KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, December 17, 2016

TEBU - KEPENTINGANNYA

TEBU (Saccharum officinarum) merupakan bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula dibeberapa negara. Gula pasir merupakan nahan manisan yang diimport oleh Malaysia daripada beberapa negara kerana negara kita tidak menanam tebu gula lagi untuk pengeluaran gula. Dahulu di Chuping Perlis ditanam estet tebu dan terdapat kilang memproses tebu untuk dijadikan gula tetapi kini telah dimajukan dengan tanaman getah. Dalam kita cuba mengenali mengenai tanaman penting ini, wajar penulis berkongsi makulat mengenai beberapa spesies tebu yang ada tetapi pada kita paling mudah dikenali adalah spesis tebu kuning (Sila lihat foto diatas). Terdapat juga tebu hitam, tebu gula dan sebagainya. Bagaimana pun tebu daripada keluarga Poaceae ada 9 species yang perlu kita ketahui iaitu Saccharum arundinaceum, Saccharum bengalense, Saccharum edule, Saccharum officinarum, Saccharum procerum, Saccharum ravennae, Saccharum robustum, Saccharum sinense dan Saccharum spontaneum. Kesemua species tebu ini termasuk jenis-jenis tebu yang tidak semua ditanam untuk penghasilan gula kecuali spesis Saccharum officinarum. Kalau di Malaysia terdapat sekitar Keluasan tanaman tebu di Malaysia sekitar 1,050 hektar dengan anggaran pengeluaran hasil tebu sebanyak 18,400 mt pada tahun 2015 (Sumber rujukkan: Laporan ststistik tanaman Jabatan Pertanian Malaysia). Kebanyakkan tebu ditanam dan dijual dalam bentuk batang tebu dan diproses menjadi air tebu untuk diminum. Sebahagian tebu segar ini dieksport ke Singapura untuk tujuan yang sama. Kawasan utama tanaman tebu adalah Negeri Johor dan diikuti dengan Negeri Sembilan. Artikel subuh Jumaat in selepas solat subuh saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kepentingan tanaman tebu untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Kepentingan penanaman dan juga kegunaanya memang tidak dapat dinafikan lagi dimana tebu dianggap sebagai tanaman industri yang ditanam dibeberapa negara secara estet untuk penghasilan gula. Kini terdapat sekitar 107 buah negara yang menanam pokok tebu untuk menghasilkan 1,324 juta tan iaitu satu jumlah melebihi enam kali jumlah tanaman bit gula. Antara beberapa negara pengeluar terbesar ialah seperti Brazil, India, China dan Pakistan. Keempat negara ini dilaporkan mampu membekalkan melebihi 50% daripada pengeluaran gula dunia. Gula merupakan salah satu bahan perasa manis yang penting untuk makanan yang menambah meenakan makanan dan minuman. Bayangkan makanan kita yang kebanyakannya mengandungi bahan manisan gula dimana kebanyakan bahan manisan ini adalah daripada gula pasir. Walau pun terdapat pilihan lain untuk mendapatkan raa manis ini tetapi pula pasir merupakan bahan paling murah, mudah didapati dan dibeli serta diterima ramai. Salah satu saudagar atau Raja Gula Malaysia adalah jutawan seperti Robert Kuok yang mempunyai pegangan besar dalam industri gula. Antara beberapa jenama gula di negara kita seperti Gula Pasir Prai, Gula CSR, Gila 1 Malaysia CPL dan beberapa lagi. Harga gula pasir dikawal oleh kerajaan kerana ia merupakan barangan keperuan harian. Harga runcit gula semasa artikel ini ditulis adalah RM2.84 sekilogram. Harga ini dikatakan antara yang terendah dikalangan negara-negara Asean.

Tumbuhan Tebu merupakan pokok dari keluarga rumput (Poaceae atau dulu ia sebagai Graminae) yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Batangnya yang tebal mampu menyimpan gula (sukros) dalam air dibatangnya. Dari cecair ini gula dihasilkan dengan mengeringkan air tersebut mengikut proses pengilangan yang dikawal. Gula tersebut kemudian akan dikristalkan dan kini dijadikan gula pasir untuk jualan kepada orang ramai. Sejarah mengenai gula tebu ini telah dilaporkan semenjak 2,500 tahun dahulu di India. Biasanya daripada beberapa laporan agronomist, batang tebu yang bengkok adalah kurang manis berbanding dengan batang tebu yang batangnya lurus. Kebanyakan jenis tebu yang biasa dilihat di negara kita dan negara jiran lain adalah tebu yang berwarna kuning dan juga tebu yang berwana hitam. Dari sejarah dilaporkan sekitar abad ke-8 sebelum masehi terdapat orang-orang Arab telah memperkenalkan gula kekawasan Mediterranean dan dari situlah ia ditanam sehingga kenegara Sepanyol. Kajian pakar sejarah juga menunjukkan kemudian tebu merupakan salah satu tanaman terawal yang di bawa ke USA oleh orang-orang Sepanyol. Tebu kemudian telah ditanam secara meluas di Caribbean dan masih lagi merupakan sumber ekonomi penting di beberapa pulau kawasan tersebut. Sewaktu penjajahan dahulu didapati gula merupakan salah satu keluaran utama bagi perdagangan segitiga bahan-bahan mentah Dunia Baru pengilangan Eropah dan era perhambaan Afrika. Pada masa itu negara Perancis mendapati tebu di tanah jajahan pulau-pulaunya begitu berharga sehinggakan ia menukarkan negara Canada kepada Britain bagi mendapat kembali Guadeloupe, Martinique dan St. Luci. Kini negara Brazil merupakan penanam utama tebu bagi menghasilkan gula dan juga bagi menghasilkan alkohol dan ada yang digunakan bagi menghasilkan bahan api gasohol dan biodiesel.

Penanaman tebu memerlukan keadaan cuaca tropika atau separa tropika dengan hujan minima 600 mm setahun. Tebu juga merupakan salah satu tumbuhan yang memiliki sistem fotosintesis paling berkesan dalam alam tumbuhan dimana ia dikatakan mampu menukar sehingga 2% dari tenaga suria kepada biojism. Di Hawai tanaman tebu mampu menghasilkan 20 kg gula bagi setiap meter persegi dikawasan yang terdedah 100% kepada matahari. Penulis dapati tebu ditanam dari keratan batang dan amat kurang atau jarang yang menanam dengan biji benih. Sebenarnya terdapat beberapa spesis tebu yang masih mampu menghasilkan biji benih. Penanaman tebu komersil masih menggunakan keratan batang batang sebagai kaedah utama pembiakan. Setiap keratan mesti mengandungi sekurang-kurangnya satu matatunas pada ruas dimana keratan ini biasanya ditanam menggunakan tangan atau mesin. Selepas ditanam maka batang tebu yang keluar memanjang boleh dituai beberapa kali dimana selepas dituai dengan memotong pangkal batang tebu maka ia akan keluarkan pucuk baru dikenali sebagai ratoons. Biasanya jika ia terlalu banyak dituai setiap rumpun ia memberikan hasil semakin berkurangan kecuali diberikan pembajaan dan pengairan sempurna. Jika tidak dijaga baik maka akan berlaku kesan pengurangan hasil.  Bergantung kepada amalan agronomi penanaman lazimnya aktiviti menuai boleh dilakukan diantara 2 - 10 kali antara setiap penanaman.

Dalam amalan agronomi tanaman dilaporkan antara musuh tanaman tebu adalah seperti larva sesetengah spesies Lepidoptera termasuk Kupu-kupu Turnip. Kaedah menuai tebu berbagai cara diantaranya ia boleh dituai dengan menggunakan tangan atau mekhanikal. Negara pengeluar utama gula seperti Brazil menuai dengan mesin yang canggih untuk kawasan ladang yang luas (Sila lihat foto disebelah). Proses penuaian menggunakan tangan menyumbang kepada separuh dari kaedah pengeluaran tebu gula dunia terutama dinegara membangun. Amalan yang dilakukan dimana pokok tebu matang yang hendak dituai dengan tangan maka ladang tebu akan dibakar dahulu. Api merebak dengan cepat membakar daun kering tetapi apa yang sebenarnya batang dan akar yang dipenuhi air selamat. Pekerja ladang kemudian memotong batang yang tegak pada aras tanah dengan pisau. Penuai tebu yang mahir mampu memotong sekitar 500 kg tebu satu jam. Teknik menuai menggunakan jentera dimana mesin penuai akan memotong tebu pada pangkal batang, menceraikan tebu dari daunnya dan kemudiannya meletakkan batang tebu kedalam trailer. Mesin ini lazimnya mampu menuai 30 tan tebu sejam. Lazimnya batang tebu yang dituai menggunakan mesin perlu dihantar kekilang dengan cepat untuk elakkan kehilangan kandungan gulan dan kerosakan pada batang tebu.

Air tebu merupakan antara minuman kegemaran rakyat Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Ia boleh didapati dijuag segar dipasar tani, pasar minggu, pasar malam, kompleks beli belah dan juga disepanjang laluan utama jalanraya. Air tebu yang manis ini paling laku masa jualanannya adalah pada bulan puasa. Batang tebu yang dibersihkan akan dimasukkan kedalam mesin perah tebu dan air tebu yang terhasil akan dikumpulkan dan lebih enak lai kalau air tebu dimunum dengan ais. Bagaimana pun secara traditional, batang tebu akan diproses dalam dua tahap untuk dijadikan gula. Kilang tebu akan mengeluarkan gula dari tebu yang dituai segar dan ia akan menghasilkan gula mentah. Bagaimana pun bagi tujuan pemprosesan gula pasir maka ia akan diproses semula dalam bentuk gula kilang pasir putih bagi kegunaan tempatan. Kilang-kilang gula tempatan yang terdapat di Malaysia memproses gula mentah kepada gula pasir untuk dijual kepada pengguna. Bagaimana pun proses dikliang tebu dimulakan dnegan membasuh batang tebu dan kemudiannya dipotong dan dicincang dengan gunakan mata pisau yang berputar. Tebu yang dicincang kemudiannya dicampurkan berulang kali dengan air dan digelek dimana  air tebu yang terkumpul (ia dikenali di Brazil sebagai garapa) mengandungi 10–15% sukros. Bahan buangan pepejal kulit dan serabut berfiber yang tinggal akan dibakar sebagai bahan api. Hampas tersebut menjadikan kilang gula lebih dari berdikari dari segi penggunaan tenaga letrikdan ada juga aktiviti dimana hampas tersebut boleh digunakan sebagai makanan ternakan haiwan dan pembuatan kertas. 

Proses memproses gula dikilang tebu seterusnya dimana air tebu kemudiannya dicampurkan dengan batu kapur bagi menyesuaikan pHnya kepada 7. Ini akan menghalang penguraian sukros kepada glukose dan fructose dan ia menyingkir keluar sebahagian kekotoran dalam air gula. Campuran ini kemudiannya dibiarkan untuk tujuan bagi membenarkan kapur dan pepejal terapung dan bahan lain mendak. Kemudian cecair yang lebih jernih ini perlu proses untuk dipekatkan dalam pengeluwap pelbagai kesan  bagi menghasilkan gula sirap dengan kandungan sukros sekitar 60% menurut ukuran berat. Sirap ini kemudiannya perlu untuk dipekatkan dengan kaedah vakum sehingga ia menjadi lebuh pekat (superpekat). Kemudian ia akan dijadikan kristal gula. Apabila sejuk maka gula berkristal terkeluar dari sirap. Mesin jenis Mesin Centrifuge akan digunakan bagi tujuan mengasingkan gula dari cecair yang tinggal dikenali sebagai Gula Molasses. Lazimnya dapat dilihat dimana gula mentah berwarna kuning sehingga kepada gula perang. Bagi membuat gula putih maka bahan buih sulfur dioxida mungkin ditiup melalui air tebu sejurus sebelum nerlaku pengwapan. Peluntur ini menjadikan bahan cemar bewarna menjadi tanpa warna. Gula yang diluntur menjadi putih melalui proses sulfitation ini dikenali sebagai gula putih kilang, gula putih ladang atau gula kristal. Gula dalam bentuk ini merupakan bentuk gula yang paling banyak digunakan dinegara yang ada menanam tebu. Dalam proses penulinan gula selalunya gula kasar ditulinkan dengancara  gula kasar dicampurkan dengan sirap pekat dan dibersihkan secara centrifuge. Apa pun proses ini dikenali sebagai 'affination' yang tujuannya adalah bagi membersihkan selaput luar kristal gula kasar. Selaput ini kurang tulin berbanding bahagian dalam kristal. Baki gula kemudian dilarutkan bagi menghasilkan sirap oaotu sekitar 70% kandungan menurut berat pepejal.

Dikebanyakan negara penanam tebu terdapat beberapa makanan dan juga hidangan popular yang dihasilkan darinya. Antaranya dimana batang tebu boleh dimakan terus dengan memamah bagi mengeluarkan airnya dan hampas diludah keluar. Ia juga kita lakukan di Malaysia dimana mereka yang mampu mengigit batang tebu akan mempunyai barisan gigi yang kuat. Air tebu yang dihasilkan melalui tangan atau mesin peraj air tebu berjentera atau gunakan kuasa eletrik. Ada pula yang masukkan sedikit campuran limau nipis dan air batu bertujuan menghasilkan minuman yang sedap dan amat popular. Selain itu produk Molasses merupakan produk yang selalu digunakan sebagai pemanis dan juga sebagai sirap bersama makanan. Molases merupakan bahan penting dalam penghasilan mikrob seperti EM dan sebagainya. Tebu untuk juga digunakan dalam penghasilan etanol iaitu bahan sebagai penggantian untuk petrol. Kepentingan tebu dalam proses menghasilkan bahan ethanol semakin meningkat. Perkara ini disebabkan kenaikan harga minyak petrol dunia yang sukar dijangka. Di Brazil mereka telah berjaya menggunakan bahan apinya bagi menggantikan kebanyakan penggunaan minyak petrol dengan penggunaan bahan ethanol. Tebu adalah lebih berkesan bagi menghasilkan ethanol daripada jagung. Penggantian ethanol berasaskan jagung kepada ethanol berasaskan tebu membolehkan negara bergantung minyak seperti USA bagi mengurangkan pergantungan kepada minyak. Kepentingan tanaman tebu didunia masih signifikan selagi manusia mahukan kemanisan gula tebu dalam makanan dan minuman mereka. Wasallam!!!.
TANAM TEBU... MENJADI GULA...
4 NEGARA... PENGELUAR UTAMA....
BRAZIL... TANAMAN MELUAS DISANA...
KILANG MEMPROSES... GULA ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 410, Hotel Jelai,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...