mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, June 22, 2018

AGRIMATHS - FERTIGASI (Part 5)

AgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih di Malaysia yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia di bawah projek e-Agriculture Extension. Penulis blog sering juga merujuk aplikasi ini yang dikirakan sangat mudah dan user friendly berbanding dengan beberapa aplikai berkaitan pertanian lain. Difahamkan bahawa aplikasi ini adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi tujuan untuk kerajaan mentransformasikan dengan lebih hebat perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada. Ia sangat berguna kepada para pegawai pertanian, petani, usahawan, pemborong, pengeksport dan juga para pengguna semua. Aplikasi yang boleh diakses dengan mudah melalui Smart Phone ini memang mudah dicapai melalui pautan www.doa.gov.my /index.php/ pages/ view/774 yang mana ada akses internet. Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku ‘Asas Matematik Pertanian’ terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia juga ada menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar. Penulis blog pernah terlibat secara terus didalam penyediaan buku Matematik Asas Pertanian semenjak lama dahulu didalam menyediakan fakta asas pengiraan seua tanaman makanan. Ianya amat mudah dan membantu kita semua didalam mencari beberapa perkara asas mengenai kira-kira didalam pertanian terutama untuk sektor tanaman. Anda boleh muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma didalam handphone anda sekarang dan melayarinya. Artikel subuh ini saya menulis lagi didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai aplikasi Agrimaths yang sangat berfaedah untu semua penggiat sektor pertanian.


Apabila klik butang Fertigasi dalam aplikasi Agrimaths dipaparkan 'Pengenalan' dengan menyatakan penanaman secara fertigasi merupakan satu kaedah penanaman yang menggunakan campuran air bersama baja yang dialirkan terus kepada tanaman. Kaedah ini dapat membantu tanaman untuk mengambil nutrien dengan lebih cekap dan dapat mengelakkan pembaziran bahan input baja dan air. Sistem fertigasi tidak menggunakan tanah sebaliknya ia menggunakan campuran media dengan komposisi yang tertentu. Apa yang penulis blog membuat tinjauan mengenai sistem fertigasi diseluruh negara kebanyakan petani akan menggunakan media tanaman seperti sabut kelapa hancur atau cocoapeat atau peatmoss bergantung kepada keadaan. Penulis sering meninjau tanaman Tembikai Susu atau Buah Melon dengan kaedah fertigasi dimana teknologi fertigasi ini adalah yang terbaik sehingga kini diamalkan (Sila lihat foto disebelah).  Penanaman secara fertigasi ini ada banyak teknologi dan kaedah. Antaranya seperti Sistem Fertigasi Terbuka, Sistem Fertigasi Gantung, Sistem Fertigasi di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) dan juga ada Mini Fertigasi. Penulis juga  berjya menemui Sistem Fertigasi Bantal, Sistem Fertigasi Tong Cat dan beberapa sistem inovasi petani sendiri. Apa pun tujuan penggunaan teknologi fertgasi kin telah menjadi amalan penanaman semakin popular diseluruh negara diatas banyak faktur. Penanaman sayuran dan kontan dikawasan tanah tinggi di Cameroon Highlands sebagai contohnya banyak mengamalkan sistem tanaman secara fertigasi untuk memberikan pulangan yang cepat, berkualiti dan moden. Tanaman tomato, salad, timun jepun, cili bengalla (capsicum), strawberry merupakan antara tanaman yang menggunakan sistem fertigasi dikawasan tanah tinggi bersujuk ini.


Sistem Fertigasi Terbuka dalam Agrimaths dinyatakan sebagai satu sistem penanaman yang menggunakan kaedah fertigasi tetapi terdedah terus kepada persekitaran luar. Sistem ini banyak diamalkan oleh petani kerana kos pembangunannya yang rendah dan pengeluaran hasil yang tinggi serta ia berkualiti telah menjadi galakkan usahawan muda terutamanya untuk diamalkannya. Di Malaysia penulis blog dapati teknologi fertigasi terbuka banyak digunakan untuk menanam sayuran dari keluarga Solanaceae seperti  Cili, Terung walau pun ada juga sayuran dari keluarga Cucurubitaceae yang diusahakan seperti Timun dan tembikai wangi. Penulis blog mendapat maklumbalas daripada En Zulkifli yang menanam 3,000 polibeg cili Kulai di Kg Sg Ular, Kuantan, Pahang yang telah hampir 2.5 tahun menanam cili cara fertigasi ini (Sila lihat foto disebelah). Menurutnya cara ini dia perlu mempelajari bagaimana mencampurkan baja Set A dan Baja Set B dimana dia menggunakan alat mengukur tepat (EC meter) didalam membekalkan air campuran baja. Selain daripada hasil cili yang tinggi dan berkualiti, beliau mendakwa dapat menjadualkan jumlah pengeluaran hasil cili mengikut hari jualan dengan mudahnya. Dalam Agrimaths dinyatakan bagi tanaman timun dengan jarak tanaman 35~45 cm x 165 cm memberikan kepadatan tanaman 12,800 ~ 16,450 pokok sehektar (keluasan 9,500 meter perseg). Bagi tanaman tembikai wangi pula ditanam dengan jarak 35 ~45 cm x 165 cm memberikan kepadatan tanaman 12,800 ~ 16,400 pokok sehektar. Ia juga sama dengan kepadatan tanaman cili sebanyak 12,800 ~16,450 pokok sehektar. Bagaimana pun bagi terung ditanam dengan jarak 70 ~80 cm x 165 cm memberikan kepadatan 7,200 ~ 8,225 pokok sehektar. Garispanduan ini membolehkan seseorang usahawan membuat perancangan rapi sebelum memulakan projek tanaman secara fertigasi.


Bagi Sistem Fertigasi dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) ianya memang memerlukan kos untuk membina SPH yang tinggi dan sistem kelengkapan lain. Sistem ini merupakan teknologi dimana penanaman dimana ia boleh dilakukan dibawah SPH dimana faktur persekitaran dapat dikawal bagi peningkatan pengeluaran hasil. Kepadatan tanaman bagi satu rumah SPH atau satu bay berbeza mengikut jenis tanaman, sistem penanaman dan juga luas kawasan tidak bertanam untuk dijadikan lorong laluan.  Kepadatan tanaman untuk Melon dengan jarak tanaman 90cm x 60cm x 30 cm adalah sebanyak 400 pokok. Kepadatan tanaman Cili dalam SPH dengan jarak tanaman 90 cm x 45 cm x 45 cm sebanyak 300 pokok. Bagi tomato pula dengan jarak tanaman 90 cm x 60 cm x 30 cm mendapatakan sebanyak 800 pokok sehektar. Dalam pada itu Agrimaths ada dipaparkan satu gambarajah mengenai pelan lantai SPH dengan ada dinyatakan keluasan untuk penanaman sebanyak 87.15% dan kawasan tidak bertanam 12.85%. Luas SPH standard seperti dalam rajah adalah 6 meter x 30 meter dengan pelbagai sistem bumbung dan juga rekabentuk SPH. Penulis blog ada banyak melawat sistem tanaman fertigasi dibawah SPH tertama didalam Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan ladang swasta. Sila baca bagaimana tanaman tomato dengan sistem fertigasi di bawah SPH di Gunung Benom, Raub, Pahang oleh syarikat Benom Height Sdn Bhd untuk rujukkan (Sila klik disini). Artikel ini dibuat posting semasa lawatan persendirian penulis dan keluarga di Erpoah iaitu daripada Vienna, Austria. Artikel ini juga bersambung pada Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11 dan Part 12. Semuga tulisan saya ini memberi info sangat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...


MEMBACA ARTIKEL... AGRIMATHS TAJUKNYA...
SATU APLIKASI MUDAH... SENANG DIGUNA...
DALAM HANDPHONE...AMAT MUDAH DIBACA...
JABATAN PERTANIAN... TERIMAKASIH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Ramadan 1439H).
Published from: 
Apartment No 30, Pratesterm,
Wolfgang Schmazl Casse,
18 - 20,  Leopoldstradt,
Vienna, Austria.
(6 Syawal 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...