Buluh atau Bamboo (Bambocese spp) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Bombaceae yang sangat cepat tumbuh yang terdapat di serata dunia dengan 70 genera dan melebihi 1,000 jenis. Daripada jumlah tersebut kebanyakkan tanaman buluh komersil berada dalam negara China dimana telah ada bahagian buloh yang boleh dimakan (Rebung). Terdapat sebahagian jenis pokok buloh yang mana rebungnya adalah beracun dan jenis buloh ini kebanyakkan digunakan dalam industri perkayuan dan perabut atau untuk kegunaan perkakasan. Tanaman buloh mampu hidup dikawasan paling tidak subur dan sangat cepat membiak dikawasan yang berair seperti ditepian sungai. Cara pembiakan buluh adalah melalui rizom yang keluar pada pangkal rumpun pokok. Pokok buloh dianggap tanaman bermasaalah disetengah tempat sebagai "PEST" atau pun kategori rumpai. Dalam keadaan ia tumbuh secara semulajadi selalunya rumpun buluh ini berada pada satu lokasi dengan banyak secara berkumpulan. Ia mempunyai batang buluh yang beruas-ruas dan sistem perdu rumpun buluh dalam tanah yang besar. Rumpun buluh merupakan tumbuhan yang memerlukan kos tinggi untuk dimusnahkan kerana rizom yang berada dalam tanah akan terus tumbuh. Artikel subuh kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi penanaman buloh untuk penghasilan rebung berdasarkan pengalaman dan pembacaan teknikal.
Rebung buluh boleh diperolehi daripada bahagian perdu rumpun buloh yang boleh diproses dan di makan sebagai sayuran yang diminati ramai. bagaimana pun kajian mendapati rebung jenis besar (Buloh Betung dsb) mempunyai kandungan bahan cyanide yang merbahaya kalau dimakan mentah. Oleh itu rebung buloh ini perlu diproses dahulu dengan meracik atau menghiris nipis dan direbus dahulu untuk membuang bahan yang pahit ini. Ia kemudian akan dimasak sebagai sejenis sayuran yang amat eanak dimakan bersama nasi. Lazimnya rebung buloh di pasarkan dalam bentuk segar atau di proses sebagai jeruk rebung buloh. Negara China dan Thailand merupakan pengeluar dan pengekspot utama rebung buluh dalam tin diseluruh dunia. Rebung buluh yang dihiris dimasukkan dalam tin dengan air dimana ia amat tahan lama disimpan. Rebung segar perlu direbus dahulu sebelum dimasak sebagai sayur seperti masak lemak, masak pedas cili api bersama daging lembu, daging ayam atau pun udang. Terdapat banyak resepi lain memasak rebung buluh yang anda boleh capai dalam laman sesawang dengan mudah.
Pokok Buloh Rebung Madu (Di panggil Buloh Rebung Madu) yang di perolehi dari Perlis dipercayai berasal dari Thailand merupakan sejenis buloh yang bersaiz kecil dan sering digunakan sebagai pokok hiasan. Anak benih pokok ini dijual dengan harga antara RM 6.00 - RM 10.00 sepokok kerana terbukti kemampuannya untuk di komersilkan sebagai pokok Buloh Rebung Madu. Pokok ini sesuai ditanam dikawasan yang subur dan mampu berhasil 1.5 tahun lepas tanam. Jarak tanaman di syorkan 3 m x 3-4 m dan sesuai ditanam dikawasan sawah terbiar. Benih ditanam sedalam 40-50 cm dalam lubang dan penyiraman perlu peringkat awal. Buat cantasan pucuk yang cepat untuk galakkan pertumbuhan tunas2 baru. Apabila bilangan rumpun melebihi 5-10 boleh mula kutip pucuk untuk rebung. Dalam percubaan penanaman buluh ini di Pusat Pertanian Tangkak telah berjaya menghasilkan banyak jumlah buloh rebong madu selepas tahun ke 5 dimana daripada 100 pokok yang ditanam mampu menghasilkan lebih daripada 50 kg batang rebung seminggu dan meningkat lagi sewaktu musim hujan.
Pucuk rebung setinggi 0.8 - 1.0 meter boleh dipotong menggunakan pisau tajam dan di proses dengan membuang lapisan kulit luar yang ada dan diambil bahagian dalam. Pengutipan rebung perlu dijalankan selalu agar banyak tunas baru akan tumbuh. Pembajaan dengan 15:15:15 dan baja organik perlu di lakukan setiap 2 bulan dengan kadr di syorkan. Rebung yang dituai akan terus dijual atau di peram untuk dijadikan jeruk. Oleh kerana berlaku 'oxidation' pada rebung buloh segar maka rebung perlu dimasak segera. Harga rebung buloh segar antara RM 4.50 - RM 6.00 sekilogram manakala rebung buloh proses lingkungan RM 8.00/kg di Kawasan Muar. Pusat Pertanian Tangkak di daerah Ledang Johor ada menanam buloh Madu untuk dijadikan petak pemerhatian dan sumber bekalan benih bagi kawasan Johor Utara. Kajian awal penulis mendapati tanaman buloh madu boleh dijadikan sebagai tanaman berpotensi jika Pakej Teknologi tanaman dapat disediakan dan dikemaskini. pada masa ini belum banyak sumber rujukkan terhadap tanama ini. bagaimana pun beberapa petani telah mananam dan antara masaalah ialah kadar pengeluaran rebung agak lambat dan penghasilan berbeza-beza mengikut lokaliti. Antara perkara yang perlu dilihat ialah tentang Analisa kos Pengeluaran dan Pendapatan, Luang Pasaran Rebung, Kajian Pemanakan, Kajian Amalan Agronomi dan Kajian Perbandingan dengan Tanaman Potensi yang lain. Oleh kerana rebung segar agak sukar dipasarkan, kaedah dan cara memproses lain selain dari dijeruk perlu dilihat untuk petani meningkatkan lagi kualiti produk rebung segar. Pada saya menanam buluh ini menjadi satu lagi pilihan yang baik untuk menambahkan pendapatan petani dan menggunakan kawasan tanah yang kurang produktif. Wasallam!.
REBUNG BULOH....DIMASAK SEGAR...
SEDAP DIMAKAN.... SEBAGAI SAYUR ....
BULOH MADU..REBUNGNYA MENDATAR...
DARI PERLIS...DITANAM TIDAK DIBIAR...
Related articles:
1. Cantuman Matatunas (Klik disini)
2. Kabak (Klik disini)
3. Pokok TURI (Klik disini)
4. Rumput Kerbau (Klik disini)
5. Siput Sedut (Klik disini)
By
M Anem
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Tangkak,
Jalan Kg Bekoh,
Tangkak, Ledang,
Johor, Malaysia.
-14 Disember 2009
(Kemaskini artikel pada 12 Ogos 2014)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.