KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, June 11, 2018

LIMAU - HENDAK KENAL?

LIMAU (Citrus spp) merupakan sejenis tumbuhan atau buah yang menjadi antara salah satu buah yang sangat popular ditanam dan dimakan atau diproses didunia. Limau atau pun seringkali dipanggil sebagai 'jeruk' ini juga merupakan istilah am dan genus (Citrus) bagi serumpun tumbuhan berbunga dalam keluarga Rutaceae. Kajian oleh taksonomist dunia ada menyatakan dimana bahawa limau mungkin berasal dari sekitar Australia, New Caledonia dan New Guinea. Ada juga sesetengah penyelidik lain yang percaya dimana buah limau berasal dari suatu tempat di Asia Tenggara yang juga ianya bersempadan dengan India Timur Laut, Myanmar dan wilayah Yunnan di China. Apa pun beberapa negara kini menjadikan pokok dan buah serta produk proses berasaskan limau ini sebagai sumber ekonomi terpenting bagi negara tersebut. Negara-negara berada di hemispiar utara dunia menghasilkan 70% daripada jumlah pengeluaran dunia dan bakinya adalah dari negara di hemispiar selatan. Laporan FAO menyatakan pengeluaran limau dunia sekitar 70 juta metrik tan setahun dengan limau jenis oren menguasai lebih daripada 50% pengeluaran dunia. USAChina dan juga Brazil merupakan beberapa negara didunia yang paling banyak menanam dan menghasilkan buah oren untuk ianya dipasarkan segar dan juga dijadikan produk proses. Jus Oren merupakan antara produk proses berasaskan limau terbesar didunia untuk dijadikan dagangan komoditi. Negara Malaysia tidak mempunyai kawasan penanaman limau yang luas seperti negara jiran tetangga ASEAN yang lain. Ini kerana industri tanaman limau di negara kita sentiasa ujud pasang dan surut dan tidak mampu untuk membekalkan buah limau untuk pasaran domestik. Antara isu dan juga masaalah penanaman limau di Malaysia yang tidak mahu berkembang adalah kerana masaalah serangan penyakit Citrus Greening Disease (CGD) yang telah melumpuhkan industri ini. Anda boleh baca tulisan saya dalam blog ini mengenai serangan CGD dengan membuat pautan (Sila klik disini). Industri tanaman limau adalah diantara tanaman yang sangat menguntungkan didunia berbanding dengan tanaman buah-buahan yang lain. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman limau yang perlu anda kenal statusnya.

Pada penulis blog perkataan "limau" dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Bahasa Melayu-Polinesia Barat. Ia sekai dengar sama dengan bunyi angka '5' atau 'Lima' iaitu nombor turutan. Tidak ramai dikalangan orang kita yang memanggilnya sebagai 'Buah Citrus'. Apa pun memang terdapat terlalu banyak jenis limau yang ada diseluruh dunia daripada jenis limau yang dikomersilkan untuk buahnya, daunya dan bahagian lain atau juga untuk dijadikan tanaman ornamental. Hasil kajian aspek biakbaka terdapat banyak varieti limau yang dihasilkan dengan mana ujud pelbagai kegunaan dan mengikut kesesuaian lokaliti. Banyak varieti limau ini dibiakkan untuk ditanam dengan konsep perladangan luas atau ada yang ditanam secara kecil-kecilan mengikut kesesuaian. Antara jenis kacukan limau semula jadi yang bernilai komersial tinggi seperti Limau Mandarin, Oren, Limau Bali, Limau Gedang, Lemon, Limau Nipis, Limau Kasturi dan sesetengah Limau Tangerin. Di negara kita jenis Limau Manis (Citrus suhuensis) merupakan antara jenis limau yang masih bertanam tetapi tidak begitu luas berbanding dengan tanaman Limau Bali (Citrus grandis). Limau Bali lebih sesuai ditanam dikalangan masyaraat tempatan seperti disekitar Ipoh, Perak dan Jementah, Johor yang merupakan dua kawasan utama tanaman limau ini. Antara 3 jenis varieti limau bali yang popular seperti PO51 (Shanting), PO52 (Tambun) dan PO56 (Melomas). Penulis blog banyak menulis mengenai varieti limau bali dalam blog sama.


Pada penulis blog yang banyak menulis artikel mengenai limau memang faham bagaimana industri Limau di Malaysia masih kurang maju (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Limau adalah antara buah yang mendapat permintaan tinggi untuk pasaran domestik dan juga eksport. Pokok limau terdapat dalam bentuk pokok renek besar ke pohon bersaiz kecil ke sederhana yang mencapai ketinggian 5 -15 m dimana ia mempunyai dahan dan pucuk berduri dan daun-daun malar berwarna hijau dengan bahagian tepi daun sekata yang tersusun berselang-selang. Bunganya tumbuh secara sekuntum-sekuntum ataupun berjambak  bulir kecil. Setiap kuntum bunganya mempunyai garispusat  2 - 4 cm, berkelopak putih lima (jarang sekali ada empat) dengan banyak stamen. Bunga limau biasanya berbau kuat dan amat disukai oleh serangga yang menghisap nektarnya seperti lebah madu untuk dijadikan madu berkualiti. Serangga lain yang datang kebunga limau seperti semut, rama-rama, kerengga, kelulut dan sebagainya semasa mekar. Buah limau merupakan buah jenis Hesperidium iaitu suatu bentuk buah yang berbentuk globos (bola) atau memanjang (bujur) dimana ie mempunyai kulit diluarnya yang liat yang dipanggil perikarpa. Panjangnya 4 - 30 cm dengan diameter 4 - 20 cm bergantung kepada varieti. Lapisan perikarpa yang paling luar ialah "eksokarpa" yang dipanggil flavedo ataupun umum dikenali sebagai zest. Lapisan tengah perikarpa (pericarp) ialah bahagian mesokarpa yang terdiri daripada "albedo" yang putih dan mampung. Lapisan yang paling dalamnya ialah endokarpa. Isi buah limau terdiri daripada ulas-ulas, dan di dalam ruang setiap ulas ialah lokul yang berisi vesikel jus atau "pulpa". Di celah-celah ulas adalah "rerambut" seakan tali yang menjangkau dari endokarpa ke lokul untuk menyalurkan zat kepada buah.


Buah limau memang terkenal dengan bau harumannya yang berpunca antara sebabnya daripada kandungan bahan Flavonoid dan Limonoid (jenis-jenis terpentine) yang terkandung dalam kulit dan lazimnya buah limau adalah kebanyakannya berisi jus (Sila lihat foto disebelah). Jus limau mengandungi banyak Asid Citrik (citric acid) yang mana ia merupakan punca rasa masam manisnya yang tersendiri. Genus Citrus tinggi nilai ekonominya kerana memang banyak spesiesnya yang ditanam untuk penghasilan buahnya yang boleh dimakan segar, diperah jusnya ataupun diawetkan didalam marmalad atau dijadikan jeruk. Buah limau ialah sumber vitamin C dan flavonoid yang baik untuk manusia mendapat menafaatnya. Flavonoidnya ialah pelbagai jenis flavanon and flavon. Produk dari hasilan buah limau memang antara yang paling popular diantara banyak jenis buah lain dengan pelbagai produk daripada jus sehinggalah kepada produk kosmetik, makanan tambahan dan sebagainya. 


Daripada bahan rujukkan dan pemerhatian yang penulis buat didapati genus Citrus dikatakan berasal dari Asia Tenggara. Sebelum ditanam secara komersil oleh manusia dahulu hanya terdapat beberapa spesies sahaja. Antaranya adalah spesis seperti Limau Nipis (Citrus aurantiifolia) yang dipercayai adalah natif di India, ini diikuti dengan Citrus crenatifolia (dari Sri Lanka), Citrus maxima (Citrus grandis) Limau bali) natif iaitu dari Kepulauan Melayu dan beberapa lagi. Limau dinamakan sebagai Citrus medica (dikenali juga sebagai Citron yang berasal dari India). Limau paling popular di negara China adalah Limau Mandarin (Citrus reticulata). Sementara itu di Korea ada limau dengan nama saintifik sebagai Citrus trifoliata. Banyak lagi jenis limau atau Citrus ini seperti di Australia dengan jenis Citrus australasica dan Citrus australis. Lain jenis limau adalah seperti Citrus glauca, Citrus garrawayae, Citrus gracilis, Citrus inodora, Citrus warburgiana dan Citrus wintersii. Antara jenis limau yang popular seperti Kumquat (Citrus japonica). Dari Thailand pula ada limau iaitu Limau Kedut Kera (Citrus halimii) dan ada pula limau dari India Citrus indica sementara dari IndoChina ada limau Citrus macroptera. Apa pun tidak banyak tanaman limau yang diusahakan dinegara kita kerana berkemungkinan teknologi benih yang tahan kepada penyakit Citrus Greening Disease (CGD) dimana ia menjadi ancaman utama tanaman limau di Malaysia. Anda boleh baca rencana mengenai Limau Kumquat dengan buat pautan tulisan saya (Sila klik disini). Semuga tulisan ini membantu memberikan info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAMAN LIMAU... BANYAK JENISNYA...
YANG LUAS TANAM... USA DAN CHINA...
70 JUTA TAN...PENGELUARAN DUNIA...
NILAI TINGGI... SEGAR DAN PROSESNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(28 JamadilAwal 1439H)
Kemaskini 23 Ramadan 1429H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...