Support My Blog

Thursday, September 2, 2021

SEMUT - PELBAGAI CERITA

SEMUT (Ants)
merupakan sejenis serangga yang hidup berkoloni atau bersosial dari keluarga Formicidae isitu satu kumpulan serangga Hymenoptera yang selalu kita jumpa dimana-mana termasuk dalam rumah. Rasanya semua orang pernah lihat dan kenal akan semut kerana haiwan ini mudah dijumpai di merata tempat sama ada didalam rumah, kebun, bangunan tinggi, kawasan gurun, kawasan lembah dan sebagainya. Laporan saintis dari Wikepedia menyatakan terdapat 22,000 spesis semut yang terdapat diseluruh dunia tetapi hanya sebanyak 12,500 spesis sahaja yang telah di klasifikasikan didalam data mengenai hidupan semut. Semut juga merupakan sejenis serangga paling tua didunia semenjak pra-sejarah dahuli melebihi 130 juta tahun berbanding dengan hidupan lain. Kita di Malaysia sering menjumpai semut denan beberapa jenis yang popular seperti Kerengga, Semut Api, Semut Gatal, Lebah, Tabuan, Semut Gula, Semut Hitam dan banyak lagi. Ada jenis semut yang berbisa gigitannya dan ada yang tidak mengigit langsung. Semut lazimnya mempunyai sepasang sesungut dan 3 bahagian badan iaitu Kepala, Thorax dan Abdomen. Keluarga semut yang hidup dalam koloni memang pelik berbanding dengan serangga lain kerana didalam koloni mereka mempunyai kasta masyarakat iaitu Ratu (Queen), Jantan (Drone), Pekerja (Workers) dan Askar (Army) seperti rajah sebelah. Mereka mempunyai fungsi dan tugas khusus didalam koloni untuk menjalankan aktiviti harian. Tugas Ratu adalah untuk bertelur seberapa banyak telur selepas proses mengawan dengan semut jantan. Pada kebanyakan jenis semut seperti Lebah dan Anai-anai, lazimnya semut jantan akan mati selepas proses mengawan. Bagaimana pun banyak juga spesis tertentu yang semut penjantan tidak mati selepas mengawan. Golongan pekerja lazimnya bertugas mencari makanan, membina sarang, memberikan makan kepada larva dan sebagainya. Askar pula menjaga koloni daripada dicerobohi oleh musuh dengan menggunakan sengatan atau gigi. Koloni semut atau lebah memang merupakan satu masyarakat sosial yang sangat baik untuk dicontohi oleh manusia dalam menjalani proses kehidupan bermasyarakat. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai pelbagai cerita mengenai semut seperti dilaporkan dalam media tempatan dan mendia antarabangsa untuk bahan rujukkan semua.

Di Amazon dilaporkan 'Gigitan semut peluru menjadi penentu kedewasaan seseorang' wajar dikongsikan bersama. Lazimnya seorang remaja lelaki berusia 15 tahun itu kelihatan gementar kerana dia bakal menjalani ritual menyakitkan selama 11 jam. Dia perlu memasukkan tangan ke dalam satu ‘sarung tangan’ diperbuat daripada anyaman daun yang diisi dengan ratusan semut peluru (bullet ant). Kalangan Suku Orang Asli Satere-Mawe yang mendiami hutan Amazon, Brazil percaya untuk menjadi lelaki dewasa, seseorang remaja perlu melalui satu ujian turun-temurun itu. Hanya setelah melalui ritual itu barulah mereka dibolehkan berkahwin atau membina sebuah keluarga. Semut peluru dikatakan mempunyai sengatan yang menyebabkan kesakitan 30 kali ganda daripada sengatan lebah. Apabila terkena sengatan semut peluru itu akan menyebabkan rasa sakit sehingga 24 jam.Kesan gigitan serangga itu juga menyebabkan kulit terasa seperti terbakar. Racun daripada semut peluru itu juga boleh menyebabkan lumpuh sementara. Didakwa dimana sengatan oleh semut peluru dikatakan begitu menyakitkan bersamaan 30 kali kesakitan sengatan lebah. Sengatan semut peluru akan menyebabkan rasa sakit yang menjalar ke seluruh tubuh. Remaja tersebut akan akan berpeluh, gementar dan jantung berdenyut kencang. Semut peluru adalah spesis semut terbesar di dunia itu. Beberapa sengatan semut peluru juga mampu membuatkan seseorang itu pengsan. Sesetengah lelaki Orang Asli suku itu yang melalui ritual tersebut akan merasa sakit sehingga berminggu-minggu dan tidak kurang juga yang menangis serta pengsan kerana tidak tahan dengan sengatan semut peluru itu. Secara adat kepala suku akan menyediakan sarung tangan anyaman daun yang diisi ratusan semut peluru. Tradisi itu sudah diamalkan sejak turun-temurun suku Satere-Mawe iaitu salah satu suku asal di hutan Amazon. Anak-anak lelaki yang sudah mencapai usia 12 sehingga16 tahun diwajibkan untuk melakukan ritual tersebut. Dalam pada itu kepala suku Satere-Mawe akan menyediakan ‘sarung tangan’ semut peluru kepada anak-anak lelaki yang sudah memasuki usia dewasa. Sebelum memulakan ritual tersebut, tangan remaja lelaki itu akan dioles dengan arang untuk menangkis sengatan semut peluru, namun sebenarnya tidaklah efektif. Selepas itu maka kedua-dua tangan akan dimasukkan ke dalam anyaman daun sehingga sampai ke aras siku. Tangan tersebut perlu berada di dalam ‘sarung’ itu selama 10 minit dan perlu mengulanginya sebanyak 20 kali dalam tempoh 11 jam. Sepanjang menjalani ritual itu, remaja lelaki harus menari sambil menahan sakit kerana digigit semut-semut peluru yang ada di dalam ‘sarung tangan’ itu. Walaupun dalam kesakitan, mereka perlu meneruskan tarian tanpa menunjukkan rasa lemah atau sakit. Para ketua adat akan berdoa dan menari bersama sehingga ritual tersebut selesai. Jika berjaya melepasi ujian itu, mereka dianggap telah dewasa kerana bersedia menghadapi rintangan hidup. Bisa sengatan semut peluru itu dipercayai menyamai keperitan-keperitan hidup mendatang. Sebaliknya, bagi mereka yang tidak berjaya perlu mengulangi ritual itu sehingga selesai.

Dalam pada itu kajian saintis serangga menunjukkan dimana lazimnya untuk menjadi ratu, s
emut ini akan mengecilkan otak dan membesarkan organ ovarium (organ pembiakannya). Semut ini akan melakukannya selama sebulan untuk menentukan ratu berikutnya. (livescience)  Dalam dunia haiwan dan serangga untuk menjadi penguasa tetap ada sistemnya tersendiri. Misalnya  semut pelompat India (Harpegnathos saltator) dimana bagi menjadi seekor ratu, seekor semut pelompat India yang telah terpilih akan melakukan pertandingan antena yang panjang, kira-kira selama sebulan. Itu dilakukan untuk memutuskan siapa yang akan menjadi ratu selanjutnya. Tapi ia tidak berhenti di situ saja dimana kemudian semut betina yang menang akan memperbesar ovariumnya dan mengecilkan otak hingga tiga perempat dari ukuran aslinya. Tetapi bila semut akhirnya gagal naik takhta maka ia akan kembali menjadi semut pekerja (workers) dengan ia mengecilkan ovarinya, menumbuhkan otaknya kembali dan melanjutkan tugas dilakukan sebelumnya. Kajian juga menunjukkan bahawa otak semut ini akan kembali sepenuhnya ke ukuran semula dalam sebulan setelah kembali jadi semut pekerja. Seperti kebanyakan spesis semut lainnya, koloni semut pelompat India sangat hierarkis. Seekor ratu semut bertanggung jawab untuk bertelur dan banyaak para pekerja melindungi koloni, memelihara larva dan berburu mencari makanan. Perbezaan dengan koloni semut lain terjadi setelah ratu mati. Sebagian besar koloni semut lain biasanya secara perlahan-lahan akan mati satu persatu serta membuat koloni sendiri. Tetapi semasa ratu di koloni semut pelompat India mati, separuh betina di koloni tersebut akan mengikuti turnamen duel selama sebulan dengan antena mereka. Para pekerja betina yang mampu mengaktifkan ovari mereka sambil mengirimkan dan menerima tusukan antena konstan ke wajah kemudian dipilih untuk menjadi ratu berikutnya. Setelah ritual selesai maka ratu semut baru yang berjaya akan melepaskan feromon untuk mengingatkan sesama semut koloni terhadap statusnya. Ratu baru juga akan mengalami perubahan radikal iaitu ia akan membekakan ovari hingga lima kali dari ukuran asalnya dan otak menyusut hingga 25%. Masa hidup ratu berkisar enam bulan hingga lima tahun. Biasanyaratu semut tidak akan pernah meninggalkan sarang atau melihat siang hari lagi. Ratu juga tidak perlu lagi berburu, merawat larva, atau mempertahankan sarang kerna kesemua keperluan hidupnya akan dipenohi dilakukan oleh para semut pekerja. .  Kajian masih belum mempastikn sama ada otak semut memiliki alat untuk tumbuh kembali dan memiliki banyak gen pula semasa hidupnya.

Terbaru dimana di Borneo saintis telah menemui 
spesies 'semut kamikaze, bunuh diri'. Walaupun tingkah laku semut ini telah diketahui sejak tahun 1916, serangga ini masih kekal misteri sejak berdekad lalu, tanpa spesis baru yang ditemui sejak tahun 1935. Dilaporkan dimana sekumpulan saintis tempatan mengumumkan mereka telah berjaya menemui semula spesies semut yang mendiami pokok di Borneo yang telah lama menghilang. Dikenali dengan nama "Colobopsis Explodens", salah satu keistimewaan semut ini ialah apabila diancam, ia akan meletupkan dirinya sendiri hingga mati, dan penyelidik mengatakan tindakan itu akan "membebaskan" cecair toksik yang melekit dari kelenjarnya. Proses ini akan membunuh semut berkenaan, tetapi ia juga boleh membunuh atau sekurang-kurangnya menghalang serangga yang menyerang. Walaupun tingkah laku semut ini telah diketahui sejak tahun 1916, serangga ini masih kekal misteri sejak berdekad lalu, tanpa spesis baru yang ditemui sejak tahun 1935. Namun sekumpulan saintis yang membuat kajian di sekitar Borneo beberapa tahun kebelakangan ini menemui 15 spesis baharu, termasuk satu spesis yang didapati akan membesarkan kepalanya apabila diancam. Kumpulan saintis itu berharap akan menemui lebih banyak maklumat berkenaan spesis semut ini, dan dapat mendedahkannya kepada umum dalam kertas kajian seterusnya.

Serangga seperti semut memang mudah tertarik kepada makanan yang manis dalam rumah. Kehadiran semut dalam makanan terutama dalam bekas gula pasir selalunya menyebabkan kurang sesesa untuk seseorang mengambil gula bagi tujuan untuk masakkan atau pun menyediakan minuman. Ada pelbgai kaedah bagaimana kawal semut didalam dapur rumah yang mempunyai pelbagai stok makanan. Cara paling lazim untuk membunuh semut didapur yang dilihat berkelitaran dilantai atau pun didinding rumah adalah dengan menyembur racun kimia aerosol. Ini keran asellaunya kehdiran semut daam dapur dan bilik tidur atu ruang tamu 
di rumah memang merosakkan pemandangan terutamanya di bahagian dapur apatah lagi jika menghurung makanan yang disimpan. Ada kalanya yang hendak cuba membunuh tetapi tidak sampai hati akan tetapi sebenarnya ada cara untuk menghalau semut agar tak lagi kembali. Terdapat beberapa cara boleh dilakukan untuk menghalau semut dan anda hanya perlu menggunakan bahan yang ada di dapur. Pertama sekali adalah dengan cara menggunakan Air Lemon (Citrus lemon) dimana bau air perahan lemon sangat kuat dan mampu menghalau semut Apa anda perlu lakukan adalah memerah jusnya dan tambah satu sudu garam sebelum dikacau rata. Caranya dngan menitiskan air lemon di tempat semut sering datang dan haiwan ini tidak akan berani kembali ke situ lagi kerana bau lemon yang kuat. Kedua adalah dengan meletakkan Serbuk kayu manis dimana sebelum tidur boleh di taburkan serbuk kayu manis berdekatan sarang semut atau lubang tempat laluannya. Keesokan harinya, dijamin tiada lagi semut di situ. Cara ketuga adalah dengan menggunakan Cuka dimana sama seperti air lemon dilaporkan cuka juga mempunyai aroma yang cukup kuat dan ditakuti semut. Ke empat dengan cara meletakkan Bunga Cengkih di lokasi sesuai. Semut tidak suka bau bunga cengkin dan caranya mudah. Anda hanya perlu menaburkan lima ke 10 ulas bunga cengkih di tempat yang banyak semut. Ke lima adalah dengan menabur Serbuk kopi (Coffes spp) dimana serbuk kopi juga sangat berguna menghalau semut atau berlaku dimanas semut akan lari kerana ia tidak menyukai baunya. Semuga artikel subuh ini dalam blog anim agro technology memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMANYA SEMUT... PELBAGAI CERITA...
SEMUT PELURU... UJIAN BAGI REMAJA...
SEMUT RATU... ADA LAYANAN ISTIMEWA...
KAWAL SEMUT.... BANYAK JUGA PETUA..

By,
M Anem,
Senio Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
bandaraya Melaka Bersejarah,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(7 Zulhijjah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...