Support My Blog

Tuesday, September 28, 2021

BURUNG RUAK-RUAK - FAKTA DI MEDIA

BURUNG RUAK-RUAK
(
Amaurornis phoenicurus) atau di Malaysia kita panggil sebagai burung wak-wak merupakan sejenis burung yang unik kerana berbunyi bising ketika waktu hendak maghrib. Penulis blog sering melihat burung ini semasa remaja tinggal di kampong dahulu iaitu di Gersik, Muar, Johor di hadapan rumah berdekatan dengan anak sungai. Apabila lewat petang burung ini sama ada seekor atau beberapa ekor akan berbunyi kuat bersahutan. Bagaimana pun daripada segi sains dan pengkelasannya penulis blog mendapati dimana burung ruak-ruak ini adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup (haiwan) iaitu dibawah filum kordata, sub-filum haiwan bertulang belakang atau pun vertebrate dalam kelas Burung (birds). Burung Ruak-ruak adalah haiwan berdarah panas dengan ia mempunyai dua  pasang sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Bahagian paruh burung ruak-ruak tidak bergigi. Apa pun lazimnya burung ini biasa terdapat berhampiran penempatan manusia tetapi amat sukar dilihat kerana ia akan terbang atau berlari menyorok apabila menyedari manusia datang dekat. Biasanya anak burung bewarna hitam yang dapat dilihat apabila dibawa melintas jalan. Burung ini juga merupakan spesies yang mudah mengadaptasi. Uniknya ia suka berbunyi pada waktu maghrib selama beberapa minit seperti bunyi katak menguak dan menguek dan diikuti bunyi 'u-wak' berulang-ulang. Juga bunyi hoop kosong lembut monoton berulang; bunyi amaran adalah hik bernada tinggi. Burung ruak-ruak dewasa kebanyakannya mempunyai kelabu gelap pada bahagian belakang dan sisi dan kepala, leher dan dada putih. Bahagian perut dan bawah ekor bewarna perang cerah (cinnamon coloured). Badannya tirus menegak agar ianya memudahkan ia menyusup melalui rimbun semak dan rumput paya. Sepasang kakinya mempunyai jari panjang dengan ekor pendek dan kaki dan paruh kuning. Kedua jantina burung ini serupa bentuknya akan tetapi tetapi burung remaja lebih pudar berbanding burung dewasa. Burung ini menggunakan paruh dalam lumpur dan air berlumpur untuk memagut makanan yang dilihat. Ia makan serangga, ikan kecil dan biji benih. Ia merayau mencari makan di tanah atau di semak samun dan tumbuhan renek. Di Malaysia menangkap, menjual, menjerat dan membunuh burung ini merupakan hidupan liar yang dilindungan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 2010 (Akta 716) bagi semenanjung Malaysia dan juga di Indonesia. Apa pun lazimnya mudah menjumpai burung ini di kawasan berair seperti paya semak, kolam dan alur di hutan terbuka, paya bakau dan padang dan taman. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan beberapa fakta mengenai burung ruak ruak atau burung wak wak untuk dijadikan bahan rujukan. 
 
Memetik sumber suarasarawak.my dengan tajuk 'Burung wak-wak dan ayam-ayam spesis dilindungi' wajat dirujuk sebagai fakta penting kali ini. Dinyatakan tahukah anda yang burung ruak-ruak atau wak wak dan ayam-ayam diwartakan sebagai spesies hidupan liar yang dilindungi di Malaysia di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Kedua-dua spesies burung liar ini meskipun sering dilihat di kawasan penempatan manusia, namun ia akan terbang atau berlari menyorok apabila menyedari kehadiran manusia. Burung ruak-ruak atau wak-wak ini atau nama saintifiknya Amaurornis phoenicurus merupakan sejenis burung air. Antara ciri-ciri fizikal burung ini ialah mempunyai sepasang mata hitam, paruh kuning pucat, balung kecil warna merah pada kawasan hidung. Selain itu dilaporkan bulu burung ini berwarna hitam keseluruhan atas kepala hingga ke ekor dan warna putih pada bahagian muka membawa ke dada hingga tengah badan. Manakala bahagian bawah perut hingga ke ekor berwarna perang. Ia juga mempunyai sepasang kaki panjang berwarna kuning dan ekor yang pendek. Dari segi habitat, burung ini biasanya menghuni kawasan yang mempunyai sumber air seperti kawasan tasik, lembah hutan berpaya air tawar, sawah dan kawasan yang mempunyai banyak tali air. Bagi burung ayam-ayam (Gallicrex cinerea) jantan dan betina mempunyai warna fizikal yang berbeza. Antara ciri-ciri burung jantan ialah berbulu badan yang berwarna kehitaman dengan jalur putih, paruh berwarna kuning, bahagian bawah paruh berwarna merah dengan balung merah yang panjang pada bahagian atas kepala. Bagi burung betina pula dilihat bagaimana pada bahagian atas badan berwarna coklat gelap, bahagian hujung bulu berwarna kuning pucat serta bahagian belakang tengkuk, atas belakang badan dan pangkal sayap berwarna kelabu. Apa pun habitatnya di kawasan hutan paya air tawar, kawasan air yang berumput, sawah padi dan ada ketikanya ditemui di kawasan hutan paya bakau sama seperti habitat burung wak-wak. Jika menyimpan tanpa permit atau memakan dua spesies burung ini dan sabit kesalahan maka ia boleh didenda RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun bagi burung jantan. Sementara itu akta nyatakan dimana jumlah denda RM200,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun bagi burung betina atau tidak matang.

Fakta mengenai burung ruak ruak ini menjadi viral di Selama, Perak apabila '
Pesawah simpan burung ruak-ruak ditahan' wajat dijadikan rujukkan. Portal berita sinarharian.com.my menyatakan dimana Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menahan seorang pesawah kerana menyimpan 23 ekor burung ruak-ruak di sebuah premis di Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak.  Pengarahnya Perhilitan Perak iaitu Yusoff Shariff nyatakan suspek berusia 42 tahun itu ditahan selepas beliau gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah bagi tujuan menyimpan hidupan liar tersebut. Tangkapan dibuat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (2010) Akta 716 iaitu menyimpan hidupan liar tanpa kebenaran daripada Jabatan Perhilitan. Hasil pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa di premis tersebut turut menemui beberapa spesis hidupan liar lain iaitu dua ekor burung belibis dan tiga ekor burung ayam (Sila lihat foto disebelah)Kesemua 28 ekor burung daripada tiga spesis tersebut telah dirampas bersama 27 sangkar. Apa pun kesemua burung yang ditemui dipercayai untuk simpanan suspek sebagai hobi dan harga pasaran bagi burung ruak-ruak dianggarkan RM10 hingga RM20 seekor. Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian untuk soal siasat sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama manakala burung yang dirampas dilepaskan ke habitat asal. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 60 (1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 kerana kesalahan bagi menyimpan hidupan yang dilindungi tanpa lesen yang membawa hukuman denda tidak melebihi 50,000 bagi setiap ekor atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Bagi Seksyen 68 (1)(a) akta yang sama kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya dimana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Pihaknya menerima sebanyak empat kes berkaitan kesalahan menyimpan hidupan liar dan pemburuan haram di negeri ini. Beliau menasihatkan orang ramai yang ingin menyimpan hidupan liar sebagai hobi supaya mendapatkan lesen daripada Jabatan Perhilitan bagi mengelak tindakan undang-undang diambil.

Dikalangan masyarakat kampung memang ada kisah mengenai burung wak-wak ini dengan cerita mistik. Perkara ini disiarkan oleh portal kosmo.com.my yang di posting pada 20 September 2020 bertajuk 'Disapa nenek misteri ketika memikat burung wak-wak' menarik dikongsi. Ini merupakan kisah dan bukan fakta kerana serita bermula apabila sebaik tiba di kawasan lapang di sebuah kebun tanpa melengahkan masa, tiga orang sahabat itu memacak dua batang buluh yang dibawa mereka.  Di bahagian tengah antara kedua-dua buluh tersebut itu direntangkan dengan jaring pada bahagian atas. Tujuan mereka berbuat demikian adalah satu iaitu untuk memikat dan menangkap burung wak-wak atau ruak-ruak. Setelah buluh dan jaring itu siap dipasang mereka kemudian pulang ke rumah masing-masing sebelum datang pula pada sebelah malam. Memikat burung wak-wak adalah aktiviti yang sering dilakukan tiga orang sahabat itu yang tinggal di sebuah negeri utara Semenanjung. Selalunya pemburu ini akan memasang jaring pada sebelah petang dan datang semula ke kawasan ini pada pukul 12 tengah malam. Untuk memikat burung wak-wak ini, ia dilakukan pada sebelah malam dengan cara mendekut menggunakan serunai dakwa individu yang dikenali sebagai Halim. Mereka mengakui itu bukanlah kali pertama memikat burung wak-wak dan aktiviti tersebut telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu. Halim menjelaskan dimana dia belajar memikat burung wak-wak itu daripada arwah datuknya.  Datuknya juga mengajarkan kepadanya cara menggunakan serunai untuk menyeru burung tersebut datang. Selain itu, mereka juga menggunakan pembesar suara yang mempunyai rakaman bunyi serunai untuk memanggil burung tersebut.  Bercerita lanjut, dia berkata, sepanjang terlibat dengan aktiviti itu, pelbagai peristiwa mistik diceritakan orang, selain mengalami sendiri kejadian menyeramkan. Ada banyak versi cerita didengarinya tentang burung tersebut. Ada yang mengatakan burung itu dijaga dan dimiliki oleh makhluk halus. Mereka yang ingin memikat burung tersebut dikatakan akan diganggu dengan perkara mistik. Selain itu, ada juga yang mengatakan jika pemilihan kawasan untuk memikat burung tersebut tidak betul, mereka juga akan diganggu makhluk halus. Halim menjelaskan, antara gangguan yang sering mereka alami adalah situasi yang mana kedengaran jaring dilanggar sekawan burung. Sebaik serunai dimainkan maka kedengaran ada benda sedang berterbangan di udara dan melanggar jaring yang kami pasang. Mereka sangkakan burung-burung tersebut melanggarnya. Tetapi apabila kami pergi untuk melihatnya, jaring itu masih kosong. Alah bisa tegal biasa. Itulah situasi yang sering dihadapinya ketika memikat burung wak-wak. Biarpun kadang-kadang meremang bulu roma berhadapan dengan situasi itu memandangkan ia berlaku pada waktu malam, dia dan rakan-rakan hanya mendiamkan diri. Kejadian menyeramkan yang tidak boleh dilupakan adalah rakannya disapa wanita tua ketika memikat burung tersebut pada satu malam beberpa tahun lalu. Rakan nya ketika itu berseorangan kerana saya dan seorang lagi rakan pergi melihat jaring yang dipasang. Dia didampingi seorang nenek yang tidak jelas wajahnya kerana dilindungi kegelapan malam. Wanita itu berkata kami tidak akan mendapat hasil di kawasan itu dan sebaiknya berpindah ke tempat lain. Jelasnya, pucat lesi muka rakannya yang ditegur itu dan mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah kerana bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku jika terus berada di kawasan itu. Pada waktu itu, Halim teringat nasihat arwah datuknya jika ditegur sesuatu, elok pulang sahaja. Itu tandanya, tempat mereka memikat burung tersebut adalah kawasan makhluk halus. Kejadian mistik lain yang pernah mereka alami adalah mendengar suara berbunyi sayu berhampiran tempat mereka memikat burung. Semua kejadian menyeramkan itu tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk terus melakukan aktiviti yang diminati itu. Wallhualam. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BURUNG RUAK-RUAK... APA FAKTANYA...
PADA LEWAT PETANG...AMAT BISINGNYA...
DILINDUNGI AKTA... DIHUKUM DI MALAYSIA...
CERITA MISTIK... MEMANG ADA BERSAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Safar 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...