Support My Blog

Wednesday, September 8, 2021

RESEPI REBUNG BULUH KEGEMARAN

MASAKAN REBUNG BULUH
(Bamboo shoot) merupakan salah satu makanan kesukaan ramai termasuk penulis blog di Malaysia. Bagaimana pun saya hanya sukakan rebung buluh masih segar dan memang tidak suka makan rebung jeruk. Rebung Buluh adalah tunas muda yang tumbuh dari bahagian akar buloh yang keluar dari pangkal pokok buloh. Penduduk Asia secara umumnya menggunakan rebung sebagai bahan makanan yang dikategorikan sebagai sayuran. Selalunya selain daripada dimakan segar, rebung digunakan dalam bentuk 'rebung jeruk' yang tahan disimpan dengan lebih lama. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai rebung buluh dalam blog ini untuk dibaca dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Pada masa ini ada jenis rebung sudah dapat diproses untuk berbagai macam produk bahan makanan berasaskan rebung seperti tepung rebung yang memiliki kandungan intipati tinggi, cuka rebung, kerepek rebung, rebung sejukbeku dan jeruk rebung. Masyarakat di Malaysia lebih kenal rebung sebagai sejenis sayuran yang enak terutama masak lemak pedas untuk hidangan masakan di rumah. Rebung memiliki rasa yang lazat dan diketahui boleh membuat selera makan nasi bertambah. Penulis sendiri memang menikmati hidangan rebung segar semenjak kecil dahulu kerana mempunyai beberapa rumpun buloh rebong di kawasan belakang rumah yang masih ujud sehingga kini (sudah lebih 50 tahun umur rumpun buloh ini). Cara untuk menyediakan sayur rebong berbagai cara dan resepi tetapi paling popular adalah rebung masak lemak cili api dengan daging lembu atau daging ayam atau udang. Dalam pasaran kita mudah mendapatkan rebung yang ditinkan terutama produk yang diimpot daripada negara China. Terdapat juga produk daripada Thailand dan Taiwan yang dijual dipasaraya dan dijual dengan harga yang munasabah. Bagaimana pun pada saya hanya berminat terhadap rebung segar yang dipetik sendiri atau dibeli dari pasar atau pasar tani dan kurang minat dengan rebugn jeruk. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa resepi kegemaran penulis blog untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda.

Pada penulis blog resepi yang paling saya suka adalah Masakan 
Resepi Rebung Masak Lemak Cili Padi dimasak oleh arwah ibu dahulu. Bekalan rebung buluh segar dari kebun di belakang rumah di Muar, Johor ini memang dikutip puluhan tahun dan akan mudah didapati pada musim hujan. Selalunya bahan-bahan yang digunakan adalah 1batang rebung segar yang perlu dibersihkan dan di rebus sehingga empuk dan apabila sudah empuk maka diracikkan dan diketepikan, Santan kelapa (parut sendiri dan diperah), 1 genggam udang kering, garam, 1-2 keing asam keping dan 2 cawan air. Bagi ramuan bahan kisar pula sediakan 1 biji bawang besar, 2 cm halia, 2 cm lengkuas, 2 batang serai, 5-7 biji cili padi (Hendak pedas boleh tambah) dan 2-3 cm kunyit hidup. Cara-cara untuk memasaknya dengan memanaskan kuali atau periok dan seterusnya dimasukkan bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih dan naik bau. Seterusnnya dimasukkan udang dan hirisann rebung. Biarkan sebati dan mendidih agak lama. Pastikan untuk memperlahankan api dan tambah santan serta garam dan pada masa kritikal ini perlu kacau perlahan dan tanpa henti sehingga mendidih. Kaedah ini adalah untuk memastikkan santan tidak agar menjadi kepala. Biarkanlah sehingga masak sepenuhnya. Apabila masak boleh diangkat dan hidangkan bersama lauk pauk yang lain untuk dinikmati dengan nasi panas. 

Resepi masakan rebung buluh yang kedua penulis blog suka tentunya 
Masak Lemak Cili Api Rebung Bersama Perut Lembu. Makanan ini memang menjadi kesukaan keluarga sejak dahulu terutama jika ada jamuan keluarga. Bagi tujuan menyediakan kuliner ini diperlukan bahan iaitu rebung segar yang direbus dan dihiris, segenggam perut lembu (dibasuh bersih dan direbus hingga lembut  dan dihiris kecil-kecil), 3 biji bawang merah dikisar, 2 biji bawang putih yang dikisar, 1 inci kunyit hidup, 5 biji cili api, 1 cawan santan pekat (beli santan yang sudah ada dipasaran), 1/2 cawan air, garam secukup rasa dan juga serbuk perisa. Cara-cara memasak resepi ini tidak susah mana dimana mula-mula dimasukkan bahan yang dikisar bersama air dalam periuk dan dimasak sehingga mendidih kuahnya. Seterusnya dimasukkan bahan santan kelapa dan dikacau sentiasa sehingga ia mendidih lagi. Langkah seterusnya adalah memasukkan komponen rebung dan perut jedalam kuali dan selalu dikacau. Letakkan garam dan serbuk perisa secukupnya dan apabila sudah masak boleh ditutup api dan ia sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas. Makanan ini memang enak dimakan kerana ada rasa lemak khusus daripada perrut lembu dan rangup dari rebung buluh segar.

Pada penulis blog resepi dari rebung buluh ketiga yang disukai adalah r
esepi Rebung Masak Lemak Pedas Daun Salam. Ia juga enak dimakan engan nasi panas dimakan pada waku makan tengahari. Masakan kuliner ini memerlukan bahan terdiri daripada 1 (satu) mangkuk rebung buluh yang telah direbus dan dihiris nipis, 5 - 7 biji Cili padi, 2 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah, 1 sudu Udang kering, garam, 2-4 helai daun salam, sepotong daun kunyit dan santan kelapa. Cara-cara memasak mudah dilakukan dengan memanaskan kuali atau periok diatas api. Bahan ramuan bawang, cili, udang kering dan lainnya dikisar lumat atau ditumbuk. Didalam periuk masukkan bahan tumbuk bersama air dan rebung. Biar mendidih dan hingga rebung masak. Kemudian dimasukkan santan dan daun salam dan terus dikacau sehingga sebati. Seterusnya ditambah garam atau sesedap rasa. Masukan daun kunyit yang dihiris halus dan sebaiknya disesuaikan rasa dan sedia untuk disajikan. Makan dengan nasi panas bersma keluarga atau rakan.

Resepi kegemaran penulis blog yang ke empat agak berlainan sedikit iaitu Sambal Rebung
Makanan ini sering juga arwah ibu memasaknya dahulu dimana saya memang amat suka dengan maknan sambal pedas seperti ini. Memasaknya juga mudah asalkan ada bahan asas dan ada masa untuk memasaknya. Bagi menyediakan makanan sambal rebung buluh ini sebaiknya disediakan 1 mangkuk rebung buluh yang telah direbus dan dihiris nipis dan telah pun ditoskan, 6 - 8 biji cili kering yang mana cili ini mesti direndam dalam air panas sebelum dikisar halus (dulu di tumbu dengan lesung batu), 4 biji bawang merah, 2 ulas bwg putih, sedikit belacan, 2 sudu besar udang kering atau ikan bilis yang sebaiknya direndam tumbuk kasar,
air asam jawa secukup rasa, garam dan gula. Bagi langkah memasaknya sediakan bahan utama iaitu rebung segar yang siap di rebus dan dihiris nipis, buang airnya ,cuci dan toskan. Bagi menyediakan ramuan tumis cili kering, belacan dan bawang di kisar halus. Seterusnya disediakan periok atau kuali dan ditumis ramuan cili yang telah di kisar sehingga agak garing dan masak. Kemudian dimasukkan sama ada ikan bilis dan udang kering, rebung buluh, air asam jawa, gula dan garam. Peringkat ini sebaiknyasentiasa dikacau sehingga sebati dan pastikan rebung buluh sudah empuk dan air sudah agak mengering sebelum diangkat dan dihidangkan. Penulis blog memang suka makan sambal rebung dimakan dengan nasi panas. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini
. Wasallam1...
REBUNG BULUH.... DI MASAK SENTIASA...
MASAK LEMAK CILI API.... POPULAR DIA...
DICAMPUR PERUT...MENAIKAN SELERA...
DIBUAT SAMBAL... PEDAS JADI SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Muharam 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...