaan biasa dalam kawasan perumahan pula dimana biasanya a
nai-anai akan memasuki kawasan bangunan melalui retakan dalaman asas bangunan dan jurang di antara lantai dan dinding (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu rumah sewa penulis blog di Taman Peringgit Jaya dan Kuarters di Percint 11 Putrajaya pernah juga melihat bagaimana ada saluran elektrik serta paip air yang dipasang di dalam dinding dan juga saluran kabel telefon didapati kawasan yang merupakan tempat yang paling strategik bagi anai-anai untuk menembusi ke dalam bangunan. Biasanya apa yang berlaku adalah setelah anai-anai berjaya memasuki ke dalam bangunan maka waspada akan serangannya tidak akan disedari selama berbulan-bulan. Pengalaman penulis blog sendiri di Kuarters Putrajaya mendapati dimana kehebatan dan kepandaian anai-anai menyembunyikan kehadirannya menyebabkan gerobok kayu roboh dan banyak baju serta kertas habis dimakannya. Peliknya anai-anai hanya makan hanya sebelah dalam sahaja sedangkan dilihat dari luar memang tidak kelihatan akan kerisakan yang dilakukan. Dibahagian dapur pula akan kelihat juga saluran tiub lumpur dimana nai-anai bergerak di belakang struktur kayu sehingga populasinya membimbangkan.

Pada masa sama penulis blog sendiri sentiasa berfikir bagaimana cara paling berkesan, murah dan selamat untuk mengurangkan atau membasmi kehadiran anai-anai ini. Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana a
nai-anai terutamanya spesis subteranian merupakan anai-anai yang menjadi 'mimpi ngeri' bagi pemilik rumah (termasuk kuarters kerajaan) terutama di kawasan tropika seperti di Malaysia. Setiap tahun dilaporkan ada kalangan pemilik rumah akan membelanjakan beribu-ribu dan pihak swasta atau kerajaan menbelanjakan jutaan ringgit untuk menggantikan kerosakan dan juga kos pembaikan. Kejadian kes bangunan pejabat milik kerajaan yang roboh telah menjadi bukti dimana serangan anai-anai memang amat merbahaya dan juga merugikan (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya aktiviti penyelenggaraan bangunan adalah penting untuk menghapuskan dan mencegah keadaan yang kondusif untuk aktiviti anai-anai dalam atau di sekitar bangunan. Malah bangunan yang diselenggara dengan baik juga tidak terkecuali oleh serangan anai-anai subteranian. Seperti yang kita sedia maklum dimana dilaporkan kehebatan serangga anai-anai di Malaysia memang mampu bergerak dengan senyap untuk mencari makanan sejauh 100 meter daripada sarangnya. Sebaikny kerja pemeriksaan pada peringak awal daripada pemilik bangunan dan pengendali makhluk perosak secar rutin dan profesional adalah salah satu cara terbaik untuk ianya menjadi usaha dalam mengatasi masalah serangan anai-anai sebelum mereka merebak dan menyebabkan nilai kerosakan yang tinggi pada bangunan. Memang digalakan agar aktiviti pemeriksaan ini tidak hanya dilakukan pada setiap tahun akan tetapi sebaliknya ia haruslah dijadikan ia satu keperluan bagi melakukan pemeriksaan lebih kerap dengan usaha sendiri ketika menjalankan kerja-kerja rutin harian. Pemeriksaan yang terbaik bukan sahaja bagaiman cara melihat kehadiran anai-anai tetapi juga melihat keadaan perkara lain yang kondusif bagi aktivitinya. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
ANAI-ANAI KELKATU... IA SAUDARA...
ANAI-ANAI DEWASA... PEROSAK DIA...
KELKATU ... MEMBIAK IA KERJANYA...
MEMBACA ARTIKEL... RASANYA SUKA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bkt Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(18 Jamadilawal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...