KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, June 28, 2018

AGRIMATHS - BAJA (Part 11)

AgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih di Malaysia yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia di bawah projek e-Agriculture Extension. Penulis blog sering juga merujuk aplikasi ini yang dikirakan sangat mudah dan user friendly berbanding dengan beberapa aplikai berkaitan pertanian lain. Difahamkan bahawa aplikasi ini adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi tujuan untuk kerajaan dalam  mentransformasikan dengan lebih hebat sistem untuk perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada. Ia sangat berguna kepada pegawai pertanian, petani, usahawan, pemborong, pengeksport dan juga para pengguna semua. Aplikasi yang boleh diakses dengan mudah melalui Smart Phone ini pada saya memang mudah dicapai melalui pautan lamanweb iaitu www.doa.gov.my /index.php/ pages/ view/774 yang mana ada akses internet. Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku ‘Asas Matematik Pertanian’ terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar. Penulis blog pernah terlibat secara terus didalam penyediaan buku Matematik Asas Pertanian semenjak lama dahulu didalam menyediakan fakta asas pengiraan seua tanaman makanan. Ianya amat mudah dan membantu kita semua didalam mencari beberapa perkara asas mengenai kira-kira didalam pertanian terutama untuk sektor tanaman. Anda boleh muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma didalam handphone anda sekarang dan melayarinya. Saya ada menulis banyak rencana mengenai baja dalam blog ini untuk dibuat pautan seterusnya (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Artikel subuh ini saya terus menulis lagi didalam blog pertanian "Anim Agro Technology" mengenai aplikasi Agrimaths yang sangat berfaedah untu semua penggiat sektor pertanian.


BAJA (Fertilizer) merupakan apa-apa bahan, pepejal, cecair sama ada bukan organik atau organik, asli atau sintetik tunggal atau campuran bahan-bahan yang digunakan pada tanah atau tanaman untuk membekal satu atau lebih unsur makanan yang perlu. Baja diberikan untuk menambahbaik tanaman dari segi permakanan, tumbesaran, hasil atau kualiti atau untuk menghasilkan perubahan kepada sifat-sifat tanah yang akan menyumbang dalam penambahbaikan pertumbuhan dan permakanan tanaman. Wah... memang panjang lebar definasi mengenai baja ini!.  Secara umumnya penulis blog yang membaca Agrimaths dan luas ilmu teknikal mengenai baja mendapati industri baja di Malaysia adalah industri yang sangat kompetitif. Pada masa ini di Malaysia terdapat lebih daripada 50 syarikat yang terlibat didalam industri ini yang mengilang, mengimport dan mengeksport lebih daripada 500 jenama baja. Pada tinjauan penulis blog, penggunaan baja kelapa sawit dan baja padi merupakan dua komponen baja yang paling banyak digunakan di negara kita. Baja Padi merupakan satu program khas kerajaan demi mempastikan penghasilan padi dan beras terjamin dalam negara (Sila lihat foto disebelah). Baja padi diberikan melalui NAFAS dan PPK dimana ia menjamin penghasilan padi mencukupi untuk 70% sasaran SSL. Baja KIMIA adalah baja yang  dihasilkan terdiri daripada sebahagian besar bahan bukan organik (inorganic) dan sebahagian bahan organik (sintetik). BAJA TUNGGAL pula adalah baja yang mengandungi hanya satu unsur nutrien utama  seperti Nitrojan (N), Posforan (P) atau Kalium (K).  Contoh baja tunggal N adalah Urea yang banyak diguna untuk tanaman padi. BAJA CAMPURAN pula adalah baja yang mengandungi lebih dari dua atau lebih unsur nutrien (Seperti N, P,K , Mg dl) dimana pembuatannya melalui proses interaksi kimia. Baja ini dikenali juga sebagai Baja Kompoun, Baja Komposit, Baja Kompleks atau Baj MultiNutrien.


Seterusnya dalam Agrimaths dinyatakan Baja ORGANIK iaitu jenis baja yang berasal daripada sebenarnya produk biologi (tumbuhan atau haiwan) dimana kebanyakan unsur nutrien yang terdapat dalam bentuk sebatian organik dan termasuk baja bio. Lazimnya ia mengandungi N organik lebih 1.5% didalamnya. Bagaimana pun kini terdapat produk BAJA ORGANIK DIPERKAYA dimana baja organik tang telah ditambah dengan baja utama dan mikrob seperti NPK. Permintaan baja organik jenis ini kini semakin popular terutama kepada petani sayuran dan buah-buahan. BAJA BIO (Biofertilizer) pula adalah suatu produk baja yang mana ia mengandungi mikroorganisma hidup. Jika digunakan pada biji benih, permukaan tumbuhan atau tanah lazimnya mikrob ini akan berkoloni atau bersimbiosis dengan akar atau pun pada bahagian lain tumbuhan dengan meningkatkan bekalan atau ketersediaan nutrien utama (primer) kepada tanaman. Antara baja jenis ini adalah baja yang mengandungi bahan Rhizobium sp yang mampu mengikat unsur N pada tanah. Baja Kompos asli adalah baja yang dihasilkan melalui proses pereputan tumbuhan atau najis haiwan yang diproses mengikut teknologi tertentu. Penggunaan baja kompos amat signifikan untuk menghasilkan kualiti makanan yang baik. Anda boleh membaca banyak rencana daripada tulisan saya mengenai baja kompos dengan membuat pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak pautan mengenai baja kompos didalamnya. Pada masa ini baja kompos idkatakan antara jenis baja yang kurang digunakan oleh petani di Malaysia kerana ia agak kurang difahami kepentingannya berbanding dengan baja kimia.


Apabila merujuk kepada Formulasi Baja, amat penting dijelaskan bagaimana baja ini dengan kandungan unsur yang penting didalamnya. Sebagai contoh Baja Urea dengan kuantiti 40 kg satu beg di negara kita ada formulasi 45%N. Ini bermakna kandungan N dalam 46 kg baja urea adalah sebanyak 18.4 kg N didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Bagi Baja tunggal Kieserite dibungkus 60 kg satu beg  dengan formulasi 27%.  Ini bermakna setiap beg baja ini mengandungi sebanyak 13.5 kg unsur MgO. Bagaimana pula dengan baja Sebatian 15:5:20:2+TE?... Ini memang rumit untuk  faham mengenai formulasinya.  Baja ini biasa dibungkus 25 kg satu beg.  Jika kadar N sebanyak 15% maka kandungan unsur N sebanyak 3.75 kg,  kandungan 5% Potassium maka ia ada 12.5 kg P2O5, jika ada 20% Kalium maka kandungan sebenar adalah 5 kg K dan akhirnya  2% MgO bermakna ia memang mengandungi 0.5 kg MgO bagi setiap beg baja 25 kg. Apa pun dipasaran untuk tanaman makana dua jenis baja yang paling popular digunakan adalah baja NPK 15:15:15 dan baja NPK 12:12:17:2 dimana anda tentunya boleh mengira kandungan setiap unsur NPK didalamnya. Didalam penulis cuba memahami mengenai formulasi baja, memang perlukan kemahiran metamatik didalam mengira kandungan undur nutrien baja didalam setiap jenis baja.


Dalam Agrimaths dipaparkan jadual peratus kandungan nutrien didalam setiap jenis baja bukan organik. Ini kerana setiap baja bukan organik wajip mempaparkan apakah kandungan unsur formulasi untuk membantu memudahkan para pengguna terutamanya disektor makanan dapat membuat pengiraan asas baja yang mesti diberikan kepada tanaman. Ia juga paparkan peratus kandungan nutrien pada jenis Baja Kompos untuk dijadikan bahan rujukkan. Dipaparkan juga carta panduan mencampur baja apabila lebih daripada dua baja tunggal diperlukan. Kaedah ini didapati lebih cekap dan menjimatkan kos. Anda boleh melayari Agrimaths bagi melihat carta panduan mencampur baja dalam Agrimaths. Dipaparkan juga kaedah pengiraan baja mengikut formula yang disediakan. Satu soalan dipaparkan minta ditentukan kuantiti (kg) unsur N, P2O5 dan K2O dalam 50 kg baja sebatian 13:13:21.  Dikirakan dimana dalam 100 kg baja mengandungi unsur N (13kg), unsur  P2O5 (13 kg) dan unsur K2O (21 kg). Setelah dikira jawapannya adalah kandungan N sebenarnya 6.5 kg, kandungan P2O5 sebanayak 6.5 kg dan Kandungan K2O sebanyak 10.5 kg. Dalam pengiraan lain ditanya berapa jumlah setiap unsur bagi menyediakan baja campuran seberat 1 kg dimana asasnya ia gunakan 12 kg N, 6 kg P2O5 dan 22 kg K2O serta 3 kg MgO. Peratus kandungan nutrien dalam baja tunggal tersebut adalah N (46%), P2O5 (46%), MOP (60%) dan Kieserite (27%). Kiraan dibuat dimana kuantiti setiap baja diperlukan untuk formulasi ini adalah 0.26 kg baja Urea, 0.13 kg baja TSP, 0.37 kg Baja MOP dan 0.11 baja Kieserita untuk menjadikan jumlah baja campuran tersebut sebanyak 0.87 kg. Oleh itu bagi menyediakan 1 kg baja campuran yang setara dengan baja CCM 12:6:22:3 memerlukan jumlhah dinyatakan diatas.


Dalam bab baja dipaparkan info mengenai Baja Fertigasi. Tanaman memerlukan nutrien yang seimbang dimana kadar keperluan antara jenis tanaman dan unsur kepada pokok adalah berbeza-beza. Kini penggunaan sistem tanaman fertigasi memerlukan kaedah pembajaan berbeza dengan menanam pada tanah. Dalam kaedah ini baja diberikan mengikut keperluan tanaman. Pemilihan sumber baja yang digunakan untuk dibekalkan dalam siste fertigasi di sediakan terus kepada tanaman dari tangki simpanan baja dan sistem paip yang terus menuju kepada polibeg tanaman. Ia melibatkan penyediaan larutan stok  daripada dua tangki (saiz contoh 100 gelen)  yang diisikan dengan air bersih dan dimasukkan semua bahan formulasi baja ini yang dinak=makan sebagai Baja Set A dan Baja Set B.Kesemua bahan nutrien dibancuh dan diacau sehingga rata sebekum dihantar kepada tanaman. bagaimana pun larutan ini sebaiknya dibirakkan melebihi 24 jam untuk semua bahan kimia tersebut sebati dalam sistem simpanan sebeluk digunakan. Anda beoleh membaca banyak artikel mengenai fertigasi dari blog ini dan beberapa blog lain. Rencana ini ditulis di Melaka dan ia diposting semasa lawatan keluarga penulis blog ke Eropah selama 15 hari. Artikel ini bersambung pada Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10 dan Part 12. Semuga tulisan saya ini memberi info sangat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...


MEMBACA ARTIKEL... AGRIMATHS TAJUKNYA...
SATU APLIKASI MUDAH... SENANG DIGUNA...
DALAM HANDPHONE...AMAT MUDAH DIBACA...
JABATAN PERTANIAN... TERIMAKASIH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Ramadan 1439H).
Posted from:
Room 210, 2nd Floor,
Hotel Central Spot Prague,
Krakovska, Prague 01,
Prague, Czech Republic.
(13 Syawal 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...