Support My Blog

Wednesday, September 29, 2021

PENYAKIT HAWAR DAUN KELADI - KAJIAN

SERANGAN HAWAR DAUN KELADI
merupakan salah satu masaalah yang dihadapi oleh petani di Malaysia  dimana satu laporan kajian dijalankan oleh saintis MARDI. 
Tanaman keladi juga tidak terkecuali daripada ancaman perosak serta penyakit dan mudah dijangkiti oleh 10 jenis penyakit serta perosak utama di serata dunia. Antara penyakit tersebut adalah seperti Penyakit Hawar Daun atau ‘taro leaf blight’ (TLB) yang berpunca daripada kulat Phytophthora colocasiae yang merupakan ancaman utama tanaman keladi. Penyakit ini akan mengurangkan kawasan daun untuk proses fotosintesis dan juga bilangan daun berfungsi yang lain (Sila lihat foto diatas). Keadaan ini boleh mengurangkan hasil ubi sehingga 50% dan daun sehingga 95% bagi varieti yang mudah dijangkiti. Pada penulis blog yang telah menulis lebih dari 45 artikel mengenai keladi mendapati dimana keladi atau nama saintifiknya Colocasia esculenta (L.) Schott adalah antara satu spesies tanaman makanan ruji bagi masyarakat di rantau Asia Pasifik seperti Fiji, Papua New Guinea, Palau dan Filipina. Apa pun sejak dahulu dimana di Malaysia dimana tanaman keladi merupakan salah satu tanaman alternatif yang mempunyai kandungan kanji yang tinggi. Keseluruhan bahagian tumbuhan termasuk ubi, rizom, batang, daun dan bunga boleh dimakan dan mengandungi kanji yang tinggi. Pengeluaran keladi di Malaysia pada 2018 adalah sebanyak 4,641 tan dan nilai ini amatlah kecil jika dibandingkan dengan pengeluaran bagi tanaman umbisi lain seperti ubi kayu dan ubi keledek (Sumber data: Laporan Booklet Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Bagi memenuhi permintaan pengguna di Malaysia dilaporkan iaitu ubi keladi diimport dari China dan Thailand dengan jumlah nilai import masing-masing sebanyak 3,041,430 kg dan 1,665,820 kg. Ini menunjukkan terdapat permintaan yang agak tinggi bagi sayuran keladi di Malaysia. Berdasarkan kajian sosio-ekonomi Malaysia, keladi amat berpotensi untuk diketengahkan kerana mampu meningkatkan pendapatan para petani yang sedia ada menanamnya di halaman rumah dan kebun. Di Malaysia apa yang penulis blog tinjau dimana keladi ditanam di tepi paya, kawasan teres bersaliran dan/atau di atas tanah kering untuk kegunaan harian dan pasaran tempatan. Artikel malam Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya tulis semula satu laporan kajian mengenai kajian oleh saintis MARDI mengenai penyakit hawar daun keladi untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.

Ubi keladi pada penulis blog memang kaya dengan kanji dan digunakan sebagai sayur-sayuran dan makanan ringan (kerepek keladi dan sebagainya). Di samping itu juga biasanya tanaman ini mempunyai nilai perubatan yang boleh mengurangkan tuberculosis, ulser, paru-paru berair dan jangkitan kulat. Nilai pemakanan keladi pula adalah lebih tinggi berbanding dengan tanaman ubian lain berdasarkan kandungan protein, mineral, serat, fosforus dan besi. Ubi keladi juga digunakan dalam pelbagai industri untuk penyediaan sirap tinggi fruktosa dan alkohol. 
Tanaman keladi juga tidak terkecuali daripada ancaman perosak serta penyakit dan mudah dijangkiti oleh 10 jenis penyakit serta perosak utama di serata dunia. Antara penyakit tersebut adalah penyakit hawar daun atau ‘taro leaf blight’ (TLB) yang mana ia berpunca daripada kulat seperti  Phytophthora colocasiae yang juga merupakan ancaman utama tanaman keladi. Penyakit ini akan mengurangkan kawasan daun untuk proses fotosintesis dan juga bilangan daun berfungsi yang lain. Keadaan ini boleh mengurangkan hasil ubi sehingga 50% dan daun sehingga 95% bagi varieti yang mudah dijangkiti. Serangan penyakit ini boleh juga menyebabkan kualiti ubi merosot. Selain itu memang ada dilaporkan ada masaalah reput batang juga boleh berlaku disebabkan pengurangan kawasan daun bagi tanaman yang berpenyakit. Dalam keadaan tertentu, hasil tuaian ubi yang telah dijangkiti penyakit akan menyebabkan kerugian besar semasa proses penyimpanan. Penyakit hawar daun dikenal pasti melalui kemunculan bintik kecil berwarna perang pada permukaan atas daun dan terdapat titisan air pada permukaan bawah (Sila anda lihat foto paling atas sekali). Jangkitan sering bermula di bahagian tepi daun di mana pengumpulan air berlaku. Kemudian bintik-bintik akan terus membesar berbentuk tidak sekata berwarna perang dengan tepi berwarna kuning. Bintik-bintik awal ini seterusnya menjadi jangkitan sekunder dan seterusnya boleh menyebabkan kematian. Pelbagai pendekatan telah digunakan untuk menangani penyakit hawar daun termasuk tanaman giliran dan penggunaan racun kulat. Walaupun racun kulat berasaskan metalaxyl terbukti berkesan, kewujudan penyakit semasa musim hujan menyebabkan ia tidak boleh dimakan kerana aplikasi racun kulat yang terlalu banyak dan kerap. Tambahan pula, racun kulat boleh menimbulkan risiko rintang kepada patogen terutama dalam populasi yang tinggi potensi evolusi seperti P. colocasiae. Tanaman keladi memang amat sensitif dengan keadaan persekitaran yang banyak rumpai.

Penggunaan varieti keladi yang resistan dianggap sebagai kaedah terbaik untuk pengurusan penyakit. Saringan secara in-vitro menggunakan kaedah kepingan daun terpisah (detached leaf) boleh dijalankan untuk tujuan mengenal pasti aksesi keladi yang rintang terhadap Phythoptora colocasiae (Sila lihat foto disebelah). Kaedah ini telah digunakan untuk saringan pantas tanaman tomato dan germplasma padi terhadap kerintangan penyakit dalam kajian ini. Manakala, terdapat kajian kerintangan penyakit pada tanaman keladi dijalankan menggunakan elisitor glukan pada dinding sel dan kultur spora pada kepingan daun. Kaedah kepingan daun terpisah merupakan teknik in vitro yang murah dan boleh digunakan untuk saringan kerintangan penyakit yang berpunca daripada pelbagai patogen dan serangga. Tisu daun segar diletakkan ke atas medium kultur dan diinokulasi dengan patogen atau perosak berkaitan. Sampel daun yang diperlukan untuk setiap esei kepingan daun terpisah adalah agak kecil iaitu sekitar 5 cm2/keping. Kaedah ini dapat menyaring sejumlah besar genotip dengan cepat di dalam kawasan yang agak kecil, dalam keadaan terkawal dan menjimatkan ruang serta sumber tanaman. 
Patogen kulat P. colocasiae dipencilkan daripada daun keladi yang telah dijangkiti penyakit hawar. Sampel daun keladi diambil daripada germplasma keladi. Sampel daun keladi yang dijangkiti penyakit akan dibasuh dengan larutan clorox 10% dan diikuti dengan alkohol 70% serta tiga kali basuhan air suling yang telah disterilkan. Sampel yang telah dibersihkan dan dipotong akan dipindahkan secara aseptik ke dalam piring petri medium potato dextrose agar (PDA) dan diinkubasi selama 3 -15 hari untuk pertumbuhan miselium. Patogen yang telah dipencilkan dikenal pasti sebagai P. colocasiae iaitu  berdasarkan ciri morfologi secara makroskopik di atas medium pertumbuhan dan secara mikroskopik melalui mikroskop. Patogen ini akan diidentifikasi dengan lebih terperinci menggunakan teknik molekular melalui tindak balas analisis Polymerase chain reaction (PCR) bagi tujuan untuk cara menentukan nama spesies.

Saringan penyakit hawar daun Daun keladi dipotong dalam ukuran 5 cm x 5 cm dan permukaannya disteril menggunakan sodium hipoklorit 0.8% untuk satu minit diikuti bilasan dengan air suling steril sebanyak tiga kali (Sila anda lihat foto disebelah). Setiap kepingan daun akan terapung di atas air suling steril diinokulasi dengan 50 μL zoospora dan disimpan di dalam gelap selama empat hari. Untuk menilai kesan kepadatan inokulum ke atas perkembangan penyakit, zoospora pada kepekatan berbeza (106 cfu dan 104 cfu) telah diinokulasi ke atas setiap aksesi keladi. Eksperimen kawalan terdiri daripada kepingan daun yang telah diinokulasi dengan air suling steril. Kepingan daun diperiksa secara visual setiap hari dan data peratusan indeks penyakit direkodkan selepas empat hari. Aksesi keladi telah dikelaskan kepada empat skala penilaian (0 - 4) berdasarkan kawasan lesi pada daun. Sebagai kesimpulan daripada kajian melaporkan dimana aksesi keladi dengan peningkatan tahap rintangan terhadap kulat P. colocasiae boleh digunakan sebagai sebahagian daripada pendekatan bersepadu untuk pengurusan hawar daun. Selain itu, kaedah saringan aksesi atau kultivar juga dapat meminimumkan kerugian yang berkaitan dengan penyakit hawar daun. Saringan in vitro menggunakan esei kepingan daun terpisah ini merupakan kaedah yang efisien dalam membezakan aksesi keladi berdasarkan kerintangan terhadap kulat P. colocasiae. Walaupun kaedah yang dinyatakan adalah standard untuk penyakit hawar daun keladi, namun kaedah ini mungkin dapat diperluas dengan mudah ke atas sistem penyakit lain yang melibatkan patogen kulat Phytophthora spp. dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAMAN KELADI... PENYAKIT ADA...
HAWAR DAUN..KURANGKAN HASILNYA...
KAJIAN DIBUAT... CARA KAWALNYA....
MENJADI RUJUKAN...ANDA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 Muharram 1443H).
Kemaskini pada 29 Sept 2021.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...