Support My Blog

Saturday, September 4, 2021

TERUNG - FAKTA YANG KURANG DIKETAHUI (Pt 1)

TERUNG
(Solanum mleongena) atau Brinjal atau Eggplant merupakan sejenis sayuran buah popular daripada keluarga Solanaceae yang dimakan oleh sebahagian besar peduduk dunia. Di beberapa negara dilaporkan dimana terung disebut juga sebagai 'sayur panjang umur' dimana didakwa memang ada kesan positif pada jantung dan saluran darah serta juga mampu untuk mengurangkan kemungkinan kegagalan jantung, aterosklerosis dan hypertension. Ada pengguna yang mendakwa dimana terung merupakan salah satu dari sayur yang mempunyai khasiat yang berguna. Terung dilaporkan mampu meningkatkan fungsi saluran gastro-intestinal dan ia juga diperlukan untuk fungsi sistem kekebalan tubuh yang baik. Khasiat terung juga seperti kemampuannya melindungi dari jangkitan dan kerana kesan antioksidan yang kuat maka ia juga dikenal pasti sebagai salah satu cara mencegah barah (cancer). Bagaimana pun mana-mana makanan yang dimakan sering juga memberikan kesan negatif atau kontraindaksi yang sesuai untuk dibincangkan. 
Penanaman sayuran terung di Malaysia merupakan satu aktiviti yang telah dijalankan secara berterusan sepanjang tahun dimana pada tahun 2020 seluas 2,592 hektar telah ditanam dengan pengeluaran hasil terung sebanyak 48,017 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Luas Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2020). Penulis dapati jenis terung panjang adalah antara jenis terung yang telah mendominasi varieti yang ditanam sekitar 60 - 70% daripada jumlah semua jenis terung ditanam di Malaysia. Terung panjang dimasak sebagai sayuran segar dengan menumis, dibuat sambal pedas, bahan ramuan untuk masakan kari, paceri terung dan di goreng untuk dimasukan dalam asam pedas dan sebagainya. Tips menanam terung panjang boleh dijadikan bahan rujukkan kepada mereka yang baru mencuba menanam terung panjang disekeliling rumah. Mereka yang biasa dengan makan terung panjang akan tahu terung ini mempunyai tekstur rasa yang sangat lembut dimana ia adalah sesuai disediakan dalam masakan seperti digoreng, rebus atau dikukus. Terung boleh ditanam diberbagai jenis tanah asalkan ia subur, gembur, mempunyai saliran yang baik dan kaya dengan bahan organik. Jenis tanah yang paling sesuai ialah bertekstur lom yang baik dalam membekalkan nutrien, air dan udara kepada akar tanaman, pH yang sesuai antara pH5.0 dan pH6.5. Ia juga boleh ditanam di tanah gambut, tanah BRIS dan tanah bekas lombong. Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam antara 20 dan 30 sentimeter (cm) untuk memudahkan tujuan asas pertumbuhan akar. Batas disediakan menggunakan jentera atau secara manual mengikut saiz yang disyorkan, biasanya lebar batas antara 0.6 dan satu meter, tinggi batas 23 cm dan panjang batas mengikut kesesuaian tempat. Jarak antara batas ialah 0.6 meter. Batas di tambak dengan bahan organik tahi ayam atau kompos antara 1-3 kg/meter persegi, bahan ini hendakklah digaulkan kedalam tanah satu minggu sebelum menanam bagi membekalkan zat makanan kepada pokok atau antara tiga dan enam tan/hektar bagi tanah mineral. Bagi mereka yang ada hobi menanam terung disekeliling rumah memadai dengan menanamnya dalam bekas pasu atau dalam polibeg sahaja. Anda yang ada kawasan halaman luas pula boleh menanam terung panjang dengan cara fertigasi terbuka. Artikel pada subuh Ahad ini dari Putrajaya pada BulanOgos iaitu Bulan Kemerdekaan ke 64 ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta yang ramai mungkin ketahui mengenai terung untuk rujukan dan juga bahan  bacaan semua.

Dari segi pengenalan sebenarnya terung dikelaskan sebagai '
Nighthade fruit - berbuah gelap' dimana ia adalah tumbuhan herba dari genus Solanaceae. Di Eropah, pada abad ke-19 terung ini mula berkembang ditanam dibanyak bahagian dunia. Peyelidik biakbaka telah membiakan pelbagai jenis varieti terung yang mana ia berbeza dari segi bentuk, ukuran dan warna. Dilaporkan dimana di Rusia dimana buah terung ungu gelap bersaiz sederhana secara tradisional sangat dihargai dimana ia juga jenis buah-buahan yang digunakan sebagai bahan mentah dalam perubatan. Di negara beriklim 4 musim dimana keberadaan terung segar tidak boleh dibeli sebelum bulan Julai kerana tanaman kurang berhasil akibat sejuk. Biasanya tempoh dari bulan Julai hingga September dianggap sebagai masa pertumbuhan pematangannya secara semula jadi. Dilaporkan ada banyak varieti terung dilaporkan diseluruh dunia akan tetapi di Malaysia hanya sekitar 10 varieti yang didaftarkan. Pernah dilaporkan dimana sayuran terung merupakan salah satu tanaman dari keluarga Soalanaceae yang menganungi kadar racun perosak tinggi dan kadar sisabaki racun sering dikesan. Tanaman terung menyamai tanaman cili merupakan jenis tanaman yang  mempunyai banyak serangga perosak megancamnya. Antara perosak yang menyerang tanaman terung ialah Kumbang Daun (Epilacna indica), Kutu Daun (Aphis sp), Ulat Pengorek Buah (Leucinoides orbonalis), Ulat Lipat Daun dan Hamana Merah. Kawalan boleh dijalankan dengan racun kimia dan amalan secara Kawalan Bersepadu (IPM). Penyakit tanaman terung pula sering merosakan tanaman dan hasil seperti Penyakit Layu Bakteria (Ralstonia solanacerum) dan Penyalit Layu Fusaruim (Fusarium sp) yang mana ia sangat merbahaya jika tidak dikawal dan tanaman mampu rosak sepenuhnya (pokok mati) dari pada semua peringkat. Penyakit lain ialah termasuk serangan Penyakit Antraknos Buah, Reput Buah dan Hawar pada daun. Antara perosak lain yang merosakkan tanaman terung adalah seperti Siput Panjang Kecil (Lamellelasis gracilis), Siput Panjang Besar (Subulina octana), Siput Karang (Succiinea taylon) dan Siput Leper Kecil (Pseudoplacta bijuga) yang memakan daun pokok. Apa pun lazimnya cara kawalan gunakan semburan racun kimia seperti Ametaldehyde dan cara kawalan bersepadu (IPM). Cara penggunaan bahan kimia yang tidak betul menyebabkan ada kesan sisabaki racun yang menyebabkan hasil terung tidak baik untuk kesihatan (MRL residual level).

Buah terung yang matang merupakan sejenis buah yang mana hampir 92% merupakan air. Kandungan lain didalam terung adalah Asid amino, Asid lemak Omega-3 dan Omega-6, serat (fiber), gula (glukos, fruktos, sukros), abu (ash) dan juga fitosterol. Komposisi lain didalam terung termasuk bahan garam mineral seperti Kalsium (Ca), Natrium (Na), Magnesium (Mg), Klorin (Cl), zat besi (Fe), Manganese (Mn), Tembaga, selenium, zink. Kompleks vitamin diwakili oleh vitamin A, Beta-karoten, vitamin B, Asid askorbik dan Nikotin, vitamin E dan vitaminn K. Terung juga dilaporkan mempunyai banyak kesan positif pada tubuhbadan seperti mengaktifkan aktiviti pada saluran gastrousus iaitu dengan membersihkan usus dari racun dan racun, membuang lebihan cecair. Ia juga dilaporkan mampu mengurangkan bengkak, menggalakkan penurunan berat badan, menormalkan proses metabolik, menurunkan kadar gula dalam darah dan kolesterol. Terung juga didakwa akan mengatur tahap hemoglobin dalam darah,  menormalkan proses pembentukan darah, mengurangkan kandungan zat besi dalam darah, memperbaiki keadaan dinding saluran darah, meningkatkan keanjalannya serta boleh membantu dalam memerangi penyakit hati dan buah pinggang. Khasiat terung perah dikaitkan dengan kesan antiseptik dan antibakteria yang ketara serta ia mampu untuk menguatkan sistem imunitii tubuh dan melindungi daripada selesema. Khasiat lain termasuk elakkan jangkitan saluran pernafasan atas, mempercepat penyembuhan luka serta luka bakar dan menyembuhkan bisul. Selain dari k
omposisi kimia, ciri nutrisi dan pemakanan dalam terung berbeza bergantung pada kaedah memasak dijalankan. Terung mentah adalah agak rendah kalori. Nilai tenaganya ialah 25 kcal per 100 g. Ada terung dimana sebilangannya mengandungi 1 g protein, 0.2 g lemak dan 2.9 g karbohidrat. Terung rebus dan terung bakar tanpa garam hampir tidak mengandungi zat lemak (0.2 g) akan tetapi kaya akan karbohidrat (6.2 g) dan jumlah tahap yang lebih rendah dalam protein (0.8 g). Kandungan kalori bagi sebilangan produk terung sekitar 35 kcal. Dalam pada itu nilai pemakanan lebih tinggi pada terung yang dijeruk (tidak popular di Malaysia) seperti tenaga sebanyak 49 kkal, protein 0.9 g, lemak  0.7 g dan zat karbohidrat 7.3 g. Terung goreng mempunyai kandungan kalori yang lebih tinggi sebanyak 132 kkal serta mengandungi protein dalam jumlah 1 g, lemak 8 g dan juga karbohidrat sebanyak 10 g. Sayur terung gorang dan terung sambal merupakan makanan yang penulis blog suka menikmatinya.

Apakah kehebatan makanan terung?. Terung sangat popular dalam masakan banyak negara di seluruh dunia. Terung disediakan sebagai makanan sengan cara merebus, membakar, memanggang, menggoreng atau dijadikan makanan seperti acar, makanan dalam tin atau pun digunakan sebagai ramuan salad dan dalam kaviar. Rasa terung yang paling sedap pada penulis blog adalah terung goreng bagaimana pun dilaporkan dimana nilai dari segi kesihatan terung goreng sebenarnya dianggap paling tidak sesuai sebab kandungan minyak. Dalam proses pemprosesan pemanasan termal dimana sayur menggunakan lemak yang dipanaskan akan memyebabkan semua asid lemaknya yang berguna ditukar menjadi bahan toksik. Toksin yang masuk ke dalam badan bersama dengan terung didakwa walaupun dalam dos kecil ia sebenanrya mempunyai kesan karsinogenik dan boleh membahayakan kesihatan. Dalam pada itu terdapat minyak sayuran dalam jumlah sedemikian berbahaya yang boleh menyebabkan berat badan berlebihan. Terung bakar atau terung rebus boleh merujuk kepada konsep pemakanan yang betul dan sihat. Jika cara memasak yang teliti maka ianya boleh mengekalkan sebatian berguna dalam strukturnya. Dalam proses memasak terung disyorkan agar  tidak menggunakan garam, rempah atau mayonis. Jus lemon atau beberapa kicap semula jadi sangat sesuai untuk ditambah bagi menmbah perisa kulineri terung. Sebenarnya t
erung adalah produk makanan yang berharga. Setiap orang akan mendapat manfaat untuk diri sendiri kerna kandungan nutrisinya mempunyai kesan yang baik terhadap aktiviti bagi kesihatan organ jantung. Ia juga didakwa akan mengekalkan keseimbangan keasidan dalam badan, memecah lemak dan membantu penurunan berat badan. Makanan terung juga didakwa mempunyai kesan antiseptik dan membantu dalam memerangi penyakit hati dan masalah buah pinggang. Agar tidak membahayakan kesihatan sebaiknya terung perlu diambil bersama buah-buahan berkualiti tanpa racun perosak secara sederhana. Dari segi penyediaan makaan terung sebaiknya ia disyorkan dengan cara merebus, memanggang atau mengukus sahaja. Artikel ini dibahagian dalam tiga segmen iaitu Part 1, Part 3 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembca blog anim agri technology kali ini. Wasallam!...
NAMA TERUNG... POPULAR SAYURNYA..
BERBAGAI BENTUK... DAN JUGA WARNA...
BANYAK KHASIAT... APA CARA MAKANNYA...
MEMBACA ARTIKEL... BANYAK FAKTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Muharam 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...