Support My Blog

Friday, September 3, 2021

HARGA PORANG JATUH DI INDONESIA

HARGA HASIL PORANG (Amorphophallus muelleri Blume) telah jatuh merudum (anjlok) di negara jiran kita Indonesia menyebabkan ramai petani disana merana disebabkan kerana pelaburan yang dibuat untuk menanam porang beberapa tahun dahulu asalnya adalah agak besar. Mungkin di kalangan petani di Malaysia mereka tidak berapa kenal akan tanaman porang ini kerana boleh dikatakan tidak ada rekod dimana ada petani di Malaysia yang menanam porang secara komersil ditanam. Saya ada menulis artikel mengenai potensi tanaman porang dan amalan teknologi penanaman porang dalam blog ini beberapa tahun lepas dimana ianya merupakan tanaman berpotensi sangat baik. Bagaimana pun pada bulan Ogos 2021 penulis blog melihat banyak berita di negara jiran ini mempaparkan kejatuhan harga porang yang baik dikongsikan dengan pembaca. Tanaman Porang merupakan jenis tanaman ubi-ubian termasuk keluarga Araceae. Hasil tanaman ini berupa umbi yang mana ia mengandungi bahan yang banyak kegunaanya. Kita di Malaysia ramai yang mungkin tidak pernah tengok atau pernah menanam pokok porang ini akan tetapi ia menjadi satu jenis tanaman yang semakin popular di Indonesia. Banyak sumber rujukan dalam bentuk tulisan dan youtube dalam media mengenai tanaman ini yang didakwa memberikan pendapatan baik kepada pengusaha atau petani disana. Umbisi Porang ini apabila di proses dilaporkan ada mengandungi bahan Glucomannan (glukomanan) iaitu ia sejenis serat (Fiber) semulajadi yang larut dalam air dan boleh diekstrak daripada bahagian akar ubi gajah atau juga dikenal sebagai 'konjac mannan'. Glukomanan merupakan sejenis bahan polisakaride yang larut dalam air yang mana ia juga dianggap sebagai serat makanan. Kandungan bahan ini merupakan komponen hemicelulose di dinding sel daripada beberapa spesies tanaman. Glukomanan lazim digunakan sebagai aditif makanan sebagai 'emulsifier' dan pengental. Apa pun di negara jiran ini ada diusahakan secara komersil tanaman porang yang menyamai dengan tanaman Suweg, Walur dan Iles-iles. Tumbuhan ini merupakan tanaman penghasil umbisi yang boleh dimakan terutama untuk bidang industri dan kesihatan. Di Indonesia kini umbi porang ini memiliki potensi dan prospek yang besar untuk diperluaskan lagi penanamnya untuk pasaran domestik dan eksport. Artikel didalam blog "Anim Agro Technology" ini saya akan cuba mempaparkan bagaimana banyak laporan media di Indonesia yang membawa isu berkaitan kejatuhan harga umbi porang dipasaran domestik dan pasaran antarabangsa dan ia telah mengecewakan ramai petani dan pengusaha porang untuk dijadikan bahan rujukan semua.

Portal berita Kompas.com memang ada melaporkan berita 'Banyak petani merana apabila harga porang anjlok' memang wajar ditulis semula dalam Bahasa Malaysia. Dilaporkan dimana t
anaman porang atau 'porang tanaman tengah naik daun' di kalangan petani setelah ianya popular apabila disebut oleh Presiden Jokowi sebagai 'bahan makanan masa depan'. Bagaimana pun ada beberapa media utama melaporkan dimana harga porang dalam bentuk umbi kini berkisar Rp 6,500 (RM1.89) hingga Rp 7,000 (RM2.04) sekilogram seperti merujuk kepada porang semasa (Ogos 2021) disekitar Madiun, Jawa Timur. Kini harga umbi porang yang hanya sekitar Rp 6,500 per kilogram dimana harga ini adalah  tinggal setengahnya dari harga tahun 2020 yang mencapai sekitar Rp 13,000 (RM 3.80) per kilogram dan perkara ini membuatkan ramai petani rugi. Ramai petani mengharap akan pendapatan baik dengan menjual anakbenih porang dan juga umbisi porang semasa memulakan penanaman dahulu. Kini mereka kerugian apabila kos untuk membeli benih porang dahulu memang mahal tetapi kini harga jualan benih dan umbisi jatuh merudum. Petani dari Desa Klangon, Kecamatan Saradan di Madiun kini terkejut dengan penurunan harga porang setelah penuaian dilakukan untuk pasaran eksport kerana jatuh sampai 50% daripada sepatutnya. Ramai petani yang sepatutnya sudah menuai porang mereka seluas 1,500 hektar di sekitar Kecamatan Saradan juga memilih menunda penuaian porangnya di kebun. Mereka berharap agar pihak kerajaan akan mencari jalan penyelesaian untuk menstabilkan harga porang. Bagi sesetengah petani dimana bagi mengatasi harga porang segar yang rendah masa ini mereka kini telah menjualnya dalam bentuk 'chip' iaitu umbi porang yang di hiris setebal 1 cm dan dijemur (Sila lihat foto disebelah). Setelah dihiris makan chip porang dijemur selama beberapa hari hingga kering bagi menghilangkan kadar air. Setelah kering maka chip porang dijual kepada pemborong dimana ia kemudian dijadikan tepong porang. Porduk porang sejak dulu memang menjadi komoditi penting di Kabupaten Madiun untuk dieksport ke Jepun, China dan beberapa negara lain. Porang tersebut dieksport dalam bentuk Porang Chips (hirisan tipis) kering dengan harganya berada sekitar Rp 55,000 (RM16.01) sekilogram. Selain itu juga produk porang dieksport dalam bentuk Tepung Porang yang nilai jualnya boleh mencapai sehingga Rp 100.000 (RM29.11) sehingga Rp 150,000 (RM43.66) sekilogram. Disebabka harganya yang menarik dilaporkan ramai petani yang berminat menanam porang. Ini dilaporkan dimana dari trend kenaikan keluasan penanaman porang selama lima tahun terakhir. Di Kabupaten Madiun contohnya dimana pada 2016 hanya terdapat 1,484 hektar petani menanam porang tetapi setahun kemudian (2017) bertambah menjadi 1,536 hektar dan pada 2018 mencapai seluas 1,568 hektar. Pada 2019 luas kebun porang terus meningkat kepada seluas 3,465 hektar. KemudianTerkini pada tahun 2020 ia bertambah menjadi seluas 5,363 hektar dan dijangka akan terus bertambah.

Porang di Kalimantan juga mendapat sambutan baik dikalangan petani. Tetapi kejatuhan harga porang juga terjadi di Kalimantan Selatan seperti dilaporkan oleh Ketua Asosiasi Petani Porang Kalsel, Joni Sulistianto yang menyatakan dimana kini  bahawa harga porang berkisar Rp 7,000 sekilogram. Dilaporkan dimana harga umbi basah terkini sekitar Rp 7,000 (RM2.04) sekilogram. Dalam pada itu harg untuk chip porang kering (eksport) adalah sekitar Rp 60 ribu RM17.46) sekilogram. Dilaporkan dimana penanaman porang di Kalimantan Selatan (Kalsel) sangat luarbiasa diminati ramai petani yang sangat ghairah. Hasil tuaian porang dilaporkan banyak dieksport ke Jepun sebelum ini dimana di Kalsel sendiri memang sudah ada perusahaan yang bersedia membeli hasil daripada para petani. Banyak jug amedia melaporkan sebelumnya dimana Presiden Jokowi meminta mengembangkan komoditi pertanian termasuk tanaman porang bagi meningkatkan ekonomi dalam sektor pertanian. 
Porang yang mana telah menjadi salah satu komoditi pertanian yang diminta oleh Jokowi untuk ianya terus dikembangkan secara serius. Komoditi ini dinilai memiliki potensi masa hadapan yang sangat besar. Media melporkan dimana Presiden Jokowi menyatakan "Minggu kemarin saya melihat yang namanya porang, ini bisa menjadi komoditas baru yang memberikan nilai tambah bagi petani," kata Jokowi dalam gelaran Rakornas Pengendalian Inflasi 2021 pada 25 Ogos 2021. "Porang betul-betul saya kira ke depan sangat menjanjikan, pasarnya masih sangat besar," tambahnya. Kini selain menjaga penghasilan dari komoditi tersebut, Jokowi mengarahkan agar tanaman porang terus dikembangkan sehingga dapat menghasilkan produk dengan nilai tambah. Ia dilaporkan beolh diproses menjadi bahan kosmetik, berupa beras, atau makanan lainnya.Dalam musim pandemik covid-19 sektor pertanian dinilai perlu ditingkatkan lagi kualitinya agar dapat menciptakan nilai tambah di sektor ekonomi ujar Jokowi. Ini kerana pertanian menjadi salah satu sektor yang masih dapat tumbuh positif di tengah melemahnya ekonomi akibat pandemik ini. Perkara ini diharapkan terefleksiknya dengan masih tumbuhnya Produk Domestik Bruto (PDB) sektor pertanian pada Suku Pertama 2021 dan Suku Kedua 2021 iaitu masing-masing sebesar 2.95% secara year on year (yoy) dam 0.38% yoy. Diyakini dimana untuk Suku ke tiga 2021 simana sektor pertanian juga masih tumbuh lebih baik lagi disebebkan potensi pasaran tetap masih sangat besar sama ada untuk pasaran domestik atau pasaran eksport. Presiden Jikowi juga memnita semua pihak serius bukan hanya untuk meningkatkan nilai pendapatan petani dan kesejahteraan petani akan tetapi untuk menghasilkan capaian sehingga sektor pertanian memiliki kontribusi yang semakin besar dalam menggerakan mesin pertumbuhan ekonomi.

Portal berita liputan6.com pula melaporkan dimana 'Harga Umbi Porang Makin Anjlok, Tapi Menteri Pertanian Mengaku Tak Tahu' juga wajar dirujuk dan ditulis semula. Harga umbi porang dari petani kini dilaporkan mengalami masaalah penurunan yang sangat signifikan dalam beberapa bulan terakhir. Harga umbi porang per kilogram masa ini hanya Rp7,000 (RM2.04) sekilogram walau pun harga sebelumnya boleh mencapai Rp12,000 (RM3.49) sekilogram. Bahkan didakwa sebelumnya lebih tinggi lagi yang mana ramai petani ramai berminat menanam komoditi eksport tersebut. Berkaitan dengan penurunan harga porang ini dimana Menteri Pertanian Syahrul Yasin Limpo mengaku tidak mengetahui keadaan tersebut. Menurutnya isu tentang penurunan harga tersebut hanya faktor 'supply dan demand' sahaja. Dia dilaporkan tidak sampai di sana [penurunan harga] dulu dan apa yang penting ia menghasilkan yang mana satu hektarnya menjanjikan hasil yang sangat besar dakwanya semasa dia ditanya wartawan berkaitan penurunan harga umbi porang seusai mengunjungi pabrik pengolahan porang di Kabupaten Madiun pada Khamis (19/8/2021). Walau apa pun permintaan umbi porang tidak terbatas dimana  menurutnya, ketika ada satu negara yang menolak komoditi porang dari Indonesia boleh ianya untuk dijual ke negara lain. Menteri pertanian masih berharap dimana harga porang terun baik dimana sepatutnya Indonesia tidak boleh bergantung pada eksport sahaja. Oleh sebab itu pengusaha perlu melakukan 'end product' atau hasilan akhir harus dilakukan di Indonesia. Jika umbi porang tidak boleh dieksport atau di jual ke luar negara maka ia harus diproses terlebih dahulu dan sebaiknya dieksport dlam bentuk produk tepung porang atau beras porang. Dimaklumkan harga beras porang harganya mahal dipasaran terutama yang diimport dari Jepun. Sebagai contoh dimana produk Shiratake Jepun adalah sangat mahal sekitar Rp200,000 (RM58.24) sekilogram yang mana Indonesia boleh mengeluarkannya sendiri. Terkini PT Asia Prima Konjac yang merupakan pemilik kilang pemprosesan porang di Kabupaten Madiun akan mengembangkan produknya dari chips dan tepung menjadi beras porang. Dia berharap perusahaan tersebut pada tahun 2022 boleh menghasilkan beras porang. Dilaporkan dimana beras porang adalah produk yang tinggi permintaanya untuk nutrisi sebagai makanan sihat kerana ia bebas kalori, karbonnya rendah, gulanya rendah, sangat sihat dimakan terutama bagi orang yang sakit.

Laman Bisnis.com dengan tajuk berita  'Harga Jual Umbi Porang Anjlok, Ini Siasat Petani' memang berkaitan dengan tajuk kali ini. Sejumlah petani porang di Kabupaten Madiun, Jawa Timur kini menjual hasil tuaian porangnya dalam bentuk chips atau kering ke pemborong bagi mendapatkan keuntungan yang lebih besar (Sila lihat foto disebelah). Salah satu petani porang di Desa Banjarsari Wetan, Kecamatan Dagangan dikenali sebagai Nur Kolis mengatakan pilihan menjual porang dalam bentuk chips tersebut dilakukannya disebebkan turunnya harga hasil umbi porang yang mana kini hanya berkisar Rp6,500 - Rp7,000 sekilogram. Harga hasil umbi porang sebelumnya mencapai Rp10,000 (RM2.91) sekilogram namun sekarang ini turun hanya berharga Rp7,000 (RM2.04) sekilogram. Menurutnya dengan memproses hasil umbi porang menjadi chips harga jualnya tergolong tinggi dan stabil iaitu mampu mencapai sekitar Rp40,000 - Rp55,000 (RM11.65 - RM16.01) bagi sekilogram atau lebih tinggi lagi. Bagaimana pun untuk membuat chips porang maka umbi porang setelah dikumpulkan perlu dihiris nipis berukuran sekitar 1 cm dengan alat khusus. Setelah itu maka hirisan porang tersebut dijemur selama beberapa hari hingga kering bertujuan untuk ianya menghilangkan kadar air. Setelah kering sempurna maka chips porang sudah siap dijual ke pemborong untuk disimpan di kilang dan kemudian diproses menjadi tepung porang. kini dilaporkan keluasan tanaman porang di Madiun seluas 5,363 hektar. Penanaman memang sunakan benih spora yang lebih murah dibandingkan jika mereka menggunakan bibit dari katak (bulbil) ataupun umbi. Didakwa sememangnya proses menanam porang lebih lama bagi kaedah ini jika dibandingkan dengan menanam porang dari benih katak ataupun umbi. Namun apabila harha pasaran yang jatuh masa kini kerugian agak kurang dirasai berbanding jika menanam cara lain. Ini kerana u
ntuk harga satu kilogram benih dari spora hanya perlukan kos sebanyak Rp650,000 dan diperkirakan menghasilkan bibit porang sekitar 6,500 biji. Sedangkan benih dari katak dimana untuk satu kilogram berkisar antara Rp150,000 - Rp300,000 dengan isi sekitar 200 katak ukuran sedang.  Sementara harga benih porang dari umbi berkisar antara Rp25,000 - Rp35,000 sekilogram dengan isi sekitar empat hingga lima umbi tergantung ukuran umbi. Pihaknya berharap agar harga jual umbi porang apabia menuai tidak semakin turun agar petani tidak rugi. Porang dieksport dalam bentuk Olahan Chips (hirisan tipis) kering dengan harganya sekitar Rp55,000 sekilogram.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
TANAM PORANG ... BERTAHUN LAMA...
KOS BENIH... AGAK TINGGI NILAINYA...
KINI JATUH... HARGA PASARANNYA...
DI BUAT TEPONG... BAIK HARGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Muharam 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...