mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, June 26, 2018

AGRIMATHS - ALIRAN KEWANGAN (Part 9)

AgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih di Malaysia yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia di bawah projek e-Agriculture Extension. Penulis blog sering juga merujuk aplikasi ini yang dikirakan sangat mudah dan user friendly berbanding dengan beberapa aplikai berkaitan pertanian lain. Difahamkan bahawa aplikasi ini adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi tujuan untuk kerajaan mentransformasikan dengan lebih hebat perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada. Ia sangat berguna kepada pegawai pertanian, petani, usahawan, pemborong, pengeksport dan juga para pengguna semua. Aplikasi yang boleh diakses dengan mudah melalui Smart Phone ini memang mudah dicapai melalui pautan www.doa.gov.my /index.php/ pages/ view/774 yang mana ada akses internet. Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku ‘Asas Matematik Pertanian’ terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia juga ada menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar. Penulis blog pernah terlibat secara terus didalam penyediaan buku Matematik Asas Pertanian semenjak lama dahulu didalam menyediakan fakta asas pengiraan seua tanaman makanan. Ianya amat mudah dan membantu kita semua didalam mencari beberapa perkara asas mengenai kira-kira didalam pertanian terutama untuk sektor tanaman. Anda boleh muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma didalam handphone anda sekarang dan melayarinya. Artikel subuh ini saya menulis lagi didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai aplikasi Agrimaths yang sangat berfaedah untu semua penggiat sektor pertanian.

Dalam Agrimaths bab Aliran Kewangan (Cashflow) dinyatakan dimana daya maju sesuatu projek tanaman dikira dahuku sama ada ia boleh memberikan keuntungan  atau sebaliknya. Terdapat banyak cashflow disediakan oleh Jabatan Pertanian daripada tanaman sayuran dan singkat masa, buah-buahan dan juga tanaman kekal serta industri berkaitan pertanian. Penulis blog merupakan seorang yang menyediakan cashflow untuk Jabatan Pertanian sejak lama dulu dimana saya banyak membuat tinjauan teknologi dilapangan (Sila lihat foto disebelah). Saya juga terlibat dengan memberikan ceramah teknikal mengenai cashflow dimerata lokasi sehingga keluar negara mengenai perkara ini. Saya juga banyak menulis artikel mengenai cashflow tanaman dan komoditi lain dalam blog ini meliputi banyak jenis tanaman (Sila klik disini), (Sila Klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Jabatan Pertanian ada menerbitkan beberapa siri maklumat anggaran kos pengeluaran dan pendapatan beberapa jenis tanaman sayuran popular terpilih dan juga buah-buahan terpilih setiap 2-3 tahun sekali. Anda juga boleh google dalam blog Anim agro Technology beberapa cashflow tanaman (ada beberapa penyesuaian perlu dilakukan terutama pada harga bahan inout semasa dan harga ladang semasa).

Dalam analisa aliran kewangan, apa yang perlu dikatakan adalah beberapa perkara seperti Pendapatan Kasar Ladang (Gross Farm Income), Pendapatan Bersih Ladang (Nett Farm Income), Harga Titik Pulang Modal (Breakeven Point), Nisbah Faedah Kos (BC Ratio), Nilai Kini Bersih (NPV) , Kadar Pulangan Dalaman (IRR) dan beberapa lagi seperti analisa Sensitiviti. Pendapatan kasar ladang adalah jumlah semua nilai wang yang diterima setelah menjual semua hasil tanaman dari ladang pada harga peringkat ladang. Bagi buah-buahan ia dikira mengikut tahun dan bagi tanaman sayuran dikira mengikut musim sehektar. Sebagai contoh untuk tanaman sawi menerima hasil 12,000 kg dengan harga RM1.00 maka pendapatan kasar cili adalah RM12,000 semusim. Kos Pengeluaran ladang adalah jumlah semua kos input, kos burus dan sebagai nya yang dikeluarkan petani. Pendapatan bersih ladang adalah menolak Pendapatan kasar ladang dengan Junlah Kos Pengeluaran. Harga Titik Pulang Modal adalah paras harga minima yang dikira dengan kaedah membahagikan jumlah kos pengeluaran dengan jumlah hasil ladang (dalam unit Kg/ tongkol dsb). Sebagai contoh jika jumlah hasil sawi adalah 12,000 kg semusim dengan kos pengeluaran sebanyak RM6,500 sehektar maka nilai titik pulang modal adalah RM0.54/kilogram. Ini bermakna petani perlu menjual sayur sawi lebih dari RM0.54 untuk meraih keuntungan. Jika dia menjual RM1.00 sekilogram maka sudah ada margin keuntungan RM0.46/kg.

Didalam Agrimaths untuk dijadikan bahan rujukkan telah disediakan beberapa jenis cashflow tanaman popular yang boleh dirujuk. Tanaman cili merah sebagai contoh memberikan hasil 12,400 kg sehektar semnusim dengan harga ladang RM5.00/kg menjadikan pendapatan kasar sebanyak RM 52,000. Jumlah kos pengeluaran bahan input cili merah RM15,502.83, Jumlah Kos Buruh sebanyak RM12,875.00 dan jumlah kos pelbagai RM 852.00 menjadikan jumlah semua kos adalah RM33,237.33. Oleh itu jumlah pendapatan bersih sehektar tanaman cili adalah sebanyak RM15,438.93 sehektar. Setelah dikira didapati harga titik pulang modal cili merah adalah RM3.53 sedangan harga jualan RM5.00. Jadi tanaman cili ini menguntungkan kerana harga jualan ladang lebih dari  harga tirik pulang modal. BC Rationya pula bernilai 1.42 dimana ini menunjukkan bahawa setiap RM1.00 dilaborkan terhadap tanaman cili merah berikan pulangan sebanyak RM1.42/ kg iaitu ianya menguntungkan. Disertakan juga dalam Agrimaths cashflow untuk tanaman cili fertigasi terbuka, Cashflow tanaman buah-buahan, cashflow tanaman kelapa. orkid, cendawan, lebah dan kelulut serta tanaman orkid.


Terakhir dalam bab ini dinyatakan mengenai kepentingan Buku Rekod Ladang untuk digunakan sebagai aktiviti mengumpulkan maklumat diladang. Ia akan mencatit segala aktiviti dalam pengurusan ladang, menyedia data untuk analisa untung rugi dan membuat tindakkan pembetulan  atau menambahkan lagi maklumat untuk tambahbaik projek tanaman ini.  banyak faedah yang boleh digunakan petani dalam menganalisa rekod ladang. Maklumat ini boleh digunakan mengenai kegiatan ladang mengikut jadual tersusun untuk prodikviti tanaman. Terdpat beberapa buku mengenai rekod ladang disediakan sama ada yang diberikan oleh Jabatan Pertanian atau dibuat sendiri oleh petani yang akan dirujuk semasa pemeriksaan persijilan MyGAP. Ini kerana dengan adalnya rekod ladang sahaja akan mana ia membolehkan petani dibuat akreditasi ladang bagi tujuan mendapatkan persijilan MyGaP. Artikel ini bersambung pada Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 6, Part 7, Part 8, Part 10, Part 11 dan Part 12. Semuga tulisan saya ini memberi info sangat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...


MEMBACA ARTIKEL... AGRIMATHS TAJUKNYA...
SATU APLIKASI MUDAH... SENANG DIGUNA...
DALAM HANDPHONE...AMAT MUDAH DIBACA...
JABATAN PERTANIAN... TERIMAKASIH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 604, 6th Floor,
Confort Hotel Olomuc Centre,
Wolkerova 29, Olomuc City,
Czech Republic.
(28 Ramadan 1439H).
Posted from:
Room 301, Bo18 Hotel,
Vajdahunyad utca 18,
H-1082, Budapest,
Hungary.
www.bo18hotelbudapest@bo18hotel.hu
(12 Syawal 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...