BAJA KOMPOS (Compost fertilizer) adalah bahan organik yang telah terurai dan dikitar semula sebagai baja dan pinda tanah. Kompos adalah bahan utama dalam sektor pertanian organik. Penulis blog tahu dimana pada asasnya kerja untuk pengkomposan memerlukan hanya timbunan buangan di kawasan luar dan menunggu bahan-bahan tersebut terurai dari enam minggu atau lebih. Kaedah pengomposan moden menggunakan beberapa langkah proses dimana ia perlu dipantau dengan teliti dengan kemasukan air, udara dan juga bahan yang kaya dengan karbon dan nitrogen. Lazimnya proses pengkomposan dibantu dengan bahan tumbuhan disiat, menambah air dan memastikan pengudaraan yang sempurna dengan menggembur campuran secara berkala. Cacing dan kulat menguraikan bahan dengan lebih lanjut. Bakteria aerobik menjalankan proses kimia dengan menukar input kepada haba, karbon dioksida, dan amonium. Amonium kemudian diubah lebih lanjut oleh bakteria sebagai unsur bagi tumbuhan, nitrite dan nitrate melalui proses nitrifikasi. Jika dianalisa dimakmal didapati baja kompos kaya dengan nutrien. Ia digunakan di kebun, taman, hortikultur dan dalam sektor pertanian. Kompos itu sendiri baik bagi tanah dalam pelbagai cara termasuk sebagai pindah tanah, baja tanaman, tambahan humus atau asid humik dan juga bertindak sebagai racun serangga semula jadi bagi tanah. Selalunya didalam ekosistem semulajadi, bahan baja kompos berguna dalam pengawalan hakisan, tebus guna tanah dan anak sungai, pembinaan tanah paya, dan sebagai penutup tebus tanah. Kandungan organik bertujuan bagi pengkomposan juga boleh digunakan bagi menghasilkan gas bio (Biogas) melalui pengcernaan anaerobik. Pencernaan anaerobik kini pantas menggantikan pengkomposan di sesetengah tempat di dunia termasuk Eropah Tengah sebagai cara kurang kitar bahan buangan organik. Artikel subuh Sabtu ini saya terus menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apakah dia baja kompos atau baja organik sekadar memberi sedikit kefahaman kepada penulis dan pembaca blog ini.
Dalam beberapa kursus mengenai baja dan baja kompos, penulis diberikan info maksud akan berkaitan apakah dia baja kompos. Baja kompos atau baja organik atau organik fertilizer adalah baja yang dihasilkan melalui bahan berasaskan binatang, tumbuhan dan bahan mineral. Ia perlu melalui beberapa proses pereputan dengan sistematik (Sila lihat foto disebelah). Secara umumnya proses pengeluaran baja organik yang berskala besar antara bahan-bahan ini ialah daripada bahan mineral seperti limestone, phosphate rock dan ammonia (dalam pengeluaran industri). Sebenarnya tidak seperti pengeluaran baja kimia atau urea, baja organik ialah baja yang digunakan di kebun atau ladang di mana adalah tipikalnya terhasil melalui satu bahan asas dan ia akan membekalkan nutrien yang diperlukan untuk tumbuhan. Dari beberapa pengusaha baja kompos, penulis dapati untuk mengklasifikasikan kualiti sesuatu baja organik atau baja kompos tersebut biasanya bahan yang digunakan adalah bahan-bahan semulajadi. Baja organik adalah baja yang mengandungi satu atau lebih bahan organik atau nutrien terkandung di dalamnya. Bahan-bahan mungkin terdiri daripada haiwan atau tumbuhan atau kombinasi antara keduanya. Dalam pada itu apabila kita membincangkan baja organik ini adalah penting diketahui bahawa definisi organik sama dan digunapakai kepada makanan organik di mana unsur-unsur pengomposan baja yang dihasilkan adalah bahan semulajadi tanpa campuran komponen sintetik atau bahan additif lain. Ini bermaksud bahawa baja kompos dan organin ini mestilah 100 peratus semulajadi.
Dalam mana penulis mengupas akan kepentingan dan kaedah pembuatan baja kompos dan baja organik, lebih baik kita ketahui akan jenis-jenis baja kompos tersebut. Jenis baka kompos dan juga organik ini bergantung kepada sumber bahan baja organik. Ia lazimnya berbeza penggunaan kerana perbezaan sumber bahan asas dan kandungan nutrien didalamnya. Setiap bahan asas untuk membuat baja kompos mempunyai fungsi berbeza mengikut keperluan kebun dan tanaman anda. Ini memang tidak seperti baja kimia yang mungkin mempunyai baja pelbagai-guna. Berikut ialah contoh-contoh baja organik dari sumber berlainan. Jika ia berasaskan kepada Sumber Haiwan iaitu dari tinja (tahi) binatang seperti ayam, lembu, kuda, arnab dan guano (tahi kelawar) maka ia mengandungi unsur nutrien berbeza. Selain itu juga bahan-bahan binatang seperti tulang, darah dan sebagainya diproses menjadi baja organik seperti darah dan tulang kambing, lembu dan ikan. Sebagai contoh penulis blog tahu dimana bahan asas seperti bloodmeal, bone meal, hides, hoofs dan tanduk adalah sumber penghasilan baja organik yang sangat bernilai untuk dijadikan bahan asas baja organik. Kedua mungkin sumber baja kompos menggunakan Sumber Tumbuhan. Jika kita ambil bahan tumbuhan yang sesuai diproses menjadi baja organik seperti kompos, baja alfalfa, baja biji-kapas, baja gluten jagung dan baja rumpai laut. Teknik membuat baja kompos dari sisa tumbuhan adalah mudah, murah dan sesuai dikawasan tanaman utama. Sumber ketiga untuk membuat baja kompos adalah daripada Sumber Mineral. Jika gunakan sumber mineral biasanya ia kaya dengan unsur seperti Kalsium (Ca), Magnesium (Mg) dan Phpsfat (P) yang mana ia boleh membantu untuk membaiki tanah serta memudahkan tumbuhan menyerap makanan. Contoh baja dari mineral ini adalah seperti serbuk kapur, batu phosphate, chilean saltpeter. Kadang-kadang tanah gambut (peat soil) juga boleh dikelaskan dalam kelompok sumber mineral walaupun sebenarnya tidak membekalkan nilai nutrien untuk tumbuhan tetapi memperbaiki sistem pengudaraan dan juga dalam aktiviti menyerap air.
Ramai bertanya mana lebih baik menggunakan Baja Kimia atau menggunakan Baja Kompos. Pada penulis penggunaan keduanya adalah sama penting dan ianya adalah 'complimentary'. Ada kala petani juga ada mengatakan bahawa membubuh satu jenis baja organik sudah memadai untuk tanaman. Pendapat ini silap sama sekali kerana sebenarnya baja organik berbeza kandungan nutrien untuk tanaman kerana bahan yang digunakan untuk membuat baja organik tidak semua mempunyai nilai nutrisi atau hanya sedikit sahaja jumlahnya. Sebaiknya petani hendaklah tahu kandungan nutrien pada setiap jenis baja organik. Daripada beberapa tinjauan dan temubual dengan pembuat baja kompos dan petani, penulis dapati beberapa jenis bajja ini mempunyai fungsi berlainan. Jika bahan asas digunakan adalah daripada Tinja Haiwan, ia baik kerana lazimnya tinja haiwan kaya dengan kandungan Nitrogen (N). Unsur Nitrogen adalah bertujuan untuk tumbuhbesaran tanaman di mana membantu kesuburan pada batang dan daun. Selalunya selepas dua minggu, anak benih pokok ditanam bubuh kompos tinja binatang bagi membantu pertumbuhan pada batang dan daun. Lazimnya sayuran jenis berdaun (Leafy vegetables) memerlukan nitrogen yang banyak. Contoh tinja haiwan ialah tinja ayam, tinja kambing, tinja lembu, tinja arnab dan tinja kelawar (guano). Selain itu, blood meal juga tinggi kandungan nitrogen untuk pertumbuhan tanaman dengan baik.
Jika baja organik ini dibuat daripada bahan asas seperti 'Bone Meal' ianya amat baik juga. Bone Meal ini selalunya dihasilkan dari tulang haiwan yang kaya dengan unsur seperti phosphorus (P) dimana oanya ada;lah berfungsi untuk menguatkan akar dan bunga. Baja ini juga mampu membekalkan Kalsium (Ca) dan sedikit unsur Nitrogen (N). Baja jenis ini sangat baik untuk penghasilan bunga dan buah pada tanaman.Selalunya jika memberi baja ini ia berkesan untuk pengeluaran hasil buah yang baik dan berkualiti. Secara umumnya daripada tinjauan penulis terhadap mereka yang selalu menggunakan baja organik atau baja kompos mereka mendakwa akan kegunaannya. Baja kompos mampu membaikpulih tanah kepada tanah yang kaya humus untuk tanaman. Ia juga akan mengawal kadar kelembapan tanah dan ini akan juga dalam melambatkan kekeringan pada tanah. Baja kompos juga merupakan sumber nutrien yang tinggi kepada tanaman dan mampu untuk memberi lebih pengudaraan dan saliran yang baik kepada tanah. Seterusnya berlaku penambahan unsur mikroorganisma yang baik dalam batas membolehkan ia menguraikan komponen baja organik dimana ia seterusnya menghasilkan nutrisi kepada tanaman. Ini seterusnya akan menjadikan struktur tanah lebih gembur dan peroi dengan kehadiran kompos. Baja kompos adalah mesra alam tanpa pencemaran. Kini menggunakan baja organik pada tanaman adalah satu tindakan yang bijak. Pastikan kita mengikut peraturan penggunaan seperti mana pada label yang tertulis pada pembungkusnya. Bukan sahaja penguaran tanaman organik tetapi ia tidak mencemarkan alam sekitar dan mampu memberikan hasil berkualiti. Wasallam!!!...
BAJA KOMPOS.... LAMA DIGUNAKAN....
BUAT KPMPOS... KEBAIKAN DIKESAN...
SUMBER BAHAN ASA... PENENTUAN....
HASIL SELAMAT....JIKA DIGUNAKAN...\\
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 319, Hotel Bistari,
Kuala Lipis, Lipis,
Pahang, Malaysia.
(23 Rabiulawal 1438H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.