Support My Blog

Thursday, September 9, 2021

KENALI KELAPA MATAG TULEN

BENIH KELAPA MATAG TULEN
(Cocos nucifera Linn) merupakan salah satu perkara yang menjadi isu yang sering dibincangkan dikalangan pekebun kelapa dan mereka yang ingin mendapatkannya. Ini kerana kalangan masyarakat masih ingin mendapatkan bekalan benih kelapa Martag tulen (F1) untuk ditanam. Kelapa Matag (CN13, CN14 dan CN15) merupakan satu varieti kelapa hibrid yang sangat popular di Malaysia kerana potensi hasilnya yang sangat baik. Rata-rata apabila ada yang ingin menanam kelapa meraka hanya hendak menanam kelapa Matag sahaja sedangkan ada sebahagian mereka ini tidak berapa tahu bagaimana status benih kelapa Matag ini sama ada ia benih tulin atau benih kelapa matag F2 atau kelapa jenis lain yang didakwa sebagai kelapa Matag. Ramai petani dan dikalangan orang awam yang cuba mendapatkan benih kelapa matag daripada pembekal nurseri atau semasa ada pameran pertanian dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab. Benih Kelapa Matag adalah Kacukan daripada induk betina Kelapa Renek Malayan Red Dwarf (MRD) atau Malayan Yellow Dwarf (MYD) dengan debunga dari pokok Kelapa Tinggi Tagnanan dengan kaedah sistematik. Proses ini mengambil masa 18 bulan untuk menghasilkan sebiji kelapa hibrid dimana 12 bulan untuk pendebungaan dan buah matang dan 6 bulan ditapak semaian. Peratus kejayaan untuk menjadi benih kelapa Matag F1 tulin bergantung kepada banyak faktur seperti cuaca, kemahiran pendebunga dan sebagainya. Ramai petani termasuk penduduk kampung dan pinggir bandar tertarik dengan kelapa MATAG kerana walaupun pokoknya rendah, buahnya besar, cepat berbuah dan lebat. Apa pun anda jangan terkejut jika pokok kelapa MATAG yang ditanam tidak berbuah malahan jika berbuah pun hasilnya tidak mempunyai ciri sebagai Kelapa Matag. Ini kerana ia mungkin disebabkan pokok kelapa itu ditanam menggunakan anak benih diambil daripada buah pokok kelapa MATAG yang dicambahkan dan ini sebenarnya anda telah membeli dan menanam benih kelapa Matag tidak tulen atau dalam istilah saintifiknya dipanggil Generasi Matag F2. Generasi F2 tidak mempunyai ciri-ciri kualiti dan kelebihan seperti kelapa MATAG jika dijadikan anak benih. Ini kerana kelapa MATAG sejenis kelapa hibrid yang dihasilkan melalui kacukan dua induk kelapa berbeza iaitu Tagnanan sebagai induk jantan dengan Malayan Red Dwaft (MRD) atau Malayan Yellow Dwaft (MYD) sebagai induk betina. Nama ‘MATAG’ pula singkatan gabungan antara ‘MA’ (Malayan) dan ‘TAG’ (Tagnanan) bagi menggambarkan kelapa hibrid hasil kacukan dua varieti berbeza. Kelapa hibrid MATAG mempunyai gabungan ciri baik dan kelebihan yang diwarisi kedua-dua induknya iaitu buah yang besar daripada Tagnanan dan pokok rendah, cepat berbuah serta lebat daripada MRD atau MYD. Bagi mendapatkan hasil kelapa hibrid MATAG sebenar, petani perlu memastikan benihnya tulen iaitu hasil pendebungan antara Tagnanan dengan MRD atau MYD atau istilah saintifiknya dipanggil Generasi F1. Artikel subuh ini saya akan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai benih kelapa tulen untuk dijadikan bahan bacaan semua.

Penulis blog mendapati dimana ada r
amai kalangan petani termasuk penduduk kampung dan pinggir bandar tertarik dengan kelapa MATAG kerana walaupun pokoknya rendah akan tetapi buahnya besar, cepat berbuah dan lebat. Penulis blog yang telah menulis lebih dari 250 artikel mengenai kelapa mendapati isu ini masih 'hangat' walau pun sudah hampir dua tahun meninggalkan Jabatan Pertanian. Kadang-kadang masih ada kalangan mereka bertanya mengenai benih kelapa Matag selepas membaca tulisan-tulisan saya dalam blog ini. Di kala ini bagaimanapun pembaca jangan terkejut jika pokok kelapa MATAG yang ditanam sesetengah pekebun kelapa masih tidak berbuah walau pun sudah lebih 5 tahun menanamnya. Pemantauan ppenulis blog sebelum ini mendapati ramai pekebun kelapa mengeluh apabila mendapati dimana ada pokok Matang (mungkin F2) dimana ianya berbuah akan tetapi buahnya tiada ciri sebagai kelapa Matag. Perkara ini mungkin berlaku disebabkan anakbenih pokok kelapa itu ditanam menggunakan anak benih diambil daripada buah kelapa Matag F2 yang dicambahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan menjualnya dnegan harga benih Matag tulen (F1). Penulis blog sememangnya tidak boleh menyalahkkan penjual benih Matag F2 kerana permintaan untuk benh Matag memang tinggi sedangkan bekalan benih Matag F1 adalah terhad. Peluang ini digunakan oleh mereka ini menyemai biji kelapa dari pokok kelapa Matag untuk dijadikan benih. Memang kesian melihat gelagat penanam kelapa Matag F2 yang sebenarnya menanam benih kelapa Matag tidak tulen atau dalam istilah saintifiknya dipanggil Generasi F2. Generasi F2 tidak mempunyai ciri-ciri kualiti dan kelebihan seperti kelapa MATAG jika dijadikan anak benih.

Asasnya adalah dimana benih kelapa Matag Tulen merupakan jenis Kelapa Hibrid yang dihasilkan melalui kacukan dua induk kelapa berbeza iaitu Tagnanan sebagai induk jantan dengan Malayan Red Dwaft (MRD) atau Malayan Yellow Dwaft (MYD) sebagai induk betina. Nama ‘MATAG’ pula singkatan gabungan antara ‘MA’ (Malayan) dan ‘TAG’ (Tagnanan) bagi menggambarkan kelapa hibrid hasil kacukan dua varieti berbeza. Kelapa hibrid MATAG mempunyai gabungan ciri baik dan kelebihan yang diwarisi kedua-dua induknya iaitu buah yang besar daripada Tagnanan dan pokok rendah, cepat berbuah serta lebat daripada MRD atau MYD. Bagi mendapatkan hasil kelapa hibrid MATAG sebenar, petani perlu memastikan benihnya tulen iaitu hasil pendebungan antara Tagnanan dengan MRD atau MYD atau istilah saintifiknya dipanggil Generasi F1. Pendedahan ini dilakukan berikutan Jabatan Pertanian menerima banyak laporan daripada petani yang membeli dan menanam kelapa MATAG menggunakan benih Generasi F2 yang dijual pembekal benih sama ada nurseri atau jualan secara dalam talian (online). Keadaan ini berlaku akibat kekurangan pengetahuan mengenai benih hibrid dalam kalangan orang ramai menyebabkan mereka mudah ditipu. Lebih malang apabila segelintir penjual mengambil kesempatan terhadap kekurangan pengetahuan petani dengan mendakwa anak benih kelapa MATAG Generasi F2 sebagai anak benih MATAG tulen atau Generasi F1. Ada beberapa pekebun kelapa yan dilaporkan ‘tertipu’ dengan anak benih pokok MATAG tidak tulen. Sebenarnya anak benih kelapa MATAG tulen hanya dikeluarkan Jabatan Pertanian melalui ladang benih kelapa di Pusat Pertanian Pagoh, Johor dan Pusat Pertanian Lekir, Perak serta beberapa pihak seperti United Plantation (UP) di Perak, NLFCS di Sg Siput dan PPNJ di Segamat. Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak juga mengeluarkan benih kelapa hibrid MATAG iaitu masing-masing di Stesen Kelapa Menumbok dan Pusat Pertanian Tarat.

Dalam penghasilan benih kelapa Matag F1 terdapat Prosedur operasi standard (SOP) bagi pengeluaran anak benih yang bertujuan menyeragamkan proses pengeluaran anak benih kelapa di setiap ladang benih dan tapak semaian. Ia bagi menjamin ketulenan benih kelapa hibrid MATAG yang dikeluarkan Jabatan Pertanian dnan pihak tertentu hanya mengikuti SOP yang sama dan anakbenih kelapa berkualiti. Pengeluaran anak benih kelapa hibrid MATAG antara aktiviti di bawah Projek Pengeluaran Benih Tanaman dalam rancangan lima tahun sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) oleh Jabatan Pertanian dimana penulis blog terlibat semasa bertugas dahulu. Penulis blog perlu pastikan pengeluaran anak benih MATAG bertujuan membekalkan benih berhasil tinggi kepada peserta projek tanaman baru, penanaman semula dan juga pemulihan kelapa (Sila lihat foto disebelah). Aktiviti pengeluaran benih membabitkan kerja penanaman pokok induk baru, kerja pendebungaan untuk pengeluaran kelapa hibrid serta penyemaian benih hibrid MATAG di tapak semaian. Kebun benih kelapa yang dipilih hendaklah sebaiknya berdekatan sumber air untuk pengairan kerana ia antara faktor penting dalam menjayakan kebun benih kelapa,” katanya. Proses pemilihan pokok induk yang baik penting kerana ia menentukan penghasilan benih berkualiti. Kriteria penting dalam memilih pokok induk Tagnanan (jantan) mesti berusia lapan tahun ke atas kerana pengeluaran buahnya sudah seragam. Pokok induk mestilah daripada pokok berhasil tinggi dan mengeluarkan buah seragam sepanjang tahun. Pemilihan pokok induk MRD (betina) mesti mencapai usia lima tahun ke atas bagi memastikan ia berkualiti. Kerja-kerja pendebungaan bermula dengan pemilihan bunga betina matang dan boleh dikenalpasti apabila hujung stigmanya terbuka dan mengeluarkan cairan jernih. Pendebungaan dibuat dengan menyapukan debunga jantan Tagnanan pada bunga betina yang matang. Pendebungaan pada setiap bunga betina diulang setiap hari selama lima hingga tujuh hari atau sehingga stigma berwarna hitam. Anak benih kelapa hibrid MATAG yang berusia empat hingga 12 bulan boleh terus dipindahkan ke ladang untuk penanaman. Anak benih terpilih mestilah mempunyai warna sama pada pangkal pelepah dan lidi daun (hijau, keemasan, jingga kemerahan). Proses pengeluaran benih kelapa hibrid MATAG yang bermula daripada proses pendebungaan, semaian dan mencapai standard anak benih memakan masa sekurang-kurangnya satu tahun empat bulan. Setiap proses memerlukan penelitian rapi bagi menepati ciri-ciri pokok, buah dan anak benih berkualiti dapat dihasilkan. Prosedur yang ditetapkan ini boleh menjamin pengeluaran benih yang boleh menghasilkan pokok kelapa hibrid MATAG yang produktif bagi memenuhi kuota permintaan pasaran sama ada untuk kegunaan segar atau produk hiliran berasaskan kelapa. Pokok kelapa MATAG daripada anak benih yang dikeluarkan mengikut prosedur ini berpotensi menghasilkan buah melebihi 25,000 biji sehektar setahun. Kelapa hibrid MATAG boleh memberikan hasil buah kelapa yang banyak dalam jangka panjang dengan saiz lebih besar dan popular dalam kalangan pengguna domestik selain dapat menghasilkan kelapa muda, jeli kelapa, dijual muda untuk air dan tua untuk santan. Pekebun kelapa perlu untuk mendapatkan bekalan anak benih hibrid MATAG tulen daripada pembekal sah seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Sarawak serta pihak swasta iaitu United Plantation Berhad (UPB) dan National Land Finance Cooperatives Society (NLFCS) sahaja. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
KELAPA MATAG... HIBRID JENISNYA...
MRD, MYD.... TAGNANAN INDUKNYA...
BENIH MATAG F2... ELAK BELINYA...
JABATAN PERTANIAN...CUBA TANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Muharam 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...