Support My Blog

Sunday, September 26, 2021

BUAH GOJI - BEBERAPA FAKTA MENANAM

BUAH GOJI
(Lycium chinese) atau Chinese Wolfberry juga dikenali dengan nama lain sebagai Chinese Boxton, Chinese Matrimoni-vine, Chinese Teaplant atau Wolfberry adalah tumbuhan daripada keluarga Solanaceae (Sama dengan terung dan Cili). Tumbuhan ini menghasilkan buah yang popular dengan nama Gojiberry (Buah Goji) yang sangat istimewa terutama pada masyarakat Zhongning, negeri Ningxia. Buah Goji ini dikatakan yang terbaik di dunia kerana ia mungkin dari tanah beralkali (pH 8.2 - 8.6) dan iklim yang bersuhu melampau dari 102 F-16 F (38C - 27C). Daripada beberapa rujukkan penulis mendapati buah ini subur di tanam di China terutama dikawasan Ningxia dimana kebanyakan penduduknya beragama Islam. Mereka mengamalkan makan buah goji ini sebagai makanan harian untuk kekal sihat dimana kajian menunjukkan kebanyakkan usia penduduk dikawasan ini mencapai usia lebih 100 tahun. Buah ini banyak yang dikeringkan untuk disimpan lama dan beberapa syarikat dari Malaysia mengimport buah giji kering ini untuk kegunaan rakyat Malaysia yang mengetahui akan khasiatnya. Penulis kurang kenal akan buah ini sebelum menerima beberapa sampel daripada pihak tertentu untuk mengetahui akan pencirian dan khasiat buah goji kering baru-baru ini. Semasa berkunjung ke China dulu penulis menjumpai buah goji kering dibungkus dalam bentuk kering di dalam kotak atau paket. China adalah pengeluar terbesar buah goji kering ke seluruh dunia. Buah goji segar boleh dimakan sebagai buah segar yang berkhasiat. Sementara itu didapati secara tradisional, buah goji berry yang kering digunakan dalam beberapa resepi masakan seperti sup, puding, nasi, sayur-sayuran dan sebagainya. Daun pucuknya digunakan sebagai sayur-sayuran dan ulam makanan. Ada juga digunakan sebagai bahan perasa pada makanan dan minuman. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta buah goji atau Chinese Wolfberry sebagai menambah pengetahuan dan kepekaan minda kita.

Tumbuhan beri goji mudah berkembang dimana tumbuhan yang berasal dari pergunungan Himalaya dan kini digunakan untuk kesihatan yang permintaaannya  juga semakin meningkat. Jika ada yang ingin menuai beri goji sendiri dan ia bukannya membelinya dari kedai-kedai kesihatan maka kemungkinan apa yang perlu anda lakukan ialah mencuba. Pembaca tidak perlu lagi filir panjang untuk menanam pokok ini sebagai hobi. Langkah pertama adalah mendapatkan benih Goji Berry. Biasanya ada 2 cara untuk mendapatkan benih untuk tumbuhan ini. Cara 1 adalah mendapatkan biji secara langsung dari buah yang masak yang telah di makan akan tetapi kelemahan di sini adalah bahawa anda tidak boleh pasti mengenai varieti atau kualiti genetik buah anda sendiri. Cara ke 2 dimana boleh membeli biji benih berkualiti dari kedai bekalan berkebun atau beli on-line sahaja. Ia adalah cara yang paling mudah dan selamat untuk mendapatkan biji goji yang baik. Kemudian disediakan tanah dan kawasan seauai dari tanah subur dan juga kaya dengan nutrien untuk memastikan bahawa mereka akan tumbuh dan menuai buah-buahan dengan cepat. Boleh juga mendapatkan tanah potting yang mempunyai banyak bahan organik (kompos, vermikulit dan sisa organik) untuk menanam. Bahan orhanik ini akan mengurangkankan kadar keperluan baja untuk meningkatkan nutrien di dalam tanah. Jika menanam pokok goji anda dalam pasu atau polibeg maka pastikan menambah baja organik mengikut jadual minima setahun sekali. Kalau menanam menanam pokok goji di luar rumah hanya sediakan lokasi di taman atau halaman anda yang mempunyai capaian cahaya matahari. Penanaman pokok goji dalam pasu atau polibeg pastikan ada mempunyai saliran yang mencukupi supaya air berlebihan disalurkan selepas disiram. Tanaman pokok goji tidak suka banyak air  terutamanya jika mereka sudah dewasa.

Penanaman benih goji di beberapa negara temperate biasanya sesuai dilakukan pada hari-hari terakhir salji musim sejuk akan tetapi di tropika boleh dilakukan sepanjang tahun. Buat lubang ½ inci di tanah atau periuk dan letakan benih di dalamnya. Tutup lubang untuk mengekalkan kelembapan sehingga benih bercambah. Apabila tu,buh aktiviti penyiraman perlu dijalankan dengan hati-hati tetapi pastikan agar tidak terlalu banyak air kera benih boleh mati. Biarkan pokok-pokok muda agak kering dengan teliti sebelum aktiviti menyiram dengan air. Ia juga dinasihatkan untuk menyiram tumbuh-tumbuhan pada awal pagi supaya ia terus kering pada waktu siang. Jika anda tinggal di tempat yang basah untuk sebahagian besar tahun ini, tanamkan goji anda dalam bekas dan simpan di dalam rumah. Pokok goji mungkin membenci air akan tetapi mereka ia suka banyak sinaran cahaya matahari. Pastikan tumbuhan anda terdedah kepada banyak cahaya matahari dimana lebih banyak cahaya matahari yang mereka dapat maka lebih banyak buah-buahan yang boleh dihasilkan. Jika ada yang menanam pokok di dalam rumah dimana kurang cahaya matahari adalah digalakkan untuk cuba menggunakan lampu spektrum penuh untuk memberikan tanaman ini jumlah cahaya yang diperlukan setiap hari. Ikuti langkah-langkah ini dimana agak pasti akan mempunyai pokok goji yang subur dan berikan buah berlimpah dalam beberapa bulan sahaja. Tanaman g
oji berry yang dikenal sebagai Lycium barbarum merupakan sejenis tanaman yang berasal dari China. Buah yang sekilas pandang kelihatan seperti cili padi merah memang sudah digunakan sebagai ubat dan suplemen makanan selama lebih dari 2,000 tahun silam. Memang agak  tidak  menghairankan kepada penulis blog kerana buah goji berry sudah terbukti iaitu mengandung banyak vitamin dan mineral penting iaitu Vitamin C, serat, zat besi, vitamin A dan zink. Buah goji ini juga mengandungi sejumlah antioksidan, beta-karoten dan juga zeaxanthin. Tidak ketinggalan didakwa ada terdapat 8 jenis asid amino esensial di dalam buah yang juga disebut Chinese wolfberries ini. Penyajian 28 gram (1 auns) goji berry juga menyediakan hampir 10 peratus keperluan harian protein.  Kandungan bahan serat yang lebih tinggi dalam goji berry menjadikan gula darah akan naik lebih lambat dimana ia menghindari rasa lapar datang terlalu cepat. Di Malaysia pembaca boleh membeli secara online buah goji kering.

Khasiat buah gojii telah dilaporkan memang ada banyak didalam penulis blog membuat beberapa rujukkan. Antaranya adalah didakwa ia m
enjaga Kesihatan Mata. Buah Goji berry dipercayai melindungi dari penyakit mata yang berkaitan dengan usia. Buah ini dapat membantu membaiki tahap penglihatan disebabkan ia mengandungi bahan antioksidan tinggi terutama zeaxanthin. Antioksidan ini juga dapat menghentikan kerosakan mata dari sinaran UV, radikal bebas dan stres oksidatif. Kajian dari jurnal American Academy of Optometry Optometry and Vision Science menemui dimana amalan meminum jus goji berry selama 90 hari meningkatkan zeaxanthin dan kadar antioksidan lainnya secara signifikan. Dalam kajian lain di journal Drug Design, Development and Therapy ia telah menunjukkan goji berry melindungi retina dari sel-sel ganglion. Sel ini bertanggung jawab untuk penyakit glaukoma iaitu satu keadaan yang dapat menyebabkan seseorang itu kehilangan penglihatan. Ia juga dilaporkan melambatkan proses penuaan pengguna. Buah goji yang kaya dengan antioksidan dan kandungan zeaxanthin adalah dipercayai akan dapat melambatkan proses penuaan. Antioksidan dan zeaxanthin berfungsi menangani masaalah radikal bebas. Kerosakan sel kolagen yang berperanan dalam menjaga keanjalan kulit (skin elasticity) pun dapat dicegah. Ia juga mampu untuk tingkatkan tahap daya ketahanan badan kerana buah goji mengandungi antioksidan yang sihat. Antioksidan sendiri dikenal kerana  kemampuannya untuk melawan radikal bebas dan aktiviti peradangan. Kandungan vitamin A dan C di dalam buah ini sangat penting untuk membangun kekebalan tubuh dan mencegah penyakit daripada jenis  demam (flu biasa) hingga kepada masaalah kanser. Ia juga dapat membantu menjaga kadar gula dalam darah dimana buah goji didakwa dapat meningkatkan sensitiviti bahan insulin dengan cara iaitu akan meningkatkan penyerapan gula darah ke dalam sel tubuh dan membantu menghasilkan bahan insulin. Kesan dari buah ini dimana ia dapat menurunkan kadar gula darah. Buah goji membantu dalam proses menurunkan berat badan kepada pemggunanya. Buah ini mengandungi bahan polisakaride yang merupakan kandungan serat yang tinggi dan memiliki kadar indeks glikemik yang rendah. Dengan makan buah ini maka seseorang akan merasa kenyang lebih lama dan membantu mengurangi nafsu makan. Buah goji menjaga kesihatan kulit kerana kandungan bahan beta-karoten yang dikenalpasti memberikan manfaat untuk memelihara kulit yang sihat. Bahan ini banyak digunakan di dalam krim perawatan kulit seperti produk yang mampu meningkatkan kesihatan kulit, mengurangi iritasi kulit, mengawal kesan sinaran oleh matahari dan juga mengawal proses penuaan penuaan. Penulis blog sering membeli buah goji kering dijadikan makanan ringan dan minuman untuk kesihatan online sahaja.
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada seua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
BUAH GOJI... IA BERASAL DARI CHINA...
BERKHASIAT... BAGAIMANA TANAMNYA...
MALAYSIA IMPORT...KERING PRODUKNYA..
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysisa.
(14 Safar 144H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...