
Terung (Solanum melongena) merupakan satu jenis sayuran jenis buah dari Keluarga Solanaceae yang dikenali sebagai Terung Panjang /Peparu (Brinjal) atau Terung Bulat (Eggplant). Kaedah penanaman terung ini adalah sama iaitu perlukan batas tanaman dan dipercayai terung berasal dari India. Terung sesuai ditanam pada iklim tropika seperti Malaysia dan dianggarkan seluas 1,450 hektar ditanam setiap tahun di Daerah Muar sahaja. Terung kaya dengan Vitamin C (18.4 mg), Karotena Beta (90 microgram), Kalsium (15 mg), protein (1.7 mg), Kabohiderat (5.6 mg) dan posforus (20 mg). Artikel ini penulis berkongsi maklumat mengenai teknologi tanaman terung berdasarkan pengalaman sebagai petugas dalam bidang pertanian.

T
erung merupakan tanaman singkat masa dimana ia berhasil seawal 65-70 hari lepas tanam sehingga berusia 6 bulan jika tidak diserang penyakit. Pokok terung mampu hidup setinggi 0.5 - 1.2 meter dan buah yang keluar biasanya berwarna ungu (Ada yang berwarna hijau, putih dsb). Benih terung di semai dalam kotak semaian 7,500 pokok sehektar (keperluan benih 150 gm). Benih berumur 35-40 hari dengan 4-5 helai daun sesuai ditanam diatas batas dengan jarak 0.9m x 1.5 m dan mulakan dengan baja NPK 15:15:15 sebanyak 150 kg/ha apabila pokok berumur 14 hari dan diulangi pada umur 30 hari. YB ADUN Bukit Serampang menuai terung dalam projek Bumi Hijau di Gerisek. Kerja-kerja membuat cantasan dan buat sokongan dijalankan setiap peringkat dan anggaran hasil potensi sebanyak 20-30 mt/ha dengan kekerapan memetik hasil setiap 4 hari. Kawalan rumpai perlu dijalankan dengan racun rumpai (Glufosinate ammonium) dan cara menajak/ merumput.



TANAM TERUN...DIATAS BATASNYA...
TERUNG PEPARU...PANJANG SAIZNYA...TERUNG BULAT...BUAT KARI SEDAPNYA...
BOLEH DI TANAM...KELILING RUMAHNYA...
Artikel berkaitan:
1. Terung Pipit (Klik disini)
2. Terung Dayak (Klik disini)
3. Terung Meranti (Klik disini)
4. Cashflow Terung (Klik disini)
5. Sayuran popular di Malaysia (Klik disini)
6. Benih sayuran (Klik disini)
7. Harga Benih Sayuran (Klik disini)
8. Known You Seed (Klik disini)
Oleh:
M Anem1. Terung Pipit (Klik disini)
2. Terung Dayak (Klik disini)
3. Terung Meranti (Klik disini)
4. Cashflow Terung (Klik disini)
5. Sayuran popular di Malaysia (Klik disini)
6. Benih sayuran (Klik disini)
7. Harga Benih Sayuran (Klik disini)
8. Known You Seed (Klik disini)
Oleh:
DOA Muar,
Johor
MALAYSIA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.