mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, June 30, 2018

NASCHMARKT VIENNA, AUSTRIA

NASCHMARKT VIENNA di Austria merupakan satu lokasi yang sering dikunjungi pembeli tempatan serta pelancong dimana ada menjual banyak makanan serta pelbagai produk asas pertanian dan makanan. Penulis blog yang sempat berkunjung ke Naschmarkt Vienna dapat  meninjau beberapa jam untuk melihat sendiri bagaimana konsep perniagaan dan jenis produk serta pelbagai restoren makanan dari makanan Eropah, Makanan Arab, Makanan Asia dan banyak lagi pilihan (Sila lihat foto diatas). Apa pun bagi penulis blog, gerai yang memang menjual pelbagai produk segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran akan lama singgah meneliti jenis produk pertanian yang dijual. kualiti produk dan paling utama harga yang diletakkan dalam unit EURO. Semasa blog ini ditulis kadar pertukaran Ringgit dengan Euro adalah satu Euro bersamaan dengan RM4.82 iaitu nilai matawang kita adalah rendah. Rujukkan dari beberapa lamanweb menyatakan bahawa 'Naschmarkt Vienna' merupakan satu pasar yang sangat popular di Vienna. Nama sebenar Vienna dikalangan penduduk tempatan adalah 'Wien' yang mana mereka bertutur dalam bahasa Jerman. Pada balai informasi dikatakan bahawa pasar ini menyediakan makanan yang popular dan famous dari seluruh dunia dimana tidak ada pasar seperti ini di Austria yang anda boleh menikmati makanan dan minumannya (Food and bevereages). Selain daripada penduduk tempatan didapati kumpulan pelancong adalah yang paling ramai berkunjung di Naschmarkt ini untuk menikmati [pelbagai makanan dan produk barangan segar pertanian. Paling seronok kerana pasar ini menggunakan matawang Euro ydan ada dipaparkan dalam tandaharga dan menus hidangan yang disediakan pemilik kedai makan. Artikel petang khamis ini dari Aras 5, Spot Center Praha, Czech Republic saya menulis lagi di dalam "Anim Agro Technology" mengenai hasil kunjungan penulis blog  ke Eropah selama 15 hari disana melibatkan 5 negera eropah untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Pasar Naschmarkt di Vienna ini telah pun dimulakan semenjak kurun ke 16 dulu oleh penduduk tempatan dan pedagang asing. Terdapat banyak jualan produk tempatan berasaskan pertanian iaitu semenjak dulu dikumpul dan dijual sama dengan konsep pasar tani. Ramai rakyat tempatan yang dahulu datang untuk mendapatkan bekalan produk tempatan dan yang dibawa dari luar negara yang dibawa melalui kapal dan bot melalui sungai yang berada dibawah empayar Austria. Setelah beratus-ratus tahun pasar Naschmarkt ini masih ujud untuk dijadikan lokasi penduduk tempatan dan pelancong asing berkunjung bagi tujuan mereka mendapatkan produk segar pertanian dan makanan yang hebat pilihannya. Lokasi ini telah menjadi satu pusat perlancongan yang memang wajib dikunjungi jika tiba di Vienna. Penulis ambil masa selama 1.5 jam untuk buat tinjauan persembahan jualan dan meninjau harga produk segar yang ditawarkan (Sila lihat foto disebelah). Jika hendak dibandingkan dengan harga di Malaysia memang 'jauh sekali' perbandingannya terhadap beberapa produk tertentu apabila mereka menjual dalam matawang Euro. Apa pun sebagai contoh ada juga barang yang dijual dengan nilai yang sama di negara kita. Sebagai contoh buah nanas (ia adalah nanas diimport dari Costa Rica) ada dijual dengan harga 3 Euro dan 4 Euro mengikut gred. Ini bermakna buah nanas tersebut telah dijual runcit dengan harga RM15.00 - RM20.00 sebiji. Bagaimana pun nanas tersebut bukan dari jenis MD2 seperti nanas popular yang kini dipromosikan di negara kita.

Meninjau lanjut gerai jualan produk segar di Naschmarrkt ini terdapat banyak menjual buah-buahan segar tempatan seperti limau, anggur, berry, tembikai, melon (pelbagai jenis melon), pessimon, strawberry dan banyak jenis lagi. Buah-buahan ini disusun didalam bakul dengan ada tanda harga disetiap produk buah-buahan segar (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu terdapat banyak hasil sayuran yang dijual di pasar ini untuk dibeli pengguna. Antara jenis sayuran yang menarik penulis blog adalah Cili Padi Merah yang mana dalam 20 biji sahaja dijual dengan harga 1.5 Euro dimana cili ini amat pedas diletakkan dengan cili jenis Granong. Sayuran segar ini termasuk timun jepun, carrot, lobak putih, pelbagai jenis sayur kekacang dan banyak lagi (Sila lihat foto dibawah). Produk cendawan dari Belanda dan Buah Kini dari New Zealand juga ada dijual disini menunjukkan pasar ini telah mengumpulkan pelbagai produk dari seluruh dunia. Selain itu banyak produk rempahratus  yang dijual oleh Orang Turki dan Arab dengan pelabgai jenis rempah ratus daripada rempah seperti ketumbar, jintan manis, lada putih, pelbagai jenis kari, serbuk cili, halba, buah keras dan beratus jenis lagi herba. Digerai lain dijual pelbagai jenis produk berasaskan susu seperti Cheese dalam bentuk pelbagai persembahan. Terdapat juga gerai yang menyediakan produk jeruk (pickles) dan juga jenis halwa dari yang murah sehingga kepada produk mahal berkualiti. Beberapa gerai lain pula menjual produk kraftangan dimana sebahagiannya  adalah diimport. Tentang pilihan untuk membeli bergantung kepada minat masing-masing. Selain itu ada dijual daging segar dan beberapa jenis ikan dijual disini.

Dipasar Naschmarkt Vienna ini hampir separuh gerai adalah menjual pelbagai jenis makanan (Sila lihat foto disebelah). Terdapat berpuloh restoren kecil yang beroperasi dengan menghidangkan makanan barat, makanan asia, makanan cina, makanan Arab dan sebagainya dari seluruh dunia. Makanan siap sedia (fast food) juga ada seperti Hotdog, sandwish, kebab, roti bakar, buger dan pelbagai pilihan lagi bergantun kepada selera sama ada duduk untuk dihidangkan atau pun 'take-away'. Cara persembahan gerai makanan ini penoh dengan gaya dan warna warni terutama pada malam hari dimana lebih ramai pengunjung datang untuk makan disini. Apa yang penulis tertarik pengunjung boleh beli sendiri daging atau ikan dipasar ini dan bawanya kerestoren yang berhampiran untuk dimasak mengikut resepi yang dipilih. Ianya satu pendekatan terbaik kepada pelancong asing dimana ada juga Makanan Ala-Thai disediakan di Naschmarkt ini. Pasar ini menggabungkan koleksi produk segar dan makanan daripada 5 benua dengan sentuhan rakkat Austria dan penulis dapati memang berbaloi melawat tempat ini. Ramai pelancong yang tinggal di Vienna akan pergi ke pasar ini dengan berjalan kaki atau menaiki teksi dengan mudah. Pada saya memang berbaloi melawat Naschmarkt ini di Vienna sebagai satu lokasi untuk dikunjungi. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada anda pembaca anim agro semua. Wasaalam!!.. Salam dari Vienna, Austria.


PASAR NASCHMARKT...ADA DI VIENNA...
MENJUAL BUAH... SAYURAN PUN ADA...
PELBAGAI MAKANAN...SELURUH DUNIA...
PENULIS MENINJAU... PENGALAMAN ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 301, Bo18 Hotel,
Jozsefvaros, Budapest,
Hungary.
(11 Syawal 1439H).

Posted from:
Gate B14,
Dubai International Airport,
Dubai, UAE.
At 12.45 am (17 Syawal 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...