Support My Blog

Monday, September 6, 2021

TERUNG - FAKTA YANG KURANG DIKETAHUI (Pt 3)

TERUNG (Solanum melongena) atau Brinjal atau Eggplant merupakan sejenis sayuran buah popular daripada keluarga Solanaceae yang dimakan oleh sebahagian besar peduduk dunia. Di beberapa negara dilaporkan dimana terung disebut juga sebagai 'sayur panjang umur' dimana didakwa memang ada kesan positif pada jantung dan saluran darah serta juga mampu untuk mengurangkan kemungkinan kegagalan jantung, aterosklerosis dan hypertension. Ada pengguna yang mendakwa dimana terung merupakan salah satu dari sayur yang mempunyai khasiat yang berguna. Terung dilaporkan mampu meningkatkan fungsi saluran gastro-intestinal dan ia juga diperlukan untuk fungsi sistem kekebalan tubuh yang baik. Khasiat terung juga seperti kemampuannya melindungi dari jangkitan dan kerana kesan antioksidan yang kuat maka ia juga dikenal pasti sebagai salah satu cara mencegah barah (cancer). Bagaimana pun mana-mana makanan yang dimakan sering juga memberikan kesan negatif atau kontraindaksi yang sesuai untuk dibincangkan. Penanaman sayuran terung di Malaysia merupakan satu aktiviti yang telah dijalankan secara berterusan sepanjang tahun dimana pada tahun 2020 seluas 2,592 hektar telah ditanam dengan pengeluaran hasil terung sebanyak 48,017 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Luas Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2020). Penulis dapati jenis terung panjang adalah antara jenis terung yang telah mendominasi varieti yang ditanam sekitar 60 - 70% daripada jumlah semua jenis terung ditanam di Malaysia. Terung panjang dimasak sebagai sayuran segar dengan menumis, dibuat sambal pedas, bahan ramuan untuk masakan kari, paceri terung dan di goreng untuk dimasukan dalam asam pedas dan sebagainya. Tips menanam terung panjang boleh dijadikan bahan rujukkan kepada mereka yang baru mencuba menanam terung panjang disekeliling rumah. Mereka yang biasa dengan makan terung panjang akan tahu terung ini mempunyai tekstur rasa yang sangat lembut dimana ia adalah sesuai disediakan dalam masakan seperti digoreng, rebus atau dikukus. Terung boleh ditanam diberbagai jenis tanah asalkan ia subur, gembur, mempunyai saliran yang baik dan kaya dengan bahan organik. Jenis tanah yang paling sesuai ialah bertekstur lom yang baik dalam membekalkan nutrien, air dan udara kepada akar tanaman, pH yang sesuai antara pH5.0 dan pH6.5. Ia juga boleh ditanam di tanah gambut, tanah BRIS dan tanah bekas lombong. Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam antara 20 dan 30 sentimeter (cm) untuk memudahkan tujuan asas pertumbuhan akar. Batas disediakan menggunakan jentera atau secara manual mengikut saiz yang disyorkan, biasanya lebar batas antara 0.6 dan satu meter, tinggi batas 23 cm dan panjang batas mengikut kesesuaian tempat. Jarak antara batas ialah 0.6 meter. Batas di tambak dengan bahan organik tahi ayam atau kompos antara 1-3 kg/meter persegi, bahan ini hendakklah digaulkan kedalam tanah satu minggu sebelum menanam bagi membekalkan zat makanan kepada pokok atau antara tiga dan enam tan/hektar bagi tanah mineral. Bagi mereka yang ada hobi menanam terung disekeliling rumah memadai dengan menanamnya dalam bekas pasu atau dalam polibeg sahaja. Anda yang ada kawasan halaman luas pula boleh menanam terung panjang dengan cara fertigasi terbuka. Artikel pada subuh Ahad ini dari Putrajaya pada BulanOgos iaitu Bulan Kemerdekaan ke 64 ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta yang ramai mungkin ketahui mengenai terung untuk rujukan dan juga bahan bacaan semua.

Terung yang ditanam tanpa penggunaan racun perosak dalam jumlah sederhana memberi manfaat kepada seluruh tubuh secara keseluruhan. Dilaporkan dimana terung mampu menguatkan sistem imuniti tubuh yang mengurangkan risiko penyakit dan mempunyai kesan yang baik terhadap keadaan dan fungsi sistem pencernaan, saraf, kencing, dan kardiovaskular. Untuk organ jantung, saluran darah dan pembentukan darah adalah disyorkan memakan terung. Terung juga disyorkan untuk orang yang menghidap penyakit sistem kardiovaskular atau sekiranya terdapat kecenderungan kepada mereka. Dalam pada itu kandungan garam kalium dalam terung mempunyai kesan yang baik pada jantung dengan cara mengekalkan rentak denyutan berkembang dan penguncupan dengan lebh normal. Jantung juga akan dapat mengatur tekanan darah, menormalkan proses keseimbangan cairan darah dan metabolisme garam-air di dalam badan. Bagaimana pun aktiviti kerja jantung dimana terdapat mineral seperti kalsium juga terlibat iaitu zat yang ada terkandung dalam terung. Ia juga membantu dalam proses hematopoiesis atau pembekuan darah. Terung dilaporkan amat berkesan terhadap masaalah aterosklerosis, kegagalan jantung koronari, iskemia dan juga hipertensi. Terung juga dilaporkan mempunyai sifat diuretik yang boleh mengurangkan daya tahan vascular periferal serta mampu mengurangkan beban pada jantung dan meneutralkan tanda-tanda masaalah dalam peredaran darah. Apa pun dimana kegunaan terung untuk jantung dan saluran darah terletak pada kemampuannya untuk mengurangkan kolesterol darah yang berfungsi sebagai pencegahan pembentukan plak aterosklerotik yang baik.

Terung baik untuk masalah pencernaan kerana kandungan bahan serat (fiber). Bahan ini didakwa juga mampu untuk membersihkan darah, hati dan ginjal dari bahan toksik, mempercepat proses pemecahan lemak dan mengaktifkan metabolisme. Terung yang dikelaskan sebagai makanan dimana seratnya akan menghilangkan lebihan cecair dari badan serta membantu intuk meningkatkan daya tahan dan prestasi aktiviti fizikal dimana ia menyebabkan pembakaran kalori tambahan. Terung juga bertindak sebagai antioksidan kerana ia juga mampu menghalang proses pengoksidaan, melindungi organ dan tisu dari kesan radikal berbahaya. Sayuran terung ini membantu mengelakkan sembelit dengan cara melembutkan najis, meningkatkan peristaltik usus besar dan memudahkan proses pengosongan usus. Selain itu juga dilaporkan dimana ia membantu membuang toksin dan racun dari badan, mengatur keseimbangan diantara garam-air dan melegakan bengkak. Terung yang dimasak menjadi bubur 
mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria dan ia mencegah penembusan, penguatan dan pembiakan jangkitan di dalam badan dan mengurangkan risiko komplikasi. Dianjurkan agar pembaca blog menggunakan terung untuk mencegah penyakit kronik saluran pernafasan atas serta didakwa boleh juga memulihkan imuniti tempatan setelah berlaku serangan oleh penyakit virus diseluruh dunia. 

Siapa terfikir dengan dakwaan dimana terung yang dimakan juga mampu untuk mencegah kanser atau barah. Dalam tubuh manusia jika t
idak dikawal maka radikal bebas memusnahkan DNA, membran sel dan ini akan meningkatkan risiko sel barah. Terung didakwa dalam teknik untuk meningkatkan pertahanan antioksidan semula jadi tubuh dengan cara meningkatkan pengoksigenan tisu, menormalkan proses redoks, yang mengurangkan masaalah kemungkinan barah. Difahamkan dimana terung muda digunakan untuk makanan yang lembut dan tidak berbiji dimana keadaan kulitnya elastik berkilat jika tidak rosak. Bagaiana pun sebagai amalan sihat sebaiknya sebeum memasak terung ia di basuh dahulu dan ramai yang sebaiknya membuang bahagian kulitnya. Cara lain dilakukan adalah dengan mengeluarkan kulit dari sayur dan kemudian ditaburkan dengan garam dan biarkan di tempat yang sejuk selama 10-15 minit. Didakwa dimana garam menghilangkan kepahitan dan menghilangkan bahan toksik (solanine) sebelum dimasak atau diproses. Satu hidangan terung juga bergantung pada usia dan jantina seseorang itu boleh memberikan kesan atau kesan kontraindikasi. Bagi orang dewasa adalah disyorkan dengan cukup makan 200-300 gram terung sahaja pada satu masa. Jika ada yang telah mengambil terung banyak dengan kuantiti lebih dari 500 gram ia didakwa boleh berikan kesan tekanan tambahan pada saluran pencernaan dan boleh menyebabkan muntah, mual dan dispepsia. Kontraindikasi mutlak akibat makan terung adalah berlaku intoleransi individu terhadap komposisi dalam terung. Memang tidak digalakkan mereka penghidap penyakit gastrousus seperti gastritis, kolitis, ulser gastrik dan ulser duodenum makan terung berlebihan. Komposisi mengandungi asid amino yang dapat merengsakan selaput lendir dimana kesannya menyebabkan peningkatan kesakitan atau berlaku peningkatan patologi. Mereka yang ada sejarah anemia kekurangan zat besi digalakan makan terung kerana ada jumlah besar zat besi dari terung. Apa pun didakwa makan terung berkait juga dengan kes ia dicegah oleh disfungsi hati, ginjal, pundi hempedu, dalam beberapa kes, tempoh penyusuan, usia tua. Terung adalah produk makanan yang berharga dimana ramai orang suka apabila dapat manfaat untuk diri sendiri. Ini kerana ia juga mempunyai kesan yang baik terhadap aktiviti jantung, mengekalkan keseimbangan cairan dalam badan, memecah lemak dan mendorong penurunan berat badan, mempunyai kesan antiseptik, dan membantu dalam memerangi penyakit hati dan buah pinggang. Agar tidak membahayakan kesihatan, perlu mengambil buah-buahan berkualiti tanpa racun perosak secara sederhana. Khasiat, khasiat sayur-sayuran, kandungan kalori sebilangan, jumlah sebatian berguna dalam komposisi bergantung kepada kaedah penyediaannya. Oleh itu dari segi kegunaan adalah disyorkan untuk merebus, memanggang atau merebus terung. Artikel ini dibahagian dalam dua segman iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembca blog anim agri technology kali ini. Wasallam!...
NAMA TERUNG... POPULAR SAYURNYA..
BERBAGAI BENTUK...DAN JUGA WARNA...
BANYAK KHASIAT... MAKAN MACAMANA...
MEMBACA ARTIKEL... ADA BANYAK FAKTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Muharam 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...