KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, June 15, 2018

SELAMAT HARI RAYA 1439H

SELAMAT HARI RAYA 1439H bersamaan tahun 2018 kepada semua rakan taulan dan semua pembaca Blog Anim Agro Technology. Sehingga hari raya hari ini saya telah menulis sebanyak 4,816 artikel dimana sebanyak 3,114 telah pun di posting sementara bakinya sebanyak 1,702 masih dalam peti simpanan. Penulis blog akan terus membuat posting dengan 'Satu Artikel Satu Hari' dimana ia selalunya dibuat tanpa miss walau sehari semenjak hampir 10 tahun dulu. Menulis blog dan membuat posting setiap hari memerlukan komitment yang amat tinggi dan disiplin yang kuat agar ianya berterusan didalam memberikan ilmu pengetahuan dan berkongsi maklumat dengan ramai pembaca semua terutama berkaitan dengan sektor dalam pertanian. Memang masa berlalu dengan cepat bermula dengan kaedah penulisan biasa tetapi kini sudah menjadi satu tanggungjawab menulis dan terus berkarya didalam memberikan maklumat terbaik yang boleh dijadikan bahan bacaan, rujukkan malahan sumber maklumat yang boleh dijadikan bahan ilmiah. Pengalaman bertugas dalam sektor pertanian dan banyak kali membuat tinjauan ladang, premis berkaitan pertanian dan menghadiri majlis ilmu juga telah membolehkan penulis blog lebih dekat dengan tajuk-tajuk artikel terkini. Artikel sempena hari raya tahun ini saya menulis lagi dalam ''Anim Agro Technology'' untuk dijadikan bahan rujukkan kepada pelayar semua.

Sehingga hari raya ini seramai 1,622 pengikut (Followers) telah lnik dengan blog ini. Semakan penulis blog mendapati follower in daripada pelbagai kumpulan daripada pelajar, pegawai kerajaan, penggiat sektor pertanian, penyelidik, orang awam dan pelbagai. Seramai 14,401,121 orang telah melihat blog ini secara rasmi pada hari ini dimana purata mereka sekitar 230,000 - 260,000 sebulan. Biasanya hari bekerja purata pembaca seramai 15,000 orang sehari dan hanya tinggal 50% sahaja pada hari Sabtu dan Ahad. Bulan Mei 2018 seramai 231,001 pembaca melayari blog ini dengan tajuk ''Kuih Tart Nanas'' paling banyak dibaca (mungkin sebab hendak raya) diikuti dengan tajuk ''Tepung - Jenis-jenis Tepong'' dan artikel ke 3 adalah ''Kerabu Mangga''. Dari segi kategori pembaca didapati seramai 12.2 juta adalah dari Malaysia diikuti dengan 691,979 dari USA (Ke 2), 574,481 orang dari Indonesia (ke 3), seramai 132,984 dari Singapura (Ke 4) dan seramai 93,742 adalah dari India (ke 5). Ini diikuti daripada Rusia, Brunei, Sepanyol, Jerman dan UAE. Mereka menggunakan browsers Chrome sebagai akses membaca blog ini dengan 62% sementara Firefox, Safari dan Internet Explorer adalah browsers berikutnya. Daris egi operating system ramai dikalangan pembaca menggunakan Windows (49%) diikuti dengan Androids (39%), iPhone (5%), iPad (2%), Macintosh (1%) dan Linux (1%) serta lain-lain.

Sebenarnya pada hari raya tahun ini saya akan berkelana di Eropah iaitu bermula  dari 1 Syawal sehingga 15 Syawal untuk ke Republic Czech, Austria, Vienna dan German. Semuga diberikan kesihatan, keselamatan dan dilindungi Allah jua disepanjang perjalanan ini untuk saya menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman. Akhir sekali diucapkan ''SELAMAT HARI RAYA'' dan ''MAAF ZAHIR BATIN'' kepada semua para pembaca, rakan taulan, sanak saudara dan mereka yang tidak dikenali dialam maya ini. Semuga berjumpa lagi pada hari raya akan datang. Wasallam!!!..

MENULIS BLOG .... DIHARI RAYA...
DI KLIA SEPANG...SEMPAT JUGA...
EROPAH DITUJU...2 MINGGU SAJA...
DIUCAPKAN...SELAMAT HARI RAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Lapangan Terbang KLIA,
Sepang, Selangor,
Malaysia.
(1 Syawal 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...