Support My Blog

Sunday, June 17, 2018

MAKAN EPAL - SEBIJI SEHARI?

BUAH EPAL (Malus domestica) merupakan sejenis buah yang dihasilkan dari pokok epal iaitu pokok saka berbuah pom dalam genus Malus dalam keluarga Rosaceae atau Keluarga Mawar. Buah Epal (Apple) juga merupakan diantara tanaman yang paling banyak dicucuk tanam di dunia. Dari segi sejarah dilaporkan pokok epal berasal dari Asia Barat di mana ujud pokok asli liar yang masih ditemui. Terdapat lebih daripada 7,500 kultivar (baka) epal yang dikenali di dunia yang mana ia mempunyai pelbagai ciri-ciri yang sesuai ntuk dimakan. Kultivar epal berbeza dari segi hasil tanaman dan saiz sebenar pokok walaupun dibiakkan dari baka pokok penanti yang sama. Pokok epal kecil dan berciri ada daun luruh dimana ia akan mencapai ketinggian 3 - 12 meter dengan dahan melebar dan selalunya banyak ranting. Daun-daunnya disusun berselang-seli dan berbentuk yang bujur ringkas sepanjang 5 -12 cm dan selebar 3 - 6 cm. Pada ciri daun dibahagian tepi bergerigi dan bahagian bawah sedikit berbulu. Bunga epal mekar pada musim bunga dengan serentak dengan bunga berwarna putih sedikit merah jambu. Ia mempunyai 5 berukuran diameter 2.5 - 3.5 cm. Buah Epal yang masak biasanya berukuran 5 - 9 cm dan ada lima karpel yang tersusun dimana setiap satunya mengandungi 1 - 3 tiga biji benih. Terdapat lebih 7,500 kultivar (baka) epal yang diketahui setakat ini terutama dinegara beriklim yang sederhana dan juga iklim subtropika. Kebanyakan kultivar epal ini ditanam untuk dimakan mentah, dimasak atau dijadikan produk proses lain. Jenis Buah epal moden biasanya lebih manis daripada kultivar terpilih. Dilaporkan pengeluaran buah epal dunia adalah sekitar 55 - 60 juta metrik tan setahun dengan nilai pengeluaran USD 12 billion (Sumber: FAO Statistic). Negara pengeluar buah epal terbesar di dunia adalah China yang menghasilkan kira-kira dua perlima daripada jumlah tersebut. USA pula sebagai pengeluar kedua terbesar didunia dimana lebih 60% daripada semua pokok epal yang dijual secara komersil ditanam di negeri Washington. Buah Epal merupakan antara jenis buah yang banyak diimport oleh Malaysia untuk kegunaan domestik. Apa pun artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai amalan makan buah epal sebiji sehari untuk menjadikan kesihatan dan artikel ini dijadikan bahan rujukan semua.

Pada penulis blog mungkin ramai yang memilih buah epal sebagai snek harian sebelum menikmati sama ada semasa sarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam. Hakikatnya masa kini masih ramai yang belum mengetahui khasiat sebiji epal. Buah yang mempunyai tekstur kulit yang licin, warna hijau dan merah itu antara buah-buahan yang mempunyai kelebihan dalam diet pemakanan dan sistem tubuh (Sila lihat foto disebelah)Terdapat pelbagai sebab mengapa kita perlu makan sekurang-kurangnya sebiji epal setiap hari. Temuan daripada beberapa kajian oleh pakar nutrisi mendapati mereka yang makan lebih lima biji epal seminggu memiliki fungsi paru-paru yang lebih sihat berbanding mereka yang langsung tidak makan epal. Para saintis juga mengesahkan epal merupakan penyumbang kepada kesihatan jantungPengambilan dua hingga tiga biji epal sehari dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam badan. Menurut pakar pemakanan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur iaitu Tan Yeng Sing menyatakan buah epal menjadi kegemaran bukan sahaja kerana rasanya tetapi khasiatnya. Buah epal tidak mengandungi lemak dan ia sebaliknya mempunyai kandungan nutrien dan serat termasuk antioksidan yang meningkatkan prestasi badan dan kulit seseorang. Bahan serat yang terdapat pada biji dan kulit epal membantu mengurangkan kekenyangan dan perkara ini akan mencegah anda daripada makan berlebihan. Sebiji epal wajar diambil setengah jam atau satu jam sebelum anda menikmati hidangan utama setiap hari iaitu diantara makan tengah hari dan malam. Dengan cara itu kita mengurangkan hidangan yang diambil kerana kandungan serat sudah berupaya mengisi perut anda yang lapar.

Selain itu buah epal lazimya ada jenis Epal Merah dan Epal Hijau yang paling mudah dijumpai dipasaran. Biasanya pengguna dinegara kita akan tertarik dengan jenis epal bergantung kepada citarasa, harga dan juga tahap kesegarannya. Didakwa antara beberapa kelebihan buah epal merah iaitu keujudan pigmen merah yang terdapat pada kulit buah tersebut mengandungi sejenis bahan yang mana ia dipanggil Likopena (Sila lihat foto disebelah). Ia adalah rahsia yang membuatkan buah epal sangat luar biasa. Bahan ini mempunyai pelbagai khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Dakwanya selain antioksida yang berfungsi menjauhkan seseorang daripada serangan kanser kerana melawan radikal bebas dalam tubuh bahan likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung.  Likopena telah dikenalpasti membantu merendahkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat). Ia juga mendakwa epal merah memang mengandungi komponen likopena yang lebih tinggi sementara epal hijau mengandungi karotenoid. Terdapat temuan kajian dimana buah epal sememangnya baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser dimana ia sekali gus mengurangkan kolesterol darah. Seperti bagi kebanyakan makanan buah, epal mengandungi banyak vitamin C. Ia juga hos sebatian antioksida lain bagi tujuan mengurangkan risiko kanser dengan menghalang kerosakan deoksirinukleik (DNA). Pada masa sama kandungan pada seratnya membantu mengawal pergerakan usus dan ia akan merendahkan risiko kanser kolon. Bagaimanapun menurut pakar permakanan dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti pengambilan buah yang mempunyai warna yang sama setiap hari. Sebaiknya bagi tujuan mendapatkan diet yang ideal maka seharusnya mempelbagaikan jenis buah-buahan dan juga warnanya dimana ia  termasuk sayur-sayuran.

Dikalangan pakar-pakar diet mereka telah mengesyorkan pengambilan makanan daripada warna-warna pelangi (Sila lihat foto disebelah). Cara tersebut bukan sahaja baik untuk kesihatan badan akan tetapi ia membantu dalam mendapatkan pemakanan yang lebih seimbang. Mengamalkan pengambilan buah-buahan yang segar seperti epal, strawberi, oren, kiwi dan salad berbanding buah-buahan atau pemakanan yang telah diproses adalah cara terbaik didalam diat harian. Kini didalam usaha menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati buah epal dilaporkan Suruhanjaya Epal Washington (WAC) telah menganjurkan siri program pendidikan dan promosi kepada orang ramai. Ia adalah bertujuan untuk memberikan ganjaran hebat kepada para penggemar epal dimana program pertukaran buah epal Washington diadakan di semua gedung terbesar Giant, Cold Storage dan Jusco di seluruh Malaysia. Dilaporkan dimana dipasaraya tersebut setiap pembelian minimum buah epal Washington maka para pembeli akan menerima hadian iaitu cenderamata menarik seperti cawan dan rantai kunci daripada pihak WAC. Seterusnya bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa kekal sihat pihak WAC memberikan epal percuma. Kempen makan buah import ini dipromosikan oleh syarikat gergasi yang mana sebenarnya memberikan impak kepada pengguna. Bagaimana pun kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai banyak pilihan buah-buahan tempatan lain yang lebih murah, segar, berkhasiat dan juga mudah diperolehi. Antaranya seperti buah nanas, betik, pisang, nangka, belimbing dan sebagainya. Artikel ini dipublish dari Prague, Czech Republic dan minta doakan dipermudahkan perjalanan kami di Eropah. Semuga anda semua mendapat info berguna membaca dan melayari anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...


BUAH EPAL... BANYAK DIPASARAYA...
BUAH IMPORT...DARI LUAR NEGARA....
DIDAKWA BERKHASIAT...KENA BACA...
BACA ARTIKEL... INFO BAIK DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 530, Hotel Dorsett,
Precint 3, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(23 Ramadan 1439H).
Published on 2 Syawal 1439 from
Room 11, 4th Floor, The Amazon 1,
Nove Mesto, Prague, 
Czech Republic.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...