Support My Blog

Thursday, September 16, 2021

UDANG GERAGAU - FAKTA DI MEDIA

UDANG GERAGAU (Acetes japonicusmerupakan sejenis udang halus yang berwarna keputihan yang datang secara bermusim dipantai-pantai negara kita seperti di Melaka, Perak, Selangor, Sabah dan beberapa pantai lain di Malaysia. Udang geragau juga di panggil sebagai Udang Baring atau Udang Geraguk dimana dalam bahasa inggeris dipanggil 'Small Shrimp'. Penulis blog yang pernah tinggal di Melaka lebih 14 tahun mendapati udang Geragau datang kepantai di pantai Klebang di Melaka pada waktu-waktu tertentu semenjak berkurun-kurun dahulu dan sangat popular dikalangan penduduk tempatan. Haiwan kecil dari kumpulan Crustacea ini dilaporkan hidup dipantai secara berkumpulan dalam air laut ditepi pantai Melaka. Nelayan tempatan selalu mendapat tahu bila perlu turun ke pantai untuk menangkap udang geragau menggunakan 'Pelanggai' atau 'Sungkur'. Saya mula kenal udang geragau ketika kecil lagi di kampong iaitu Gersik, Muar, Johor dimana udang ini sering dijadikan bahan penting dalam membuat jemput-jemput yang enak atau 'Goreng Tepong Udang Geragau' dan memang menjadi santapan keluarga. Udang Geragau adalah udang berwarna putih yang kecil dan lembut bersaiz sekitar 1-3 cm semasa basah dan bagi pasaran lebih lama ia perlu dikeringkan untuk simpanan jangkamasa panjang dan sangat ringan. Udang ini akan datang ketepi pantai Klebang di Melaka pada musim tertentu dengan kuantiti yang banyak dan wujudlah 'Pesta Melanggai' dikalangan penduduk tempatan. Pelanggai adalah sejenis alat yang mempunyai 2 batang kayu di sambung dipangkalnya dan dipasangkan jaring halus di rentang pada kedua-dua hujung kayu yang akan di tolak dilantai pasir pantai. Udang atau anak ikan yang melalui pelanggai akan terperangkap dalam jaring yang di tolak dan akan masuk kedalam hujung jaring halus yang diangkat kearah pelanggai. Penulis blog juga pernah cuba melanggai dalu akan tetapi tidak lama kerana ia bukan main berat hendak angkat pelanggai ini. Hanya mereka yang mahir sahaja mampu melanggai untuk dapatkan hasil banyak dalam masa berjam didalam air. Artikel pada malam Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka paparkan beberapa fakta mengenai udang geragau dari beberapa media untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Fakta bagaimana aktiviti mencari udang geragau dilaporkan oleh BH bertajuk 'Syok menyungkur geragau' pada pesta geragau di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka untuk ditulis semula. Lokasi ini hanya kira-kira 25 minit sahaja dari rumah penulis blog. Biasanya pesta yang bermula awal pagi ini dilaporkan telah menyebabkan harga anak udang itu boleh turun kepada RM5 - RM7 sekilogram berbanding antara RM8 - RM10 sekilogram sebelum ini. Dilihat dimana sejak awal pagi di lokasi pantai sepanjang kira-kira lima kilometer dari Kampung Balik Bukit hingga Kampung Tanah Merah di Pantai Puteri dipenuhi oleh puluhan penduduk yang ‘menyungkur’ iaitu kegiatan menolak sungkur atau perangkap geragau bagi membolehkan mereka memperoleh hidupan laut itu. Penduduk yang turun itu sama ada nelayan atau hobinya yang bekerja di darat tetapi mahir menyungkur sudah turun ke gigi pantai sejak jam 3 pagi dan tidak kurang juga yang mula menyungkur mulai jam 7 pagi. Kemudian hasilnya dimana kebanyakan mereka memperoleh antara 40 - 100 kilogram geragau yang bermain di gigi pantai mengikut ombak dibawa angin yang dikenali dalam kalangan nelayan sebagai ‘angin barat.’ Bagi seorang pekerja kilang iaitu Mohd Nizam Ithnin (40 tahun) dimana dia telah mula menyungkur pada jam 7 pagi selepas melihat kebanyakan mereka yang sudah menolak sungkur lebih awal memperolehi antara 20 - 30 kilogram geragau. Selepas empat jam dia menyungkur dia terpaksa naik ke pantai kerana pundi sungkur sudah penuh dengan kira-kira 40 kilogram geragau. Dia juga kemudian menjual pada harga RM7 sekilogram kepada pelanggan yang kebetulan memenuhi pasar ikan di pantai ini pada pagi hari tersebut. Beliau kemudian terus naik ke pantai di Kampung Pantai Rombang, Pantai Puteri untuk menjualnya  (Sila lihat foto disebelah). Dia laporkan dimana ada jutaan anak udang bersaiz kecil itu bermain di gigi pantai berikutan ‘air bani’ iaitu tiada arus di dasar laut yang hadir hanya dua kali dalam sebulan mengikut kalendar Islam. Dinyatakan dimana hari ini ialah 10 Rabiul Awal iaitu hari pertama air bani yang lazimnya berlanjutan selama seminggu dan pada waktu inilah geragau bermain di gigi pantai mengikut angin barat. Bagi isteri seorang nelayan tempatan bernama Pn Norasma berkata dia membantu menjual geragau diperoleh suaminya yang hanya ingin dikenali sebagai Mat sejak suaminya naik ke pantai pada jam 9.30 pagi. 
Ada pelanggan tidak merungut apabila mereka meletakkan harga RM7 sekilogram dan kebanyakan mereka gemar geragau di Pantai Puteri ini kerana mendakwa tidak berlumpur. Setakat ini mereka hanya dapat menjualnya kepada pelanggan biasa dan bukannya kepada pemborong yang datang untuk mendapatkan geragau untuk dibuat belacan atau cencalok. Hasil tangkapan geragau ini yang hadir sekali sekala telah melegakan perbelanjaan harian keluarganya dan bersyukur penduduk di sepanjang Pantai Puteri agar terus dimurahkan rezeki.

Akhbar sama BH dengan tajuk ''Emas kecil'' wajar dikongsi dengan pembaca semia. Dilaporkan di Melaka sekitar tahun 1980-an harga udang geragau hanya 80 sen sekilogram, namun sekarang ia melonjak kepada sekitar RM8 - RM10 sekilogram. Mana tidaknya kini udang geragau atau anak udang itu umpama ‘emas’ yang menjadi rebutan nelayan serta industri pembuatan belacan dan cencaluk. Jika dahulu, udang geragau hanya menjadi rebutan usahawan pembuatan belacan dan cencaluk, kini ia turut menjadi rebutan pelanggan individu berikutan kesukaran mendapatkannya di pasar atau di pantai yang sering dijadikan lokasi menyungkur, iaitu kegiatan menangkap udang geragau menggunakan peralatan iaitu ‘sungkur’. Bagi nelayan tempatan bernama Mohamad Yaakob, 44 tahun beritahu dimana udang geragau atau lebih dikenali dalam kalangan nelayan di negeri ini sebagai ‘gagau’ menjadi sumber pendapatan keduanya selepas hasil tangkapan utama iaitu ikan dan udang. Untuk menyungkur memang ia tidak tentu masa. Bergantung kepada waktu bila ada gagau di gigi pantai kerana adakalanya gagau naik waktu malam dan ada pada lewat petang atau Subuh. Dia turun menyungkur jam 1 pagi hingga sejurus sebelum azan Subuh dan saya dapat kira-kira 15 kilogram. Dia menjual udang geragau tangkapannya dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, sudah hampir habis di Kampung Pantai Rombang, Tanjung Kling, Melaka. Bagi setiap longgokan udang geragau seberat 300 - 400 gram biasanya dia akan meletakkan harga RM5 manakala bagi satu kilogram RM8 - RM10 dimana ia bergantung kepada saiz. Lazimnya udang geragau akan bermain di gigi pantai pada musim angin Monsun Barat Daya yang disebut dalam kalangan nelayan sebagai angin barat, bertiup dari Julai hingga awal Februari. Udang geragau lazimnya bermain di gigi pantai ketika arus dasar laut berubah menjadi perlahan dari 12 hingga 18 hari bulan dan dari 27 hingga 4 hari bulan dalam kalendar Islam atau kami sebut sebagai bulan Melayu. Alat digunakan adalah 'sungkur' yang diperbuat daripada buluh dengan jaring bersaiz kecil dan ia digunakan dengan cara ditolak oleh nelayan secara berjalan di gigi pantai sama ada mengikut atau melawan arus laut. Apabila sungkur ditolak maka udang geragau akan masuk melalui pintu jaring dan terperangkap dalam pundi sungkur yang terletak di bahagian hujung. Jika jumlah udang geragau yang berjaya diperangkap dalam sungkur tersebut telah mencapai hingga 100 kilogram kesannya dipasaran harga akan jatuh hingga RM5 sekilogram dan jika sebaliknya ia boleh mencecah tinggi sehingga RM10 sekilogram. Selain digunakan dalam industri pembuatan belacan dan cencaluk biasanya udang geragau juga enak dibuat jemput-jemput.

Berlainan fakta di Tanjung Lipas, Likas di Sabah dimana 'Bubuk lubuk rezeki' bagi nelayan bernama Lamin Saban sebagai pendapatan tambahan. 
Apabila musim udang geragau atau dikenali bubuk dalam kalangan masyarakat tempatan antara Disember hingga Mac sentiasa dinanti kerana ia turut memberi pendapatan tambahan kepada nelayan daerah ini. Nelayan sekitar kawasan berhampiran tidak akan melepaskan peluang menangkap dan menjual bubuk berikutan permintaan tinggi penggemar hidupan laut itu. Tinjauan di pantai Tanjung Lipat, Likas di pinggir bandar raya ini mendapati bubuk antara hasil laut paling banyak diperoleh nelayan tradisional selain ikan, udang dan ketam. Lamin dakwa dia ke laut setiap hari bagi memukat ikan atau udang untuk dijual selain kegunaan sendiri sejak beberapa tahun lalu namun tahun ini kali pertama cubaannya memburu bubuk (Sila lihat foto disebelah). Kali pertama menangkap bubuk dia tidak menyangka mampu meraih minima 10 kilogram (kg) setiap hari. Rutin harian dia bermula jam 6 hingga 10 pagi bagi mendapatkan bubuk. Dia memang tidak menjual bubuk di tepi jalan seperti nelayan lain kerana memiliki pelanggan tetap yang sering meminta bubuk dalam kuantiti banyak untuk dijadikan belacan dan cencaluk. Bagaimanapun sekiranya ada pelanggan datang untuk membeli bubuknya ketika dia berada di tepi pantai maka dia akan tetap menjualnya dengan harga RM5 satu plastik. Bubuk boleh ditemui di beberapa pantai di daerah ini akan tetapi makanan laut berwarna kemerah-merahan itu lebih mudah diperoleh kawasan pantai Tanjung Lipat. Di Sabah bubuk mudah ditangkap menggunakan alat buatan sendiri dikenali sebagai sorong-sorong (Sila lihat foto paling bawah). Alat ini diperbuat daripada dua batang kayu dan bahagian atas sorong-sorong perlu diletakkan dalam keadaan bersilang agar mudah digunakan. Hujung alat diletakkan paip polimer yang dibentuk melengkung supaya memudahkan proses dalam menangkap bubuk. Akhir sekali bahagian kelambu dijahit pada pertengahan alat. Penggunaan kelambu lebih sesuai untuk berbanding pukat atau jala sedia ada di pasaran kerana ianya memiliki lubang jaring kecil yang lebih sesuai dengan saiz bubuk dimana dia mampu memperoleh hingga 50kg bubuk dalam sehari. Selain menjual bubuk secara basah dan segar akan dipasarkan bubuk yang dikeringkan dimana ianya mampu bertahan lama sehingga beberapa tahun jika disimpan dalam peti sejuk. Selain dijadikan belacan atau cencaluk biasanya di kampung ini bubuk sering dijadikan bahan campuran dalam masakan seperti mi dan nasi goreng serta sayur selain sedap dibuat cucur sarapan pagi mahupun minum petang.

Bagaimanakah 'Proses udang geragau rahsia belacan sedap' wajar dikongsikan dalam tulisan artikel kali ini. 
Bagi usahawan Rohayah Hashim mampu untuk memperoleh pendapatan sehingga RM30,000 sebulan hasil jualan produk itu sejak 21 tahun lalu. Pada mulanya perniagaan yang diusahakan secara kecil-kecilan itu hanya bagi tujuan membantu suaminya En Sudin Bakar berumur 55 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori treler. Sebanyak 100 biji belacan dibuat dan dijual kepada kenalan terdekat dan kawan-kawan untuk mendapatkan maklum balas pasaran. Bermodalkan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM3,000 dia kemudian mulai serius dalam menyediakan belacan untuk dijual selepas menerima banyak sambutan lebih baik dan memberangsangkan. Beliau dakwa dimana membuat belacan di Kampung Alor Ibus, Kuala Kedah memberikan pendapatan baik kepada keluarganya. Bagi ibu  kepada lapan anak yang berusia antara 17 hingga 35 tahun itu berkata memang ada banyak cabaran terpaksa ditempuhi sepanjang bergelar usahawan belacan. Dia tidak kenal erti putus asa dan berusaha mempromosikan belacan menerusi mulut ke mulut untuk meningkatkan jualan dan tidak dinafikan internet banyak membantu memasarkan produknys ke seluruh negara. Suaminya yang banyak memberikan sokongan dan membuat keputusan untuk berhenti kerja pada 2006 dan kini sudah membantu menguruskan perniagaan ini supaya gerak kerja berjalan dengan lebih lancar. Udang geragau yang menjadi ramuan utama pembuatan belacan mestilah perlu dibersihkan dan dikeringkan dengan betul. Setiap bulan sebanyak 4,000 kilogram udang geragau yang ditempah dari Kuala Selangor digunakan untuk menghasilkan sehingga 1,000 ketul belacan pelbagai saiz setiap hari. Setiap belacan dijual dengan harga antara 80 sen sehingga RM5 dan pembuatan belacan ini dilancarkan dengan kekuatan seramai 10 pekerja. Belacan yang dijual mendapat sambutan malah ada seorang chef yang bertugas di tanah suci telah membeli sehingga 50 ketul belacan untuk dibawa pulang ke sana. Berkongsi pelan perancangan 2020 dimana beliau dakwa dia mahu membina tempat jemuran baharu di depan rumahnya selain berjaya menggiatkan promosi belacan di media sosial. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
UDANG GERAGAU... BERMUSIM ADA...
NAMA LAIN... DIPANGGIL BUBUK SAJA...
SUNGKUR, SORONG2.. ALAT DIGUNA...
DIJUAL SEGAR... DIPROSES PUN ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Safar 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...